Anda di halaman 1dari 1

Nama: Cheen Ying Jie

Kelas: 3P MT3

Pengalaman belajar secara online semasa musim pkp.

Saya amat menghargai kerana mempunyai peluang unik ini untuk belajar secara online
semasa musim pkp. Pertama, saya tidak perlu bangun sangat awal seperti dulu yang pdp perlu
berlaku secara bersemuka. Saya tidak lagi perlu berjalan kaki jauh dari asrama ke bilik tutorial. Hal ini
membantu saya untuk menjimatkan tenaga dan masa setiap hari.

Kedua, apabila berpeluang untuk belajar secara onlne, saya dapat menikmati kelajuan
Internet yang amat memuaskan di rumah saya. Hal ini amat membantu saya untuk mencari bahan
rujukan dari Internet untuk menyelesaikan kerja kursus saya.

Ketiga, saya dapat mengeratkan hubungan bersama keluarga. Dulu kehidupan di asrama,
memang sibuk, dan saya kekurangan masa untuk berhubung dengan keluarga. Apabila belajar secara
online di rumah, saya berpeluang untuk makan bersama keluarga, menonton TV bersama mereka,
berkongsi perkara berkaitan pembelajaran bersama keluarga, buat kerja rumah seperti membasuh
pinggan dan menjemur pakaian. Saya amat menghargai peluang dan masa bersama keluarga.

Keempat, saya berasa pensyarah juga berusaha dalam menjalani PdP melalui pelbagai media
seperti Google Classroom dan WhatsApp. Kebanyakan pensyarah amat bertimbang rasa kepada
situasi pelajar dalam pembelajaran masing-masing. Hal ini secara tidak langsung memastikan setiap
pelajar sentiasa fokus dalam pembelajaran masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai