Anda di halaman 1dari 11

Ulasan Buku: Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah

Nama Guru   : Puan Arbayah Binti Aris


Sekolah           : Sekolah Kebangsaan Titi Gantong, Bota Perak
Judul Buku    : Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah
Pengarang      : Abdullah Hassan, Ainon Mohd, 
Penerbit          :PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Sinopsis

Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang
baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh
semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak
menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian
mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali,
sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya
ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di
mana ia bermula sejak lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada
musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-syarikat swasta
yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami
perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut
apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka
mengaitkannya dengan pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang
mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi
motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan
psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains
motivasi bagi melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak berupaya menggunakan
sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi
dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu
semenjak tahun 40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di universiti-universiti
tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi.
Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang
sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat
dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:

1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1.      Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


2.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.      Melatih murid bersikap optimis.
5.      Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.      Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1.      Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2.      Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3.      Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik darjah.
4.      Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid dapat mengingat dengan mudah.
5.      Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6.      Meransang murid membina konsep diri yang positif.

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          

1Kod sekolah: Nama Guru MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

DEA 0039

2 Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA

3 Pengarang Edwin C.Bliss 4. Bidang: Pengetahuan

     Profesional

5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :

7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan

8.  Sinopsis                                                                                                                                     

            Buku ini mengandungi  72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang
berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat mereka berbanding matlamat
orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar
melegasi tugas merancang,memberikan tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan
perkara remeh-temeh.

          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana membuat laporan selepas tindakan,
buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori penggunaan masa,
komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail, keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.
9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna terutama kepada
pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          

1Kod sekolah: Nama Guru MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

DEA 0039

2 Judul PENGURUS YANG BAIK

3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan


M.K.Rustomji
     Profesional

5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :

7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan

8.  Sinopsis     

            Buku ini mengandungi  7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang pengurus yang berkesan
ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang hebat mesti pandai menjalin hubungan
baik dengan pekerjanya,memahami potensi seriapm pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan
yang baik .

          Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan  bagaimana pengurus boleh mencungkil bakat setiap
pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan
seorang pengurus mestilah sentiasa meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang
pemimpin mesti berani, tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum
bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru
adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan  pemimpin dalam organisasi sekolah.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang berkesan
sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

BORANG SINOPOSIS BUKU

Nama Sekolah : Sek.Men.Keb.Kandis                                                          

1Kod sekolah: Nama Guru MUHAMAD ZAINI BIN ISMAIL

DEA 0039

2 Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan


M.K.Rustomji
     Profesional

5 Tarikh Pembentangan 6. Masa   :

7 Tempat Pembentangan Bilik Wawasan


8.  Sinopsis     

            Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan  dengan manusia lain. Sama
ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika perkaram yang tidak perlu
dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia
hadir semula tanya tentang kesihatannya dan keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu
memberi erti yang mendalam.

            Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang baik. Kepercayaan
dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.

            Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua nama orang
yang dipimpinnya.

            Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika pekerja melakukan
kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan lebih bersedia menerima kritikan
daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka, jika tidak mereka terus melenting.

            Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana yang indah
dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir apakah untungnya kita hidup
dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih
kasih sangat menyakitkan hati.

            Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku ini dan aia amat
berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

         Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru/pentadbir dalam melaksanakan tugas
pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat berguna kerana setiap guru
dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi kita hidup di alam fana ini.

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P

      Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah  menjadi pemimpin yang berkesan
sama ada di dalam kelas atau dalam organisas
SEMAHU MENJADI-JADI MENJADIKAN KEMENJADIAN
1.1 PEKELILING-PEKELILING
• Pekeliling daripada KPM/JPN/PPD
• Surat-menyurat berkaitan PBS

1.2 CARTA ORGANISASI PBS SEKOLAH


Struktur Jawatankuasa sekolah dan panitia
Carta Organisasi

1.3 MAKLUMAT GURU PBS


Senarai Guru PBS
Biodata Guru PBS
Surat Lantikan sebagai guru PBS / Pentaksir
Jadual Waktu Mengajar

1.4 PERANCANGAN SEKOLAH PBS


Takwim aktiviti PBS
Program Tahunan PBS (Mengikut Panitia Mata Pelajaran)
Rancangan Tahunan M/Pel PBS

1.5 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA


Minit mesyuarat J/Kuasa PBS tahunan atau bulanan
Minit mesyuarat pelaksanaan aktiviti PBS .
Minit mesyuarat Khas(Kes Khas) jika ada
Laporan aktiviti PBS
 
1.6 LAPORAN PRESTASI TAHUNAN
Data murid PBS tahun berkenaan
Analisis Pentaksiran Setengah Tahun dan Akhir Tahun
Graf Pencapaian Keseluruhan Mata Pelajaran dan Pencapaian Standard

1.7 LAPORAN PENCERAPAN/PEMANTAUAN


Jadual Pencerapan/pemantauan
Laporan Pencerapan /pemantauan Guru PBS oleh GB/PK
Laporan Pencerapan/pemantauan oleh Pegawai KPM/JPN/PPD/Nazir

1.8 KES-KES KHAS


Murid yang kerap tidak datang ke sekolah
Murid yang tidak ada maklumat / Murid luar negara
Murid Berkeperluan Khas
Kes- Kes Lain
C. Mesyuarat PBS-PBD
 PANGGIL BERMESYUARAT. Ejas panggil mesyuarat sekurang-kurangnya  kali setahun.  2 
mesyuarat 1 - 
            Bentang mesyuarat lepas
            Pengenalan, 
            Intro sikit mengenai PBS-PBD, 
            Kenapa PBD penting,
            Langkah2 nk simpan eviden,
            Edar DSKP, edar templat perekodan.
            Edar surat lantikan pentaksir PBD untuk semua guru tingkatan 1 hingga 3.
            Bentang keputusan PBD sekolah. kalau ada analisis, lagi bagus. saya tak buat pn. hehehe
            Last skali, jangan lupa, maklumkan yang perekodan setiap tingkatan, S/U PBS hanya nak yg               
gabungan sahaja. yg setiap matapelajaran, guru matapelajaran lah yg simpan. 

di bawah adalah contoh surat panggilan mesyuarat Cikgu Mahsal :-

  kepala surat sekolah

                                                                                                No. Ruj  : CEA2050.500-7/1/1(01)
                                                                                                Tarikh    :      2 Mac 2018

GPK PENTADBIRAN (Pn Rosiah binti Awang Ngah)


GPK HEM  (En Abu Zahid bin Awang Besari)
GPK Kokurikulum  (Tn. Hj. Aminuddin bin Yaakub)
Ketua-Ketua Bidang
Kaunselor ( En. Nazarul Hazwan bin Abdul Razak )
Jurulatih Utama PBS sekolah (Semua Mata pelajaran)
Semua guru

Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) KALI PERTAMA
SESI 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.           Sukacitanya dimaklumkan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan Pentaksiran
Sekolah SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah kali pertama bagi tahun 2018.

3.           Mesyuarat akan diadakan seperti ketetapan berikut :


              Tarikh                  :   3 Mac 2018
              Masa                    :  2.15 petang
              Tempat                :  Bilik Gerakan
4.           Antara agenda yang akan dibincangkan ialah :
         i.         Ucapan aluan Pengerusi Majlis
       ii.         PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
      iii.         Pembudayaan PBS – saranan Guru / Ibu bapa / Murid
      iv.         PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum
        v.         Penubuhan Jawatankuasa PBS / PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)
      vi.         Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
     vii.         Hal-hal Lain

5.           Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan melancarkan lagi perjalanan mesyuarat. Segala kerjasama dari
pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian , terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah

Anda mungkin juga menyukai