Anda di halaman 1dari 13

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim,

Sebelum pena melakar kata , sebelum warkah menjadi tinta , terlebih dahulu

bersyukur pengkaji ke hadrat ilahi kerana izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah pengkaji

menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan dikalungkan kepada Encik Abdul

Rahman Kannan Bin Abdullah selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara,

Tawau. Tidak lupa juga kepada Puan Norlela Ansley iaitu Penolong Kanan Tingkatan 6

kerana telah memberi kebenaran kepada pengkaji ketika menjalankan kajian ini. Pengkaji

juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Sharni Abedat iaitu Pensyarah

Bahasa Melayu kerana telah banyak memberi dorongan dan memberi tunjuk ajar kepada

pengkaji untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan

beliau , sudah pasti wujud kepincangan di dalam proses penyediaan kerja kursus ini.

Selain itu, penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ibu bapa

pengkaji yang tidak jemu membakar semangat pengkaji untuk terus menyiapkan kerja kursus

ini. Segala dorongan dan kata – kata semangat mereka amatlah dihargai. Jasa kalian tidak

akan dilupakan buat selama – selamanya.

Ikhmal Syafris Bin Ahmat

Mohd Herwin Bin Nursan

Mohd Amin Bin Jalini

Irwan Bin Rahman

1
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Filem Do Re Mi difilemkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna. Filem Do

Re Mi diarahkan oleh Alayarham Tan Sri P . Ramlee pada tahun 1966. Do Re Mi

mengisahkan tentang tiga orang sahabat iaitu Masdur atau Do (P.Ramlee), Amore atau Re

(AR Tompel) dan Minami atau Mi (Ibrahim Din). Do mengembara ke kota untuk memulakan

hidup baru. Akibat kecuaian Re yang menyebabkan wang isterinya dicuri, dia dihalau keluar

dari rumah dan membawa diri mencari kerja di kota. Mi, seorang bujang yang meminati gadis

yang tinggal berhadapan rumahnya, sering bertuah kerana gadis tersebut sudi meminjamkan

wang kepadanya yang tidak bekerja. Ketika Mi keluar mencari pekerjaan, dia telah menolong

mengejar pencuri yang merampas beg tangan seorang wanita. Do dan Re yang sedang

mencari kerja di pejabat buruh mendengar jeritan wanita tersebut, lalu mengejar Mi yang

sedang berlari, kerana menyangka dia adalah pencuri itu. Maka semenjak itu, mereka bertiga

berkawan rapat dan berlaku pelbagai perkara lucu. Pelbagai cabaran tiga sahabat dalam

mencari ikhtiar hidup dan mengharungi liku-liku kehidupan demi sesuap nasi.

1.2 Definisi Konsep

Menurut Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’Ba), melalui buku Ilmu Mengarang Melayu,

pragmatik merupakan cabang ilmu lingusitik yang mengkaji makna ujaran berdasarkan

konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun penggunaan bahasa dalam konteks yang

sebenar. Bahasa dalam konteks budaya meliputi tiga aspek, iatu peribahasa, ragam bahasa,

dan kesantunan berbahasa. Pengertian Bahasa, Ragam Bahasa, Fungsi Bahasa adalah

pemahaman dasar dalam memahami bahasa. Bahasa adalah suatu sistem dari lambang bunyi

arbiter yang dihasilkan oleh manusia dan dipakai oleh masyarakat untuk berkomunikasi,

2
kerjasama, dan identifikasi. Selain itu, menurut pendapat Nik Safiah Karim (1988) ia

membicarakan bahawa ragam bahasa sebagai satu gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa

dan bagi pendapat Asmah Hj Omar (1987) pula ia menerangkan ragam bahasa sebagai ciri-

ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya. Menurut Buku

Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 STPM, Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa

yang khas digunakan dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan maksud percakapan

dan mempertajamkan pemahaman pendengar atau pembaca. Ragam bahasa dapat dikatakan

sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan pelbagai bentuk

dan cara. Unsur Ragam Bahasa jenis mengejek ialah susunan kata yang mengata pihak

tertentu dengan perkataan ejekan yang tepat dan disertai dengan aksi. Tujuan penggunaannya

adalah untuk menampakkan kelemahan atau keburukan pihak yang diejek supaya mereka

kelihatan bodoh dan menjadi bahan ketawa. Pihak yang diejek pula berasa malu dan marah.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih filem Do Re Mi. Filem Do Re Mi merupakan sebuah

filem komedi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

a) Mengenal pasti dan menyenaraikan jenis ragam bahasa mengejek yang terdapat dalam

filem Do Re Mi.

b) Menjelaskan maksud dan fungsi penggunaan ragam bahasa jenis bahasa mengejek

dalam filem Do Re Mi.

3
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk :

a) Memperlihatkan penggunaan unsur bahasa dalam filem melayu klasik.

b) Menambah bahan kajian dalam bidang pragmatik.

c) Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang

ragam bahasa yang terdapat dalam filem Do Re Mi.

d) Mendokumentasikan binaan ragam bahasa yang terdapat dalam filem Do Re

Mi.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini hanya memfokuskan pada penggunaan ragam bahasa jenis bahasa

mengejek yang digunakan dalam filem Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P.

Ramlee. Kajian ini juga berfokuskan kepada makna yang ingin disampaikan melalui

penggunaan bahasa mengejek dalam filem Do Re Mi.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibuat bedasarkan unsur ragam bahasa yang digunakan dalam filem Do Re

Mi. Data yang digunakan untuk kajian ini hanya menggunakan data yang diperoleh daripada

dialog yang terdapat dalam filem Do Re Mi. Dari segi analisis, kajian ini dibuat dengan

menganalisis ragam bahasa jenis bahasa mengejek dalam dialog-dialog yang dipilih daripada

filem tersebut. Data yang terpilih akan digunakan untuk dianalisis. Pengkaji akan mengutip

pelbagai bentuk ragam bahasa jenis bahasa mengejek. Ragam bahasa jenis bahasa mengejek

yang dipilih akan dianalisis dan kemudiannya dihurai berdasarkan kajian nahu. Kajian ilmiah

4
ini tidak menyentuh langsung pada pragmatik yang lain selain daripada ragam bahasa jenis

bahasa mengejek yang digunakan dalam filem Do Re Mi arahan Allayarham Tan Sri

P.Ramlee.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan cara pengkaji mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah

mengumpulkan data, dan kaedah menganalisis data.

Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan digunakan untuk mencari sumber rujukan bagi menjalankan kajian.

Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan bahan - bahan rujukan dan buku yang berkaitan

dengan ragam bahasa. Kajian kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman

sesawang untuk mempercepatkan proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan

bahan kajian ini.

6.1 Pengumpulan Data

Pengkaji mencatatkan data dan ungkapan ragam bahasa jenis mengejek yang

digunakan dalam filem klasik tersebut. Sumber data kajian ini ialah daripada laman internet.

Penggunaan ragam bahasa jenis mengejek dijadikan asas dalam kajian ini, dikenalpasti dan

dikaji penggunaanya oleh pengkaji.

a) Rujukan

i. Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk buku bagi mencari serba sedikit

maklumat tentang penggunaan ragam bahasa dalam filem melayu klasik.

5
ii. Kaedah ini juga digunakan dengan cara menonton filem Do Re Mi bagi

mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tentang ragam bahasa dalam filem

melayu klasik.

6.2 Penganalisian Data

Setelah pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji dalam filem klasik Do Re Mi

arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, pengkaji telah melakukan analisis terhadap filem

tersebut dengan mengenal pasti ragam bahasa mengejek yang digunakan dalam filem

tersebut. Setelah dianalisis, pengkaji juga menjelaskan fungsi bagi bahasa mengejek yang

digunakan.

6
7.0 DAPATAN KAJIAN

Objektif pertama : Pengkaji ingin mengenal pasti dan menyenaraikan bahasa mengejek

yang digunakan dalam filem klasik Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

a) Terdapat 15 bahasa mengejek yang digunakan dalam filem klasik Do Re Mi arahan

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

BIL Senarai jenis ragam bahasa mengejek yang terdapat dalam filem Do Re Mi

1 “Hei, Kau gila.. kau nak bakar rumah ni yer?. Kau ingat rumah bapak kau ni ?”

2 “ Eh tak malunya takut bini “

3 “ Aiii, ahli mesyuarat tingkap kena tarik telinga lagi “

4 “ Ini ka darling, ini bukan darling ini maling”

5 “ Muka je lawa, tapi duit pun takda”

6 “ Oii kawan, nak mintak sedekah hari jumaat, ni pejabat buruh”.

7 “ Haha nak cari kerja pun bawa bungkusan”.

8 “ Tak malu mintak duit dengan perempuan”

9 “Sekarang tahanlah, sehelai sepinggang tinggal, bawa bungkusan pula tu”

10 ”Ni kepala bapa dia ni kepala bapa kau, kalau berani pijaklah”.

11 “Minami?, dah macam rokok jepun”

12 ”Ni rumah ka reban ayam?”

13 ” Nak beniaga apa 20 ringgit, nak mampus”

7
14 ” Ini bukan penyamun, tapi macam hantu nenek”

15 “ Kalau nak harapkan kau masak sampai besok pun aku tak makan”.

Jadual 1 : Bahasa mengejek yang digunakan dalam filem klasik Do Re Mi.

Objektif kedua : Pengkaji ingin menjelaskan maksud dan fungsi bahasa mengejek yang

digunakan dalam filem klasik Do Re Mi.

BIL BAHASA MENGEJEK FUNGSI

1 “Hei, Kau gila.. kau nak bakar rumah ni Menunjukkan kemarahan terhadap niat

ye?. Kau ingat rumah bapak kau ni ?” suaminya untuk membakar rumahnya.

2 “ Eh tak malunya takut bini “ Mengejek yang dia takutkan bini dan

sentiasa menuruti kehendak isteri.

3 “ Aiii, ahli mesyuarat tingkap kena tarik Menggelakkan dia kerana dimarahi oleh

telinga lagi “ isterinya

4 “ Ini ka darling, ini bukan darling ini Menunjukkan perasaan marah sambil

maling” mengejek isterinya kerana lewat pulang

ke rumah.

5 “ Muka je lawa, tapi duit pun takda” Mengejek yang dia mempunyai rupa tapi

tiada harta.

6 “ Tak malu mintak duit dengan Menunjukkan ejekan kepada Mi yang

perempuan” tidak malu sering minta duit dengan

perempuan.

8
7 “ Oii kawan, nak mintak sedekah hari Menunjukkan ejekan terhadap Do yang

jumaat, ni pejabat buruh”. datang dengan berpakaian lusuh dan

membawa bungkusan serta tidak beratur

menunggu giliran umtuk meminta kerja.

8 “ Haha nak cari kerja pun bawa Ejekan untuk Do yang membawa

bungkusan”. bungkusan buruk .

9 “Sekarang tahanlah, sehelai sepinggang Mengejek Do kerana telah dihalau dari

tinggal, bawa bungkusan pula tu” rumahnya oleh penduduk kampung dan

hanya membawa bungkusan sahaja.

10 ”Ni kepala bapa dia ni kepala bapa kau, Menunjukkan ejekan yang kasar

kalau berani pijaklah”. melibatkan andaian kepala bapa untuk

dipijak.

11 “Minami?, dah macam rokok jepun” Mengejek dengan mengandaikan

namanya sama dengan jenama rokok di

jepun.

12 ”Ni rumah ka reban ayam?” Do mengejek rumah Mi yang kelihatan

serba using dan tidak menunjukkan rupa

sesebuah rumah yang didiami.

13 ” Nak berniaga apa 20 ringgit, nak Re memperlekehkan sambil mengejek

mampus” cadangan Mi yang seakan tidak berhasil

dan tidak mendatangkan keuntungan.

14 ” Ini bukan penyamun, tapi macam hantu Rupa mereka yang tidak menggambarkan

9
nenek” penyamun dan tidak menggerunkan

15 “ Kalau nak harapkan kau masak sampai Isteri Re mengejek sambil menyindir Re

besok pun aku tak makan”. kerana perangainya tidak reti membuat

kerja

Jadual 2 : Tujuan penggunaan unsur ragam bahasa jenis bahasa mengejek dalam filem

Do Re Mi.

Jadual 2 di atas menunjukkan bahasa mengejek yang digunakan dan fungsinya dalam

filem klasik Do Re Mi. Dalam konteks dan situasi dalam filem ini banyak ragam bahasa jenis

mengejek yang digunakan dalam filem tersebut. Bahasa mengejek yang digunakan pada

permulaan filem tersebut iaitu semasa isteri Re meminta tolong kepada Re. Contoh bahasa

mengejek yang digunakan iaitu “Hei, Kau gila.. kau nak bakar rumah ni yer?. Kau ingat

rumah bapak kau ni ?” ini menunjukkan pengejekan bahasa yang digunakan agak kasar.

Ayat “Ingat ini rumah bapak kau?!” ini sudah menunjukkan seseorang itu sombong dan

mengejek. Seterusnya bahasa mengejek yang digunakan ialah “ Eh tak malunya takut bini “

dalam situasi ini juga seorang kawan yang mentertawakan Re ketika mendengar perbualan Re

bersama isterinya yang seolah-olah isteri berkuasa di rumah. Selain itu, bahasa mengejek

yang digunakan “ Aiii, ahli mesyuarat tingkap kena tarik telinga lagi” dalam situasi ini

menunjukkan isteri Re menggelakkan kawan Re yang ditarik telinga oleh isterinya kerana

menggatal di kelab malam. Perasaan marah sambil mengejek juga ditunjukkan pada dialog

Re yang sedang melihat gambar isterinya sambil berkata “ Ini ka darling, ini bukan darling ini

maling” kerana isterinya pulang lewat ke rumah. Bagi dialog pada babak Millah dan Mi,

penggunaan bahasa mengejek juga dapat dilihat ketika Millah mengejek Mi yang mempunyai

rupa tapi tidak mempunyai harta, iaitu “ Muka je lawa, tapi duit pun takda”. “Tak malu

mintak duit dengan perempuan” juga merupakan bahasa mengejek yang digunakan dalam

10
filem ini yang menunjukkan ejekan kepada Mi yang tidak malu sering minta duit dengan

perempuan depan rumahnya.

Bahasa mengejek yang digunakan pada pertengahan filem ini iaitu apabila Do, Re dan

Mi berjumpa dan berkenalan sesama mereka. Antara contoh bahasa mengejek yang di

gunakan ialah “ Oii kawan, nak mintak sedekah hari jumaat, ni pejabat buruh”, ini

menunjukkan ejekan terhadap Do yang datang dengan berpakaian lusuh dan membawa

bungkusan serta tidak beratur menunggu giliran untuk meminta kerja. Selain itu, Re

mengejek dan mentertawakan Do yang membawa bungkusan buruk untuk mencari kerja iaitu

“ Haha nak cari kerja pun bawa bungkusan”. Seterusnya “sekarang tahanlah, sehelai

sepinggang tinggal, bawa bungkusan pula tu” iaitu Re mengejek Do kerana telah dihalau dari

rumahnya oleh penduduk kampung dan hanya membawa bungkusan sahaja. Bahasa

mengejek seterusnya ”ni kepala bapa dia ni kepala bapa kau, kalau berani pijaklah”,

menunjukkan ejekan yang kasar melibatkan andaian kepala bapa untuk dipijak. Bahasa

mengejek seterusnya ialah mengejek dengan mengandaikan namanya sama dengan jenama

rokok di Jepun iaitu “Minami?, dah macam rokok Jepun”. ”Ni rumah ka reban ayam?” iaitu

Do mengejek rumah Mi yang kelihatan serba using dan tidak menunjukkan rupa sesebuah

rumah yang didiami. Selain itu, ” Nak berniaga apa 20 ringgit, nak mampus” iaitu Re

memperlekehkan sambil mengejek cadangan Mi yang seakan tidak berhasil dan tidak

mendatangkan keuntungan. Seterusnya, ” Ini bukan penyamun, tapi macam hantu nenek”

iaitu mengejek bahawa rupa mereka yang tidak menggambarkan penyamun dan tidak

menggerunkan sama sekali. Selain itu, isteri Re mengejek sambil menyindir Re kerana

perangainya tidak reti membuat kerja iaitu “ Kalau nak harapkan kau masak sampai besok

pun aku tak makan”.

11
8.0 Rumusan Kajian

Akhir sekali, dapat dikatakan bahawa kajian penggunaan bahasa mengejek dalam

filem klasik Do Re Mi arahan Allayarham Tan Sri P Ramlee memenuhi objektif kajian ini.

Terdapat dua objektif kajian iaitu mengenalpasti dan menyenaraikan jenis ragam bahasa

mengejek yang terdapat dalam filem Do Re Mi serta mengkaji tujuan penggunaan unsur

ragam bahasa jenis bahasa mengejek dalam filem Do Re Mi. Ini dapat membuktikan lagi

bahawa filem klasik Do Re Mi banyak menggunakan bahasa jenis mengejek kerana setiap

bahasa mengejek yang dituturkan adalah intonasi marah iaitu menunjukkan perasaan marah

terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan. Kemarahan ini adalah menunjukkan kesalahan

pada masa itu. Sebagai contoh sekali lagi, ketika mereka tiba di rumah Mi Do dan Re

mengejek rumah Mi yang bertanya “Ini rumah ka reban ayam?” yang jelas menunjukkan

pengejekan pada dialog itu.

9.0 Penutup

Kesimpulannya, terdapat pengunaan unsur pragmatik digunakan dalam filem klasik

Do Re Mi lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu bahasa mengejek.

Kesemua penggunaan bahasa ini membawa makna yang tertentu dan fungsi- fungsi yang

tertentu berdasarkan situasi- situasi yang tertentu berdasarkan konteks budaya dalam filem

klasik Do Re Mi lakonan dan arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Masyarakat perlulah

menggunakan bahasa mengejek dengan sebaiknya disertakan dengan niat untuk yang baik

dan bukan untuk menimbulkan rasa tidak puas hati pihak lain.

( 2465 Patah Perkataan )

12
BIBLIOGRAFI

Buku

Buku Bahasa Melayu Topikal Penggal 3 STPM

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’Ba), Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. 1965.

Asmah Hj, Omar, Definisi Ragam Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1987.

Kamus Ejaan Tepat Edisi 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997.

Internet

“Ragam Bahasa dan Jenisnya.” Diakses pada 24 Julai, 2016.

https://thohirmusthofa.wordpress.com

“Ragam Bahasa STPM.” Diakses pada 24 Julai, 2016.

https://roisah.weebly.com

“Ragam Bahasa Mengejek.” Diakses pada 24 Julai, 2016.

https://jenisbahasamengejek.blogspot.com

“Pragmatik Ragam Bahasa.” Diakses pada 24 Julai, 2016.

https://nyongshareilmu.com

“Ragam Bahasa Baku.” Diakses pada 24 Julai, 2016.

https://jurnal.umrah.ac.id.com

13

Anda mungkin juga menyukai