Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH INFRASTRUKTUR


BANGUNAN
SMK SERI KOTA PUTERI 2
Kertas Kerja Membaik Pulih Infrastruktur Bangunan
SMK SERI KOTA PUTERI 2

1 LATAR BELAKANG SEKOLAH.

Sejarah penubuhan sekolah SMK Seri Kota Puteri 2 bermula pada tahun 2003. Lokasi sekolah
ini bersebelahan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, Negeri Johor dan
dikategorikan sebagai sekolah bandar.

1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini diadakan untuk:
1.1. Memaklumkan kerosakan yang diahadapi.
1.2. Menggerakkan plan tindakan kerja mendapatkan dana.

2. RASIONAL

Rasional membaik pulih infra struktur bangunan sekolah ini adalah untuk :

2.1. Membuktikan bahawa para pendidik prihatin terhadap infrastruktur


sekolah selaras dengan saranan kementerian pendidikan Malaysia yang
mengkehendaki sekolah menyediakan sekolah yang kondusif untuk sesi
pembelajaran.
2.2. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesasan pelajar. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan
ibu bapa terhadap program.

3. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek ialah membaik pulih infra struktur bangunan sekolah ini yang
bermasalah , hal ini penting berdasarkan pertimbangan berikut:

3.1. Keadaan bangunan dan kelas yang telah menjangkau usia 14 tahun
terdapat bahagian bangunan yang retak yang ketara sehingga menampakkan kesan
rekahan tersebut
3.2. Palong hujan bangunan yang rosak serta ada yang telah jatuh.
3.3. Tandas yang rosak
3.4. Syiling yang rosak kerana air hujan.
3.5. Bahagian kayu dimakan anai-anai sperti bingkai pintu dan bingkai tingkap
serta tidak berkemungkinan bahagian bumbung.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan


dapat meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia 14 tahun.
4.2. Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti
tandas.
4.3. Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada
pelajar supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan
kemudahan asas.
4.4. Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan pelajar yang masih
memerlukan bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air.

5. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin.


6.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana kelas yang
bermasalah dan tanpa kemudahan asas.
6.3 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar
anak- anak mereka kerana kemudahan asas yang tidak disediakan.

6. STRATEGI PELAKSANAAN
6.1. Menyediakan kertas kerja
6.2. Menubuhkan Jawatan Kuasa pelaksana peringkat sekolah
6.3. Menyediakan carta alir pelan tindakan kerja.

7. PERSEDIAAN AWAL
7.1. Mesyuarat dan taklimat
7.2. Penubuhan jawatan kuasa
7.3. Tinjauan dan pemerhatian
7.4. Mendapatkan dana

8. JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : pengetua
Timbalan Pengerusi: : PK Pentadbiran
Naib Pengerusi I : PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II : PK Kokurikulum
Setiausaha :

9. KESIMPULAN .

9.1. Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan


untuk menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi perkhidmatan
yang lebih baik kepada komuniti setempat.
9.2. Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang
memerlukan bajet yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.

Saya yang menjalankan tugas,

_________________________________