Anda di halaman 1dari 2

Selasa. Karangan 2. 16/3/2021.

Karangan Jenis Fakta.


Tajuk: Cara-cara Menjaga Keselamatan di Rumah.

Pendahuluan: menjaga keselamatan amat penting.

Isi 1: menyimpan peralatan yang tajam di tempat


selamat
Isi 2: pastikan lantai kering
Isi 3: suis elektrik.

Penutup: patut berhati-hati.

Menjaga keselamatan di rumah amat penting bagi


setiap orang. Setiap orang mesti berhati-hati dan
menjaga keselamatan diri kerana malang tidak
berbau.
Terdapat banyak cara untuk menjaga
keselamatan di rumah. Antaranya, kita harus
menyimpan peralatan yang tajam seperti pisau dan
gunting di tempat yang selamat. Hal ini adalah
untuk mengelakkan kanak-kanak bermain peralatan
yang tajam di rumah.
Selain itu, lantai bilik air harus diberus
supaya tidak licin. Selepas mengemop lantai, kita
mesti mengeringkan lantai. Lantai yang licin akan
menyebabkan orang tua dan kanak-kanak terjatuh.
Seterusnya, suis elektrik perlu ditutup
selepas digunakan. Sebelum ingin membuka atau
menutup suis elektrik, kita harus mengeringkan
tangan untuk mengelakkan kejutan elektrik.
Kesimpulannya, keselamatan di rumah
sangat penting dalam kehidupan. Oleh itu, kita
perlu berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan
berlaku.

Anda mungkin juga menyukai