Anda di halaman 1dari 29

RAGAM BAHASA DALAM NOVEL

i
SENARAI KANDUNGAN

Bil Isi Kandungan Halaman

Penghargaan i

Pengenalan 1

1.0 1.1 Latar Belakang 1-2

1.2 Definisi Konsep 3-5

2.0 Objektif Kajian 6

3.0 Kepentingan Kajian 7

4.0 Skop Kajian 8

5.0 Batasan Kajian 8

Metodologi Kajian 9

6.0 6.1 Pemerolehan Data 9

6.2 Penganalisisan Data 10

Dapatan Kajian 11

7.0 7.1 Dapatan objektif 1 11-15

7.2 Dapatan objektif 2 16-20

8.0 Rumusan Kajian 21

9.0 Penutup 22

Bibliografi 23-24

Lampiran 25

ii
PENGHARGAAN

Penyelidik ingin mengucapkan Alhamdulillah, segala puji kepada Allah SWT atas segala

limpah dan kurnia-Nya dapat kami sempurnakan kerja kursus Bahasa Melayu 910/5 ini tepat

pada waktu yang ditetapkan.

Pada kesempatan ini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Pengetua SMK Bukit Gambir, Tuan Ab Mutalib bin Mahad dan Penolong

Kanan Tingkatan Enam, Tuan Syed Abdullah bin Syed A. Kadir kerana memberi kelulusan

kepada kami untuk melakukan kajian ini. Dalam menjayakan kerja kursus ini, kami juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bahasa Melayu kami iaitu Cikgu Teo Liong

Chaw. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami dalam menyiapkan kerja

kursus bahasa Melayu ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua guru atas segala nasihat dan

dorongan yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini.

Kami juga ingin berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa kami. Selain itu, jutaan

terima kasih diucapkan kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan padu kepada kami

demi menyiapkan kerja kursus ini.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana sudi

memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dalam melaksanakan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

Ainul Nabihah binti Ahmad

Balqisy Syuhada binti Saffian

Liew Zi Qing

Oktober, 2023

i
1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan dengan ragam bahasa serta

definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Ragam bahasa dapat didefinisikan sebagai variasi bahasa yang terbentuk

disebabkan oleh beberapa faktor seperti topik yang dibicarakan, hubungan antara

penutur dengan tindak tutur dan medium pembicaraan. Penggunaan ragam bahasa perlu

disesuaikan dengan situasi dan keadaan supaya pendengar atau pembaca dapat

memahami apa yang cuba disampaikan. Kajian ragam bahasa lazimnya bertujuan

mengenal pasti jenis-jenis variasi bahasa yang digunakan oleh pengguna sama ada secara

lisan mahupun tulisan. Kajian ragam bahasa secara tidak langsung juga dapat

memperlihatkan identiti dan budaya sesuatu kelompok sosial.

Masalah penggunaan bahasa dalam masyarakat sekarang ialah ahli masyarakat

yang tidak cakna akan penggunaan ragam bahasa dalam penulisan dan pertuturan.

Masalah ini jelas kelihatan khususnya dalam media sosial mahupun bahan bacaan.

Kepelbagaian gaya atau ragam bahasa wujud untuk menyampaikan maklumat,

mengusulkan pendapat, kritikan bahkan bertujuan untuk berkongsi ilmu.

Ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khas yang digunakan

dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan maksud percakapan dan

mempertajam pemahaman pendengar atau pembaca. Ragam bahasa dapat dikatakan

sebagai bahasa tertentu yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan pelbagai

bentuk dan cara.

1
Za’ba (1965) menyenaraikan sebanyak 15 jenis ragam bahasa, iaitu bahasa

sindiran, bahasa menggiat, bahasa mengejek, bahasa terbalik, bahasa merajuk, bahasa

tempelak, bahasa herdik, bahasa melampau, bahasa merendah, bahasa naik, bahasa

seruan atau mengeluh, bahasa berulang, bahasa bertimbal, bahasa bukan dan bahasa

jenaka.

Menurut Asmah (2007) ragam bahasa dapat dikenal pasti melalui penggunaan

dalam beberapa aspek seperti leksikal, sintaksis, semantik dan ciri-ciri khusus

berdasarkan penggunaannya.

