Anda di halaman 1dari 2

Lawatan Sambil Belajar

Pada 25 Januari 2018, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu Arang telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala
Lumpur. Seramai 40 murid sekolah dan 5 orang guru pengiring terlibat
dalam rombongan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang

proses membuat sabun. Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta
memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta lawatan bertolak
pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka sampai
ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh
beberapa orang pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang
kilang tersebut disampaikan oleh salah seorang pegawai kilang tersebut.

Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses

sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin
yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai
pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika bekerja. Di
situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja
kilang yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.

Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian

pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux,
Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang canggih. Kemudian Pada
pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di
kantin kilang tersebut.

Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi
sebuku sabun setiap seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru
pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah menyampaikan cenderamata kepada
pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta dilihat sangat
seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan
serta dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Anda mungkin juga menyukai