Anda di halaman 1dari 7

SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK Chung Hua Bintulu                                                          

Kod sekolah: YCC Nama Guru KUEH LING LING


9101
1
2 Judul Pengurusan Bimbingan & Kaunseling
3 Pengarang Mok Soon Sang 4. Bidang: Pengetahuan
     Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat Pembentangan
8.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan
diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana menjalankan
Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

            Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan
konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik
berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
          Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

          Pengurusan stress secara berkesan pula  dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab masing-
masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
         

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran
para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.
                                                BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK Chung Hua Bintulu                                                      

1Kod sekolah: Nama Guru KUEH LING LING


YCC 9101

2 Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA


3 Pengarang Edwin C.Bliss 4. Bidang: Pengetahuan
     Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat Pembentangan
8.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding
matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan,
mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan
mengetepikan perkara remeh-temeh.
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas tindakan,
buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori penggunaan masa,
komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja dan lain-lain
lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama kepada
pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  mengurus masalah pengajaran
dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

BORANG SINOPOSIS BUKU


Nama Sekolah : SJK Chung Hua Bintulu                                                          

1Kod Nama Guru KUEH LING LING


sekolah:
YCC
9101

2 Judul PENGURUS YANG BAIK


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan
M.K.Rustomji      Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat Pembentangan
8.  Sinopsis     

            Buku ini mengandungi  7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai
menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua mesti
mempunyai perwatakan yang baik .
          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana pengurus boleh mencungkil bakat
setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi. Seterusnya
penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan menghormati
pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati
dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat.Buku amat berguna kerana setiap
guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan  pemimpin dalam organisasi sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK Chung Hua Bintulu                                                          


1Kod sekolah: Nama Guru KUEH LING LING
YCC 9101

2 Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan
M.K.Rustomji      Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat
Pembentangan
8.  Sinopsis     

            Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan  dengan manusia lain.
Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika perkaram yang tidak perlu
dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil, jikma staff sakit,
bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaa\n keluarganya kerana perkara yang
kecil ini tentu memberi erti yang mendalam.
            Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik.
Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
            Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama
orang yang dipimpinnya.
            Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika pekerja
melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia
menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka terus
melenting.
            Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang indah
dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah untungnya kita
hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi
sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
            Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini dan ia
amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran
         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap
guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana ini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang
berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK Chung Hua Bintulu


1Kod sekolah: Nama Guru KUEH LING LING
YCC 9101

2 Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah

3 Pengarang Ainon Mohd & Abdullah 4. Bidang: Pengetahuan


Hassan Profesional
5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat
Pembentangan
8. Sinopsis :
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang
seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku
sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar
yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada
kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan
individu yang mahir berfikir.
       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti
menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid,
memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.
     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah
infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan
disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik
tersebut sewaktu mengajar.  

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini perlu dimiliki oleh para guru sebagai bacaan tambahan yang mana kandungannya
akan dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Menerusinya kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Sebagai contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Melalui pengetahuan ini kita boleh
mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas. Guru
kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
Saya mahu..
Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan kreativiti
pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
Bagaimana sekiranya..
Apa yang perlu kita.....
Sekiranya.....

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik.
Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah. Guru juga perlu
tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para guru menentukan kaedah
paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu pendekatan kreatif perlu untuk
mengekang permasaalahan ini.
Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau dalam
apa jua situasinya..
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan perlu
ditangani dengan bersabar dan kreatif.  

11. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya
tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari, dan dipersembahkan dalam bentuk yang ringkas
tetapi padat.

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : SJK Chung Hua Bintulu                                                          

1Kod sekolah: Nama Guru KUEH LING LING


YCC 9101
2 Judul Mengurus Disiplin Pelajar

3 Pengarang Abdullah Sani Yahaya 4. Bidang: Kaunseling


5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :
7 Tempat
Pembentangan
8.  Sinopsis     
Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu
kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan
berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin
keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya
bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah
pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini
dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu,
kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku
pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif,
hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling
dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang
yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah
sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

        Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan di
rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga banyak
membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan ketiadaan
motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus dengan
baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh rakan,
pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan masyarakat yang tidak
lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam bilik
darjah, pemupukan nilai d rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan, pemupukan  nilai di
sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk memantapkan program Pembimbing
Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan dekat dengan rakan mereka.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

     Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan pelajar
yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali
menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai supaya permasalahan
pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu mengawal disiplin dengan bijak
supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul
pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk membimbing pelajar yang bermasalah ini dan
walau apapun tindakan ingatlah guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.
Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
supaya dapat mengamalkan nilai-nilai yang baik.

11 Kesimpulan
Konklusinya, guru perlu memainkan peranannya dengan lebih aktif, gigih, kerja keras,
bersemangat , dan mengawal kemarahan dalam usaha menangani masalah disiplin ini. Pelajar adalah
aset berharga yang perlu ditangani dengan bjaksana.

Anda mungkin juga menyukai