Pengkaji memilih untuk membuat kajian ini kerana ingin mengkaji akan variasi

dan ragam bahasa yang perlu digunakan apabila menyampaikan sesuatu ujaran. Kajian ini

juga bertujuan untuk mengenal pasti jenis ragam bahasa serta membandingkan ragam

bahasa yang terdapat dalam novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim dengan

penggunaannya dalam bahasa Melayu standard. Hal ini dikatakan demikian kerana

pemilihan variasi dan ragam bahasa yang tepat dapat membantu pendengar untuk

memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur. Oleh itu, pengkaji telah memilih

satu bahan bacaan iaitu novel yang berjudul Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim

untuk meneliti ragam bahasa yang digunakan dalam novel tersebut.

2
1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Konsep Ragam

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ragam bermaksud tingkah,

cara, laku, oleh seseorang. Oleh itu, banyak ragam boleh bermaksud

banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya bergantung pada

konteks penggunaannya. Seperti manusia, bahasa juga mempunyai

ragamnya. Keadaan ini timbul kerana bahasa itu hak masyarakat dan

masyarakatlah yang mencetuskan penggunaan sesuatu bahasa tersebut.

Ragam dalam bahasa merupakan kepelbagaian bentuk bahasa yang

diucapkan oleh pembicara untuk tujuan tertentu. Ragam dalam bahasa

juga menunjukkan variasi bahasa menurut pemakaiannya yang berbeza

menurut topik yang dibicarakan, menurut hubungan pembicara, kawan

bicara, dan menurut medium pembicaraan.

Menurut Za’ba (1965), ragam bahasa atau ragaman bahasa dikenali

sebagai jenis ragaman yang khas bagi bahasa dalam karangan atau

percakapan kerana menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya

kepada faham pendengar dan pembaca. Dengan kata lain, ragam dalam

bahasa ini dapat digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud tertentu.

3
1.2.2 Konsep Bahasa

Bahasa merupakan suatu kaedah yang digunakan oleh manusia

untuk berkomunikasi sesama sendiri sama ada melalui pertuturan (lisan),

tulisan, atau isyarat dan simbol tertentu. Kaedah yang paling utama yang

digunakan untuk berkomunikasi sudah tentulah melalui percakapan,

pertuturan atau lisan. Bahasa merupakan ucapan fikiran dan perasan

manusia secara teratur yang mana sebahagian besarnya mempergunakan

bunyi sebagai alatnya.

Selain daripada mampu memberi gambaran tentang bangsa

penuturnya, bahasa juga dapat memberi gambaran tentang latar budaya

sesuatu masyarakat. Terdapat pelbagai takrifan lain tentang bahasa yang

diberikan oleh pihak-pihak yang berbeza.

Noam Chomsky (1957) berpendapat bahawa setiap penutur dan

pendengar mempunyai dua perkara penting iaitu kecekapan bahasa dan

pengucapan bahasa. Kecekapan bahasa berada dalam otak manusia dan

kecekapan ini diertikan sebagai satu sistem rumus bahasa yang mampu

menghasilkan kalimat yang tidak terbatas banyaknya.

Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) juga telah

mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat,

fikiran dan sebagainya

4
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ialah sistem

lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam

lingkungan satu kelompok manusia.

1.2.3 Konsep Ragam Bahasa

Menurut Halliday (1968) ragam bahasa merupakan satu unsur

bahasa yang penting kerana digunakan dalam pelbagai situasi. Bahasa

harus mengikuti situasi sosial supaya sesuai dengan keadaan sosial

tertentu. Misalnya, ragam bahasa yang digunakan dalam filem mampu

menarik minat penonton dan membuatkan penonton faham mesej sebenar

yang ingin disampaikan. Tambahan lagi, ragam bahasa ini diujarkan

beserta dengan emosi penutur.

Za'ba (1965) mendefinisikan ragam bahasa sebagai gaya

penggunaan bahasa yang terdiri dari bentuk lisan (percakapan) atau gaya

tulisan (karangan) sebagai menguatkan tujuan kata supaya dapat memberi

fahaman yang jelas kepada pendengar atau pembaca.

Finegan (2004) berpendapat bahawa ragam bahasa terdiri daripada

dialek dan laras bahasa. Dialek ialah ragam bahasa yang dicirikan oleh

tempat tinggal penutur manakala laras bahasa pula dicirikan oleh situasi

penggunaan sesuatu bahasa. Ragam bahasa yang digunakan ditandai oleh

perbezaan pemilihan perkataan (leksikal), bunyi (fonologi), ayat

(sintaksis) dan makna (semantik).

Rumusannya, ragam bahasa dapat didefinisikan sebagai kelainan

bahasa yang wujud berdasarkan penggunaannya, iaitu ragam sosial dan

5
kawasan yang mempunyai ciri tertentu seperti campur kod, alih kod,

penyingkatan dan dialek.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

a) Mengenal pasti jenis ragam bahasa yang terdapat dalam novel Hempasan Ombak

karya Zailiani Taslim.

b) Membandingkan ragam bahasa dalam novel Hempasan Ombak karya Zailiani

Taslim dan penggunaannya dalam bahasa Melayu standard.

6
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk:

(a) Menambah pengetahuan ahli masyarakat tentang ragam bahasa yang sering

digunakan dalam kehidupan seharian.

(b) Menjadi sumber rujukan kepada pelajar dan generasi akan datang tentang ragam

bahasa yang biasa digunakan dalam masyarakat Melayu.

(c) Menjadi panduan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya di peringkat

Tingkatan Enam dan di peringkat universiti.

7
4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah mengenai penggunaan ragam bahasa yang terdapat dalam

novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Pengkaji juga telah mengkaji,

menganalisis dan mengkatogarikan perbezaan antara setiap jenis ragam bahasa yang

digunakan dalam novel dan penggunaannya dalam bahasa Melayu standard.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berdasarkan penggunaan ragam bahasa dalam novel “Hempasan

Ombak” yang dikarang oleh Zailiani Taslim. Novel ini telah diterbitkan oleh Penerbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2021. Kajian ini berfokus dari bab 1 hingga bab

14 iaitu dari halaman 1 hingga 207.

8
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan analisis deskriptif menerusi

pendekatan analisis kandungan teks untuk melihat ragam bahasa dalam novel Hempasan

Ombak karya Zailiani Taslim. Novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim ini

berkonsepkan iltizam seseorang anak yang ingin membawa perniagaan warisan

keluarganya ke tahap yang lebih baik, mempunyai 14 bab, berjumlah 207 halaman dan

merupakan novel yang digunakan sebagai sumber pembacaan literasi di sekolah

menengah.

6.1 Pemerolehan Data

Data diperoleh melalui proses pengumpulan maklumat yang relevan dan

berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Pengkaji juga membuat kajian melalui

bacaan novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim untuk mengenal pasti serta

menganalisis ragam bahasa Melayu.

Pengkaji juga membuat rujukan di Internet dengan melayari laman

sesawang untuk mendapatkan maklumat tentang ragam bahasa Melayu.

9
6.2 Penganalisisan Data

Data dianalisis berdasarkan kaedah kualitatif iaitu pengkaji membaca,

memerhati dan menganalisis maklumat yang diperoleh daripada novel Hempasan

Ombak karya Zailiani Taslim. Kaedah ini merujuk pada data berbentuk perkataan

atau ayat yang dikumpul melalui penganalisisan novel Hempasan Ombak, karya

Zailiani Taslim. Pengkaji menganalisis dan mengkaji perkataan dan ayat-ayat

yang menunjukkan penggunaan ragam bahasa yang pelbagai dalam novel

Hempasan Ombak tersebut. Pengkaji telah mengenal pasti 10 jenis ragam bahasa

iaitu bahasa sindiran, bahasa seruan, bahasa berulang, bahasa menggiat, bahasa

besar, bahasa mengejek, bahasa naik, bahasa jenaka, bahasa kecil dan bahasa

bertimbal dalam novel ini.

Selain itu, pengkaji juga membandingkan jenis ragam bahasa yang dikenal

pasti dalam novel Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim dan penggunaannya

dalam bahasa Melayu standard.

10
7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian berdasarkan objektif kajian iaitu

mengenal pasti ragam bahasa yang terdapat dalam novel Hempasan Ombak karya

Zailiani Taslim dan membandingkan jenis ragam bahasa yang dikenal pasti dalam novel

Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim dengannya penggunaannya dalam bahasa

Melayu standard.

7.1 Mengenal pasti ragam bahasa yang terdapat dalam novel Hempasan

Ombak karya Zailani Taslim.

JENIS RAGAM
BIL CONTOH AYAT M/S
BAHASA
“Baru menghilang beberapa hari dari Syarikat Batik
1 Ragam Bahasa sindiran Rajawali, dah pandai kecek, ya? Hei, kamu takut kebulur 175
sangat ke kalau tak menjadi hamba di sini?”
2 Ragam Bahasa seruan “Awas, bukan cakap pasal lain, ya !” 86
3 Ragam Bahasa berulang “Kerja. Kerja. Makan, makan.”Ujar Hajah Zaoyah tegas. 30
4 Ragam Bahasa menggiat “Mestilah kena makan di restoran besar. Baru ada kelas.” 31
Ragam Bahasa besar / Ada kala pasang, ada kala surut. Kerenahnya pula seperti
5 37
melampau mengancamnya. Ombak-ombak ganas itu ialah hutang!
"Tentu batik-batik keluaran terbaharumu lebih menawan,
lebih berseni. Aku, seperti kelmarin yang pernah
6 Ragam Bahasa mengejek 124
kujanjikan akan membantu menjajakan sedikit, sudah
cukup!"
“Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Buruk-buruk
perangai pun bapa saudara sendiri, masih sedarah, nak kata
7 Ragam Bahasa naik 170
apa? Tapi, kalau dah menyusahkan orang begini, mak cik
pun menyampah.”
8 Ragam Bahasa jenaka “Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. 63

11
Farid nak minum apa?”
“Hebat ni, bang. Tak retilah saya nak hubungi pihak ini.
9 Ragam Bahasa kecil Lagipun macam syarikat bilis saya ni, manalah mereka 72
pandang.”
10 Ragam Bahasa bertimbal “Disebalik bala, ada labanya, Farid.” 200
Jadual 1 : Jenis ragam bahasa dalam Novel Hempasan Ombak

Pengkaji telah mengenal pasti 10 jenis ragam bahasa seperti yang dinyatakan oleh

Za’ba dalam novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim.

Pengkaji telah mengenal pasti penggunaan ragam bahasa sindiran yang terdapat

dalam halaman 175 iaitu, “Baru menghilang beberapa hari dari Syarikat Batik Rajawali,

dah pandai kecek, ya? Hei, kamu takut kebulur sangat ke kalau tak menjadi hamba di

sini?”. Ayat tersebut bertujuan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang,

tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat dan hanya disampaikan secara sinis dengan

dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain serta tidak dinyatakan secara terus-

terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. Ayat tersebut diucapkan oleh Mahmood

menggambarkan ketidakpuasan hatinya terhadap dua orang pekerjanya, Azmi dan Masri

yang lari daripada bekerja di syarikatnya ke syarikat orang lain.

Penggunaan ragam bahasa seruan terdapat di dalam halaman 86 iaitu “Awas,

bukan cakap pasal lain, ya!” Kata-kata ini ditujukan oleh Zuraida untuk memberikan

amaran kepada Farid supaya tidak membicarakan hal selain daripada hal yang berkaitan

dengan dunia perniagaan. Perkataan awas digunakan bagi menunjukkan amaran sekeras-

kerasnya kepada Farid. Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang

berupa seruan, perintah yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa

emosi yang kuat.

12
Pengkaji juga mengenal pasti penggunaan ragam bahasa berulang dalam halaman

30. Ragam bahasa berulang menggunakan bahasa atau perkataan yang diulang-ulang

untuk menguatkan atau mengukuhkan maksud atau tujuan sesuatu kata itu. Dalam novel

tersebut, contoh penggunaan ragam bahasa tersebut iaitu percakapan “Kerja. Kerja.

Makan, makan.” ujar Hajah Zaoyah tegas. Percakapan daripada Hajah Zaoyah

menggunakan ragam bahasa berulang bertujuan untuk menguatkan hujahnya.

Dalam novel ini juga, pengkaji telah mengenal pasti penggunaan ragam bahasa

menggiat dalam halaman 31 iaitu “Mestilah kena makan di restoran besar. Baru ada

kelas.” yang diperkatakan oleh Hisyam, adik kepada Farid. Ayat tersebut menunujukkan

percakapan Hisyam yang mengusik atau bergurau-senda dengan Farid. Percakapan

Hisyam menunjukkannya mengusik abangnya, Farid yang merupakan Pengarah Urusan

syarikat arwah bapanya itu. Hisyam berpendapat bahawa abangnya tidak mempunyai

selera makan kerana abangnya itu seorang pengarah urusan dan seharusnya makan di

tempat yang mewah.

Pengkaji telah mengenal pasti ragam bahasa besar atau melampau yang terdapat di

muka surat 37. Ragam bahasa tersebut sering digunakan untuk membesar-besarkan dan

melebih-lebihkan sesuatu perkara atau kedudukan yang sebenarnya. Contoh ragam

bahasa tersebut jelas ditunjukkan dalam ayat “Ada kala pasang, ada kala surut.

Kerenahnya pula seperti mengancamnya. Ombak-ombak ganas itu ialah hutang”. Ayat

tersebut menunjukkan bahawa Farid tidak menyangka bahawa dunia perniagaan yang

dilaluinya penuh dengan cabaran.

13
Pengkaji juga mengenal pasti penggunaan ragam bahasa mengejek di dalam

halaman 124. Contoh penggunaan ragam bahasa tersebut terdapat dalam percakapan

"Tentu batik-batik keluaran terbaharumu lebih menawan, lebih berseni. Aku seperti

kelmarin yang pernah kujanjikan akan membantu menjajakan sedikit, sudah cukup!"

yang dinyatakan oleh Zuraida. Pernyataan ini dilontarkan oleh Zuraida kepada Hartini

Noor dengan berunsurkan cemburu berserta amarah yang menyelubungi hati setelah

Hartini Noor mengambil pereka corak batik syarikat mereka iaitu Syarikat Batik

Nusantara.

Ragam bahasa naik juga dikenal pasti dalam novel Hempasan Ombak karya

Zailiani Taslim di halaman 170 iaitu “Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Buruk-buruk

perangai pun bapa saudara sendiri, masih sedarah, nak kata apa? Tapi, kalau dah

menyusahkan orang begini, mak cik pun menyampah.”. Ayat ini diucap oleh ibu Zuraida

yang menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap bapa saudara Zuraida yang sentiasa

mahu menentukan kehidupan Zuraida sekeluarga. Ayat ini bermula dengan nada yang

biasa kemudian naik untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati tetapi terpaksa menerima

segala apa yang dilontarkan oleh bapa saudaranya itu dengan pasrah dan reda.

Dalam novel tersebut pengkaji turut mengenal pasti penggunaan ragam bahasa

jenaka di muka surat 63. Sebagai contoh, “Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering

tekaknya. Farid nak minum apa?”. Ayat itu dilontarkan oleh Mokhsein kepada Farid.

Mokhsein menawarkan minuman kepada Farid setelah lama berborak dan berbincang

dengannya. Namun begitu, nada suara yang digunakan berbentuk jenaka kerana

Mokhsein telah membiarkan tetamunya, Farid tanpa menghidangkan air minuman.

14
Pengkaji juga telah mengenal pasti ragam bahasa kecil di dalam novel Hempasan

Ombak karya Zailiani Taslim pada halaman 72 iaitu “Hebat ni, bang. Tak retilah saya nak

hubungi pihak ini. Lagipun macam syarikat bilis saya ni, manalah mereka pandang.”

Pernyataan ini diucapkan oleh Farid apabila Mokhsein membentangkan cadangan untuk

mengembangkan perniagaannya. Farid menggunakan kosa kata “syarikat bilis” bagi

menunjukkan rasa rendah diri. Farid berasa rendah diri kerana syarikat yang dimilikinya

ialah syarikat yang kecil dan biasa.

Akhir sekali, pengkaji telah mengenal pasti ragam bahasa bertimbal dalam novel

Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim pada halaman 200 iaitu “Disebalik bala, ada

labanya, Farid.” Kata-kata ini diucapkan oleh Mokhsein kepada Farid untuk

menenangkan diri Farid setelah bengkel syarikat milik Farid terbakar. Mokhsein telah

mendapat tahu bahawa dua buah syarikat di Singapura dan Kuala Lumpur telah

melanggan batik moden keluaran Syarikat Batik Nusantara milik Farid. Bertimbal

bermaksud bandingan atau kedua kedua pihak yang saling mempengaruhi dan saling

berkaitan antara satu sama lain. Pepatah “Disebalik bala, ada labanya” membawa maksud

setiap perkara buruk yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

15
7.2 Membandingan jenis ragam bahasa yang dikenal pasti dalam novel

Hempasan Ombak karya Zailani Taslim dan penggunaannya dalam bahasa

Melayu standard

JENIS RAGAM CONTOH AYAT DALAM


BIL BAHASA STANDARD
BAHASA NOVEL
Kamu baru sahaja keluar dari
“Baru menghilang beberapa hari
Syarikat Batik Rajawali
dari Syarikat Batik Rajawali, dah
beberapa hari sudah pandai
1 Ragam Bahasa sindiran pandai kecek, ya? Hei, kamu takut
melawan. Adakah kamu
kebulur sangat ke kalau tak
bimbang gaji kamu yang kecil
menjadi hamba di sini?”
tidak bekerja di sini?
“Awas, bukan cakap pasal lain, Jangan berkata tentang perkara
2 Ragam Bahasa seruan
ya !” yang lain.
Hajah Zaoyah tegas
Ragam Bahasa “Kerja. Kerja. Makan, mengatakan bahawa kerja dan
3
berulang makan.”Ujar Hajah Zaoyah tegas. makan perlu dilakukan secara
berasingan.
Kamu mestilah makan di
Ragam Bahasa “Mestilah kena makan di restoran restoran yang besar dan
4
menggiat besar. Baru ada kelas.” mewah, barulah nampak gah
dan bergaya.
Dunia perniagaan kadangkala
Ada kala pasang, ada kala surut. menguntungkan, kadangkala
Ragam Bahasa besar / Kerenahnya pula seperti merugikan dan terdapat
5
melampau mengancamnya. Ombak-ombak pelbagai cabaran terutamanya
ganas itu ialah hutang! hutang yang membelenggu
perniagaan.
Batik-batik keluaran kamu
"Tentu batik-batik keluaran
yang baharu mesti lebih
terbaharumu lebih menawan, lebih
Ragam Bahasa menarik dan berseni. Semalam
6 berseni. Aku seperti kelmarin yang
mengejek saya berjanji akan membantu
pernah kujanjikan akan membantu
kamu menjual batik di syarikat
menjajakan sedikit, sudah cukup!"
kamu walaupun sedikit sahaja.

7 Ragam Bahasa naik “Diluah mati emak, ditelan mati Mak cik serba salah dibuatnya.
bapa. Buruk-buruk perangai pun Seburuk apapun perangai dia,

16
dia tetap saudara sendiri. Apa
bapa saudara sendiri, masih
yang boleh kita buat
sedarah, nak kata apa? Tapi, kalau
terhadapnya? Namun begitu,
dah menyusahkan orang begini,
jika sudah menyusahkan orang
mak cik pun menyampah.”
begini, mak cik pun tidak suka.
Tetamu yang datang ke rumah
“Tetamu yang datang takkan
tidak akan dibiarkan kehausan.
8 Ragam Bahasa jenaka dibiarkan kering tekaknya. Farid
Kamu mahu minum apa,
nak minum apa?”
Farid?
Pihak itu sangat hebat. Saya
“Hebat ni, bang. Tak retilah saya tidak pandai menghubungi dan
nak hubungi pihak ini. Lagipun berkomunikasi dengan pihak
9 Ragam Bahasa kecil
macam syarikat bilis saya ni, itu. Syarikat kecil yang saya
manalah mereka pandang.” miliki ini tidak sehebat dengan
syarikat mereka.
Ragam Bahasa “Disebalik bala, ada labanya, Setiap apa yang berlaku, pasti
10
bertimbal Farid.” ada hikmahnya.
Jadual 2 : Bandingan ragam bahasa dalam novel Hempasan Ombak karya Zailiani

Taslim dengan bahasa standard.

Perbandingan pelbagai jenis ragam bahasa dalam penulisan novel ini dibuat

adalah untuk memberi nilai estetika dalam ayat tersebut selain daripada menyerlahkan

keindahan bahasa yang terdapat padanya. Selain itu, penggunaan ragam bahasa dalam

novel ini bertujuan untuk menarik minat dan menambat hati pembaca. Hal ini dikatakan

demikian kerana penggunaan ragam bahasa ini dapat mengelakkan rasa ngantuk dan

bosan terhadap jalan cerita yang terdapat di dalam novel tersebut serta sesuai untuk

dibaca oleh semua peringkat umur. Penggunaan ragam bahasa ini adalah bebas dan tidak

terikat kepada hukum tatabahasa seperti penggunaan bahasa standard.

Pengkaji telah membandingkan 10 jenis ragam bahasa dikenal pasti dalam novel

Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim dengan penggunaannya dalam bahasa standard.

17
Pengkaji mengenal pasti penggunaan ragam bahasa sindiran iaitu, “Baru

menghilang beberapa hari dari Syarikat Batik Rajawali, dah pandai kecek, ya? Hei, kamu

takut kebulur sangat ke kalau tak menjadi hamba di sini?” Ayat tersebut setelah

ditukarkan kepada ayat standard “Kamu baru sahaja keluar dari Syarikat Batik Rajawali

beberapa hari sudah pandai melawan. Adakah kamu bimbang gaji kamu yang kecil jika

tidak bekerja di sini?” Beberapa perkataan telah ditukarkan mengikut standard

penggunaan bahasa Melayu supaya lebih jelas dan mudah difahami.

Penggunaan ragam bahasa seruan iaitu “Awas, bukan cakap pasal lain, ya!” Ayat

tersebut telah ditukarkan kepada bahasa standard menjadi “Jangan berkata tentang

perkara yang lain.” Perkataan awas telah ditukarkan kepada perkataan jangan yang

menunjukkan amaran yang keras. Ayat ini menggunakan ragam bahasa seruan supaya

lebih mudah difahami oleh masyarakat.

Penggunaan ragam bahasa berulang iaitu “Kerja. Kerja. Makan, makan.” ujar

Hajah Zaoyah tegas. Ayat itu telah ditukar menjadi “Hajah Zaoyah tegas mengatakan

bahawa kerja dan makan perlu dilakukan secara berasingan” Penggunaan ayat standard

ini membawa maksud yang lebih jelas serta mudah difahami oleh masyarakat.

Dalam novel ini juga, penggunaan ragam bahasa menggiat dalam halaman 31

iaitu “Mestilah kena makan di restoran besar. Baru ada kelas.” yang diperkatakan oleh

Hisyam, adik kepada Farid. Dalam bahasa standard, ayat tersebut telah ditukarkan

menjadi “Kamu mestilah makan di restoran yang besar dan mewah, barulah nampak gah

dan bergaya.” dan lebih formal.

Penggunaan ragam bahasa besar atau melampau iaitu “Ada kala pasang, ada kala

surut. Dalam penggunaan bahasa standard, ayat tersebut telah ditukarkan menjadi “Dunia

18
perniagaan kadangkala menguntungkan, kadangkala merugikan dan terdapat pelbagai

cabaran terutamanya hutang yang membelenggu perniagaan.” Ayat ini menunjukkan

maksud yang lebih jelas serta mudah difahami.

Penggunaan ragam bahasa mengejek iaitu "Tentu batik-batik keluaran

terbaharumu lebih menawan, lebih berseni. Aku seperti kelmarin yang pernah kujanjikan

akan membantu menjajakan sedikit, sudah cukup!" yang dinyatakan oleh Zuraida. Ayat

tersebut ditukarkan menjadi “Batik-batik keluaran kamu yang baharu mesti lebih menarik

dan berseni. Semalam saya berjanji akan membantu kamu menjual batik di syarikat kamu

walaupun sedikit sahaja.”

Ragam bahasa naik juga dikenal pasti dalam novel Hempasan Ombak iaitu

“Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Buruk-buruk perangai pun bapa saudara sendiri,

masih sedarah, nak kata apa? Tapi, kalau dah menyusahkan orang begini, mak cik pun

menyampah.”. Ayat ini telah ditukarkan menjadi “Mak cik serba salah dibuatnya.

Seburuk apapun perangai dia, dia tetap saudara sendiri. Apa yang boleh kita buat

terhadapnya? Namun begitu, jika sudah menyusahkan orang begini, mak cik pun tidak

suka.” supaya dapat difahami dengan lebih baik dan menepati standard bahasa Melayu.

Dalam novel tersebut pengkaji sudah mengenal pasti penggunaan ragam bahasa

jenaka iaitu “Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum

apa?”. Ayat itu dilontarkan oleh Mokhsein kepada Farid. Ayat itu telah ditukarkan

menjadi “Tetamu yang datang ke rumah tidak akan dibiarkan kehausan. Kamu mahu

minum apa, Farid?” yang mengikut penggunaan bahasa standard serta lebih jelas.

Penggunaan ragam bahasa kecil di dalam novel Hempasan Ombak iaitu “Hebat

ni, bang. Tak retilah saya nak hubungi pihak ini. Lagipun macam syarikat bilis saya ni,

19
manalah mereka pandang.” Ayat tersebut telah ditukarkan menjadi “Pihak itu sangat

hebat. Saya tidak pandai mahu menghubungi dan berkomunikasi dengan pihak itu.

Syarikat kecil yang saya miliki ini tidak sehebat dengan syarikat mereka.” mengikut

bahasa standard yang betul.

Akhir sekali, penggunaan bahasa bertimbal dalam novel Hempasan Ombak karya

Zailiani Taslim iaitu “Disebalik bala, ada labanya, Farid.” Pepatah “Disebalik bala, ada

labanya” membawa maksud setiap perkara buruk yang berlaku pasti ada hikmah

disebaliknya. Ayat ini telah ditukar menjadi “Setiap apa yang berlaku, pasti ada

hikmahnya” mengikut penggunaan bahasa standard yang betul dan lebih jelas serta

mudah difahami.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

20
Sebagai rumusan, pengkaji dapat membuktikan bahawa terdapat banyak jenis

ragam bahasa yang digunakan dalam novel Hempasan Ombak, karya Zailani Taslim.

Melalui kajian ini, pengkaji telah membincangkan penggunaan jenis ragam bahasa dalam

novel Hempasan Ombak karya Zailani Taslim dan perbezaannya dengan bahasa Melayu

standard. Ragam bahasa merupakan sesuatu bahasa yang sentiasa digunakan dalam

karangan atau percakapan untuk menguatkan hujah dan kefasihan. Hal ini dikatakan

demikian kerana ragam bahasa merupakan beberapa bentuk bahasa yang khas digunakan

dalam karangan atau percakapan untuk menguatkan maksud percakapan dan

mempertajam pemahaman pendengar atau pembaca. Oleh itu, penulis Zailani Taslim

sentiasa menggunakan ragam bahasa yang pelbagai dalam novel tersebut untuk menarik

perhatian pembaca dan meningkatkan rasa hidup dan realiti percakapan watak dalam

novel tersebut.

Penulis lebih cenderung menggunakan ragam bahasa yang bukan bahasa Melayu

standard di dalam novelnya. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan ragam

bahasa boleh menghidupkan situasi yang selesa dan menarik dalam menyampaikan

sesuatu idea. Selain itu, penggunaan ragam bahasa juga dapat menguatkan maksud

percakapan dan mempertajam pemahaman pembaca yang membaca novel tersebut.

Penggunaan bahasa Melayu standard ialah kelainan bahasa yang menggambarkan

keseragaman dalam bentuk dan fungsi. Penggunaan bahasa Melayu standard tidak

semestinya dapat menyampaikan idea atau dialog antara watak dalam novel kerana

bahasa dalam novel lebih kreatif dan menggunakan kata-kata yang puitis untuk menarik

minat membaca pembancanya.

21
9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sebagai penutup bagi kajian ini, pengkaji dapat menyimpulkan

bahawa wujud perbezaan yang jelas antara jenis ragam bahasa yang digunakan dengan

penggunaan dalam bahasa Melayu Standard. Hasil kajian kami juga mendapati bahawa

penggunaan ragam bahasa dapat memberi kesan penghayatan yang lebih dalam diri

pembaca itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana ragam bahasa yang digunakan

oleh pengarang dalam karyanya bertujuan untuk menghidupkan gaya penceritaan

berpandukan watak-watak yang sedia ada. Walau bagaimanapun, tujuan penggunaan

ragam bahasa itu adalah untuk menguatkan dan mempertajam maksud supaya pembaca

atau pendengar memeperoleh kesan tertentu hasil daripada pembacaannya. Gabungan

kesemua bentuk ragam bahasa ini bertujuan untuk menyentuh emosi pembaca dan

seterusnya memberi kesan yang lebih kepada penghayatan dalam kalangan pembaca.

Oleh itu, penyelidik berharap agar kajian ini dapat diteruskan oleh pengkaji-pengkaji

yang lain supaya dapat dijadikan rujukan kepada masyarakat kita.

22
BIBLIOGRAFI

Buku

Asmah Hj, Omar. (2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edward Finegan, (2004). Language: Its Structure and Use. United State: Thomson Wadsworth.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Michael Alexander Kirkwood Halliday et.al., (1968). The Users and Uses of Language:
Linguistics Sciences and Language Teaching. London: Longman.

Noam Chomsky, 1957. Syntactic Structure. Universiti California: Mouton.

Rahminah Haji Sabran & Rahim Syam, 1985. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Za’ba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zailani Taslim, 2021. Hempasan Ombak. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal

Mohd Norazizi Samsudain dan Mardiah Shah Omar. “Penggunaan Unsur Bahasa Negatif
Terhadap Hantaran Isu 1mdb Oleh Pengguna Facebook” dlm Jurnal Pengajian Melayu -
JOMAS, 33(1), hlm 89, April 2022.

Bahan Internet

Dr. Tri Wiratno, M.A. Drs. Riyadi Santosa, (2016). Bahasa, Fungsi Bahasa, dan Konteks Sosial
Diakses pada 14 November, daripada http://repository.ut.ac.id/4240/1/BING4214-M1.pdf

23
Nornajihah binti Muda (2016), Penggunaan Bahasa Suku Che Wong di Kuala Gandah, Pahang

Malaysia. Diakses pada 19 Oktober 2023, daripada http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/

68774/1/FBMK%202016%206%20-%20IR.pdf

Zoriati Osman, 2005. Retorik Pujukan: Kajian Kes Ceramah Haji Hadi Awang. Diakses pada

14 November 2023, daripada https://penerbit.unimap.edu.my/images/pdf/Sutera%202019

/71-90.pdf

24
LAMPIRAN

25
Zailani Taslim, 2021. Hempasan Ombak. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan

Pustaka.Utusan Publications & Disributors Sdn Bhd.

26

Anda mungkin juga menyukai