Anda di halaman 1dari 2

NOTA KATA KERJA

Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau
dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada,
kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif (Perbuatan tidak Melampau).

Kata Kerja Transitif


Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang
kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti
mempunyai penyambut ( objek ). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai
awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.
Contoh Kesalahan.
Dia suka baca buku. (salah)
Dia suka membaca buku. (betul)
Ahmad tendang bola itu. (salah)
Ahmad menendang bola itu. (betul)
Analisis :
Kata kerja transitif yang berawalan me-,-ter-, atau ber- tidak boleh ditiadakan awalannya.
Kata Kerja Transitif Aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya
berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,
memper...i, dan memper...kan.
Contoh Kesalahan.
Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah)
Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul)
Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah)
Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)
Analisis :
Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi keduaduanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan
kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai
perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.

Kata Kerja Transitif Pasif


Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja
transitif pasif menggunakan imbuhan di-.

Penyambut

Kata Kerja Transitif

Pembuat

Radio itu

didengari

Atan

Burung itu

ditangkap oleh

seekor kucing

Sayur itu

dijual oleh

seorang perempuan

Ikan itu

dijala oleh

Pak Abu

Surat itu

sedang ditulis oleh

bapa

Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat
itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak
transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap' dan kata kerja tak transitif tak
berpelengkap.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat
supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek (penyambut).

Pembuat

Kata Kerja Tak Transitif

Keterangan

Kami

mandi

di tasik

Dia

senyum

semasa berjalan

Air sungai

beransur

surut

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap


Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
Pembuat
Kata Kerja Tak Transitif
Rumahnya

roboh

Radio itu

berbunyi

Turunnya
Union
Jalur Gemilang pula

Jack

itu, berkibar

Anda mungkin juga menyukai