Anda di halaman 1dari 29

KONSEP, BINAAN DAN

FUNGSI

Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
Frasa
Nama

Frasa
Frasa
Sendi Frasa Kerja
Nama

Frasa
Adjektif
Frasa Kerja
Merupakan binaan yang boleh terdiri daripada satu
perkataan atau lebih dan intinya kata kerja.

Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak


transitif dan kata kerja transitif.

- Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau


diikuti oleh satu atau sederetan perkataan.
- Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-
unsur lain.
BINAAN FRASA KERJA

Frasa kerja yang tidak Frasa kerja yang mengandungi


mengandungi objek objek,
BINAAN FRASA KERJA

I. Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya


tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.

Contoh ayat :

1. Ali menang.

2. Adik sedang tidur.


BINAAN FRASA KERJA

II. Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya


disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan
kata kerjanya. Contohnya :

Frasa Kerja
Subjek
Kata Kerja Objek Keterangan

1. Mereka makan ayam goreng


itu.
2. Pemburu menembak harimau itu dengan
senapangnya.
3. Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
Binaan frasa kerja tanpa objek
 Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama
sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja
sebagai Intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.

 Frasa kerja tak transitif ialah jenis kata yang tidak


disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek.

 Frasa nama sebagai objek boleh ditakrifkan sebagai


unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat aktif
dan ayat tersebut boleh mengalami ayat pasif.
Kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap

Kata kerja tak


Kata kerja tak transitif transitif dengan Kata
dengan pelengkap Nama sebagai
Penerang
Kata adjektif
sebagai Jenis kata kerja tak
pelengkap transitif
Frasa sendi
nama sebagai
pelengkap

Kata nama
sebagai
pelengkap
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA
PELENGKAP
• Kata kerja tak transitif jenis ini tidak
memerlukan apa-apa unsur sebagai
pelengkap. Contohnya :
1. Semua penonton duduk.
2. Padi menguning.
3. Dia tercengang.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
DENGAN PELENGKAP
• Kata kerja yang tidk mempunyai makna sekiranya tidak
diikuti oleh unsur pelengkap.
• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah :
I. kata adjektif sebagai pelengkap
- Pelengkap kata adjektif seperti genting, kukuh,
jahat, baik, lemah, dan miskin.
Contoh ayat :
1. Badannya menjadi lemah.
2. Mereka tidak berbuat jahat.
II. Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Frasa sendi nama yang hadir selepas kata kerja tak
transitif mendukung makna “tempat”. Contoh kata
demikian ialah berada, tinggal, menetap,
bemaustatin, membelok, singgah dan sebagainya.

Contoh ayat :
1. Mereka tinggal di Sibu Jaya.
2. Keretanya membelok ke kanan.
III. Kata nama sebagai pelengkap
Pelengkap ini boleh dibezakan daripada kata nama sebagai
objek atas dasar pelengkap tidak boleh dijadikan subjek dalam
ayat pasif.
Ada dua kumpulan kata kerja tak transitif yang memerlukan
pelengkap demikian.
1. Kata kerja yang 2. Kata kerja yang boleh
berimbuhan ber-…-kan diikuti oleh kata nama
sebagai pelengkap ialah
menjadi dan ada.
Contohnya : Contohnya :
1. Dia berbantalkan lengan. 1. Dia menjadi guru.

2. Pengemis itu berbantalkan 2. Orang itu ada harta.


rumput.

3. Pak Kaduk berbajukan


kertas.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN
KATA NAMA SEBAGAI PENERANG
 Kata nama sebagai penerang yang mengikuti
kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana
ayat yang mengandunginya tidak boleh
dipasifkan.

 Kata nama tersebut hanya sebagai penerang


bukan pelengkap kerana kata nama penerang
boleh ditiadakan tanpa merosakkan
kesempurnaan makna ayat.
• Contohnya :

Frasa Kerja
Subjek Kata Kerja Penerang

Lelaki itu berseluar jean.


Kanak-kanak berbaju Melayu.
itu
Mereka bersawah padi.
keluarganya berkedai kopi.
Peladang itu berkebun kelapa.
BINAAN FRASA DENGAN OBJEK
Frasa kerja • Contohnya :
dengan satu • 1. Saya menjawab surat itu.
objek • 2. Dia tidak mengabaikan tugasnya.

• Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja


transitif.
• Objek tepat ialah objek yang menjadi
Frasa kerja penyambut secara langsung dan objek sipi
dengan Dua tidak menjadi penyambut secara langsung.
objek • Contoh ayat:
• 1. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
• - Ali objek tepat dan buku ialah objek sipi
Menerangkan
waktu pada kerja
yang dilakukan.
Kata Bantu
Aspek
Frasa kerja
dengan kata
bantu
Menerangkan
Kata Bantu
ragam
ragam
(atau suasana
perasaan) sesuatu
perbuatan.
Kata Bantu Aspek
- Kata bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek
masa berdasarkan sama ada perbuatan itu sudah,
sedang atau belum dilakukan, contohnya :
Kata Aspek Bantu
Sudah dilakukan Sedang Belum dilakukan
dilakukan
Sudah sedang belum
Telah masih akan
pernah

Contoh ayat :
1. Saya pernah melihat orang itu.
2. Adik saya masih tidur lagi.
3. Ibu belum memasak nasi.
Kata Bantu Aspek
Dalam bahasa Melayu, kata
bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh
hadir bersama. Contohnya :

Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama


Belum + pernah Akan + sedang
Masih + belum Belum + akan
Masih + sedang Sedang + masih
Sudah + pernah Pernah + akan
Telah + pernah Telah + masih
Kata Bantu Ragam
- Antara kata bantu jenis ini termasuklah :
hendak boleh
mahu dapat
harus mesti

Contoh ayat :
1. Encik Jumat hendak mengembara ke Afrika.
2. Mereka mahu berikhtiar lagi.
3. Kamu boleh pergi sekarang.
Kata Bantu Ragam
Dalam bahasa Melayu, kata
bantu tertentu boleh hadir
bersama dan tidak boleh hadir
bersama. Contohnya :

Boleh hadir bersama Tidak boleh hadir bersama-sama


Harus + mahu Hendak + mahu
Harus + dapat Mahu + mesti
Mesti + mahu Boleh + mesti
Mesti + dapat Mahu + harus
• Kata bantu aspek juga boleh hadir
bersama kata bantu ragam secara
berderetan, baik secara mendahului atau
mengikutnya. Misalnya :
Kata bantu aspek + kata bantu Kata bantu ragam + kata bantu
ragam aspek
Contohnya : Contohnya :
1. Hamdan sedang hendak ke 1. Mereka mesti akan datang
pasar. lagi.
2. Ellif belum hendak mandi. 2. Hazairi harus sudah tidur.
3. Herman masih belum dapat 3. Polis mesti telah menangkap
tidur. pencuri itu.
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

- Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,


boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku
ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Contohnya :

Frasa kerja transitif dengan Frasa kerja tak transitif


ayat komplemen dengan ayat komplemen
1. Orang itu menafikan 1. Pak Abut percaya bahawa
bahawa barang-barangnya tetamu anaknya dari kota.
telah hilang.
2. Ibu Herna berpendapat
2. Kami menegaskan bahawa bahawa sumbangan PIBG
kejayaan bergantung pada sekolah anaknya
usaha gigih. berkesan.
FRASA NAMA
(ii)FN + FK (iii)FN + FA
( Abang ( Ayah
tidur. ) tinggi. )

(i) FN +
(iv)FN + FS
FN
FRASA ( Ibu di
( Kakak NAMA pejabat )
guru. ) dalam
pola ayat
dasar.
BINAAN FRASA NAMA
 Binaan FN boleh terbentuk daripada
satu perkataan atau beberapa perkataan

 Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,


terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu :
i. Inti + Penerang
ii. Inti + Inti
1. Inti + Penerang

* Satu perkataan menjadi inti bagi seluruh


FN itu iaitu unsur yang diberi
penumpuan makna dan mewakili seluruh
frasa itu dari segi makna
* Perkataan atau perkataan-perkataan lain
menjadi penerang atau penerang-
penerangnya iaitu unsur yang
menerangkan makna dalam inti itu.
Contoh :
Inti Penerang Predikat

Guru sekolah rendah itu guru saya

Askar Melayu Diraja Berbaris di padang


2.Inti + Inti
* Terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya
* Tidak mempunyai unsur penerang kerana
makna keseluruhan FN itu didukung oleh
kedua-dua kata nama inti.
* Binaan jenis ini tidak mempunyai makna
penerang
Dua golongan FN dari jenis ini :
Inti Inti Makna yang didukung

Tubuh badan dengan maksud sama erti


Wang ringgit

Kerusi Meja dengan maksud lawan erti


Ibu bapa

Anda mungkin juga menyukai