Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TAMAN UNIVERSITI Kod Sekolah: BBA 8228

1. Nama Guru NURUL AYUNI BT AHMAD FUAD


3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul Hubungan Sesama Manusia
Profesional
C.Northcote Parkinson &
4. Pengarang 5. Muka Surat: 105
M.K.Rustomji
6. Terbitan Telaga Biru
7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan manusia lain.
Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulut iaitu jika perkara yang tidak
perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil, jika staff
sakit,bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaan keluarganya kerana perkara
yang kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
       Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik.
Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
            Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama
orang yang dipimpinnya.
            Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika pekerja
melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia
menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka
terus melenting.
            Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang
indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah
untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari
hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
            Sebenarnya banyak ilmu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini dan
aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana
setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai