Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Cadangan Menaiktaraf Prasarana dan Kemudahan Fizikal

SK TERASI, SAMARAHAN

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sekolah seharusnya selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan pelajar.


Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang berkesan. Isu kecederaan dan kemalangan yang serius berlaku
dalam kawasan sekolah akibat fizikal dan prasarana yang uzur dan dhaif kebelakangan ini
telah menjadi perhatian dan keutamaan pihak kerajaan. Keadaan prasarana sekolah yang
uzur dan tidak kondusif akan menimbulkan pelbagai tanggapan dan kebimbangan
terutamanya pihak ibu bapa pelajar dan masyarakat.
Berdasarkan pemerhatian terhadap prasarana sekolah ini didapati jalan sekolah
dan padang simen serbaguna telah mengalami kerosakan. Jalan berlubang dan dawai pada
simen tertonjol keluar. Bangunan tempat makan pelajar bagi Program RMT agak sempit,
tidak kondusif dan selesa akibat pertambahan bilangan pelajar. Di samping itu, keadaan
struktur bangunan mulai rosak akibat struktur tanah mendap. Keadaan ini amat
membimbangkan dari aspek keselamatan.
Oleh yang demikian, berdasarkan keadaan tersebut pihak kami berharap agar
pihak Yang Berhormat Dato’ Sri dapat mempertimbangkan permohonan menurap semula
jalan sekolah dan padang simen serta membina dewan makan mini (serbaguna) di sekolah
ini.

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan atau usul pemohonan projek menurap semula dan menaiktaraf tempat makan
Program RMT adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Jalan sekolah berlubang dan dawai simen yang tertonjol keluar boleh
mendatangkan kecederaan kepada murid dan warga sekolah. Padang simen
digunakan sebagai tempat Perhimpunan Sekolah dan aktiviti P&P Pendidikan
Jasmani dan Sukan.
2.2. Keadaan bangunan tempat makan yang sedia ada agak sempit dan tidak kondusif
untuk menempatkan 68 orang pelajar Program RMT selain struktur bangunan
yang mulai rosak akibat mendapan tanah.

1
2.3. Tiada tempat yang sesuai dan kondusif untuk menggantikan tempat makan yang
sedia ada.
2.4. Sekolah memerlukan bangunan yang dapat dijadikan tempat serbaguna bagi
menjalankan aktiviti selain sebagai tempat makan pelajar.
2.4 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan status bangunan lama serta
usang dan sebahagian daripada struktur tanah mengalami pemendapan.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek naiktaraf prasarana sekolah ini melibatkan dua bahagian seperti berkut:

3.1. Menurap jalan sekolah sepanjang 150 meter.


3.2. Menurap padang simen serbaguna 627 meter persegi.
3.3. Membina struktur tambahan (dewan makan mini ) berukuran 54’X30’ untuk

tempat makan pelajar selain dijadikan ruang serbaguna pelbagai aktiviti sekolah.

(Bangunan kekal separa konkrit).

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penurapan semula jalan
dan padang simen dapat meningkatkan kualiti dan struktur permukaan padang dan
jalan yang telah rosak.
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti jalan raya
dan padang perhimpunan yang sedia ada untuk keselamatan aktiviti pendidikan
jasmani dan sukan.
4.3 Memenuhi aspirasi kementerian dan kerajaan untuk memberi kemudahan
kepada pelajar supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan
kemudahan asas

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan prasarana dan bangunan sekolah adalah untuk :

5.1. Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan pelajar pendidikan khas yang
semakin bertambah pada masa akan datang.

2
5.2. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
dan keselesaan pelajar dan warga sekolah.

6. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1. Aspek keselamatan di kalangan warga sekolah dan pelajar tidak terjamin kerana
prasarana dan bangunan yang telah usang dan mengalami proses pemendapan
tanah.
6.2. Suasana kurang selesa dan kondusif kerana tempat makan yang kecil dan sempit
serta mulai mendap.
6.3. Mempengaruh minat dan keyakinan pelajar untuk hadir ke sekolah kerana
kemudahan asas yang kurang sempurna.

7. PENUTUP

Kertas Kerja ini dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan projek naiktaraf prasarana dan
kemudahan fizikal sekolah. Adalah menjadi harapan kami agar suntikan dana kewangan bagi
membiayai projek ini dapat diluluskan dan projek berjalan seperti yang telah dirancang bagi
memberi manfaat kepada semua pihak khasnya kebajikan anak-anak murid SK
Terasi,Samarahan.
Kertas kerja ini disediakan oleh;

.........................................
(SENA BT BAEI )
Bendahari
PIBG SK Terasi.

Disemak dan disahkan oleh;

............................................
( MOHAMAD NASIL BIN MAHMUT )
Yang DiPertua
PIBG SK Terasi,Samarahan.

Anda mungkin juga menyukai