Anda di halaman 1dari 23

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Soalan 1 Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk bercerita tentang

persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. No. 74, Taman Seri Merapoh, 27210 Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Darul Makmur. 26 Januari 2011 Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja. Saudara, Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam. Saya belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika saya tidak faham akan sesuatu pelajaran semasa belajar di kelas, saya akan segera bertanya guru supaya saya dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin. Ayahanda dan bonda saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya pergi ke Perpustakaan Awam Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk difahami dan bertukar-tukar nota. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga. Sahabatmu, ............................. (Khairi bin Zaideen )

Soalan 2

Anda baru berpindah ke tempat baharu di sebelah pantai timur. Tulis sepucuk surat kepada kawan lama anda untuk menceritakan pengalaman baru di sana. No. 13, Kampung Nelayan, Kuantan, Pahang. 30 April 2012 Menemui sahabatku Talib yang kurindui selalu. Diharapkan saudara sihat seisi keluarga. Tujuan saya menulis surat adalah untuk bertanya khabar dan menceritakan pengalaman baru saya. Saudara, Di sini saya ceritakan keadaan di tempat baru saya. Pekerjaan utama masyarakat di sini ialah nelayan yang mencari rezeki di Laut China Selatan. Kedudukan rumah-rumah di sini berhampiran dengan pantai. Keadaan ini membuka peluang untuk saya mempelajari tentang selok-belok kehidupan nelayan. Saya selalu pergi ke pantai pada waktu pagi semasa cuti sekolah untuk melihat nelayan-nelayan pergi ke laut . Pada sebelah petangnya pula saya menunggu nelayan-nelayan pulang dengan pelbagai hasil tangkapan laut yang segar. Masyarakat di sini ramah dan tidak lokek dengan senyuman. Di sekolah, saya mudah mendapat kawan-kawan baru. Mereka cepat mesra dan sering membantu saya untuk memahami loghat Pahang. Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya terletak berhampiran dengan rumah saya. Di sini saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran, malah saya sering membantu rakan-rakan yang lemah. Guru-guru di sini juga baik-baik belaka dan selalu memberi nasihat dan peransang kepada saya. Akhir sekali, sudilah saudara untuk datang bercuti di sini. Saya senantiasa menanti kedatangan saudara di sini. Sekian sahaja untuk kali ini. Di harap anda sudi membalas surat saya dan bercuti di sini. Sahabatmu, Amirull

KARANGAN CERITA

Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian kampung kamu dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung Merapoh Kuala Lipis, Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga berasa bimbang. Oleh sebab itu. keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah. Akhirnya, kami dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot. Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan selamat walaupun berasa agak sedih melihat seluruh kampung kami telah hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti biasa. Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa orang kawan sebaya. Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah. Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.

Keputusan UPSR Sudah Keluar.


Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan UPSR yang akan diumumkan pada hari tersebut. Sebaik sahaja sampai di sekolah, kami terus meletakkan basikal di tempat letak basikal. Kami berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR lalu terus masuk ke dalam dewan sekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama kemudian, Guru Besar sekolah kami mengumumkan keputusan UPSR.

Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka kawan-kawanku apabila keputusan UPSR mereka diumumkan seperti gembira, sedih, cemas dan lain-lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A. Guru besar dan guru-guru lain mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakan-rakanku juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa. Aku berjanji, jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga ke akhir hayatku. Kemudian, aku dan rakan-rakanku pulang ke rumah masing-masing. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusan peperiksaan UPSR yang aku peroleh. Ibu bapaku kelihatan amat gembira dengan keputusan itu dan mengucapkan tahniah kepadaku. Aku juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku atas dorongan yang mereka berikan selama ini. Itulah kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku.

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang


Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba ..... *** *** *** *** *** Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang. Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut. Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah. Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta. Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi. Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.

Melengkapkan cerita: Menolong Nurul


Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati ..... *** *** *** *** *** Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu. Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu ialah anak

jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cuba mententeramkannya dan berjanji akan membawanya pulang. Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan gembira dengan pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di bawah terik cahaya matahari menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana terpaksa mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira kerana dapat menolongnya. Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku memberhentikan basikalku lalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasih kepadaku sebelum masuk ke rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya. Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara mara sendiri".

