Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan latar belakang kajian dan definisi

konsep yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 LATAR BELAKANG

Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna ujaran

berdasarkan konteks budaya sesuatu masyarakat ataupun penggunaan bahasa dalam

konteks yang sebenar. Kesantunan berbahasa adalah salah satu cabang pragmatik

yang berkaitan dengan kesopanan ketika menggunakan Bahasa. Kesantunan berbahasa

dapat diterjemahkan melalui pemilihan suatu perkataan yang baik dan cara

menuturkan perkataan berkenaan dalam situasi tertentu berdasarkan tujuan, misalnya

untuk menyapa, meminta, mengarah, atau mempengaruhi

Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan bahasa yang lemah lembut,

sopan dan tidak menunjukkan kekasaran seseorang dalam berkomunikasi .

Kesantunan berbahasa wajar dipraktikkan semasa berkomunikasi dengan semua orang

sama ada orang yang dihormati, orang yang sama taraf ataupun orang yang lebih

rendah tarafnya daripada penutur. Bahasa yang digunakan pula mengandungi nilai-

nilai hormat yang tinggi dan tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan pendengar

Kesantunan berbahasa dipilih sebagai tajuk kerana pengkaji telah melihat nilai

kesopanan dan kehalusan berbahasa dalam kalangan remaja generasi kini dilihat

semakin terhakis dan akan memberi impak yang negatif. Atas kesedaran ini, pengkaji

memilih tajuk kesantunan berbahasa untuk menunjukkan kepada seluruh Masyarakat

tentang kepentingan dan keindahan nilai kesopanan dan kehalusan dalam berbahasa
ketika berkomunikasi, baik secara lisan mahupun tulisan dan perlu diamalkan secara

berterusan.

Kesantunan berbahasa akan dikaji dalam sebuah filem melayu klasik iaitu Madu

Tiga. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kepelbagaian kesantunan berbahasa

yang digunakan dalam berkomunikasi antara satu sama lain. Kesantunan berbahasa

menunjukkan nilai nilai kehalusan dan kesopanan seseorang dalam pertuturan seharian.

Filem ini telah dihasilkan di Singapura hasil karya Tan Sri P.Ramlee. dengan itu, karya

ini akan dikaji melalui aspek kesantunan berbahasa.

1.2 DEFINISI KONSEP

Menurut Awang Sariyan (2007), mendefinisikan kesantunan berbahasa ialah

penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan

menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan

meliputi pelbagai aspek dalam mencerminkan kehidupan sama ada secara lahiriah

atau batiniah. Kesantunan menitikberatkan perlakuan yang sopan dan berbudi

Bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain. Aspek aspek konsep

kesantunan berbahasa menurut beliau ialah kesantunan sangat kontekstual dan

kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan.

Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968) mendefinisikan kesantunan itu

berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai

usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang

konflik. Kesantunan berbahasa dapat mengekalkan keharmonian dalam


berkomunikasi antara individu yang akan menunjukkan kecantikan adab dalam

pertuturan.

Menurut Brown dan Levinson (1987) mentakrifkan bahawa kesantunan

berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan dalam sesuatu

interaksi social sebaghai usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka

(TAM) kepada pendengar. Pada mereka, setiap orang mempunyai muka yang

terbahagi kepada dua iaitu muka positif dan muka negatif yang merupakan

kehendak sejagat

Berdasarkan pernyataan di atas, jelaslah bahawa kesantunan berbahasa dapat

didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang lemah lembut, sopan dan tidak

menunjukkan kekasaran seseorang dalam berkomunikasi. Hal ini juga penting untuk

memastikan tidak timbulnya konflik yang akan membawa perbalahan antara kedua

dua pihak hanya kerana ketidaksopanan dalam berbahasa. Kajian ini akan mengkaji

kesantunan berbahasa dalam filem melayu klasik Madu Tiga.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan berdasarkan objektif yang telah disusun seperti berikut :

a} menyenaraikan penggunaan kesantunan berbahasa yang terdapat dalam filem

Melayu klasik Madu Tiga.

b ) mengkategorikan jenis-jenis kesantunan berbahasa yang terdapat dalam filem

Melayu klasik Madu Tiga

c) menghuraikan penggunaan gelaran yang terdapat dalam filem Melayu klasik Madu
Tiga

3.0 KEPENTINGAN

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan antaranya ialah :

(a) untuk Menambah dokumentasi kajian yang berkaitan dengan Kesantunan berbahasa

(b) untuk dijadikan panduan dalam proses pengajian berkaitan unusr kesantunan

Berbahasa dalam kalangan pelajar STPM

(c) untuk memberi maklumat tambahan sebagai rujukan khususnya kepada pelajar

tingkatan enam untuk peperiksaan STPM

4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada penggunaan kesantunan berbahasa dari aspek

penggunaan ungkapan bertatasusila , penggunaan kata ganti nama mengikut konteks dan

penggunaan gelaran mengikut situasi dan simpulan bahasa dalam konteks yang sesuai dalam

filem Melayu klasik Madu Tiga . Kajian ini juga tertumpu kepada Penggunaan kesantunan

berbahasa mengikut jenis jenisnya iaitu ungkapan bertatasusila, penggunaan kata ganti nama

diri, penggunaan simpulan Bahasa, penggunaan gelaran dan penggunaan intonasi, nada suara

dan ciri paralinguistic.


