Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PIBG SK TAMAN UNIVERSITI KALI KE-26 TAHUN 2021


Bil AGENDA TEKS
1. PENGUMUMAN Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..
Sebelum mula
Hadirin sekalian, diminta mengisi link kehadiran yang
diletakkan diruangan chat.
Bagi melancarkan proses pengundian sebentar lagi,
diminta para hadirin untuk mengemaskini atau update
aplikasi GM di playstore masing- masing.

Kata Alu-aluan Melayang serindit di atas permatang


2.
Pengacara Majlis
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Dihormati, EN. MOHD. TARMIZIE BIN MOHD.


SHAHIDAN (Yang Dipertua PIBG) SK Taman Universiti

Yang berusaha En ZAIMY BIN SHAH BHARI


Guru Besar SK Taman Universiti,

En. Mohd. Hazril Bin Harun


Naib Yang Dipertua PIBG SK Taman Universiti

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin


serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Universiti kali ke-26
tahun 2021 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Taman Universiti,


turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat yang sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari
ini.

Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


2.
Negeri Selangor dan
Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
Lagu Negaraku
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


4.
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Mohd Hafiza Hafiz b Baharuddin. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd


Hafiza Hafiz b Baharuddin atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran
itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah
tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja
dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah
diri yang cemerlang.

Ucapan Alu-aluan Seterusnya,


5.
oleh Guru Besar Majlis menjemput Yang Berusaha, EN. ZAIMY BIN
SHAH BHARI, Guru Besar SK Taman Universiti untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan…….
…………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada EN.


ZAIMY BIN SHAH BHARI atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan berbesar


hati mempersilakan Naib Yang Dipertua PIBG En. Mohd.
Hazril Bin Harun untuk menyampaikan cenderamata
kepada EN. ZAIMY BIN SHAH BHARI.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd. Hazril Bin


Harun kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

Ucapan Perasmian Kini tibalah masa, untuk kita mendengar amanat dan
6.
…………………….. ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati EN.
MOHD. TARMIZIE BIN MOHD. SHAHIDAN (Yang
Dipertua PIBG) SK Taman Universiti, bagi merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Universiti ke 26 bagi
tahun 2021.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…….


…………………………………………………………………..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan berbesar


hati mempersilakan EN. ZAIMY BIN SHAH BHARI, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Taman Universiti untuk
menyampaikan cenderamata kepada EN. MOHD.
TARMIZIE BIN MOHD. SHAHIDAN.
Majlis Penyampaian Seterusnya, Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil
7.
Cenderahati AJK penghargaan dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi
PIBG 2020/2021. Untuk itu, majlis menjemput En. Zaimy bin
Shah Bhari untuk menyampaikan sijil penghargaan dan
cenderamata.

Dipersilakan....

EN. MOHD. TARMIZIE BIN MOHD. SHAHIDAN selaku


YDP PIBG SKTU

Seterusnya, dipersilakan
En. Mohd. Hazril Bin Harun
– NYDP PIBG dan mewakili semua barisan AJK PIBG
sesi 2020/2021

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Zaimy bin


Shah Bhari atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi,


8.
maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat
Agung SK Taman Universiti, kali ke-26 bagi tahun 2021.
Ucapan terima kasih ditujukan kepada Yang Dihormati
EN. MOHD. TARMIZIE BIN MOHD. SHAHIDAN, Yang
Dipertua PIBG SK Taman Universiti

serta Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2020/2021 dan Ahli


Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung kali ke-26
serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sebelum menutup tirai Majlis Perasmian ini, saya


memohon ampun dan maaf andai tersalah kata, tersilap
bicara sepanjang mengacarakan majlis pada hari ini.

 Majlis akan diteruskan dengan Mesyuarat Agung


PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Universiti Kali
ke-26. Seterusnya majlis akan dipengerusikan
oleh Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Taman Universiti sebentar lagi.

Sekian,
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

``

Anda mungkin juga menyukai