Anda di halaman 1dari 5

ome konsep Maksud input, proses, output dan storan.

Maksud input, proses, output dan storan.

07:56 konsep No comments

i. Input

Input adalah apa jua data atau bahan yang ditaip dan dimasukkan ke dalam
komputer menerusi peranti input tertentu.
Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk
memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer.
Peranti input mengkod maklumat kepada data supaya boleh diproses oleh sistem
komputer digital.

Kamera Digital
Mikrofon

Gambar 2.1: Contoh-contoh Peranti Input

ii. Proses

Komputer mempunyai unit melaksakan arahan yang diberi dengan memproses


data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data
dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya
kepada peranti output.

Ia dillakukan oleh Unit Pemprosesan Pusat atau CPU ( Central Processing Unit )
yang berfungsi untuk memproses arahan, malaksanakan pengiraan dan
menguruskan laluan informasi menerusi sistem komputer.

Unit atau peranti pemprosesan juga akan berkomunikasi dengan peranti input,
output dan storan bagi melaksanakan arahan-arahan berkaitan yang diperlukan.

Gambar 2.2 : Unit Pemproses Pusat

iii. Output

Output adalah hasil daripada proses manipulasi data ke atas data yang
dimasukkan oleh pengguna menerusi peranti input. Output akan di papar
menerusi peranti output.

Peranti output adalah peralatan untuk memaparkan maklumat yang telah


diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna.

Pencetak
Pembesar Suara

Gambar 2.3 Contoh-contoh Peranti Output

iv. Storan

Storan adalah proses menyimpan data atau maklumat yang belum atau selesai
diproses. Komputer menggunakan maklumat yang disimpan untuk
melaksanakan arahan-arahan lain yang berkaitan.

Peranti storan pula adalah medium yang digunakan oleh komputer untuk
menyimpan data dan maklumat secara kekal atau sementara.

Terdapat dua jenis storan:-

a. Storan Primer ( Primary Storage ) = RAM, Cache Memory, ROM.

b. Storan Sekunder ( Secondary Storage ) = Cakera Keras ( Hard-disk), Disket


dan CD-ROM.
Pemacu Kilat

Cakera Keras

Anda mungkin juga menyukai