Anda di halaman 1dari 5

Laporan Lawatan ke Pulau Langkawi

Pada hari Jumaat, 11 September, 2015 murid-murid asrama


Sekolah Kebangsaan Jelapang telah menyertai Lawatan ke Pulau
langkawi selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini dianjurkan oleh,
pengurus asrama berkenaan. Seramai 61 orang murid, 5 orang guru, 2
orang kerani, seorang warden dan 4 orang penyelia asrama telah
menyertai rombongan ini.
Sehari sebelum lawatan, murid-murid telah diberi taklimat yang
panjang lebar oleh warden asrama, Cikgu Atiqah. Beliau menerangkan
aturcara lawatan, disiplin semasa lawatan, peralatan yang perlu
dibawa dan sebagainya.
Dua buah bas rombongan tiba pada pukul 11.00 pagi lalu muridmurid bertolak ke Kuala Perlis. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4
jam. Walau bagaimanapun murid-murid sempat singgah di Hentian
Rehat Taiping untuk makan tengah hari dan meneruskan semula
perjalanan kami.
Sementara menunggu feri yang dijadualkan tiba pada pukul 6.00
petang, murid-murid solat di masjid Kuala Perlis. Sebelum menaiki feri,
murid-murid sempat mengambil beberapa gambar di sekitar jeti Kuala
Perlis. Pemandangan di luar tingkap feri amat indah dengan lautan
yang membiru, awan yang memutih serta kehijauan tumbuh-tumbuhan
di pulau-pulau yang berdekatan.
Murid-murid sampai di jeti Kuah pada kira-kira pukul 7.30 malam
dan meneruskan perlajanan ke motel Langkah Tuah untuk menginap
dengan menaiki bas. Selepas makan malam, ada murid yang tidur, dan
ada yang mengikut bapa angkat masing-masing berjalan-jalan di pasar
malam.
Cuaca pada pagi 12 September, 2015 amat baik seolah-olah
meraikan kedatangan murid-murid ke Pulau Langkawi. Ini
menandakan lawatan murid-murid harus berjalan dengan lancar.
Untuk itu, selepas bersarapan, murid-murid diberi taklimat ringkas oleh

beberapa orang guru seperti Cikgu Atiqah dan Encik Redzuan bagi
memastikan apa yang dirancangkan dapat diikuti dengan baik.
Destinasi pertama adalah ke tempat Perusahaan membuat
gamat. Beberapa orang guru dan murid dibenarkan cuba mencelupkan
jari ke dalam kawah minyak gamat yang masih panas. Tetapi ajaibnya,
tangan mereka tidak melecur. Oleh kerana produk gamat amat tinggi
kualiti dan mujarab, ramai di antara kami yang membeli, minyak
sapuan, sabun muka, sabun mandi, syampu dan sebagainya.
Perjalanan diteruskan ke Underwater World langkawi. Murid
sampai pada pukul 9.30 pagi sedangkan waktu pelawat dibenarkan
masuk ke pintu masuk adalah pada pukul 10.00 pagi. Jadi, sementara
menunggu waktu untuk masuk, murid bersiar-siar di pantai Cenang
sambil menghirup udara pagi yang segar dan nyaman. Malangnya
murid tidak dibenarkan mandi kerana guru yang mengiringi tidak ada
sijil berenang.
Kekecewaan murid terubat sebaik sahaja kami masuk ke Under
Water World Langkawi. Di situ banyak spesis hidupan laut yang boleh
dilihat seperti panguin, pelbagai jenis ikan, singa laut, kuda laut, oborobor, tapak sulaiman dan sebagainya. Murid dibenarkan merakam
gambar di sudut-sudut yang menarik seperti di kepala patung panguin
dan di bahagian gambar antartika. Murid-murid yang ingin melihat
tayang 3D berpeluang melihatnya dengan bayaran RM8.00 seorang.
Selepas itu, perjalanan murid diteruskan ke tempat
perkhidmatan kereta kabel. Murid diarahkan beratur dan melihat
tayangan 3D sebelum menaiki kereta kabel. Menurut pemandu
pelancong yang turut serta dengan murid, Kemuncak gunung yang
didaki oleh kereta kabel ini adalah kemuncak yang tertinggi di Asia.
Perasaan cemas dan berdebar-debar semasa berada di dalam kereta
kabel terpaksa dipendamkan kerana melihat kawan-kawan lain pun
boleh bertahan juga.
Sejurus tiba di bawah, beberapa orang murid dibawa oleh ibu
angkat masing-masing melihat tayang 6D. Menurut mereka tayangan
tersebut begitu cemas dan mengerikan. Di samping itu, ada juga yang
mengikut ibu angkat menaiki Bump Car. Gelagat mereka melanggar
2

