Anda di halaman 1dari 14

TAJUK

Sintaksis ialah sistem yang mengkaji peraturan dan kategori dalam asas
pembentukan ayat bagi sesuatu bahasa dan kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sintaksis juga
merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat dan cara-
cara penggabungan ayat di samping melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:

Anda dikehendaki menjelaskan konsep sintaksis berdasarkan pandangan sarjana


bahasa dan membuat rumusan konsep menurut kefahaman anda. Seterusnya
bincangkan binaan frasa kerja dan kepentingan pengetahuan tentang semua frasa
kepada guru bahasa Melayu.
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


TAJUK i
ISI KANDUNGAN ii-iii
PENGHARGAAN iv
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 FRASA KERJA 2
2.1 BINAAN FRASA KERJA 2
2.1.1 Frasa Kerja yang tidak mengandungi objek 2
2.1.2 Frasa Kerja yang mengandungi objek 2
2.2 BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK 3
2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif tanpa Pelengkap 3
2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap 3
2.2.2.1 Kata adjektif sebagai pelengkap 3
2.2.2.2 Frasa sendi nama sebagai pelengkap 4
2.2.2.3 Kata nama sebagai pelengkap 4
2.2.3 Kata Kerja Tak Trasitif dengan Kata Nama 4
Sebagai Penerang
2.3 BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK 5
2.3.1 Frasa Kerja dengan Satu Objek 5
2.3.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek 5
2.4 Frasa Kerja dengan Kata Bantu 6
2.4.1 Kata Bantu Aspek 6
2.4.2 Kata Bantu Ragam 6
2.5 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen 6
2.5.1 Frasa Kerja Transitif dengan Ayat 7
Komplemen
2.5.2 Frasa Kerja Tak Transitif dengan Ayat 7
Komplemen
2.6 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja 7
2.6.1 Keterangan tempat atau arah 7
2.6.2 Keterangan waktu 7-8
2.6.3 Keterangan cara 8
2.6.4 Keterangan tujuan atau harapan 8
2.6.5 Keterangan alat 8
2.6.6 Keterangan penyertaan 9
2.6.7 Keterangan hal 9
2.6.8 Keterangan bagai 9

3.0 KEPENTINGAN PENGETAHUAN SEMUA FRASA 9


KEPADA GURU BAHASA MELAYU
4.0 KESIMPULAN 10
RUJUKAN v
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan kesihatan
yang baik dalam menyiapkan kerja kursus BMM1064 Sintaksis Bahasa Melayu dan
membantu saya menyiapkan kerja kursus Sintaksis Bahasa Melayu (BMM1064)
pada masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus BMM1064 Sintaksis Bahasa Melayu,
Dr Mashudi Bin Bahari kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya
sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini.

Selain itu, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ahli keluarga saya yang
telah banyak memberi saya sokongan serta dorongan kepada saya. Mereka juga
banyak membantu saya dalam hal kewangan dan memberi nasihat kepada saya
sepanjang melaksanakan kerja kursus ini.

Ucapan terima kasih juga saya tunjukkan kepada rakan-rakan saya yang
membantu saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang manjalankan
tugasan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya ucapkan sekali terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat langsung dan tidak langsung yang membantu saya sepanjang saya
melaksanakan tugasan ini.

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Nik Safiah Karim (2010), sintaksis adalah suatu kajian tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah pengabungan dan
penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti
pegkaji yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu
bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu.
Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkai kata
atau ayat yang membentuk klausa dan frasa.

Menurut Abdullah Hassan (2006), sintaksis merupakan bidang linguistik yang


mengkaji binaan ayat iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa dan bagaimana
frasa disusun menjadi ayat.
Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), sintaksis merupakan
satu bidang yang mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam
pembentukan ayat. Dalam erti yang lain, sintaksis adalah kajian mengenai ayat iaitu
kajian tentang frasa dan klausa.

Kesimpulannya, sintaksis merupakan satu kajian tentang pembinaan ayat.


Proses pembinaan ayat akan terdiri daripada beberapa unsur iaitu frasa dan klausa
dengan mematuhi hukum dan peraturan yang ditentukan supaya ayat-ayat yang
dihasilkan adalah lengkap dan mudah difahami.

2.0 FRASA KERJA

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih
dan kata intinya kata kerja. Kata kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atau
kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif bermakna boleh hadir bersendirian atau
diikuti oleh satu atau beberapa perkataan manakala kata kerja transitif mesti diikuti
oleh objek serta unsur-unsur lain.

2.1 BINAAN FRASA KERJA

Binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu:

2.1.1 Frasa kerja yang tidak mengandungi objek


Frasa kerja yang tidak mengandungi objek bermakna kata kerjanya tidak
perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya. Sebagai contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kata Kerja
Adik sedang makan.
Cikgu sedang menulis.

2.1.2 Frasa kerja yang mengandungi objek

Frasa kerja yang mengandungi objek bermakna kata kerjanya mesti disambut
oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Sebagai
contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Objek
Andrew membaca buku.
Ibu menghidangkan sedulang makanan.
Hamidah mengarang surat.

2.2 BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK

Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri
daripada satu jenis kata kerja sebagai intinya yang disebut sebagai kata kerja tak
transitif. Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh
frasa nama sebagai objek.

2.2.1 Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap tidak memerlukan apa-apa unsur
sebagai pelengkap. Kata kerja ini mempunyai makna yang lengkap dan sempurna.

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja
Ahmad berlari.
Kakak bersenyum.
Sampah sarap bertaburan.
2.2.2 Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap

Kata kerja tak transitif dengan pelengkap ialah kata kerja yang tidak
mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap.
Unsur-unsur itu bukan objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Unsur-unsur
yang menjadi pelengkap boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

2.2.2.1 Kata adjektif sebagai pelengkap

Contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Pelengkap
Albert menjadi kacak.
Tauke itu jatuh miskin.
Kesihatan nenek beransur pulih

2.2.2.2 Frasa sendi nama sebagai pelengkap

Contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Pelengkap
Saya tinggal di Sarawak.
Saya berada di Kuala Lumpur.

2.2.2.3 Kata nama sebagai pelengkap

Contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kata Kerja Pelengkap
Saya ingin menjadi guru.
Ahmad - makan ayam goreng.

2.2.3 Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama Sebagai


Penerang
Kata nama sebagai penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukan
objek kerana ayat yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama terebut
hanya menjadi penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana
kata nama penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata
kerja. Sebagai contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Penerang
Albert berbaju Cina.
Mereka berbahasa Melayu.
Jeffrey bermain bola.

2.3 BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK

Pembentukan frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah
kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu
sebagai objek atau penyambutnya. Ayat-ayat yang mengandungi frasa nama
sebagai objek boleh dipasifkan menjadi ayat yang lain. Sebagai contohnya:

a) Saya makan nasi goreng itu.


b) Nasi goreng itu saya makan.

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dibahagikan kepada
dua jenis iaitu:

2.3.1 Frasa Kerja dengan Satu Objek

Contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Objek
Saya menjawab kertas soalan.
Ibu membeli sayur masin.

2.3.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek

Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya boleh
mengandungi dua frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja. Objek-objek ini
mempunyai fungsi yang berbeza dan boleh disebut sebagai objek tepat dan objek
sipi. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata
kerja manakala objek sipi ialah yang tidak menjadi penyambut secara langsung.
Sebagai contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
Jeffrey menghadiahi Chan buku.
Puan Maria membelikan anaknya baju.

2.4 Frasa Kerja dengan Kata Bantu

Dalam pembentukan ayat, unsur kata bantu boleh disertai oleh kata penguat.
Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna ynag
didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu iaitu:

2.4.1 Kata Bantu Aspek

Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan, iaitu sama
ada kerja itu akan, sedang, sudah, masih baru, mula atau belum dilakukan. Kata
bantu aspek tergolong kepada tiga jenis aspek masa berdasarkan sama ada
perbuatan itu sudah, sedang atau belum dilakukan. Sebagai contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Objek
Mereka sedang membuat kerja kursus.
Muadz sudah menyiapkan kerja rumah.
Saya belum menulis surat.

2.4.2 Kata Bantu Ragam

Kata bantu ragam ialah perkataan yang menerangkan ragam, sesuatu


perbuatan itu dilakukan, misalnya sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak
melakukan atau berkeupayaan melakukan sesuatu perbuatan itu. Sebagai
contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Bantu Ragam Kata Kerja Objek
Kita mesti menghormati orang lain.
Ali enggan memberikan buku itu.
Sabrina dapat melawat ke Korea.

2.5 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh
menerima ayat komplemen. Dengan ini, ayat majmuk akan terbentuk apabila ayat
menerima ayat komplemen.

2.5.1 Frasa Kerja Transitif dengan Ayat Komplemen

Contohnya:

a) Remaja itu tekah mengakui bahawa dia telah mencuri barang itu.
b) Berita itu menyatakan bahawa harga minyak akan meningkat RM0.20.

2.5.2 Frasa Kerja Tak Transitif dengan Ayat Komplemen

Contohnya:

a) Pensayarah itu berasa bahawa tajuk itu sesuai untuk para pelajar.
b) Bapa Ali berpendapat bahawa sumbangan PIBG sekolah anaknya berkesan.

2.6 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan
kata kerja itu dengan lebih lanjut. Unsur ini juga berfungsi sebagai frasa adverba.
Dalam ayat susunan biasa, unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata
kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Frasa keterangan boleh
dibahagikan kepada lapan kumpulan.

2.6.1 Keterangan tempat atau arah

Keterangan tempat dan arah ialah unsur yang membincangkan lokasi


sesuatu peristiwa atau tempat yang terdiri daripada frasa sendi nama seperti di, ke,
dari, daripada, kepada dan pada. Contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Kerja
Frasa Nama
Kata Kerja Keterangan Objek
Saya bekerja di sekolah.
Izyan berasal dari Sabah.
2.6.2 Keterangan waktu

Keterangan waktu boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Bentuk yang


pertama ialah frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam,
sejak dan hingga. Bentuk yang kedua terdiri daripada frasa nama seperti semalam
dan dua dekad yang lalu. Contohnya:

a) Kuliah itu mula pada pukul 7.45 pagi.


b) Program itu bermula sejak 3 tahun yang lalu.
c) Kakak sudah sampai di Sarawak semalam.

2.6.3 Keterangan cara

Keterangan cara boleh dibahagikan kepada dua bentuk. Bentuk yang


pertama terdiri daripada kata adjektif yang berfungsi sebagai kata adverba. Bentuk
yang kedua terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama
dengan diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda-nya. Contohnya:

Contoh Bentuk
a) Kereta itu bergerak laju. Kata adjektif berfungsi sebagai kata
adverba
b) Kereta itu bergerak dengan lajunya Frasa sendi nama

2.6.4 Keterangan tujuan atau harapan

Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan maksud


sesautu perbuatan atau kejadian yang terdiri daripada frasa sendi nama seperti
demi, untuk dan bagi. Contohnya:

a) Kita belajar demi mendapat keputusan yang baik.


b) Rakyat harus berusaha untuk memajukan negara.

2.6.5 Keterangan alat

Keterangan alat ialah unsur yang menerangkan perkakas atau benda yang
digunakan yang terdiri daripada frasa sendi nama dengan. Contohnya:

a) Amir datang ke sekolah dengan menaiki bas.


b) Ibu memotong sayur dengan pisau.
2.6.6 Keterangan penyertaan

Keterangan penyertaan ialah unsur yang menerangkan maksud ikut


bersama-sama yang terdiri daripada frasa sendi nama dengan. Contohnya:

a) Kanak-kanak itu pergi ke taman dengan ibunya.


b) Saya melawat ke Kedah dengan kawan-kawanya.

2.6.7 Keterangan hal

Keterangan hal ialah unsur yang menerangkan keadaan yang terdiri daripada
frasa sendi nama seperti tentang, mengenai dan terhadap. Contohnya:

a) Mereka sedang berbincang tentang perkara itu.


b) Azrul telah membuat laporan mengenai isu kewangan.

2.6.8 Keterangan bagai

Keterangan bagai ialah unsur yang menerangkan keserupaan yang terdiri


daripada frasa sendi nama iaitu seperti, bagai, sebagai dan bak. Contohnya:

a) Saya berperanan sebagai seorang guru.


b) Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing.

3.0 KEPENTINGAN PENGETAHUAN SEMUA FRASA KEPADA GURU BAHASA


MELAYU

Pada pendapat saya, kepentingan pengetahuan semua frasa kepada guru


bahasa Melayu ialah pengetahuan semua frasa yang kukuh dapat membantu guru
bahasa Melayu untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid mengikut
silibus yang ditetapkan. Sebagai contohnya, murid-murid Tahun 1 dikehendaki
memahami dan membina ayat dasar dengan menggunakan pola ayat FN+FN dan
FN+FK dalam pelbagai situasi berdasarkan KSSR. Selain itu, masalah seperti murid
membuat kesilapan semasa membina ayat tidak akan berlaku jika guru bahasa
Melayu mempunyai ilmu pengetahuan dan kefafaman terhadap semua frasa. Akhir
sekali, guru bahasa Melayu dapat membantu seseorang murid yang mengalami
masalah tentang frasa-frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu .

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pembinaan ayat dengan menggunakan tatabahasa yang
betul iaitu mengikut peraturan dan sistem dalam sesuatu bahasa sangat penting
kerana pembinaan ayat yang mantap akan menjadikan ayat-ayat yang dihasilkan
lebih mudah difahami. Oleh itu, guru bahasa Melayu mesti mempunyai kefahaman
tentang frasa- frasa dalam bahasa Melayu. Dengan ini, murid-murid dapat membina
ayat dengan betul dan lengkap melalui penggunan frasa-frasa yang betul.

RUJUKAN
Kamus Dewan, Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika Berdasarkan


Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.

Abdullah Hassan. (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis.


Pahang: PTS Publication& Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, et. al. (2006). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor, et.al. (2014). Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Percetakan Salam Sdn. Bhd. .

Arbak bin Othman. (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan . (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Md Isa Bin Hassan. (1993). Frasa Kata Kerja Dalam Bahasa Melayu: Masalah
Penggunaan Serta Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et. al. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj Sabran & Rahim Syam . (1985). Kajian Bahasa . Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai