Anda di halaman 1dari 4

Kata Hubung 1) Digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat

2) Contoh: a) Emak membeli baju dan seluar (penggabungan kata) b) Ali kurus tetapi tidak boleh berlari (penggabungan frasa) c) Ali mengemop lantai sementara Ahmad mengelap tingkap (penggabungan ayat) 3) Kata hubung terbahagi kepada tiga jenis, iaitu a) Kata hubung gabungan b) Kata hubung pancangan I. Kata hubung pancangan relatif II. Kata hubung pancangan komplemen III. Kata hubung pancangan keterangan c) Kata hubung berpasangan

Kata hubung gabungan


Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya .

Kata hubung gabungan Atau Dan Lalu Lantas Sambil Maka Serta Tetapi Sebab Kalau Supaya Kemudian Malahan bahkan

Contoh Saya hendak makan mee atau nasi lemak Saya dan adik bermain di taman Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian Saya bangun malas dan lantas ke dapur Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn keluarlah Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih Sila baca soalan kemudian mula menjawab Saya disini baik sahaja malahan kamu Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha lebih kuat lagi

Kata hubung pancangan

i. Kata hubung pancangan relatif


Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah. ii. Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat:

Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai. iii. Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya. Contoh ayat:

A.

Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan :

Kata hubung pancangan Agar Apabila Bahawa Biarpun Hingga Jika Kecuali Kerana Ketika Lantaran Manakala Meskipun Sebelum Sejak Sehingga Sekiranya Selagi / seraya Semenjak Sementara Setelah Selama Tatkala Walaupun Sungguhpun Yang Jikalau Andai Untuk

Contoh Saya berharap agarkamu dapat dating Saya terkejut apabila mendengar berita itu Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam hal ini Saya belajar hingga ke peringkat universiti Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya Jawab semua soalan kecuali soalan dua Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah Saya membaca buku manakala adik sedang bermain Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul lapan Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri dan ke kanan dahulu Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah berubah Kamu hendaklah menyiapkan kerja sekolahsehingga habis Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak teratur Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan SPM Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu Selama ini saya mencari kamu Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu

Kata hubung berpasangan


Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Kata hubung berpasangan Baikataupun Baikbaik Baikmahupun Bukan sajabahkan juga Bahkan sahatetapi juga Jangankanpun Sedangkanapatah lagi Semakinsemakin Sungguhpunnamun Sungguhpun...tetapi walaupun...namun sedangkan...inikan pula Sama adaataupun Kiankian Entahentah Bukansahaja malah

Contoh Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul Baik Ali baik adiknya samasama pintar. Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng sekolah Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada. Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya Encik Ali semakin kaya semakinpemurah Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya tetap gagal Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu murid hadir ke Sekolah Kian lama kian banyak orang ke sana Khabar anghin itu entah betul entah tidak Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai