Anda di halaman 1dari 2

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF DAN PERKATAAN DALAM

BAHASA ARAB BAGI MURID TAHUN 1 DENGAN MENGGUNAKAN


NGULBATUNNUR ((

Oleh
Mohd Yusri Bin Mustafa
Norazman Bin Ahmat Syafri
Muhammad Faris Najmi Bin Zainal
Muhammad Rahmat Bin Rajib
azmansyafri@yahoo.com

Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menulis huruf dan


perkataan dalam Bahasa Arab dengan kaedah yang betul dan sempurna. Fokus
kajian lebih bertumpu kepada masalah murid tidak dapat menulis huruf dan
perkataan dalam Bahasa Arab mengikut kemahiran yang betul dan tidak dapat
membentuk satu huruf dan perkataan yang sempurna sifatnya. Peserta kajian ini
terdiri daripada 5 orang murid tahun 1 di sebuah sekolah di daerah Besut,
Terengganu. Tinjauan awal dilaksanakan telah mendapati kelemahan murid
menulis huruf dan perkataan dalam Bahasa Arab mengikut kaedah-kaedah yang
telah ditetapkan. Instrumen yang digunakan untuk membantu kajian ini ialah
kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Pemerhatian secara berstruktur
dijalankan untuk menguji kriteria kemahiran murid menulis huruf dn perkataan
dalam Bahasa Arab. Hasil dapatan senarai semak pemerhatian menunjukkan
peserta kajian mengalami peningkatan kemahiran menulis huruf dan perkataan
dalam Bahasa Arab selepas tindakan kajian dijalankan. Manakala, analisis
dokumen juga dilaksanakan bagi menilai hasil tulisan huruf dan perkataan dalam
Bahasa Arab murid sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Hasil penilaian
juga menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran murid menulis huruf Dan
Perkataan dalam Bahasa Arab dengan kaedah yang betul dan dapat membentuk
satu huruf dan perkataan yang sempurna sifatnya. Secara ringkasnya, alat
ini terbukti berkesan meningkatkan kemahiran menulis huruf dan perkataan
dalam Bahasa Arab dengan kaedah yang betul dan sempurna. Alat juga
boleh ditambah baik untuk meningkatkan kemahiran menulis ayat dalam Bahasa
Arab dalam kalangan murid pada masa yang akan dating.

Anda mungkin juga menyukai