Anda di halaman 1dari 1

No.

70, Lorong A13,


Taman Maju Jaya,
75324 Seremban,
Negeri Sembilan.
_________________________________________________________________________
Pegawai Majlis Perbandaran Seremban,
Peti Surat 36457,
75400 Seremban,
Negeri Sembilan.

02 OGOS 2015

Tuan,
Masalah Sampah Sarap yang Sering Tidak Dipungut
Merujuk perkara di atas, saya selaku setiausaha mewakili penduduk Taman Maju Jaya ingin
membuat aduan tentang masalah sampah - sarap yang sering tidak dipungut. Sampah sarap yang dipungut di kawasan perumahan ini kebiasaannya mengikut jadual, namun
sampah - sarap ini sering tidak dipungut beberapa hari sejak setahun yang lalu.
2.
Salah satu masalah yang penduduk taman ini hadapi ialah masalah pencemaran bau.
Masalah ini memberi impak kepada aktiviti harian penduduk. Aktiviti riadah terpaksa tidak
dijalankan kerana terganggu dengan masalah bau. Keselesaan di rumah juga terjejas
seperti ketika menyediakan hidangan dan ketika makan. Secara keseluruhannya, masalah
bau ini sangat memberi kesan kepada penduduk jika tidak ditangani segera.
3.
Selain itu, sampah - sarap yang sering tidak dipungut telah menimbulkan masalah
keselamatan. Anjing liar yang terdapat di taman perumahan ini sering menimbulkan masalah
kerana sampah - sarap yang sering tidak dipungut akan berhamburan. Ini menyebabkan
keselamatan penduduk terancam apabila melakukan aktiviti di luar rumah dengan kehadiran
anjing liar. Penduduk Taman Maju Jaya amat berharap masalah ini dapat dibendung dengan
segera.
4.
Sehubungan dengan itu, sampah - sarap yang sering tidak dipungut akan
mengundang pelbagai penyakit di taman perumahan ini. Haiwan seperti tikus dan lalat
membawa masalah kepada para penduduk di taman perumahan ini. Penduduk sering risau
mengenai perkara ini kerana boleh mengundang kepada pelbagai penyakit seperti penyakit
kencing tikus yang boleh membawa maut dan keracunan makanan.
5.
Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama dan membuat pemantauan di
kawasan taman perumahan ini. Kami juga berharap agar masalah sampah - sarap yang
sering tidak dipungut ini boleh diuruskan oleh pihak tuan dengan segera.
Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu - alukan dan diucapkan
berbanyak - banyak terima kasih.
Yang Benar,
Sahfirah ....
( NURSAHFIRAH BINTI SAPRI )
Wakil Penduduk,
Taman Maju Jaya.

Anda mungkin juga menyukai