Anda di halaman 1dari 2

Melancong ke Pulau Langkawi

Jumaat, 7 Julai 2022


10.00 malam -Kami bersiap-siap untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Kami bergotong-
royong mengangkat barang-barang ke dalam kereta.
11.00 malam -Kami mula bertolak dari rumah kami di Taiping ke Kuala Perlis dengan menaiki
kereta. Ayah memandu dengan tenang melalui lebuh raya. Kami sekeluarga berbual-bual
sebelum saya terlelap.

Sabtu, 8 Julai 2022


9.00 pagi - Kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ayah memakir kereta di tepat parkir kereta berbayar.
Kami berjalan kaki menuju ke jeti dengan membawa beg dan barang-barang. Di jeti, ayah
membeli tiket feri untuk ke Pulau Langkawi.
10.00 pagi - Kami menaiki feri ke Pulau Langkawi. Inilah pengalaman pertama saya menaiki
feri. Perjalanan ke Jeti Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam. sungguh menarik
pemandangan sepanjang perjalanan itu. Ketika feri menghampiri Jeti Pulau Langkawi, kami
melihat pulau-pulau kecil yang cantik serta sebuah patung helang yang besar sebelum feri
berlabuh di jeti tersebut.
11.00 pagi - Kami selamat tiba di Jeti Pulau Langkawi. Kami menaiki sebuah bas pelancong ke
hotel untuk menyimpan barang-barang. Kemudian, kami makan tengah hari di sebuah gerai
berhampiran hotel itu.
2.00 petang - Kami pergi ke "Under Water World Langkawi". Di sini kami melihat pelbagai jenis
hidupan laut daripada yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar. Kami melihat ikan-ikan
yang berwarna-warni dan ikan yang besar-besar seperti ikan jerung dan ikan pari. Akhir sekali,
sebelum keluar dari tempat itu, kami menonton video 3D tentang kehidupan laut dan penjagaan
alam di sebuah panggung khas.
5.00 petang - Kami balik ke hotel untuk berehat. Hotel penginapan itu sungguh cantik dan
berhawa dingin. Kelengkapan di hotel itu cukup untuk keperluan kami semasa bercuti di situ.
Kami berehat-rehat di situ sementara menunggu waktu malam.

Ahad, 9 Julai 2022


5.00 pagi - Kami bangun tidur dan bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting dan
beberapa lagi tempat menarik. Sebelum bertolak, kami bersarapan dahulu di hotel. Dewan makan
di hotel itu besar dan cantik. Ia terletak bersebelahan dengan sebuah kolam renang yang besar.
7.30 pagi - Kami menaiki bas pelancong ke sebuah jeti untuk menaiki bot ke Pulau Dayang
Bunting. Setibanya di pulau itu, kami melihat beberapa ekor burung helang sedang terbang tinggi
di udara. Di pulau itu terdapat sebuah tasik lagenda iaitu Tasik Dayang Bunting. Di situ juga
saya dapat melihat beberapa orang pelancong sedang bermain payung terjun yang ditarik oleh
bot laju.
9.00 pagi - Kami menuju semula ke Pulau Langkawi. Kemudian, kami menaiki bas pelancong
untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi. Ramai pelancong di situ menyebabkan kami terpaksa
beratur agak lama sebelum dapat menaiki kereta kabel itu. Kami melihat pemandangan indah
sewaktu menaiki kereta kabel itu. Di puncak gunung itu, kami menaiki sebuah jambatan gantung.
Dari situ, kami dapat melihat pemandangan Pulau Langkawi yang indah. Kira-kira dua jam
kemudian, kami turun semula ke stesen kereta kabel. Kami membeli pelbagai cenderamata untuk
dibawa pulang di gerai-gerai berhampiran stesen itu.
11.00 pagi - Kami singgah sebentar di sebuah tapak bersejarah iaitu Makam Mahsuri. Di situ,
terdapat banyak maklumat dan tinggalan sejarah yang menarik untuk diketahui. Selepas itu, kami
pulang ke hotel untuk mengambil barang-barang.
12.30 tengah hari - Kami keluar dari hotel dan menaiki bas pelancong menuju ke Jeti Pulau
Langkawi dan meneruskan perjalanan pulang ke Taiping.

Anda mungkin juga menyukai