Anda di halaman 1dari 1

Setiausaha

Majlis Daerah Matu Daro


Bangunan Pengiran Hj Hipni
Jalan Datuk Pengiran Hj Hipni
96250, Matu Sarawak.

Tuan,

PEMOHONAN BONGGOL JALAN DAN LINTASAN BELANG

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan berhubung dengan perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai ingin memohon pembinaan
lintasan belang dan bonggol jalan di hadapan sekolah ini.
3. Perkara ini adalah berikutan lintasan belang yang sedia ada sebelum ini telah hilang kerana jalan raya
telah diturap semula. Selain itu, permohonan pembinaan bonggol jalan adalah disebabkan oleh kenderaan
yang melalui jalan di hadapan sekolah ini dipandu dengan agak laju tanpa mengira waktu kerana garisan
kuning sedia tidak memberikan kesan terhadap kelajuan kenderaan-kenderaan tersebut.
4. Laluan ini menjadi bertambah sibuk apabila tiba waktu masuk dan tamat persekolahan. Dengan
adanya bonggol-bonggol dan lintasan belang ini maka kenderaan akan bergerak perlahan lalu dapat
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………..........
(JALANI BIN HASIM)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai

Anda mungkin juga menyukai