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia


Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan ..... *** *** *** *** *** Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia. Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku. Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan


Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan. ** ** ** ** ** Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.

Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan mereka. Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturanperaturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan.

Fakta: Kebaikkan Buah-buahan Tempatan


Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan tentang kebaikan buahbuahan tempatan. ** * *** *** *** *** Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buahbuahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya. Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara. Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya atau miskin. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya. Contoh Rangka Karangan : Pendahuluan - temasya sukan kali yang ke-10 - diadakan di padang sekolah Perenggan ke-2 - sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir - khemah didirikan dan dihias - papan markah dipasang - bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3 - cuaca pagi temasya sangat baik - penonton memenuhi ruang tempat duduk - tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar - dimulakan dengan perbarisan lintas hormat - merasmikan temasya Perenggan ke-4 - acara sukan dilangsungkan - berjalan lancar dan teratur - rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula - larian 400 meter menjadi acara kemuncak - acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah Penutup - rumah kuning johan keseluruhan - temasya tamat - hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai ** ** ** ** ** ** Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi. Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telah dilaksanakan. Khemahkhemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan mencatat markah rumah-rumah sukan diletakkan di tengahtengah padang. Manakala, bendera rumah sukan, bendera Negeri Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka. Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh yang tiba kira-kira pukul 8.10 pagi disambut oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh serta Pengerusi PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabik hormat dan seterusnya merasmikan sukan tersebut. Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk rehat pada pukul 10.00 pagi dan disambung semula setengah jam kemudian. Acara lari 4 X 100 meter menjadi acara kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pula dijalankan. Hadiah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar. Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning. Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh,

16 Mac 2010

.............................................................. (Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang Pada 1 hingga 30 Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Bulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara. Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti mewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera-bendera Jalur Gemilang ini. Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk Warga Merdeka. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telah melahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara. Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaan sekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi. Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 kilometer. Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat 'Merdeka!'. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira kerana dapat menjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang diadakan telah dapat melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid kepada negara. Laporan disediakan oleh, 2 September 2010

..................................... (NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI) ********************************************* Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Bulan Membaca peringkat sekolah. Tuliskan laporan tentang pelancaran kempen tersebut. *** *** *** *** *** Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang Pada 25 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan "Kempen Bulan Membaca" peringkat sekolah. Pelancaran ini telah diadakan di dewan sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid. Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan perhimpunan dan ucapan perasmian daripada guru besar sekolah kami iaitu Encik Awang Satip b. Mat Salleh. Pada pukul 8.45 pagi, pertandingan bercerita oleh murid-murid tahap 1 telah diadakan. Pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nurul Wahida. Selepas itu, pertandingan berpidato telah diadakan yang disertai oleh murid-murid tahap 2. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi. Kemudian, acara melepaskan belon yang tertulis "Mari Membaca" diadakan pada pukul 10.00 pagi sebagai tanda pelancaran kempen tersebut. Selepas itu, diikuti pula dengan pertandingan kuiz yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Bagi pelajar Tahap 1, pertandingan itu dimenangi oleh Siti Hajar, manakala pelajar Tahap 2 pula ia dimenangi oleh Husain. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar sekolah kami kepada para pemenang. Selepas itu, murid-murid dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.

Laporan disediakan oleh, .......................................... (Shamsul b. Kamal)

27 Julai 2009

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tuliskan satu laporan tentang lawatan tersebut. *** *** *** *** *** Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami terdiri daripada 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid berkaitan tempattempat bersejarah dan menarik di negeri Melaka. Kami diminta berkumpul di dataran sekolah seawal pukul 6.45 pagi untuk mendengar taklimat ringkas yang di sampaikan oleh Cikgu Manap. Selepas itu, kami bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dan kira-kira tiga jam kemudian, kami berhenti sebentar di Pekan Bahau untuk bersarapan. Kami tiba di Zoo Melaka pada pukul 12.00 tengah hari. Kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar di situ seperti harimau, gajah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar yang sukar ditemui itu. Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari. Pada pukul 2.00 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderamata-cenderamata di situ sebagai tanda kenangan. Pada pukul 4.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka dahulu. Selain itu juga, kami dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya Melaka. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas, gembira, kagum dan sebagainya. Pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya ini. Di pasar raya ini, terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan tertentu seperti pakaian, alat-alat elektronik, dan sebagainya. Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 12.00 malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi. Laporan disediakan oleh. 30 Ogos 2009

