Anda di halaman 1dari 8

Kata Kerja

1.1 KATA KERJA

Kata kerja merupakan golongan kata dalam bahasa Melayu yang digunakan khusus menunjukkan
sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga:-

KATA KERJA

1. Kata Kerja Tak Transitif 2. Kata Kerja Transitif 3. Kata Kerja Pasif

1.2.1 Kata Kerja Tak Transitif ( KKTT)

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang terdiri daripada bentuk yang berikut:-

Pembetukan

Kata Kerja Tak Transif (KKTT)

Kata Kerja Asal Kata Kerja Kata Kerja


Berawalan BeR- Berawalan MeN-
(Kata Akar)

Kata Kerja Kata Kerja Kata Kerja Berapitan


Berawalan TeR- Berapitan Ber……an Ber………..kan

Kata kerja Tak Transitif boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan objek kecuali kata kerja berawalan
ber……..kan yang memerlukan pelengkap. ( Rujuk perbincangan kata kerja Tak Transitif berawalan
ber……..kan )

Kata Kerja Tak Keterangan


Transitif

Kata Kerja Asal Merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan.

( Kata Akar ) Kata bantu boleh disertakan seperti perkataan belum, sudah, akan dan
sebagainya.

Contoh Kata makan, minum, tidur, jatuh, keluar, masuk, datang, lahir, duduk, dan
kerja sebagainya.

Contoh ayat Ali sudah tidur.

Kerja Ahmad belum siap lagi.

Kata Kerja Tak Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan be-, ber-, dan bel-.
Berawalan BeR-

Contoh Kata bersalam, berasak, beranak, berdiri, berbelanja, berdayung, bersenam


kerja dan sebagainya.

Contoh ayat Ali sudah tidur.

Kerja Ahmad belum siap lagi.

Kata Kerja Tak Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan me-, men-, mem-, meng-, meny-, menge-,
Berawalan dan sebagainya.
MeN-

Contoh Kata menyanyi, membaca, mendarat, menyampuk, menangis, dan sebagainya.


kerja

Contoh ayat Wafiah menyanyi. ( Boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap)

Wafiah menyanyi di dapur. ( Boleh menerima pelengkap atau keterangan


)

Samad menangis. ( Boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap)

Samad menangis dengan tersesak-esak. ( Boleh menerima


pelengkap atau keterangan)

Kata Kerja Tak Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan ter-, ter-).


Berawalan TeR-
Kata kerja berawalan ter- kata kerja ini perlu dibezakan dengan kata kerja
transitif dan kata kerja pasif berawalan teR ( Huraian selanjutnya akan
dibincangkan dalam perbincangan imbuhan berawalan ter)
Contoh Kata termenung, terserempak, terjebak, terhidang, dan sebagainya yang tidak
kerja diikuti dengan objek.

Contoh ayat Emak sedang termenung. ( Tanpa pelengkap atau keterangan)

Emak sedang termenung di tepi tingkap. ( Dengan pelengkap atau


keterangan )

Kata Kerja Tak Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Diwujukan oleh imbuhan berapitan ber…….an.


Berapitan

Ber…..an

Contoh Kata berpanjangan, berjauhan, berlarian, bergentayangan, berkeliaran, dan


kerja sebagainya

Contoh ayat Ahmad bekerja bermati-matian untuk menampung keperluan


keluarganya.

Semoga rezeki ini akan melimpah ruah secara berpanjangan.

Kata Kerja Tak Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Diwujukan oleh imbuhan berapitan ber…….kan.


Berapitan
Kata kerja tak transitif ini memerlukan pelengkap berbanding dengan kata
Ber…..kan kerja tak transitif yang lain.

Contoh Kata berpandukan, berdasarkan, beratapkan, berselimutkan, dan sebagainya.


kerja

Contoh ayat Pengawas sekolah menjalankan tugasan mereka berdasarkan peraturan


sekolah.

Pengakap Remaja tersebut merentas hutan tebal dengan berpandukan


peta yang di bawa supaya tidak sesat.

Peringatan:-

Kesimpulannya kata kerja tak transitif :-

a) tidak memerlukan objek untuk berdiri sendiri kecuali kata kerja tak transitif berapitan ber…..kan
yang memerlukan pelengkap untuk menjadi ayat yang lengkap atau gramatis.

b) namun, kata kerja tak transitif yang lain boleh dikembangkan dengan menggunakan kata sendi
supaya prediketnya berkembang.
Di bawah disenaraikan contoh penggunaan kata kerja tak transitif yang betul dan salah.

Kata kerja tak transitif berimbuhan apitan ber……kan.

Bil Betul Salah

1 Pemuda tersebut tidur berbantalkan Pemuda itu tidur berbantalkan pada


tangan. tangannya.

2 Pasukan penyelamat tersebut berjaya Pasukan penyelamat tersebut berjaya


menjumpai pelajar yang tersesat menjumpai pelajar yang tersesat
berdasarkan peta dan kompas yang berdasarkan dengan peta dan kompas
dibawa bersama. yang dibawa bersama.

Contoh kata kerja tak transitif yang menerima pelengkap atau ditambah frasa keterangan untuk
mengembangkan prediketnya dengan menyelitkan kata sendi.

Bil Ayat menggunakan KKTT yang tidak Ayat menggunakan KKTT yang menerima
menerima pelengkap. pelengkap dan berlaku perkembangan prediket.

