Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA UNTUK RUANG BILIK KHAS GURU

1. TUJUAN

Kertas Kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon peruntukan untuk


menjalankan projek mengubahsuai bilik stor untuk dijadikan Ruang Bilik Rehat
Guru.

2. PENGENALAN

Ruang Bilik Rehat Guru disediakan untuk membolehkan guru dapat berehat
terutamanya pada selang waktu mengajar atau selepas waktu mengajar.
Permohonan untuk mengubahsuai dan menceriakan semula stor
SK Bandaran Sibu No.2, Sibu adalah selari dengan kehendak serta keperluan
semasa.

3. RASIONAL

Tujuan menceriakan stor SK Bandaran Sibu No.2, Sibu adalah untuk menyediakan
kemudahan dan meningkatkan keselesaan bekerja kepada guru-guru. Ia juga
menjadikan suasana stor menjadi lebih ceria, tersusun dan kemas. Secara tidak
langsung, ini akan memberikan semangat baru kepada guru untuk mengajar dan
mengelakkan perbezaan ketara antara bilik.

4. OBJEKTIF

Objektif bagi kertas cadangan ini adalah seperti berikut :

4.1. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan selesa untuk kegunaan
guru-guru.
4.2. Meningkatkan keselesaan dan menceriakan bilik stor tersebut.

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
Cat - 10 tin (7 Liter) x RM60.00 = RM 600.00
Roller Cat - 10 batang x RM10.00 = RM 100.00
Set Sofa - 1 Set x RM3000.00 = RM3000.00
Alat Penghawa Dingin - 1 Set (18MKH) x RM2000.00 = RM2000.00
JUMLAH BESAR = RM5700.00

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( NORAINI BINTI NASAR ) ( ROSE TING POH HII )


Pembantu Tadbir (P/O) N22 (KUP) Guru Besar,
SK Bandaran Sibu No.2,
Sibu.

Anda mungkin juga menyukai