......................................... (Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi) Lawatan Ke Kilang Minuman Pada 16 November 2009, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Petaling Jaya, Selangor. Rombongan ini disertai oleh 30 orang ahli

Persatuan Bahasa Melayu dan 4 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang proses membuat air minuman berkarbonat. Di samping itu, lawatan ini juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan murid-murid. Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada pukul 10.30 pagi dengan disambut oleh beberapa orang pegawai kilang tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas tentang kilang tersebut oleh salah seorang daripada mereka. Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kami dapati sebahagian besar kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna biru serta sarung tangan ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang untuk mengemukan soalan tentang proses membuat minuman berkarbonat. Ramai peserta yang mengemukan soalan untuk mengetahui maklumat tentang memproses minuman itu. Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di kantin kilang itu. Kami juga diberi setin minuman setiap seorang sebagai cenderahati. Sebelum bertolak balik, ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain telah memberi cenderamata kepada pengurus kilang tersebut sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu. Kira-kira pukul 2.00 petang, kami bertolak ke sekolah semula dan sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang itu tetapi kami gembira kerana banyak pengetahuan baru diperoleh.

Laporan disediakan oleh:

19 November 2009

-----------------------------(Nik Syukri b. Nik Sabri) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, Pahang Darul Makmur. ekolah kamu baru sahaja mengadakan aktiviti menceriakan dan mengindahkan sekolah. Tulis laporan tentang aktiviti tersebut. *** *** *** *** *** Pada 18 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti menceriakan dan mengindahkan kawasan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5, 6 dan guru-guru sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, guru ko-korikulum kami iaitu Cikgu Razak telah memberi taklimat kepada semua guru dan murid tentang aktiviti yang akan dijalankan. Murid-murid telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh dua orang guru. Kumpulan pertama dan kedua ditugaskan untuk menanam pokok bunga yang pelbagai jenis di sekitar kawasan sekolah. Antara pokok bunga yang ditanam ialah pokok bunga kertas, orkid, bunga matahari dan lain-lain lagi. Pasu-pasu bunga juga telah dicatkan dengan warna-warna yang menarik. Kumpulan ketiga dan keempat pula membuat Taman Sains dan Hidroponik. Pelbagai jenis tanaman herba dan sayur-sayuran ditanam di taman ini seperti sireh, sawi, kacang botol dan lain-lain lagi. Manakala, kumpulan kelima dan keenam pula perlu menyediakan pelbagai papan tanda khas. Antara papan tanda yang disediakan ialah melabel nama pokok, nama bangunan dan nama taman. Pada pukul 10.00 pagi, kami berehat dan menikmati minuman dan juadah kuih-muih di kantin sekolah yang disedia oleh pihak sekolah. Setengah jam kemudian, iaitu pada pukul 11.00 pagi, kami menyambung gotongroyong kembali.

Aktiviti menceria dan menghias kawasan sekolah tamat pada pikul 12.00 tengah hari. Selepas itu, muridmurid dan guru-guru menikmati makan tengah hari di kantin sekolah. Kami sungguh gembira kerana dapat menyertai aktiviti ini. Kami berharap sekolah kami akan sentiasa bersih dan ceria. Laporan disediakan oleh, ...................................... (HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)
Karangan Catatan Kamu telah melakukan beberapa aktiviti semasa cuti hujung minggu. Tulis catatan tentang aktiviti-aktiviti tersebut. Ahad, 25 Mac 2012 7.00 Pagi : Selepas solat Subuh, saya mandi dan bersarapan bersama keluarga. Saya membantu ibu di dapur dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibu mencuci pinggan- mangkuk. 9.00 pagi : Selepas mencuci pinggan-mangkuk saya mengemas rumah. Mula-mula saya mengemas bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang kotor saya asingkan dan isi ke dalam mesin basuh. Kemudian, saya membersihkan ruang tamu. 11.00 pagi :Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak. Saya membantu ibu menyiang ikan dan sayur. Saya rasa sangat gembira kerana dapat membantu ibu di dapur. Ibu berasa bangga kerana mempunyai anakyang rajin. 2.00 petang : Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar, kemudian saya membaca buku cerita yang saya pinjam dari perpustakaan. Kemudian, saya menonton televisyen kerana ada rancangan yang saya minati. 5.00 petang :Selepas solat Asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di taman permainan yang berhampiran dengan rumah. Saya rasa gembira dapat bermain bersama kawan-kawan. Selepas bermain saya pulang ke rumah. 7.00 malam : Selepas mandi, saya dan keluarga solat Maghrib. Setelah itu, saya belajar mengaji Al-Quran. Sebelum tidur, saya mengulang kaji pelajaran.

21 OGOS 2009

Anda dan keluarga anda berkelah di pantai yang menarik pada hari minggu yang lalu. Tuliskan catatan mengenainya. Pilih satu hari contoh Sabtu / tarikhnya / masa-masa nama tempat persiapan / peralatan yang dibawa siapa yang ikut serta i. perjalanan ke tempat berkelah - apa yang dilihat sepanjang perjalanan ? - pergi dengan apa ii. bila sampai ? - apa yang dilihat ketika sampai ? iii. peristiwa yang berlaku sepanjang perkelahan - mandi . main bola , kejar-mengejar, makan-makan iv. berapa lama di sana ? - masa balik perasaan - walaupun letih tetapi seronok - akan ke sana lagi jika berpeluang Tuliskan satu catatan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri" Hari, tarikh dan tahun bangun awal pagi bersiap-siap pakai baju Melayu i. 8.00 pagi bersarapan - keluarga - menikmati masakan ibu - enak - ketupat, lemang, rendang dan lain-lain ii. 8.30 pagi ke masjid bersama-sama abang dan ayah - sembahyang sunat Hari Raya - takbir , bersalamsalaman dengan rakan-rakan

iii. 10.00 pagi - menziarahi rumah datuk dan nenek - jumpa saudara mara - menziarahi rumah kawankawan dapat banyak duit raya - gembira 9.00 malam- pulang - letih tetapi gembira main bunga api

Jumaat -PetangSaya tiba bersama keluarga di rumah datuk pada pukul 3.30 petang. Datuk dan nenek berasa gembira menyambut ketibaan kami. Saya dan bapamengangkat beg dan buah tangan naik ke rumah.Sabtu - PagiKami bersarapan bersama kerana selepas itu datuk mengajak kami pergi kedusun untuk mengambil buah-buahan di sana. Sampai di dusun saya menolongdatuk mengutip buah durian, mengait rambutan, manggis dan pulasan. Banyakbuah-buahan yang kami perolehi.Sabtu petangmemancing sepupu banyak ikanSabtu - malamikut datuk pergi kenduri gulai kambingAhad pagiMenolong datuk membersihkan reban kambing- beri kambing makanAhad - petangBersiap pulang ke rumah- gembira- mahu datang lagi Karangan Catatan Kamu telah melakukan beberapa aktiviti semasa cuti hujung minggu. Tulis catatan tentang aktivitiaktiviti tersebut. Ahad, 25 Mac 2012 7.00 Pagi : Selepas solatSubuh, saya mandi dan bersarapan bersama keluarga. Saya membantu ibu di dapur dan mengemas meja makan. Saya juga menolong ibu mencuci pinggan- mangkuk. 9.00 pagi : Selepas mencuci pinggan-mangkuk saya mengemas rumah. Mula-mula saya mengemas bilik tidur saya. Mana-mana pakaian yang kotor saya asingkan dan diisikan ke dalam mesin basuh. Kemudian, saya membersihkan ruang tamu. 11.00 pagi :Selepas berehat sekejap, saya ke dapur menolong ibu memasak. Saya membantu ibu menyiang ikan dan sayur. Saya rasa sangat gembira kerana dapat membantu ibu di dapur. Ibu berasa bangga kerana mempunyai anakyang rajin. 2.00 petang : Selepas solat dan makan tengah hari, saya berehat sebentar, kemudian saya membaca buku cerita yang saya pinjam dari perpustakaan. Kemudian, saya menonton televisyen kerana ada rancangan yang saya minati. 5.00 petang :Selepas solat Asar, saya keluar bermain bersama kawan-kawan di taman permainan yang berhampiran dengan rumah. Saya rasa gembira dapat bermain bersama kawan-kawan. Selepas bermain saya pulang ke rumah. 7.00 malam : Selepas mandi, saya dan keluarga solat Maghrib. Setelah itu, saya belajar mengaji AlQuran. Sebelum tidur, saya mengulang kaji pelajaran.

