Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

KURSUS PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT


Bil AGENDA TEKS
Kata Alu-aluan Bismilahhirahmanirahim...
1.
Pengacara Majlis Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..

Yang Berusaha En ZAIMY BIN SHAH BHARI


Guru Besar SK Taman Universiti,

Yang Dihormati,
Pn Hjh Sabariah bt Mohd Razak
Penolong Kanan Kurikulum

Pn Hjh Madiha binti Mahmud


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Abd Sukor bin Atan


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn Rosliza bt Razali
Penolong Kanan Petang

Barisan Ahli Jawatankuasa LADAP

Dan rakan-rakan pendidik yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul bagi
menjayakan Kursus Pengurusan Mesyuarat dan
Penulisan Minit Mesyuarat.

2. Bacaan Doa Rakan-rakan guru sekalian,

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En Irfan bin
Che’ Suhaimi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Irfan bin


Che’ Suhaimi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
MULA KURSUS Rakan-rakan guru sekalian,
3.

Tanpa melengahkan masa lagi, dijemput En ZAIMY BIN


SHAH BHARI untuk menyampaikan Kursus Pengurusan
Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat. Dipersilakan.
…………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada EN.


ZAIMY BIN SHAH BHARI atas penerangan yang amat
jelas itu tadi.

4. Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang


Majlis Penutup
diberikan sepanjang kursus kali ini. Mudah-mudahan
tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Majlis sekali


lagi mengucapkan terima kasih kepada En ZAIMY BIN
SHAH BHARI Guru Besar SKTU juga sebagai
penceramah pada hari ini, barisan pentadbir dan semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari
ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saya memohon ampun dan maaf andai tersalah kata,


tersilap bicara sepanjang mengacarakan majlis pada hari
ini.

Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

``

Anda mungkin juga menyukai