Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI PENDIDKAN SULTAN IDRIS

Lawatan ke perpustakaan universiti pendidikan sultan Idris telah diadakan pada 12 februari

2019 pada hari selasa. Seramai 36 guru pelatih dan 4 pensyarah telah terlibat dalam lawatan ke

perpustakaan unversiti pendidikan sultan Idris. Lawatan ini diadakan bertujuan membantu guru

pelatih untuk mengenali format tesis dengan lebih lanjut.

Pada 12 februari 2019, bus bertolak dari IPG pada pukul 6.00 pagi. Kami mengambil

sarapan kami di R&R Genting Sempah. Kami sampai di UPSI pada pukul 10.30 pagi dimana

ketibaan kami disambut oleh Dr. Manormani. Setelah itu, kami dibawa ke bilik mesyuarat. Bilik

mesyuarat tersebut penuh dengan tesis dimana setiap guru pelatih mendapat peluang untuk

meneliti tesis yang terdapat di perpustakaan tersebut.

Kami mengambil makanan tengah hari sekitar kedai yang berada di UPSI. Kami

mengambil selama 1 jam untuk makan dan kami teruskan dengan aktiviti pencarian tesis dan

formatnya. Guru pelatih IPG dapat menimba pelbagai ilmu berkaitan tesis dengan merujuk tesis-

tesis contoh yang terdapat di perpustakaan UPSI.

Melalui program ini murid bersetuju dan memberi pendapat positif bahawa mereka dapat

menimba ilmu yang baru dalam subjek penyelidikan. Seterusnya, guru pelatih juga mengatakan

bahawa mereka dapat satu penjelasan yang teliti melalui pensyarah-pensyarah yang berada di

UPSI. Dengan ini boleh mengatakan bahawa lawatan ini dapat meningkatkan profesionalisme

keguruan dan ilmu dalam asas penyelidikan. Ilmu ini sudah tentu akan membantu sewaktu

membuat tesis pada semester 8 nanti.

Laporan disediakan oleh,

……………………………….
( DARMINI A/P THAYALAN )

Setiausaha,

Lawatan ke perpustakaan UPSI

Anda mungkin juga menyukai