SOALAN : Kamu telah pulang ke kampung sempena cuti persekolahan. Tulis catatan tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di kampung. Selasa, 1 Julai 2012 Aku , adik dan abang menaiki bas ekspres Transnasional menuju ke kampung datuk di Kampung Sungai Dalam, Johor. Ayah dan ibu berpesan kepada kami bertiga agar menjaga keselamatan diri dan berhati-hati sepanjang perjalanan dan ketika berada di kampung. Kami akan bercuti di kampung selama seminggu. Rabu, 2 Julai 2012 Sejak awal pagi lagi datuk telah mengajak aku dan abang aku ke dusun. Kebetulan pada ketika ini musim buah-buahan. Aku dan abang menaiki basikal menuju ke dusun manakala adik pula menemani nenek di rumah. Buah rambutan yang kemerah-merahan menghiasi pokok di kiri dan kanan jalan. Meskipun banyak nyamuk, namun aku tidak mengendahkannya kerana seronok berlumba dengan abang mencari buah durian yang gugur. Semua buah durian yang dikutip dikumpulkan di dalam bakul untuk dijual kepada peraih. Bakinya dibawa balik ke rumah sebagai habuan untuk kami bertiga. Khamis, 3 Julai 2012 Datuk membawa kami ke sungai untuk menjala ikan. Aku membawa belas ikan yang diperbuat daripada rotan untuk mengisi ikan-ikan yang berjaya di tangkap. Setelah dua jam menjala, datuk berjaya menangkap beberapa jenis ikan seperti ikan lampam, seluang,dan baung. Aku menyuruh nenek memasak gulai kegemaranku iaitu ikan baung masak tempoyak. Jumaat, 4 Julai 2012 Jiran datuk akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pada esok hari. Aku dan abang turut menyusun kerusi meja dan mendirikan khemah. Jiran-jiran yang lain juga turut membantu. Aku sungguh seronok melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung ini. Sabtu, 5 Julai 2012 Kami bersiap-siap untuk pulang semula ke bandar. Aku gembira kerana akan berjumpa dengan ibu dan bapaku. Namun, aku juga sedih untuk meninggalkan datuk dan nenek di kampung. Sebelum menaiki teksi, kami bersalam dan memeluk datuk dan nenek erat-erat. Air mata mula membasahi pipi nenek. Aku berjanji akan pulang lagi ke kampung pada cuti persekolahan yang akan datang.

SOALAN :: Kamu dan rakan-rakan kamu sedang menyiapkan tugasan di Bilik Kemahiran Hidup. Tiba-tiba salah seorang daripada rakan kamu tercedera kerana terkena benda tajam. Ceritakan tindakan-tindakan yang kamu lakukan. Pada suatu hari, aku dan rakan-rakan sedang mengikuti kelas Kemahiran Hidup. Tiba-tiba seorang rakanku tercedera akibat terkena pahat. Pada waktu itu, Cikgu Ali iaitu guru Kemahiran Hidup kami pergi ke tandas. Justeru, aku terus ke bilik guru untuk memberitahu guru tentang kejadian itu. Aku turut mendapatkan peti pertolongan cemas yang terletak di situ. Kami bergegas ke bilik Kemahiran Hidup. Pada mulanya aku menyapu ubat antiseptik untuk membunuh kuman yang terdapat pada luka tersebut. Kemudian, aku membalut luka tersebut mengikut cara yang aku pelajari semasa aku menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah pada tahun lalu. Selepas itu, aku dan guruku memapah rakanku ke bilik rehat dan menelefon kedua-dua ibu bapa rakanku untuk memaklumkan mereka tentang peristiwa tersebut. Kemudian, kami membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. Beberapa minggu kemudian, luka rakanku semakin pulih. Dia berterima kasih atas pertolongan yang aku berikan semasa dia tercedera di Bilik Kemahiran Hidup tempoh hari. Aku bersyukur kerana luka kawanku tidak serius dan sudah semakin pulih. Dia berjanji akan mematuhi segala peraturan semasa berada di Bilik kemahiran Hidup dan berhati-hati ketika menggunakan benda-benda yang tajam semasa pengajaran dan pembelajaran.