5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan oleh pengkaji hanya terbatas kepada penggunaan kesantunan

berbahasa yang terdapat dalam filem melayu klasik Madu Tiga.Filem melayu klasik Madu

Tiga yang berdurasi selama 1 jam 40 minit dan tayangan pertama filem ini ialah pada 12

februari 1964. Filem ini diterbitkan pada tahun 1964 oleh syarikat penerbitan Malay Film

Productions

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data akan dihuraikan.

6.1 Pemerolehan Data

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan iaitu ke

perpustakaan daerah Kunak dan sekolah untuk mencari maklumat tambahan

berkaitan kesantunan berbahasa. Bukan itu Sahaja, melalui kaedah ini pengkaji

melayari laman-laman sesawang yang berkaitan dengan kajian ini. Laman-laman

sesawang yang diakses oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat ialah Blogger,

Wikipedia dan sebagainya. kaedah kajian ini telah membantu pengkaji untuk

mengetahui maklumat khusus mengenai aspek kesantunan berbahasa yang

dijadikan asas kepada kajian ini.

a) Analisis Teks Filem


Bahan data kajian diperolehi dari filem Madu Tiga. Pengkaji akan

menonton dan mencatat kesantunan berbahasa yang terdapat dalam filem

Madu Tiga. Pengkaji mengenal pasti komunikasi masyarakat dalam filem

Madu tiga ini dengan mengkategorikan dialog-dialog mereka mengikut jenis

kesantunan berbahasa iaitu ungkapan bertatasusila, penggunaan kata ganti

nama diri, penggunaan simpulan Bahasa, penggunaan gelaran, intonasi, nada

suara dan ciri paralinguistik

6.2 Penganalisisan Data

Dalam kaedah ini, Pengkaji akan menonton filem tersebut untuk mengenal

pasti dan menyenaraikan kesantunan berbahasa yang terdapat dalam filem melayu

klasik Madu Tiga. Hasil kajian yang diperoleh akan dipersembahkan dalam

bentuk jadual mengikut jenis jenis kesantunan berbahasa yang telah diperolehi

melalui filem Madu Tiga

7.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian yang diperolehi melalui filem Madu Tiga akan disusun mengikut

jenis jenis kesantunan berbahasa iaitu ungkapan bertatasusila, kata ganti nama diri, simpulan

Bahasa dan penggunaan gelaran

7.1 Penggunaan kesantunan Berbahasa yang Terdapat dalam Filem Melayu klasik
madu Tiga.
Kesantusan berbahasa merupakan kehalusan dan kesopanan dalam berbahasa dan

pertuturan semua dalam semua lapisan masyarakat. Kehalusan dalam berkomunikasi

menunjukkan adab seseorang. Kesantunan berbahasa dapat dikenal pasti melalui cara

perbualan seseorang. Terdapat lima jenis kesantunan berbahasa iaitu ungkapan

bertatasusila, penggunaan simpulan berbahasa dalam konteks yang

sesuai ,penggunaan kata ganti nama diri yang hormat, penggunaan gelaran dan

intonasi, nada suara dan ciri paralinguistik. Melalui hasil kajian, pengkaji hanya dapat

mengesan sebanyak 41 kesantunan berbahasa dalam filem Madu Tiga. Berikut

merupakan senarai penggunaannya.


Bil. Penggunaan kesantunan Durasi
berbahasa
1 Terima Kasih 2:30
2 Tuan 2:41
3 Selamat Petang 2:41
4 Sama sama 3:03
5 Encik 4:07
Senarai
6 Silahkan duduk 4:19
7 Tok Kadi 4:31
8 Apa khabar 4:51
9 Khabar baik 4:52
10 Tuan Haji 4:55
11 Saya 4:59
12 Bapa 5:02
13 Isteri 5:11
14 InshaAllah 5:35
15 Silahkan 5:37
16 Abang 6:44
17 Aku 8:36
18 Dia 8:47
19 Baiklah 9:07
20 Assalamualaikum 11:41
21 Waalaikumussalam 11:42
22 Jemput masuk 12:06
23 Marilah kita masuk ke dalam 12:09
24 Alhamdulillah 12:48
25 Selamat berbahagia 13:16
26 Selamat sejahtera 16:21
27 Kau 16:54
28 Cik 17:39
29 Menantu 18:02
30 Hadirin yang dihormati 22:33
31 Ibu mentua 23:01
32 Syukur ke hadrat illahi 24:06
33 Mak 27:45
34 Kamu 28:34
35 Engkau 30:06
36 Otak Geliga 33:06
37 Buah Fikiran 33:45
38 Adinda 36:56
39 Nenek 54:49
40 Saudari 54:53
41 Hamba 1:00:23
Penggunaan Kesantunan Berbahasa dalam Filem Madu Tiga
7.2 Jenis-jenis Kesantunan Berbahasa

Kesantunan berbahasa merupakan kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan

Bahasa dan dikategorikan kepada 5 jenis iaitu ungkapan bertatasusila, penggunaan

simpulan Bahasa, kata ganti nama diri, penggunaan gelaran dan intonasi, nada suara

dan ciri paralinguistik. Berikut merupakan 5 jenis kesantunan berbahasa dalam filem

Madu Tiga :

7.2.1 Penggunaan Ungkapan Bertatasusila

Ungkapan bertatasusila merupakan ungkapan yang menggunakan kosa

kata yang halus dan sopan, sama ada secara lisan atau tulisan. Ungkapan

bertatasusila digunakan untuk menunjukkan kehalusan dalam komunikasi

antara anggota masyarakat contohnya seperti Terima kasih, selamat pagi dan

Assalamualaikum. Pengkaji telah mengenal pasti sebanyak 20 ungkapan

bertatasusila dalam filem melayu klasik madu tiga. Berikut merupakan senarai

penggunaannya
Bil. Penggunaan ungkapan Durasi
bertatasusila
1 Terima Kasih 2:30
2 Selamat petang 2:41
3 Sama sama 3:03
4 Silahkan duduk 4:19
5 Apa Khabar 4:51
6 Khabar baik 4:52
7 InshaAllah, saya akan samapi 5:35
8 Silahkan 5:37
9 Baiklah 9:07
10 Assalamualaikum 11:41
11 Waalaikumussalam 11:42
12 Jemput masuk 12:06
13 Marilah kita masuk ke dalam 12:09
14 Alhamdulillah 12:48
16 Selamat berbahagia 13:16
17 Selamat Sejahtera 16:21
18 Hadirin yang dihormati 22:33
19 Syukur ke hadrat illahi 24:06

Jadual 2 : Senarai penggunaan ungkapan bertatasusila dalam Filem Madu Tiga

Berpandukan jadual di atas, ungkapan bertatasusila ialah kesopanan dan

kehalusan dalam perbualan seseorang. Pengkaji telah mengena pasti sebanyak 20

ungkapan bertatasusila yang terdapat dalam filem Madu Tiga. Hal ini menunjukkan

Masyarakat mengamalkan kesantunan berbahasa dalam setiap perbualan mereka

7.2.1 Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri merujuk kepada kata yang digunakan untuk

menggantikan nama orang. Pengkaji telah mengenal pasti terdapat sebanyak

8 penggunaan kata ganti nama diri bagi kedua dua kategori. Berikut

merupakan 8 contoh penggunaan kata ganti nama diri


(a ) Kata Ganti Nama Diri Biasa

Kata ganti nama diri biasa ialah kata yang digunakan untuk

menggantikan nama orang lain atau bercakap dengan orang biasa dan

bukannya dari keturunan raja contohnya Saya, aku dan kamu. Pengkaji hanya

dapat mengenal pasti sebanyak 6 penggunaan kata ganti nama diri biasa.

Berikut merupakan senarai penggunaannya.

Bil. Penggunaan kata Durasi


ganti nama diri biasa
1 Saya 4:59
2 Aku 8:36
3 Dia 8:47
4 Kau 16:54
5 Kamu 28:34
6 Engkau 30:45

Jadual 3: senarai penggunaan Kata Ganti Nama Diri biasa dalam filem melayu klasik
Madu tiga

(a) Kata Ganti Nama Diri Diraja


Kata ganti nama diri diraja ialah kata panggilan yang digunakan oleh

golongan atau keturunan raja dan dan digunakan oleh rakyat biasa ketika

menghadap raja contohnya Hamba dan Patik.Pengkaji telah mengenal pasti

hanya 2 penggunaan kata ganti nama diri diraja dalam filem Madu Tiga.

Berikut merupakan senarai penggunaannya.

Bil. Penggunaan kata Durasi


ganti nama diri
diraja
1 Adinda 36:56
2 Hamba 1:00:23

Jadual 4 : Senarai penggunaan kata ganti nama diri diraja yang terdapat
dalam Filem Madu Tiga
7.2.2 Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga

perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali dengan makna asal

perkataan tersebut contohnya “buah fikiran”. Pengkaji telah mengenal pasti terdapat

5 penggunaan simpulan bahasa dalam filem Madu Tiga Pengkaji hanya hanya

mengesan 4 contoh simpulan Bahasa dalam filem Madu Tiga .Berikut merupakan

senarai penggunaannya.

Bil Pengunaan simpulan Durasi


. bahasa
1 Otak Geliga 33:06
2 Buah fikiran 33:54
3 Timbang rasa

Jadual 5 : Penggunaan Simpulan Bahasa dalam filem melayu klasik Madu tiga

7.2.3 Penggunaan Gelaran Dalam Filem Madu Tiga

Gelaran ialah panggilan kepada individu berdasarkan kedudukan dalam

sesebuah institusi. Pengkaji telah mengenal pasti beberapa penggunaan gelaran yang

terdapat dalam filem Madu Tiga contohnya Tuan, Encik dan Cik. Berikut

merupakan 10 senarai penggunaan gelaran yang telah dikenal pasti dalam filem

Madu Tiga.
Senarai Penggunaan Durasi
Bil Gelaran
.
1 Tuan 2:41
2 Encik 4:07
3 Tok Kadi 4:31
4 Tuan Haji 4:54
5 Bapa 5:06
Jadual 6 : 6 Isteri 5:11
7 Abang 6:44
Senarai 8 Cik 17:39
9 Menantu 18:02
penggunaan 10 Ibu Mentua 23:01
11 Mak 27:45
gelaran yang 12 Nenek 54:49
13 Saudari 54:53
terdapat dalam filem

Madu Tiga

7.3 Huraian Penggunaan Gelaran Mengikut Situasi Dalam Filem Madu Tiga.

Gelaran ialah panggilan atau sebutan yang digunakan oleh seseorang mengikut

kedudukan atau situasi contohnya gelaran kekeluargaan iaitu Bapa dan emak.

(a) Gelaran Kekeluargaan

Gelaran kekeluargaan ialah panggilan kepada orang yang mempunyai

hubungan pertalian darah atau ikatan perkahwinan. Gelaran ini ditentukan

berdasarkan umur dan hubungan persaudaraan dalam kalangan ahli keluarga

contohnya Bapa dan abang. Pengkaji hanya dapat mengesan 7 contoh

penggunaan gelaran kekeluargaan. Berikut merupakan senarai penggunaannya


Gelaran kekeluargaan Huraian
Bil.
1 Bapa Gelaran Bapa digunakan untuk
merujuk kepada seseorang yang
telah mempunyai anak

2 Isteri
3 Abang
4 Menantu
5 Ibu Mentua
6 Mak
7 Nenek

Jadual 5 : Penggunaan Gelaran kekeluargaan dalam filem melayu klasik Madu


Tiga

(a) Gelaran Pergaulan Biasa

Gelaran pergaulan biasa ialah panggilan untuk seseorang yang

menunjukkan tidak adanya sekatan sosial . Gelaran ini dibahagikan kepada dua

iaitu “encik” untuk lelaki dan “ cik “ untuk Perempuan. Pengkaji hanya dapat

mengesan 2 contoh gelaran pergaulan biasa dalam filem Madu Tiga. Berikut

merupakan senarai penggunaannya.

Gelaran Pergaulan Biasa


Bil
.
1 Encik
2 Cik
Jadual 6 :

Penggunaan Gelaran pergaulan biasa dalam filem Madu Tiga

( c ) Gelaran Formal

Gelaran formal atau gelaran pergaulan tak bersahaja ialah pergaulan yang

menunjukkan adanya sekatan sosial sama ada pangkat dalam pekerjaan atau

kedudukan dan sekatan hubungan yang belum rapat seperti Tuan dan Puan.

Pengkaji hanya dapat mengesan 2 contoh penggunaan gelaran formal.

Berikut merupakan senarai penggunaanya.


Gelaran Formal Durasi
Bil
.
1 Tuan
2 Saudari Jad

ual 7 : Senarai Penggunaan gelaran formal dalam filem Madu Tiga

(d) Gelaran Keagamaan

Gelaran keagamaan ialah panggilan kepada norang yang telah mengerjakan

Fardu Haji dan gelaran keagamaan diberikan kepada individu yang mempunyai

pengalaman luas dalam bidang agama islam. Pengkaji hanya dapat mengenal

pasti 2 contoh penggunaan gelaran keagamaan dalam filem Madu Tiga. Berikut

merupakan senarai penggunaannya :

Gelaran Keagamaan Durasi


Bil
.
1 Tok Kadi 4:31
2 Tuan Haji 4:55
Jadual 8 :

Penggunaan gelaran keagamaan dalam filem Madu Tiga

Anda mungkin juga menyukai