Anda di halaman 1dari 8

Bahagian A

Tugasan 1: Penulisan Esei 1 (30%)

i. Mengumpulkan maklumat tentang takrif dan konsep kesantunan bahasa


berdasarkan pandangan tokoh dari dalam dan luar negara berdasarkan sumber
yang pelbagai.
ii. Mengorganisasi maklumat daripada pelbagai sumber tentang aspek kesantunan
bahasa berdasarkan pandagan tokoh dari dalam dam luar negara.
iii. Menulis satu esei yang menjelaskan aspek kesantunan bahasa berdasarkan
pandangan tokoh dari dalam dan luar negara berdasarkan sumber yang
pelbagai.
1.0 PENGENALAN

Kesantunan berbahasa memainkan peranan signifikan dalam kehidupan seharian


manusia. Hal ini berlaku demikian kerana manusia tidak boleh hidup seharian dan
manusia akan saling menyampaikan maklumat, meluahkan perasaan dan
mengungkapkan idea. Secara umumnya, kesantunan bahasa bermaksud gambaran
imej dan keperibadian seseorang sama ada sifat baik atau sebaliknya. Manusia yang
memiliki sifat kesantunan berbahasa akan disukai oleh masyarakat. Terdapat takrifan
dan konsep yang berlainan berdasarkan pandangan tokoh dari dalam dan luar
negara.

2.0.1 TAKRIFAN DAN KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA OLEH TOKOH


TEMPATAN

Awang Sariyan (2007), mentakrifkan kesantunan bahasa sebagai penggunaan


bahasa yang beradab, sopan dan baik, memancarkan peribadi mulia, dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang sedang menjadi teman
bicaranya.

Awang Sariyan adalah seorang ahli bahasa Malaysia yang terkenal dan banyak


rencana bimbingan bahasa Malaysia telah dituliskan oleh beliau untuk pelajar, di
samping mengarang puluhan buku panduan bahasa, buku ilmiah, buku umum,
dan kamus. Beliau telah memberi sumbangan besar dalam bidang subjek
kesantunan. Salah satu buku terkenal yang dihasilkan oleh beliau termasuklah
Kesantunan Bahasa semasa di Beijing Foreign Studies University pada tahun 2009.

Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan bahasa bermaksud penggunaan


bahasa yang beradab, sopan dan baik, memancarkan peribadi mulia, dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang sedang menjadi teman bicaranya.
Ini bermaksud kesantunan bahasa semasa proses komunikasi mengandungi kriteria
berikut termasuklah kesopanan, kehalusan, adab yang tertib dan nilai hormat yang
tinggi. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar itu mengamalkan kriteria
kesopanan dan nilai hormat tinggi seperti mengucapkan “Selamat pagi Tuan/ Puan”
kepada pensyarahnya apabila bertemu dengan pensyarahnya pada waktu pagi, ini
dapat menunjukkan pelajar itu memiliki peribadi yang mulia kerana pelajar itu
bersopan dan mengetahui cara asas untuk menghormati pensyarahnya.

Kita haruslah menggunakan bahasa yang beradab semasa komunikasi. Apabila


1
kita perlu bantuan pertolongan orang lain, kita harus menggunakan perkataan
‘tolong’ dan ‘minta’. Jangan terus guna panggilan ‘Eh’ untuk memanggil orang lain
apabila memerlukan bantuan mereka. Apabila orang di sekeliling kita mendapati kita
menggunakan bahasa yang beradab untuk meminta bantuan daripada mereka,
mereka akan berasa lebih selesa untuk membantu kita kerana mereka berasa
maruah mereka dihormati.

Jadi, kesantunan bahasa amat penting dalam komunikasi seharian dan harus
diamalkan oleh setiap orang kerana kesantunan bahasa menunjukkan bagaimana
peribadi seseorang sama ada bersopan-santun atau biadab terutama pada kali
pertama mereka bertemu.

Ding Choo Ming (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai alat untuk


mengeratkan hubungan sesama manusia. Bahasa yang baik, elok, berfaedah
dan santun itu bukan sahaja perlu dipelajari daripada buku, tetapi perlu diasuh
oleh ibu bapa di samping bergaul dengan mereka yang lebih tahu dan
berpengalaman.
Ding Choo Ming merupakan bekas Profesor dan Felo Penyelidik Utama Institut Alam
dan Tamadun Melayu (ATMA), serta merupakan lepasan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Salah satu karya beliau dalam bidang kesantunan termasuklah
Bahasa Penjaga Budaya.

Menurut takrifan Ding Choo Ming (2005), takrifan beliau bermaksud kesantunan
berperanan mengeratkan hubungan sesama manusia. Sebenarnya, apabila
kesantunan berbahasa berlaku antara manusia, silaturahim antara manusia akan
dieratkan. Contohnya, apabila pensel rakan saya jatuh ke atas lantai dan selepas
saya membantu mengangkatkan pensel itu dan memulangkan kepada rakan saya,
biasanya apakah yang harus dibuat oleh rakan itu? Tentulah rakan itu harus
mengucapkan terima kasih kepada saya. Begitu juga sama kepada kita semua
manusia. Apabila kita dibantu oleh orang lain, kita haruslah mengucapkan terima
kasih kepada mereka kerana perbuatan ini merupakan salah satu amalan
kesantunan berbahasa. Orang itu yang telah membantu kita selepas mendengar
syukuran kita pasti akan berasa gembira kerana bantuannya diterima dan disyukur
oleh kita. Jadi, hubungan telah dieratkan sesama manusia. Suasana dan
perhubungan yang mesra dalam komunikasi diwujudkan.

Ding Choo Ming (2005) juga berpendapat bahawa tanggungjawab


2 untuk mendidik
kanak-kanak menjadi insan yang memiliki sifat kesantunan berbahasa tidak harus
hanya bergantung kepada bahan bacaan tetapi ibu bapa perlu mengasuh kanak-
kanak dan menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan mereka yang bersifat
kesantunan berbahasa. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu
bapa harus mementingkan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak
mereka untuk bersifat kesantunan berbahasa sejak kecil dan bukan sekadar
mementingkan pendidikan akademik anak-anak mereka. Ibu bapa harus menjadikan
diri sebagai seorang yang bersifat kesantunan berbahasa seperti tahu bagaimana
berkomunikasi dengan orang lain dengan bersopan-santun. Ibu bapa juga harus
menjadikan diri sebagai teladan bersopan-santun supaya anak-anak mencontohi
mereka bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Jadi, amalan kesantunan berbahasa harus diamalkan setiap hari dan ibu bapa
harus menanam aspek kesantunan berbahasa dalam lubuk kalbu anak-anak mereka
sejak kecil supaya jadi kebiasaan anak-anak.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003) menyatakan kesantunan sebagai cara dan
bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan, tidak
biadab atau kurang ajar.

Abdull Sukor Shaari et al. (2003) merupakan lepasan Universiti Utara Malaysia.
Beliau pernah menerbit buku yang bertajuk Bahasa Melayu Komunikasi pada tahun
2003.

Kesantunan berbahasa adalah sebagai adab dan tertib. Menurut Bahasa Melayu
Komunikasi (2003), Abdull Sukor Shaari et al. (2003) berpendapat terdapat mereka
yang menggunakan kata carutan atau sumpahan secara sedar atau sengaja semasa
bercakap untuk tujuan tertentu seperti ingin menyakiti hati atau menghina atau
menghina sesuatu pihak. Ini adalah amalan seseorang yang kurang ajar dan biadab.
Kadang-kala, terdapat mereka yang kata ‘kotor’ secara spontan secara tidak sedar
atau tidak sengaja dalam pengucapan. Walaupun kemungkinan pada masa itu
seseorang itu sedang menghadapi tekanan emosi atau mengalami kekusutan fikiran
dan ingin melepaskan garam. Namun, kita harus bijak mengawal emosi sendiri. Hal
ini berlaku demikian supaya kita dapat mengelakkan amalan-amalan yang
disebutkan untuk menjadi seorang yang berpesonaliti kesantunan berbahasa.

Menurut takrifan Abdull Sukor Shaari et al. (2003), kesantunan yang dimaksudkan
3
oleh beliau merangkumi aspek seperti, pemilihan kata yang digunakan ketika
bertegur sapa (bahasa sopan), nada, gerak laku dan gaya yang digunakan ketika
berkomunikasi. Apabila seseorang sedang bertegur sapa dengan kita, kita haruslah
menggunakan kata tegur sapa yang sopan untuk menjawab mereka. Selepas itu,
nada juga memainkan peranan penting dalam amalan kesantunan berbahasa.
Penggunaan nada yang lemah lembut dan mesra dapat menimbulkan keramahan.
Selain itu kita juga perlu memaparkan gerak laku dan gaya yang sesuai semasa
bercakap dengan seseorang seperti kita haruslah berpaling badan atau kepala kita
ke arah orang yang sedang berkomunikasi dengan kita. Jadi, kesantunan berbahasa
dapat ditunjukkan kerana cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang
itu dengan penuh sopan, tidak biadab atau tidak kurang ajar.

2.0.2 Takrifan dan konsep kesantunan berbahasa oleh tokoh luar negara

Profesor Hamka (2002) yang berpendapat bahawa kesantunan itu turut meliputi
kata-kata yang lemah dan beradab sehingga dapat melembutkan hati
seseorang.
Profesor Hamka sebenarnya bernama Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Profesor
Hamka adalah seorang penulis dan ulama terkenal daripada Indonesia. Antara karya
terkenal yang pernah dihasilkan oleh beliau termasuklah Tafsir Al-Azhar,
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Ka'bah.

Menurut kata-kata yang dipendapatkan oleh Profesor Hamka, kata-kata yang


lemah dan beradab dapat melembutkan hati seseorang. Contohnya, apabila kita buat
sesuatu salah sehingga menimbulkan kemarahan atau salah faham orang lain, kita
haruslah mengamalkan kesantunan berbahasa dengan meminta maaf dengan orang
lain. Misalnya, ”Minta maaf, saya tidak harus melakukan sedemikian, sila maafkan
saya. Ini adalah dapat melembutkan hati seseorang kerana orang lain akan berasa
bahawa kita sudah tahu salah dan menggunakan sikap yang lemah-lembut untuk
berkomunikasi dengan mereka untuk menyelesaikan masalah. Kemarahan mereka
dapat direndahkan. Menurut Profesor Hamka (2002), untuk mengetahui tahap
kesantunan seseorang itu, kita dapat melihat pola cara dia menggunakan bahasa
ketika berkomunikasi. Ini adalah betul sekali. Kita dapat menilai tahap kesantunan
berbahasa seseorang melalui cara dia menggunakan bahasa semasa
berkomunikasi.

Jadi, kita haruslah bijak menggunakan kesantunan berbahasa untuk


meningkatkan tahap kesantunan kita supaya disambut dan
4 disukai oleh orang lain.
Lakoff (1975) mentakrifkan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat
mengurangkan pengeseran dalam sesuatu interaksi.

Nama sepenuh Lakoff (1975) ialah Robin T. Lakoff dan adalah profesor linguistik di
Universitas California, Berkeley. Bidang pengkhususannya adalah sosiolinguistik
serta bahasa dan gender. Antara karya terkemukanya termasuklah Buku Language
and Woman's Place (1975).

Menurut takrifan Lakoff (1975) di atas, ia bermaksudlah bahawa kesantunan


dapat membantu proses interaksi antara seseorang dengan seseorang yang lain
supaya menjadi mudah, mesra, berkesan dan tidak bermasalah. Model Kesantunan
Lakoff (1978) telah diperkenalkan oleh Lakoff (1975) yang lebih mencederungkan
kepada kepentingan pendengar dan bersifat egosentrik. Egosentrik bermaksud sifat
mementingkan diri sendiri sahaja. Model kesantunan Lakoff mengandungi pelbagai
aspek termasuklah kesopanan, kesabaran, kehalusan dan kebaikan yang berkaitan
dengan cara bertutur, bertindak dan berhubung dengan orang lain.

Model Kesantunan Lakoff (1978) ini adalah bertujuan untuk meminimumkan


potensi konflik dan perkara yang bertentangan dalam setiap perlakuan manusia.
Melalui pertuturan dan komunikasi yang baik, ‘situasi menang-menang’ yang
berperanan mengurangkan pengeseran dalam sesuatu interaksi dapatlah berlaku .
‘Situasi menang-menang’ iaitu situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak yang
merupakan suatu strategi komunikasi yang biasanya terjadi dalam hal percakapan
negosiasi yang bermakna bahwa dua pihak yang terlibat pembicaraan siap sedia
untuk berkompromi, setidaknya sampai tingkat tertentu tapi bukan merupakan suatu
upaya untuk menang sendiri, bukan menyatakan keberatan dan bukan pula
menjadikan teman komunikasi itu sebagai lawan debat. Hasil akhir menang menang
ini diharapkan tidak menguntungkan sebelah pihak, atau pun merugikan sebelah
pihak juga. Model Kesantunan Lakoff (1978) mementingkan beberapa aspek seperti
aspek jangan paksa, aspek berikan pilihan dan aspek jadikan pendengar selesa.

Jadi, kita haruslah bersifat kesantunan berbahasa dalam semua pertuturan


supaya masalah pertikaian dan salah faham dapat dikurangkan dan diselesaikan.

5
Leech (1983) menyatakan bahawa kesantunan itu merupakan perlakuan yang
mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.

Leech (1983) yang nama sepenuhnya Geoffrey Neil Leech adalah ahli linguistik
bahasa Inggris. Manakala bidang kajian utamanya adalah tata bahasa, linguistik
korpus, stilistika, pragmatika, dan semantika.Beliau telah menyumbang besar dalam
bidang subjek Kesantunan kerana menghasilkan Principles of Pragmatics (1983)
iaitu Prinsip Kesopanan Leech (1983) yang melahirkan enam prinsip kesantunan.

Antara prinsip kesantunan pertama yang disebutkan beliau dalam karya


Principles of Pragmatics (1983) ialah Prinsip Santun. Kita perlu amalkan sikap
bersopan-santun dalam setiap perbualan. Sebagai contoh, apabila terdapat orang
membantu kita, kita haruslah menyatakan terima kasih kepadanya. Seterusnya ialah
Prinsip Kerendahan Hati. Apabila terdapat orang puji kita, kita haruslah kita haruslah
rendah diri dan bukan memperlihatkan kehebatan atau kelebihan diri agar tidak
menunjukkan pihak orang lain tidak pandai selebih kita. Prinsip ketiga ialah Prinsip
Persetujuan. Kalau situasi membenarkan, kita haruslah cuba menyetujui apa yang
dicadangkan oleh orang lain supaya mereka berasa pandangan mereka diterima.
Keadaan ini juga dapat mengelakkan konflik dan perbalahan antara satu sama lain.

Prinsip keempat ialah Prinsip Simpati. Apabila kita melihat sesuatu keadaan
malang, kita haruslah mengeluarkan kata yang bersifat simpati untuk menghilangkan
rasa negatif orang tersebut. Sebagai contoh, kita boleh mengamalkan Prinsip
Simpati dengan memberikan nasihat yang seharusnya dan sesuai kepada mereka
yang mengalami peristiwa malang. Prinsip yang kelima ialah Prinsip Sokongan. Kita
haruslah memberikan sokongan yang sewajibnya kepada orang lain supaya mereka
dapat berasa bahawa perbuatan dan kesungguhannya direstui. Prinsip yang
terakhirrpula ialah Prinsip Kedermawanan. Prinsip Kedermawanan adalah
berpandukan aspek dalam meminimumkan manfaat atau keuntungan untuk diri
sendiri. Contohnya, apabila terdapat tetamu melawat rumah kita, kita haruslah
mengajak tetamu tersebut masuk dan mengajak mereka makan.

Jadi, kita haruslah bijak dan rasional menggunakan Prinsip Kesopanan Leech
(1983). Kita harus mengamalkan Prinsip Kesopanan Leech (1983) secara terlalu
berlebihan agar tidak menunjukkan bahawa kita terlalu rendah diri dan kelihatan
berpura-pura. 6
3.0 RUMUSAN

Tuntasnya, melalui kajian tentang pelbagai takrif dan konsep kesantunan


bahasa berdasarkan pandangan tokoh dari dalam dan luar negara, kita haruslah
memahami takrifan tokoh-tokoh tersebut agar kita akan lebih memahami apakah itu
konsep kesantunan bahasa. Selepas kita memang memahami konsep kesantunan
bahasa, barulah kita dapat mengaplikasikan kesantunan bahasa dalam kehidupan
seharian. Maka, masyarakat berkesantunan bahasa dapat dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai