Anda di halaman 1dari 3

JURNAL 3 (14/02/2016 HINGGA 18/02/2016)

TAJUK JURNAL: KEBERSIHAN DIRI

Masalah
Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid
yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan
hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan
murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang
isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak
berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan tidak menyerika pakaian dan lainlain.
Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid
sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat
mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau
badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya.
Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan
ianya berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6
yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain juga berkeadaan yang
sama.
Sebagai

seorang

guru,

saya

menyifatkan

keadaan

ini

dalam

fasa

membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam


keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan
tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guruguru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan
dan perlu diselesaikan secepat mungkin.
Analisis Masalah
Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan
oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka
sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas.
Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya
boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan

syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa
kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:
Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang
baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan
diri agar sihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan
kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan
badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi,
mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.
Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga
menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai
sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya
bahawa:
Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu
mempunyai kesedaran dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu
mematuhi amalan menjaga kebersihan dari lunas-lunas agama,
mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang
serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya
dititikberatkan dalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang
kebersihan itu sebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agamaagama lain juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan.
Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena
jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya
kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan
persekitaran.
Cadangan
Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut
dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat
dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.
Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri
Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak

langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan
perubahan demi menjaga kesihatan mereka.
Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan,
guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti
mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan
memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut
kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling
bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka
individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini
sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian
kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun,
murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan
bertindak untuk kebaikan mereka.
Tempoh Penyelesaian
14/02/2016 hingga 18/02/2016 (1 minggu)
Tindakan Susulan
Murid-murid

harus

diberi

nasihat

yang

berterusan.

Guru-guru

bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen


mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan
pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.
Kesimpulan
Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap
murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan
sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu,
kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan
keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara
satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai