Anda di halaman 1dari 1

Nama pelapor

Alamat pelapor
______________________________________________________________________________

Alamat penerima tarikh

Tuan,

Masalah Longkang Pecah, Tersumbat dan Lorong Belakang Rumah

Merujuk perkara di atas, saya Syamsul Syawal Bin Hosnon mewakili penduduk Taman Sri
Melintang ingin membuat aduan tentang longkang pecah dan tersumbat yang sering
menyebabkan bau busuk dan takungan nyamuk yang tidak dapat dibendung lagi.

2. Salah satu masalah yang penduduk taman ini hadapi ialah masalah pencemaran bau.
Masalah ini memberi impak kepada penduduk taman apabila hujan lebat menyebabkan banjir
sehingga ke dalam rumah. Keselesaan di rumah juga terjejas seperti ketika menyediakan
hidangan dan ketika makan. Secara keseluruhannya, masalah bau ini sangat memberi kesan
kepada penduduk jika tidak ditangani segera.

3. Selain itu, lorong jalan dibelakang rumah kebanyakannya sudah pecah dan tidak diturap
sejak sekalian lama.

4. Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama dan membuat pemantauan di
kawasan taman perumahan ini. Kami juga berharap sempena dengan adanya YDP Majlis
Perbandaran Teluk Intan baru ini agar perubahan penambahbaikan dapat dilakukan segera.

Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu - alukan dan diucapkan
berbanyak - banyak terima kasih. Disini saya sertakan beberapa gambar longkang dan jalan.

Yang Benar,

.
Nama pelapor
jawatan

Anda mungkin juga menyukai