Anda di halaman 1dari 16

Kata adverba

dikenali sebagai kata keterangan


menerangkan kata kerja, kata adjektif, dan
frasa sendi nama.
boleh hadir sebelum atau selepas frasa.
tidak boleh menjadi unsur inti dalam binaan
frasa
Oleh itu, kata adverba ini tidak tergolong
dalam golongan kata utama.
kata adverba tergolong sebagai kata tugas.
contohnya, Idris akan pulang nanti ( nanti ialah
kata adverba yg menerangkan kata kerja
pulang dan hadir selepas frasa)
Lelaki itu pura-pura baik untuk menarik
perhatian gadis itu. ( pura-pura ialah kata
edverba yang menerangkan kata adjektif dan
hadir sebelum frasa)
Orang tua itu kadang-kadang ke hospital. (
kadang-kadang ialah kata adverba yang
menerangkan frasa sendi nama ke hospital
dan hadir sebelum frasa)
perkataan daripada golongan kata yang lain
dapat menjadi kata adverba kerana
mempunyai fungsi menerangkan.
contohnya,
1) Dia berjalan cepat ( perkataaan cepat tiadk
tergolong dalam kata adjektif kerana perkataan
tersebut telah berfungsi menerangkan
perbuatan)
2) perjalanan ke ipoh cepat. ( perkataan cepat
ialah kata adjektif kerana menjadi inti bagi frasa
predikat)
adik tidur berdengkur.
baju perempuan cina itu merah menyala.
mereka ke bandar berdua.
kata yang dicondongkan di atas menerangkan
kata kerja,kata adjektif dan frasa sendi nama.
kata adverba terdiri daripada 4 bentuk iaitu:
kata adverba jati
Kata adverba yang asalnya kata adjektif
Kata adverba yang asalnya kata kerja dan
Kata adverba bentuk gandaan.
1. kata adverba jati
sekumpulan kata yang berfungsi menerangkan
kata kerja atau frasa kerja,kata adjektif atau
frasa adjektif dan frasa sendi nama.
contohnya, tadi, esok, begitu, saling,
sekaligus, agaknya kadang-kadang.
dia kadang-kala ke kedai itu.
saya akan membuat pembayaran sekali gus.
2) kata adverba yang asalnya kata adjektif
kata adjektif yang menerangkan kata kerja
atau frasa kerja,kata adjektif atau frasa adjektif
dan frasa sendi nama.
Contohnya, bergerak perlahan, berjalan lancar,
segera tegas.
Program kami berjalan lancar.
Air sungai itu bergalir deras.
Kami ke hospital segera.

3) Kata adverba yang asalnya kata kerja
terdiri daripada kaat kerja yang menerangkan
kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama.
Contohnya, tidur bersandar, makan bersila
bersendirian.
Mereka itu duduk bersila.
Encik Lim duduk menyendiri sejalk kematian
isterinya.
4) Kata adverba bentuk gandaan
I. penggandaan penuh
II. Penggandaan separa
III. Penggandaan berentak
I. kata adverba penggandaan penuh
jarang-jarang, besar-besar sama-sama dan
senyap-senyap
kami bertindak senyap-senyap.
pasangan pengantin itu sama-sama cantik.
II. Kata adverba penggandaan separa.
tersekat-sekat, terburu-buru dan bersungguh-
sungguh.
adik menangis teresak-esak.
kita janganlah bertindak terburu-buru.
kata adverba berbentuk gandaan separa
dengan akhiran an, : habis-habisan, kecil-
kecilan, dan besar-besaran.
Mereka mengadakan kenduri besar-besaran.
Dia bertindak terang-terangan.
kata adverba berbentuk gandaan separa
dengan imbuhan se- dan pascakata nya.:
sebaik-baiknya, semahu-mahunya, seindah-
indahnya.
Saya akan bekerja sebaik-baiknya.
Adik menangis semahu-mahunya.
III. Kata adverba penggandaan berentak.
lintang-pukang, bolak-balik dan simpang-siur.
Mereka lari lintang-pukang.
Dia bercakap bolak-balik.

makna kata adverba
1. waktu
Amir hendak pulang sekarang.
Bas ekspres itu tiba lewat
Abang baru pulang dari pejabat.
2. Cara
Menerangkan sesuatu perbuatan dilakukan.
Hamid suka duduk menyendiri
Kamu perlu berbuat begini.
Buruh itu kerja bermati-matian.
3. Ragam
menrangkan ragam atau keadaan kepastian
berlakunya sesuatu perbuatan.
Saya tentu sampai di sana petang ini.
Pelajar itu betul-betul gembira dengan keputusan
peperiksaannya.
4. Jarak
menerangkan jarak yang berkaitan dengan
kata kerja yang diterangkan.
Zaini duduk dekat dengan saya.
Datuk pergi jauh meninggalkan kita.
5. Keadaan
menerangkan keadaan atau sifat kata kerja
dan kata adjektif.
Askar itu berambut pendek.
Buku-buku itu disusun rapi.
Cili itu dipotong nipis.
6. Sifat perasaan
menerangkan perasaan berkaitan dengan
sesuatu kata kerja.
Ibu berasa rindu akan adik sejak adik di universiti.
Dia bercakap benar setiap kali berbicara.
Kata pascakata
merupakan unsur kata yang tidak dapat berdiri
sendiri ,sebaliknya hadir selepas sesuatu kata.
Contohnya partikel nya yang berfungsi sebagi
penekan dan pembenda dan tidak berfungsi
sebagai kata ganti nama diri.
kata pembenda.
digabungkan dengan perkataan yang tidak
hadir daripada kata nama atau frasa nama.
Menjadi kata nama selepas menerima partikel
nya.
1) Lajunya tidak terkejar olehku.
2) Datangnya macam kilat.
kata penekan
partikel nya berfungsi sebagai penekan dan
memberikan pengesan kepada kata yang
bergabung dengannya. Contohnya:
1) Yang sakitnya itu sebenarnya adik saya.
2) Sesungguhnya saya amat kagum akan
kebolehannya.
3) Cuaca nampaknya semakin gelap.

Anda mungkin juga menyukai