1 Emak sedang tidur. Emak sedang tidur di dalam bilik.

2 Ayah suka bersenam. Ayah suka bersenam pada waktu petang.

3 Golongan remaja suka Golongan remaja suka


bergentayangan. bergentayangan. di kompleks membeli belah
pada hunjung minggu.

4 Penyanyi itu menari. Penyanyi itu menari dengan pasangannya.

5 Gadis itu terpinga-pinga. Gadis itu terpinga-pinga apabila direnung oleh


pemuda yang tidak dikenalinya.

1.2.2 KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut selepasnya untuk
menjadi ayat yang lengkap atau gramatis.

Objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada frasa nama.

Kata bantu seperti belum, sudah, pernah dan sebagainya boleh hadir bersama kata kerja transitif.

Kata kerja transitif diwujukan dengan menerima imbuhan:-

MeN- + Kata Dasar + ( i / kan ) + objek

Pada dasarnya pembentukan kata kerja transitif dengan imbuhan MeN- seperti di bawah:
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)

Berawalan MeN- Berawalan memper- Berapitan MeN-….-kan

Berapitan Berapitan Berapitan Berawalan


memper….-kan teR-
MeN-……..-i memper…….-i

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan me-, men-,mem-, meny-, menge-
Berawalan
MeN-

Contoh Kata melawat, mencuci, membaca, mengarang, menyanyi, mengetin, dan


kerja sebagainya.

Contoh ayat Shamsiah sedang mencuci pinggan.

Pelajar SMKA Sultan Azlan Shah melawat Muzium Negara di Kuala


Lumpur.

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan MeN-………-kan.


Berapitan

MeN-…..kan

Contoh Kata menyatakan, menggariskan, menyinsingkan, menyingkirkan


kerja

Contoh ayat Murid itu sedang menggariskan garisan di bukunya dengan menggunakan
pembaris.

Pekerja itu menyinsingkan lengan bajunya apabila cuba mengambil


kuncinya yang terjatuh ke dalam parit.

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan MeN-………-i


Berapitan

MeN-…..-i

Contoh Kata memasuki, membasahi, membaiki, membelakangi,


kerja membohongi, membanjiri dan sebagainya.

Contoh ayat Polis cuba memasuki rumah lelaki tersebut apabila menerima maklumat
rumah tersebut merupakan sarang pengedaran dadah daripada orang
ramai

Peluh membasahi tubuh Amran setelah seharian bekerja di lading.

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-…………….


Berapitan

Memper-...……

Contoh Kata memperalat, memperoleh, memperdaya, mempertahan, memperkacang,


kerja memperkemas, dan sebagainya

Contoh ayat Komunis memperalat pemuda-pemuda itu.

Peniaga itu memperdaya pelanggannya dengan janji-janji manis.

Dia memperkacang harta orang tuanya hingga habis.

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-……-kan


Berapitan

Memper…-kan

Contoh Kata mempersembahkan, memperdagangkan, memperdengarkan,


kerja memperisterikan, mempersuamikan, memperhambakan dan sebagainya

Contoh ayat Wanita itu memperhambakan dirinya kepada sultan.

Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan Memper-………-i


Berapitan

Memper-……-i

Contoh Kata memperisteri, mempersuami, memperoleh, dan sebagainya.


kerja
Contoh ayat Halim memperisteri Samsiah setelah mereka berkenalan selama dua
tahun.

Kata Kerja Keterangan


Transitif

Kata Kerja yang Boleh diwujudkan oleh awalan teR-............


Berapitan
Kata kerja transitif awalan teR- diikuti dengan objek bermaksud
teR-........ melakukan sesuatu secara tidak sengaja.

Contoh Kata terpijak, tersepak, terdengar, terpandang, dan sebagainya.


kerja

Contoh ayat terpijak batu, tersepak tunggul, terpandang wajahnya, terdengar cerita

Pengecualian:

(a) Kata kerja transitif yang hadir dalam ayat majmuk pancangan komplemen iaitu kata
komplemen hadir selepas kata kerja transitif.

Contoh:

i. Dia menjelaskan bahawa ... Rujuk perbincangan kata hubung pancangan

ii. Beliau menasihatkan agar / supaya ... komplimen

(b) Kata kerja transitif diikuti dengan kata kerja transitif dan diikuti dengan objek.

Contoh:

i. Dia mencuba menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

( kkt ) + ( kkt ) + ( objek )

· Dia cuba menyelesaikan masalah itu dengan tenang. ( salah )

ii. Dia membantu meringankan masalah yang saya hadapi. ( kkt ) + ( kkt ) + ( objek )

· Dia bantu meringankan masalah yang saya hadapi. (salah)

iii. Dia menolong menyiapkan kerja saya itu.

· Dia tolong menyiapkan kerja saya itu. (salah)


Selain pengecualian tersebut, kata-kata lain selain objek yang terdiri daripada frasa nama tidak boleh
hadir selepas kata kerja transitif. Hanya objek yang terdiri daripada frasa nama sahaja yang boleh
hadir selepas kata kerja transitif.

Salah Betul

Dia menceritakan tentang masalahnya. Dia menceritakan masalahnva. Saya banyak


mempunyai kawan.
Saya mempunyai banyak kawan
Ayah mendalamkan perigi itu lagi.
Ayah mendalamkan lagi perigi itu.
atau

Ayah mernperdalam perigi itu.

Anda mungkin juga menyukai