Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

DERMATHON PIBG SMK PENRISSEN NO 1 2020

1.0 PENGENALAN
Kerbergantungan dengan pihak kerajaan dalam menyalurkan dana kewangan
bagi menampung keperluan memperbaiki infrastruktur sekolah sudah menjadi
tidak relevan lagi pada masa sekarang. Hakikat ini harus diterima oleh semua
pihak dan pihak PIBG sekolah memainkan peranan penting untuk memastikan
kecermerlangan sekolah terus berkembang. Adalah amat penting bagi sesebuah
sekolah untuk mengekalkan prestasi cemerlang akademik mahupun ko-kurikulum
agar masyarakat setempat terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada
tenaga pengajar khasnya.

Oleh itu, kemudahan infrastruktur sekolah perlu menjadi agenda utama PIBG
bagi meningkatkan kualiti malahan keberkesanan sesuatu infrastruktur agar anak-
anak mendapat manfaat yang sepatutnya. Sekolah yang mempunyai kemudahan
infrastruktur yang cemerlang sedikit sebanyak membantu keselesaan murid
dalam mengikuti pembelajaran disekolah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mencari sumber kewangan
bagi meningkatkan keperluan prasarana, bahan bantu mengajar serta menjadikan
persekitaran sekolah lebih kondusif untuk proses pengajaran-pembelajaran. Di
harapkan dana yang dikumpulkan ini dapat membantu memenuhi keperluan
fizikal sekolah.

2.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


Aktiviti yang dicadangkan

2.1 menjalankan kutipan derma melalui program dermathon


2.2 memberi hadiah kepada murid yang berjaya membuat kutipan
dermathon tertinggi.
2.3 cabutan bertuah

- 1
-
3.0 MATLAMAT

3.1 Menjana pendapatan tabung PIBG SMK Penrissen No 1

3.2 Mengeratkan silatulrahim antara warga sekolah dengan ahli


masyarakat tempatan agar wujud interaksi yang harmonis
antara semua pihak.

3.3 Memberi pengalaman kepada pihak sekolah dan ibu bapa


melaksanakan projek masyarakat.

4.0 OBJEKTIF KUTIPAN WANG

4.1 Menaiktaraf kemudahan sekolah yang sudah lama tidak diselenggara


(padang bola sepak, gelanggang hoki, bilik kelas yang uzur,
perparitan, tandas pelajar dan guru)
4.2 Membiayai aktiviti-aktiviti pelajar sama ada yang melibatkan
akademik mahupun kokurikulum.
4.3 Membiayai keceriaan sekolah (Bilik SPBT,Bilik Perpustakaan, Bilik-
Bilik Khas, Landskap Sekolah)

5.0 SASARAN KUTIPAN : RM 100,000.00

6.0 GOLONGAN SASARAN


6.1 Penduduk di kawasan persekitaran SMK Penrissen No 1.
6.2 Warga Pendidik seluruh kawasan Kuching.
6.3 Wakil Rakyat, YB, , Badan Korporat dalam negeri Sarawak.
6.4 Dermawan dari semua daerah dalam negeri Sarawak.

7.0 CADANGAN AGIHAN


7.1 30% untuk membiayai program akademik dan ko-kurikulum pelajar.
7.2 50% untuk menaiktaraf serta baik pulih kerosakkan infrastruktur
sekolah.
7.3 20% untuk keceriaan sekolah

8.0 PELAN TINDAKAN KUTIPAN


8.1 Sumbangan melalui kutipan oleh semua ibu bapa murid

8.2 Sumbangan daripada pihak korporat dan sebagainya

- 2
-
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : YB Dato Sri Haji Mohammad Ali Mahmud

Ahli Dewan Undangan Negeri N17 Stakan

Penasihat : En. Lanyun Anak Lupak

Pengetua SMK Penrissen No 1

Pengerusi I : En. Razali Bin Jahari

Yang Di Pertua PIBG SMK Penrissen No 1

Pengerusi II : i. En. William Peter Nojey

GPK Kurikulum , SMK Penrissen No 1

ii. En. Dolley Christ

GPK HEM , SMK Penrissen No 1

iii. En. Aras @ Aris Selutan

GPK Kokurikulum, SMK Penrissen No 1

Setiausaha : Pn. Juliana Anak Matthew Abat

Bendahari : En. Celestine Michael Gawan

Ahli Jawatankuasa : Semua AJK PIBG

Semua guru SMK Penrissen No 1


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PELANCARAN KAD DERMATHON
Pendapatan RM Perbelanjaan RM
1. Tempahan Kad 1.00 x 3000 1. menempah kad 3000.00
2. banner 360.00
3. dokumentasi 150.00
4.Keraian 300.00

Baki di bank
Jumlah Jumlah Keseluruhan 3810.00
12.0 KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan sekolah agar jumlah kutipan mencapai sasaran.


Sekiranya berjaya mencapai sasaran , maka banyaklah aktiviti
penambahbaikan ke atas infrastruktur sekolah serta akan bertambah BBM
yang amat diperlukan untuk meningkatkan pretasi akademik murid-murid
sekolah ini.

Disediakan oleh , Disahkan Oleh,

……………………….. …………………………………
(EN. CELESTINE MICHAEL GAWAN) (EN. RAZALI BIN JAHARI)
Bendahari PIBG Yang Dipertua PIBG
SMK Penrissen No 1 SMK Penrissen No 1

Disahkan Oleh,

.………………………………………
( En. Lanyun Anak Lupak )
Pengetua
SMK Penrissen No 1

Anda mungkin juga menyukai