Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal
menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti
harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka
memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus
mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca
kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh
pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan
memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi
mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera
bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar
haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi
mencapai impian tersebut.

Pada hujung minggu yang lalu, aku bersama rakan-rakanku pergi ke taman permainan yang berhampiran
dengan rumah kami. Kami ke sana dengan berjalan kaki sahaja. Aku berasa sangat gembira kerana dapat
bermain badminton bersama rakan-rakan baikku.
Sedang kami asyik bermain, tiba-tiba aku terdengar jeritan meminta tolong .Jeritan itu kedengaran
dari sebuah tasik yang berhampiran taman permainan tempat kami bermain badminto. Aku dan rakanku
menjadi cemas. Tanpa membuang masa, aku berlari menuju ke arah tasik tersebut. Alangkah
terkejutnya aku apabila melihat seorang budak lelaki yang hampir lemas di dalm tasik itu.
Tanpa berlenggah aku cuba menarik tangannya .Namun tidak berjaya. Aku berlari sambil menjerit
meminta tolong. Jeritku didengari oleh seorang pemuda yangf kebetulan lalu dikawasan tasik itu. Dia
terjun ke tasik lalu menarik tangan budak lelaki itu.
Dalam keadaan yang cemas aku terpandang sebuah pondok telefon awam. Aku bergegas
menghubungi pihak ambbulans dan memaklumkan kejadian yang berlaku. Beberapa minit kemudian,
pihak ambulans sampai ke tempat kejadian dan membawa budak lelaki yang lemas itu terus ke hospital
untuk mendapatkan rawatan. Aku berasa sangat bersyukur kerana budak itu dapat diselamatkan.

Selepas itu, aku menghubung kedua ibu bapa budak lelaki tersebut. Mereka terkejut di atas
kajadian yang berlaku. Malahan mereka sempat mengucapkan terima kasih kepad sikapku yang sangat
prihatin.
Aku berasa amat gembira kerana berjaya menyelamatkan satu nyawa. Aku juga ceritakan tindakan
yang aku lakukan kepada ibu bapaku. Mereka amat berbangga dengan sikapku yang baik hati.
Peristiwaini tidak akan ku lupa sampai bila-bila

Anda mungkin juga menyukai