Anda di halaman 1dari 21

IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT, TERENGGANU

LAPORAN
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BERSAMA MENTOR (PLSBBM)
TAHUN 2014

ANJURAN

: UNIT 3 PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL 3, IPGKSM

TARIK H

: 23 JANUARI 2014 HINGGA 25 JANUARI 2014

HARI

: KHAMIS HINGGA SABTU

TEMPAT

: PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.

Laporan Harian Program Lawatan Sambil Belajar Bersama Mentor


Tempat : Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh : 23 Januari 2014
Hari : Khamis

Masa : 7.30 pagi


Guru pelatih, peserta lawatan ke Langkawi bersarapan di kantin. Makanan
disediakan oleh pihak penganjur bagi menjamin kebajikan mereka agar
perjalanan berjalan lancar. Oleh itu, semua peserta diberi sarapan pagi
sebelum bertolak.
Masa : 8.30 pagi
Bas bertolak ke jeti Kuala Perlis. Seramai 32 orang guru pelatih dan diiringi
oleh tiga orang pensyarah termasuk mentor menaiki bas IPGKSM.
Masa : 2.00 petang
Bas berhenti di Hentian Perah. Peserta diberi masa selama satu jam untuk
menunaikan solat, makan dan mengurus diri.
Masa : 6.00 petang
Peserta tiba di jeti Kuala Perlis. Ketua rombongan mengurus tiket feri ke
Langkawi. Feri yang kami naiki ke Pulau Langkawi dijadualkan bertolak pada
pukul 7.00 petang. Sementara menunggu ketibaan feri, kami berehat di
ruangan menunggu kawasan terminal tersebut.
Masa : 7.10 petang
Peserta bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri. Terdapat beberapa
orang peserta mengalami pening-pening disebabkan mabuk laut.

Masa : 8.30 malam


Sampai di jeti Pulau Langkawi. Ketibaan peserta disambut oleh agen yang
menguruskan lawatan kami sepanjang berada di Pulau Langkawi. Guru
pelatih check in masuk ke Region Hotel. Kemudian, guru pelatih diberi
kebebasan untuk melakukan aktiviti masing-masing. Peserta diberi masa
sehingga pukul 12.00 malam.

Laporan Harian Program Lawatan Sambil Belajar Bersama Mentor


Tempat : Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh : 24 Januari 2014
Hari : Jumaat

Masa : 8.00 pagi


Guru pelatih bersarapan bersama-sama sebelum memulakan lawatan ke
tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Langkawi.
Masa : 9.00 pagi
Peserta menaiki bas yang disediakan oleh pihak agensi bersama pemandu
pelancong. Pemandu pelancong yang digelar Kak Ida membawa kami
melawat ke tempat destinasi lawatan pertama, iaitu Kilim Geopark.
Sepanjang perjalan kami menuju ke Kilim Geopark, Kak Ida bercerita
mengenai tarikan yang terdapat di tempat tersebut. Setibanya disana, kami
menaiki bot untuk mengelilingi pulau. Kami dibawa memasuki Gua Kelawar
dimana terdapat batu gua yang mempunyai pelbagai bentuk yang menarik
dan tumbuhan purba yang menakjubkan. Ramai peserta merasa kagum
dengan keunikan tersebut selain dapat mengenali dengan lebih dekat
mengenai habitat kelawar. Selepas itu, kami dibawa pula untuk melihat
burung helang yang terkenal di Pulau Langkawi. Kawasan tersebut didiami
oleh banyak burung helang yang pelbagai saiz dan bentuk. Peserta berasa
teruja melihat tingkah laku burung helang secara dekat. Selain daripada itu,
peserta juga dibawa melihat pelbagai jenis ikan belaan penduduk tempatan.
Di sana, peserta berpeluang melihat pelbagai spesis ikan dan memberi
makan ikan pari. Di akhir lawatan di Kilim Geopark, kami dibawa melalui

kawasan laut Andaman yang berhampiran dengan sempadan MalaysiaThailand. Pemandangan flora dan fauna di kawasan pulau tersebut amat
menakjubkan

dan

indah.

Sememangnya

cukup

sesuai

kawasan

ini

dinobatkan oleh UNESCO sebagai Geopark.


Masa : 11.20 pagi
Setelah selesai lawatan di Kilim Geopark, kami menaiki bas menuju ke
Muzium

Kota

Mahsuri.

Sepanjang

menuju

ke

destinasi,

kami

diberi

penerangan mengenai sejarah hidup Mahsuri oleh Kak Ida. Pelbagai reaksi
peserta semasa mendengar kisah Mahsuri yang ditayangkan di dalam bilik
tayangan di Muzium tersebut.
Masa : 2.00 petang
Setelah selesai lawatan di Muzium Kota Mahsuri, peserta diberi masa untuk
makan, berehat dan mengurus diri sebelum meneruskan lawatan ke
destinasi seterusnya.
Masa : 2.40 petang
Peserta dibawa untuk menaiki cable car atau skycab. Penerangan
mengenai

langkah

keselamatan

diterangkan

kepada

paserta.

Setelah

mendapatkan tiket, kami menaiki cable car menuju ke puncak Gunung Mat
Cincang yang mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke puncak.
Cable car yang dinaiki seramai enam orang itu mengambil masa lebih
kurang 30 minit untuk kembali ke dataran. peserta menikmati pemandangan
gunung ganang melalui perhentian di puncak gunung dan tidak melepaskan
peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
Masa : 6.00 petang
Selesai lawatan kami di kaki Gunung Mat Cincang, Kak Ida membawa kami
melawat kilang menghasilkan produk berasaskan gamat, tempat membeli
belah barangan seperti coklat, pakaian dan cenderahati.

Masa : 7.08 malam


Peserta kembali ke Region Hotel. Pada sebelah malam, peserta diberi
peluang untuk melakukan aktiviti bebas. Namun begitu, peserta telah diberi
amaran untuk bergerak secara berkumpulan dan tidak keluar melebihi jam
12 malam.

Laporan Harian Program Lawatan Sambil Belajar Bersama Mentor


Tempat : Pulau Langkawi, Kedah
Tarikh : 25 Januari 2014
Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi


Guru pelatih check out dari Region Hotel yang didiami selama 3 hari 2
malam. Destinasi yang seterusnya adalah ke terminal jeti Langkawi.
Masa : 9.30 pagi
Guru pelatih menjalani pemeriksaan bagasi oleh kastam. Barang-barang
seperti bagasi dan barangan lain yang dibeli diletakkan di dalam terminal.
Masa : 10.00 pagi
Guru pelatih berjalan menuju ke Dataran Helang untuk melawat tempat
tersebut di samping mengambil gambar sebagai kenangan. Guru pelatih
mengambil gambar secara berkumpulan dan individu. Masing-masing tidak
melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan gaya tersendiri.
Masa : 10.45 pagi

Guru pelatih berjalan balik ke terminal jeti bagi menunggu panggilan masuk
ke feri.
Masa : 11.10 pagi
Guru pelatih beratur sebelum menaiki feri.
Masa : 11.45 pagi
Feri mula bertolak dari terminal jeti Langkawi ke Kuala Perlis. Guru pelatih
ditempatkan di tempat duduk tingkat atas feri.

Masa : 12.40 tengahari


Perjalanan menaiki feri dari Langkawi selamat sampai di Kuala Perlis. Guru
pelatih menunggu giliran turun dari feri. Bas institut menunggu guru pelatih
di luar terminal Kuala Perlis. Sebelum meneruskan perjalanan, guru pelatih
membeli sedikit makanan sebagai bekalan dalam perjalanan kerana hentian
rehat seterusnya agak jauh.
Masa : 3.15 petang
Guru pelatih berhenti untuk berehat sekejap di Hentian Gurun, Kedah. Guru
pelatih yang beragama Islam pergi sembahyang dan selepas itu makan
petang. Bagi yang bukan beragama Islam, guru pelatih pergi makan dan
berehat di kawasan sekitar hentian.
Masa : 4.30 petang
Perjalanan pulang diteruskan.
Masa : 9.00 malam
Guru pelatih berhenti untuk berehat sebentar dan menunaikan sembahyang
bagi guru pelatih yang beragama islam di Hentian Rehat Batu Lintang-Jeli,
Kelantan.

Masa : 10.00 malam


Guru pelatih meneruskan perjalanan balik ke kampus institut.
Masa : 12.05 tengah malam
Guru pelatih sampai di kampus institut.

Laporan Program Lawatan Sambil Belajar Bersama Mentor ke


Langkawi

Program lawatan sambil belajar yang telah dirancang akhirnya dapat


dilaksanakan dengan jayanya pada 23 hingga 25 Januari 2014 ke Pulau
Langkawi dengan melibatkan 35 peserta yang terdiri daripada Ketua Jabatan
Kajian Sosial, Mentor PSV 3, Pegawai HEP IPGKSM, dan guru pelatih unit PSV
3.
Pertama sekali, guru pelatih dapat mengenal dunia luar seperti bentuk
muka bumi setiap negeri dan nama negeri yang dilalui. Sekaligus pelajar
dapat menimba pengetahuan baru yang hanya boleh dipelajari daripada
subjek Geografi. Selain itu, melalui program ini guru pelatih dapat
pendedahan tentang komunikasi antara sesama mereka serta orang luar.
Guru pelatih juga dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam
mata pelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-belah
dan membayar harga makanan. Guru Pelatih berpeluang berkomunikasi
dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris walaupun tahap bahasa mereka

masih rendah. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan dengan
orang luar. Guru pelatih mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa
Inggeris dalam percakapan seharian mereka selepas pulang dari lawatan
tersebut. Guru pelatih juga didedahkan kepada menghormati orang yang
berada disekeliling mereka. Kerjasama antara guru pelatih juga terserlah
apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan mereka yang lemah.
Setiap tempat yang dilawati, guru pelatih dapat menimba ilmu serta
meningkatkan keyakinan diri mereka. Guru pelatih dapat mempelajari
sejarah Langkawi, bentuk muka bumi, dan dapat menikmati keindahan dan
keunikan persekitaran Langkawi.
Antara objektif yang dapat dicapai melalui program lawatan ini ialah
kemahiran berkomunikasi. Dalam bidang pendidikan, guru merupakan agen
penyampai yang sangat penting kepada murid-murid, ibu bapa dan
masyarakat di sekolah. Komunikasi yang betul akan memberi kesan yang
positif kerana setiap pertuturan dan tindak tanduk akibat komunikasi yang
berkesan mudah diterima dan dipersetujui oleh semua pihak. Begitu juga
dengan program lawatan sambil belajar ini, proses bagi menjayakan program
ini banyak menyediakan latihan menggunakan komunikasi yang betul
terutama dalam menyiapkan kertas kerja, di mana setiausaha perlu sering
berjumpa dan berurusan dengan pensyarah, staf dan juga pengarah sebelum
kertas kerja diluluskan. Sesi perbincangan dengan pensyarah dan juga soal
jawab dengan pengarah banyak memberi pengalaman bagi meningkatkan
skill dalam kaedah berkomunikasi.
Selain daripada itu, lawatan ini juga mampu meningkatkan rasa
tanggungjawab dan keyakinan diri guru pelatih. Contohnya, dalam proram
lawatan ini, AJK pelaksana dan AJK kecil telah ditubuhkan, masing-masing
ditugaskan untuk melaksanakan tugasan tertentu. Jadi, melalui jawatanjawatan

ini

secara

tdak

langsung

telah

memupuk

nilai

rasa

bertanggungjawab, yakin diri dan dedikasi dalam menjalankan tugas. Di


sampng itu, aktiviti mencabar seperti menaiki cable car ke puncak gunung

juga mampu membina keyakinan diri. Guru pelatih dapat belajar untuk
mengawal perasaan gemuruh dan takut apabila berada

pada situasi

genting. Oleh yang demikian, apabila berada di alam perguruan kelak sudah
pasti guru pelatih mampu untuk mengendali pelbagai situasi mencabar serta
mampu untuk bertindak dan menyelesaikan masalah dengan mudah.
Guru pelatih juga dapat belajar untuk menghormati perasaan orang
lain. Sebagai bakal guru, seseorang itu perlu memiliki sifat empati iaitu
meletakkan dirinya ke dalam situasi orang lain. Nilai kerjasama amat penting
dan berkait rapat dengan situasi ini. Dalam program lawatan ini, kami belajar
untuk saling hormat menghormati dan bekerjasama sebagai satu pasukan
apabila menjalankan aktiviti. Contohnya, arahan daripada ketua rombongan
kami yang berbangsa Cina mampu diikuti oleh semua guru pelatih yang
menyertai lawatan walaupun mejoritinya adalah berbangsa Melayu. Oleh itu,
setiap aktiviti atau sebarang pergerakkan dapat berjalan dengan lancar.
Program lawatan sambil belajar ini disertai oleh guru pelatih dan juga
mentor. Oleh yang demikian, ianya mampu membina hubungan akrab antara
mentor dan guru pelatih. Mentor merupakan individu yang berperanan
sebagai ibu bapa kedua di IPG di mana guru pelatih boleh mendapatan
khidmat nasihat atau berkongsi perasaan apabila menghadapi masalah.
Hubungan yang akrab memudahkan lagi proses tersebut.
Lawatan ini juga memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk
menganjurkan sesuatu program. Melalui program lawatan ini, guru pelatih
dapat belajar bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program serta
proses pelaksanaannya agar berjalan dengan lancar. Antara proses yang
penting untuk dilakukan untuk menganjurkan sesuatu program ialah
menghasilkan kertas kerja. Kertas kerja hendaklah mengikut format

dan

protokol yang betul bagi memastikan program yang hendak dianjur dapat
diluluskan.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah daripada program lawatan


sambil belajar ini. Secara amnya, program ini telah berjaya mencapai tujuan
mengikut objektif yang telah ditetapkan. Program bersama mentor ini
mampu menjalinkan hubungan mesra antara guru pelatih dan mentor.
Sepanjang perjalanan ini dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli
unit PSV 3 serta meningkatkan ilmu pengalaman dalam suasana yang lebih
santai dan ceria. Kami berharap program lawatan seperti ini dapat
diteruskan untuk masa yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

.
(MOHD HAFIZUDDIN BIN ABD GHANI)
Naib Setiausaha,
Unit 3 PISMP PSV 3,
IPG Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu.
LAMPIRAN

Guru pelatih bersama pensyarah menaiki bas IPGKSM

Berhenti solat dan makan di Hentian Perah

Tiba di Terminal Feri Kuala Perlis

Guru pelatih beratur untuk menaiki feri

Tiba di Pulau Langkawi

Tempat penginapan di Hotel Region

Menaiki bot untuk menuju ke Geopark

Lawatan ke Gua Kelawar

Lawatan ke Nusantara Maju (Kilang Gamat)

Lawatan ke tempat memasak minyak gamat

Makam Mahsuri binti Pandak Mayah

Rumah Mahsuri di Perkampungan Kedah, Kota Mahsuri

Lawatan ke Kota Mahsuri

Lawatan ke Galeri Mahsuri

Menaiki kereta kabel

Bergambar di puncak Gunung Mat Cincang

Dataran Helang

Guru pelatih sempat mengambil gambar kenangan di Dataran Helang

Tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan coklat di HIG

Guru pelatih beratur sebelum menaiki feri ke jeti Kuala Perlis

Anda mungkin juga menyukai