antara satu sama lain begitu melucukan. Jika tidak diarahkan pulang ke
motel untuk solat, sudah tentu murid ingin berada lebih lama di situ.
Lawatan ini di hentikan seketika untuk bersiap diri dan solat di
motel. Selepas itu, barulah murid dibenarkan membeli-belah sama ada
di kedai-kedai bebas cukai ataupun di pasar malam. Murid berasa
beruntung kerana dapat makan malam bersama ibu atau bapa angkat
masing-masing. Guru, kerani dan penyelia asrama yang menjadi bapa
dan ibu angkat begitu prihatin di dalam menjaga makan minum,
keperluan dan kesihatan murid. Ada yang ghairah window shopping
sehingga tidak sedar masa sudah pukul 12.00 malam.
Kisah lawatan disambung lagi pada 13 September, 2015. Kali ini
murid bersarapan di sebuah kedai bernama restoran Hassan. Bihun
dan kuih yang disajikan sungguh enak dan menyelerakan. Sarapan ini
cukup memberikan tenaga kepada murid untuk melawat ke destinasi
seterusnya iaitu, Galeri Perdana. Murid sampai di Galeri Perdana pada
kira-kira pukul 9.30 pagi. Lawatan ini begitu bermakna dan memberi
banyak pengetahuan, serta bersyukur mempunyai mantan Perdana
menteri yang disegani oleh pemimpin serata dunia. Barulah murid
memahami bahawa kepimpinan seorang perdana menteri yang tegas
dan berkaliber mampu mengekalkan keamanan dan kestabilan
ekonomi negara.
Daripada cenderamata-cenderamata yang dipamerkan juga,
murid boleh belajar tentang budaya negara-negara berkenaan. Sekali
lagi murid teruja untuk merakamkan gambar-gambar di sudut-sudut
yang menarik di Galeri Perdana itu. Sehingga ada murid yang terlewat
naik ke atas bas kerana asyik melihat cenderamata yang begitu unik.
Akhirnya, apabila guru mengumumkan bahawa destinasi
seterusnya adalah tempat terakhir bagi lawatan murid iaitu tempat
membeli belah, barulah murid menyedari bahawa sesi lawatan kami
telah masuk hari yang terakhir. Kami akur dengan ketentuan masa dan
membeli beberapa bungkus coklat, cenderahati dan sebagainya untuk
dihadiahkan kepada keluarga tersayang. Ada juga guru yang membeli
pinggan mangkuk dan peralatan dapur yang harganya jauh lebih
murah daripada harga di Tanah Semenanjung.
3

Pada pukul 12.00 tengah hari, murid menaiki feri. Kemudian,


menyambung perjalanan untuk bertolak pulang ke Sekolah
Kebangsaan Jelapang dengan menaiki bas. Di dalam bas, murid
bernyanyi, berwirid, bertasbih, bertahmid dan sebagainya sebagai
tanda kesyukuran kerana diberikan peluang melawat di tempat yang
menarik seperti Langkawi.
Perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang lama, menyebabkan
murid berasa lapar. Untuk itu, murid dibenarkan berhenti makan di
Hentian Rehat Gurun. Di situ murid makan serta solat . Lalu selepas
itu, perjalanan ke Ipoh diteruskan lagi.

Pada kira-kira pukul 8.00 malam, bas rombongan selamat


sampai di hadapan pagar sekolah. Sebelum masuk ke asrama, muridmurid dibekalkan dengan burger istimewa untuk makan malam.
Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,

.....................................................

tandatangan kamu sendiri

(
dengan huruf besar.

tulis nama kamu sendiri

Setiausaha
Persatuan Murid-murid Asrama
Sekolah Kebangsaan Jelapang,
Ipoh, Perak.

*PASTIKAN SETIAP MURID MENGGUNAKAN AYAT YANG BERBEZA.


JANGAN TIRU BULAT-BULAT
KARANGAN INI!
4

*UBAH SUAI MENGIKUT PENGALAMAN MASING-MASING.


*LAPORAN SEHARUSNYA, RINGKAS DAN PADAT. BUKAN SEPERTI
KARANGAN INI YANG BEGITU PANJANG.
*MASUKKAN GAMBAR JIKA ADA.

Anda mungkin juga menyukai