SOALAN : Setiap orang pastinya ada sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan. Contoh Jawapan Apabila disebut nama Aiman, semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri. Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu. Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dari atas pohon mangga ilu untuk menyelamatkan diri. Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan

jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan. Aku dihantar ke hospital. Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat. Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan. SOALAN : komputer amat berguna kepada kita. Tulis syarahan bertajuk "Kebaikan Menggunakan Komputer" Yang Mulis Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan sekalian. Pada pagi ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kebaikan Menggunakan Komputer". Hadirin sekalian, Komputer adalah alat elektronik yang banyak digunakan pada masa kini. Di Malaysia, penggunaan komputer begitu popular tidak kira peringkat usia sama ada murid sekolah, pelajar universiti atau pun yang sudah bekerja. Komputer banyak mempunyai kebaikan jika digunakan dengan betul. Kita akan dapat melakukan kerja dengan lebih senang dan cepatjika kita menggunakan komputer. Kita juga boleh menjimatkan ruang untuk menyimpan maklumat yang banyak. Hal ini demikian kerana kita tidak memerlukan tempat yang luas untuk menyimpan fail yang banyak seperti yang dilakukansebelum ini. Kita hanya perlu menyimpan segala maklumat itu di dalam komputer. Pengurusan menyimpan fail dalam komputer juga lebih tersusun dengan pengurusan 'folder' yang bijak. Selain itu, kita juga dapat melakukan pelbagai jenis kerja dengan komputer. Antaranya menaip, melukis dan mengira. Hasil kerja kita juga akan menjadi lebih baik dan tepat. Bahkan, kita juga dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli pelbagai peralatan untuk membuat pelbagai jenis kerja. Hadirin sekalian, Di samping itu, kita dapat menambah kenalan dari dalam atau luar negara melalui perkhidmatan internet. Perkhidmatan internet juga dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu pergi jauh untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Oleh itu, semua orang mesti belajar menggunakan komputer. Kita akan mendapat faedah yang banyak dengan menggunakannya. Kita juga akan dapat mengejar kemajuan jika kita menggunakan komputer dalam kehidupan seharian. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.

Kepentingan / cara-cara menjaga keselamatan diri di sekolah Rangka Karangan Pendahuluan ~ Menjaga keselamatan diri di sekolah penting untuk mengelakkan kemalangan ~ malang tidak berbau Isi 1 * Di dalam bilik darjah ~ elakkan berlari / bertolak-tolakan / bergaduh ~ tidak bermain barangan yang boleh membahayakan diri seperti barangan elaktrik, cermin tingkap dan

sebagainya. Isi 2 * Di bilik khas ~ berhati-hati menggunakan bahan / alatan ~ makmal sains - alatan / radas dalam makmal ~ bilik kemahiran hidup - berhati-hati menggunakan alatan seperti gergaji, penukul dan lain-lain. Isi 3 * kawasan kantin ~ beratur ketika membeli makanan - jangan berebut - tertumpah makanan / minuman panas ~ elakkan berlari - lantai mungkin licin dan berminyak Isi 4 * Kawasan persekitaran ~ tidak bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan ~ tidak berlari - terjatuh longkang ~ tidak memanjat tiang gol - ketika bermain di padang, berhati-hati dan ikut peraturan. Penutup ~ semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan ~ pihak sekolah memastikan kawasan / peralatan / kemudahan yang disediakan adalah selamat untuk digunakan. ~ murid-murid perlu sentiasa berhati-hati dan ikut peraturan.

SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong:. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotong-royong. Hadirin sekalian, Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong. Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan. Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan. Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu. Sekian, terima kasih.

Tema: pelajar ponteng. Kehendak soalan: Punca-punca (pelajar ponteng) 1. 2. 3. 4.

Tentukan= T (Tema).KS (Kehendak soalan ) dan F(Format). Tulis dalam 5 perenggan Huraikan 3 isi, satu isi satu perenggan, satu perenggan 2 ayat Tidak melebihi 120 pp Pengenalan = PW(Penanda wacana seperti kini, pada masa ini, belakangan ini dan penanda wacana seumpamanya) + Ayat tema (T) + (Persoalannya + Ayat kehendak soalan (KS). P2 (Perenggan 2)= (PW=Antara/salah satu + KS + ialah + Isi 1 + Ayat huraian (AH) ATAU Ayat contoh (AC) P3= PW + Isi 2 + AH atau AC P4 =PW + AH atau AC Kesimpulan= PW + Penegasan (Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa /Sememangnya / Sesungguhnya / tidak dapat dinafikan bahawa) KS + Ayat pendirian (AP) (Oleh itu..harapan/ cadangan) + (UM) Ungkapan menarik (peribahasa/slogan/kata-kata hikmat)

KARANGAN RESPONS TERBUKA (KRT) KARANGAN JENIS FAKTA, PENDAPAT, PERBINCANGAN 1. 2. 3. 4.

Tentukan= T (Tema).KS (Kehendak soalan ) dan F(Format). Tulis dalam 7 perenggan Huraikan 5 isi, satu isi satu perenggan, satu perenggan 4 ayat Melebihi 180 pp Pengenalan = PW + KS + AH (tentang tema/isu) + AH (dengan mendalam) atau AC + AP (Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa/ sememangnya/Sesungguhnya/ tidak dapat dinafikan bahawa) P2 (Perenggan 2)= PW (Antara/Salah satu) + (KS) + Isi 1 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian_Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa/ sememangnya/Sesungguhnya/ tidak dapat dinafikan bahawa-Menegaskan fakta/isi) P3 = PW (Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Bukan itu sahaja) + (KS) + Isi 2 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian ) P4 = PW + (KS) + Isi 3 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian ) P5 = PW + (KS) + Isi 4 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian ) P6 = PW (Akhir sekali) + Isi 5 + AH + AH/AC + AP (Ayat pendirian-menegaskan idea ) Kesimpulan= PW (Intihanya,/ Secara tuntas/ Sebagai kesimpulan / Sebelum mengakhiri wacana ini, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa + KS/ Konklusinya.) + AP (Oleh itu_syor/cadangan dan kesannya) + HARAPAN (Besarlah harapan saya/ saya berharap agar dll) + UM (kata-kata hikmat/slogan/cogan kata/ peribahasa/falsafah)

Teknik ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pengalaman dan pandangan daripada rakan-rakan.

CARA MUDAH UNTUK MENULIS KARANGAN


Gunakan teknik DiKeMaSeN untuk soalan punca, kesan atau langkah. Di = Diri sendiri Ke = Keluarga Ma = Masyarakat Se = Sekolah N = Negara / Kerajaan A) DIRI SENDIRI i. PUNCA: Isi-isi kecil: 1. menghadapi tekanan hidup akibat kemiskinan/kekurangan kasih sayang 2. untuk memanifestasikan sifat kejantanan dan kejaguhan 3. tidak mempraktikkan ajaran agama kerana berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman 4. suka bertindak tanpa berfikir 5. tidak mahu mendengar nasihat 6. didorong oleh nafsu /perasaan ingin tahu/ingin cuba

Frasa/ungkapan menarik: 1. mencurah air di daun keladi 2. ketagih kepada desakan adrenalin 3. remaja yang delinkuen Kematangan: Menurut penggiat sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh, perogol, merompak dan sebagainya. ii. KESAN Isi-isi kecil: 1. menghancurkan masa depan (-ve) 2. terjebak dalam pelbagai gejala sosial lain yang lebih teruk 3. hilang hala tuju kehidupan 4. menjejaskan maruah keluarga 5. dipandang hina oleh masyarakat 6. dapat memimpin negara dengan lebih kreatif dan optimis(+ve) Frasa/ungkapan menarik: 1. menconteng arang ke muka keluarga 2. kerana nila setitik rosak susu sebelangga 3. seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit 4. air sama air sampah ke tepi juga 5. pemangkin pemacu negara Kematangan: Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa depan. iii. LANGKAH Isi-isi kecil: 1. perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai ciri dan sifat mahmudah 2. menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan 3. perlu mempunyai jati diri yang mantap 4. remaja perlu pandai memilih rakan sebaya 5. sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan diri Frasa/ungkapan menarik: 1. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih 2. di mana ada kemahuan di situ ada jalan 3. generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara Kematangan: Bill Gates sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah.

TEKNIK MENULIS CARA MUDAH PERENGGAN


PENJELASAN RINGKAS TCMP BAHAGIAN PENDAHULUAN Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.

Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..) Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....) Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa) Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......) Ayat 5 Ayat arah soalan(Oleh itu,....(arah soalan) BAHAGIAN ISI Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:. Ayat 1 Ayat arah soalan t tema Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat 4 Ayat contoh / tokoh Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya,...)

BAHAGIAN KESIMPULAN Secara ringkasnya, perenggan kesimpulan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:. Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalamnya,.) Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga.) Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....) Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....) Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....) TEKNIK CARA MUDAH PERENGGAN TMP : ALTERNATIF BAGI PELAJAR SEDERHANA DAN POTENSI TCMP sebagai alternatif pelajar sederhana dan potensi dibentangkan dalam Pertandingan Inovasi Guru Kategori Individu Menengah Pahang 2009. Memperoleh tempat ketiga Negeri Pahang 2009 dan tempat kedua Sempena Hari Guru Daerah Kuantan 2009. A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN A1 =Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan * A ialah ayat B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ; Akhir-akhir ini,...... Kebelakangan ini,...... Sejak belakangan ini,...... Mayapada,............. Marcapada,........... Dalam mengejar era modenisasi....... C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA Mulakan ayat idea utama dengan kata arah soalan seperti berikut;

Punca/cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalusi ialah,..................... D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,......... Sebagai akhir kalam,....... Konklusinya,............ Sebagai intiha,.......... E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR Tema = isu dalam soalan Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh(dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat yang betul Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan , pandangan dan cadangan terhadap isu F. PROSEDUR PELAKSANAAN OLEH GURU DI SEKOLAH 1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E 2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan,isi dan kesimpulan kepada pelajar. 3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan. 4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis sebelum memulakan ayat seterusnya. Perkara asas yang perlu ada pada pelajar semasa menulis bahagian kesimpulan ialah; i. Mengetahui elemen asas kesimpulan seperti pandangan, cadangan dan harapan . ii. Pandangan perlu bermula dengan (Sememangnya...) iii. Harapan perlu bermula dengan (Semoga...) iv. Cadangan perlu bermula dengan ( Oleh itu, kita perlu...) LATIHAN MENGENAL PASTI TEMA DAN ARAH SOALAN TEMA DAN ARAH SOALAN Latihan 1 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah. Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anak-anak terabai. Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anakanak terhadap program televisyen realiti ini. Tema : .......................................................................................

Arah soalan ; ................................................................................ Latihan 2 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Di Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat yang amat prihatin terhadap golongan tersebut. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut. Tema : ....................................................................................... Arah soalan ; ................................................................................

Latihan 3 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.

Negara kita telah berjaya merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar melalui bahasa, kebudayaan, dan sistem pendidikan yang sistematik. Ulaskan pernyataan tersebut Tema : ........................................................................................ Arah soalan ; ................................................................................. ** MURID KELAS 2 DINAMIK, 3 BESTARI, 3 FASIH DAN 5 EFISYEN HENDAKLAH MENGUASAI TEKNIK INI BAGI MEMBANTU ANDA MENGHASILKAN KARANGAN YANG MENARIK DAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SEMSETER 1. JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENGUASAINYA SILA BERBINCANG DENGAN CIKGU WAN BUANAN UNTUK LEBIH MEMAHAMI DAN MEMUDAHKAN ANDA MENGGUNAKANNYA DALAM AKTIVITI PENULISAN KARANGAN. Dicatat oleh rosinaz (http://teknikmudahperenggan.blogspot.com/search/label/Panduan%20Menulis%20Kesimpulan)

Anda mungkin juga menyukai