Anda di halaman 1dari 1

Mohd Syazwan Bin Ahmad Syawal,

No. 8, Jalan 34,


Selayang Baru,
68100 Batu Caves,
Selangor.
___________________________________________________________________________________

Tuan Jumari Bin Talip,


Pengerusi JKKK Selayang Baru,
750 Kompleks JKKK,
Jalan Besar Selayang Baru,
68100 Batu Caves, 16 Ogos 2017
Selangor.

Tuan,

ADUAN LONGKANG TERSUMBAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas ingin membuat aduan bahawa terdapat longkang tersumbat di
hadapan dua buah rumah (No. 4 & No. 6, Jalan 34, Selayang Baru) yang menyebabkan air longkang bertakung
di hadapan rumah saya.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah
datang sebanyak dua kali dan mencuci tempat kejadian tetapi masalah yang sama tetap timbul kembali. Menurut
kontraktor tersebut, punca utama masalah ini ialah jarak longkang tertutup yang panjang (25 kaki) di antara kedua
unit rumah tersebut (No. 4 & No. 6, Jalan 34, Selayang Baru) dan ini menyukarkan mereka untuk membuat
kerja-kerja pembersihan tersebut. Hanya halangan-halangan kecil sahaja yang dapat dibersihkan manakala
halangan-halangan besar kekal di situ.

4. Bersama ini saya lampirkan surat maklumbalas dari pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk
rujukan pihak tuan.

5. Besarlah harapan saya agar aduan ini mendapat perhatian pihak tuan. Kerjasama dan pertolongan
daripada pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

...........................................
(MOHD SYAZWAN BIN AHMAD SYAWAL )
860517-38-6891

Anda mungkin juga menyukai