Anda di halaman 1dari 3

http://www.scribd.

com/doc/17188383/Frasa-Kerja

Frasa Kerja (FK)

1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja
sebagai intinya.

2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.

3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak
transitif.

4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:

Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
Frasa kerja tak
Frasa kerja tak transitif
transitif
tanpa pelengkap
berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (i) (kata bantu) + kata
(penerangan) + (keterangan) kerja + (keterangan)

Tanda kurung menunjukkan unsur yang Tanda kurungan (kata bantu) + kata
boleh ada atau tiada. kerja + pelengkap +
menunjukkan unsur yang
(penerang) +
boleh ada atau tiada
keterangan
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek
tepat + objek sipi + (keterangan) (ii) (kata bantu) + kata
tanda kurung
kerja + (penerang) +
menunjukkan unrus
Tanda kurung menunjukkan unsur yang (keterangan)
yang boleh ada atau
boleh ada atau tiada
tiada.
Tanda kurung menunjukkan
unsur yang boleh ada atau
tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

Subjek Predikat
Frasa kerja Nota
Frasa Nama
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja. maksud ayat
Cikgu masih menulis di papan hitam. lengkap jika
keterangan
bayi itu sedang merangkak dengan laju.
dibuang.
Jamal akan datang esok
Khatib sedang berkhutbah di surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek Predikat
Nota
Frasa Frasa kerja
nama Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan
pelengkap
secepat dalam
Mereka akan pulang ke rumah frasa sendi
mungkin minggu ini
nama
yang pelengkap
Ahmad ingin menjadi penyanyi di negara ini
terkenal kata nama
Pelengkap
Saya   tinggal di Klang     frasa sendi
nama

(kembali ke laman utama)

BINAAN FRASA KERJA DAN FUNGSI DALAM AYAT

FRASA KERJA TRANSITIF


Jika subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja transitif, maka ayat itu
mempunyai pola FN+FK juga. Contohnya :
Pesakit itu menemui doktor.
pelajar itu mempelajari tatabahasa.
Berdasarkan ayat diberi, frasa kerja terdiri daripada kata kerja transitif dan frasa nama sebagai
objek.

1.1 AYAT AKTIF


Apabila subjek sesuatu ayat menjadi pelaku dan objeknya menjadi penderita, ayat tersebut
disebut ayat aktif transitif. Contohnya :
Ali (pelaku) membaca buku itu (penderita)
Dalam ayat diatas, Ali bertugas sebagai subjek. Frasa nama buku itu bertugas sebagai objek
kepada frasa kerja transitif membaca. Dari segi maknanya, subjek Ali menjadi pelaku dan objek
buku itu menjadi penderita, yakni yang dikenai kesan kata kerja transitif membaca.

1.2 AYAT PASIF


Apabila frasa nama yang menjadi subjek dalam sesuatu ayat itu menjadi penderita kerana dikenai
kesan kata kerja pasif, maka ayat itu disebut ayat pasif. Contohnya :
Buku itu”(penderita) dibaca oleh Ali.
Frasa nama buku itu bertugas sebagai subjek manakala kata kerja pasif dibaca dan frasa sendi
oleh Ali menjadi predikat. Dari segi maknanya, subjek buku itu menjadi penderita kerana dikenai
kesan kata kerja kerja pasif dibaca.

1.2.1 FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA


i Kerja ini kami selesaikan
ii Mesyuarat itu saya hadiri.

Bentuk-bentuk seperti kami selesaikan dan saya hadiri bertugas sabagai predikat. Oleh sebab
dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu merupakan frasa, iaitu frasa kerja pasif diri
pertama.

1.2.2 FRASA KERJA PASIF DIRI KEDUA


i Nota itu anda simpan?
ii Surat ini kaubaca?
Oleh sebab anda simpan dan kau baca dapat bertugas sebagai predikat, maka semua itu
merupakan frasa iaitu frasa kerja pasif diri kedua.

1.2.3 FRASA KERJA PASIF DIRI KETIGA


i Rumah itu dibeli oleh beliau.
ii Barang-barang diangkut oleh mereka.
Kata kerja pasif yang berawalan di- dan disertai frasa sendi dapat bertugas sebagai predikat. Oleh
sebab itu, dibeli oleh beliau dan diangkut oleh mereka dapat menjadi frasa kerja pasif diri ketiga.

FRASA KERJA TAK TRANSITIF


Seandainya subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa kerja tak transitif, maka
ayat itu berpola FN+FK. Contohnya :
1. Kami berjalan.
2. Tiga orang penyanyi itu menari.
Kata kerja transitif pada umumnya dapar berdiri dengan sendiri dengan maknanya lengkap tanpa
objek kecuali yang berapitan ber...kan. Oleh sebab itu, kata kerja transitif dapat menjadi frasa
kerja yang bertugas sebagai predikat walaupun hanya sepatah.

Anda mungkin juga menyukai