Anda di halaman 1dari 5

Judul Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

3 Pengarang Mok Soon Sang 4. Bidang: Pengetahuan


Profesional
5 Tarikh 24 Mei 2010 6. Masa : 2.15 petang
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di


Malaysia dan diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat
pengetahuan bagaimana menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta
Penyediaan Inventori dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar.
Pengurusan konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke
arah yang lebih baik berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat..
Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula dapat mewujudkan iklim pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung
jawab masing-masing tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru meningkatkan ilmu dalam bidang
psikologi pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan
pembelajaran para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan
pelajaran.
Judul BAGAIMANA MENYELESAIKAN KERJA
3 Pengarang Edwin C.Bliss 4. Bidang: Pengetahuan
Profesional
5 Tarikh 6. Masa :
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 72 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang


pengurus yang berkesan seperti pandai memilih keutamaan berhubung dengan matlamat
mereka berbanding matlamat orang lain, nbelajar melindungi diri mereka daripada
gangguan yang tidak dijangkakan, mereka belajar melegasi tugas merancang,memberikan
tumpuan kepada perkara-perkara penting dan mengetepikan perkara remeh-temeh.
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana membuat laporan selepas
tindakan, buruknya sifat kelam-kabut, modifikasi perlakuan, rintangan, beg kerja, kategori
penggunaan masa, komunikasi, surat-menyurat,krisis , pengagihan kerja,system fail,
keseronokan bekerja dan lain-lain lagi.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat
berguna terutama kepada pentadbir pendidikan

10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P


Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah mengurus masalah
pengajaran dan pembelajaran para pelajar dan juga masalah pengurusan pendidikan.

Judul PENGURUS YANG BAIK


3 Pengarang C.Northcote Parkinson 4. Bidang: Pengetahuan
& M.K.Rustomji Profesional
5 Tarikh 6. Masa :
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1, penulis membincangkan sifat seorang


pengurus yang berkesan ialah pandai berkomunikasi dengan staff. Seorang pengurus yang
hebat mesti pandai menjalin hubungan baik dengan pekerjanya,memahami potensi
seriapm pekerjanya dan ketua mesti mempunyai perwatakan yang baik .
Bab-bab seterusnya, penulis membincangkan bagaimana pengurus boleh
mencungkil bakat setiap pekerja agar setiap individu boleh menyumbang kearah
kemajuan organisasi. Seterusnya penulis mahukan seorang pengurus mestilah sentiasa
meminta pendapat staff dan menghormati pendapatnya. Seorang pemimpin mesti berani,
tidak menunjukkan kuasa, jangan mudah berpuashati dan berfikir sebelum bertindak.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat
berguna kerana setiap guru adalah pemimpin, pemimpin dalam kelasnya dan pemimpin
dalam organisasi sekolah.
10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.

Judul HUBUNGAN SESAMA MANUSIA


3 Pengarang C.Northcote Parkinson & 4. Bidang: Pengetahuan
M.K.Rustomji Profesional
5 Tarikh 6. Masa :
Pembentangan
7 Tempat Bilik Wawasan
Pembentangan
8. Sinopsis

Buku ini memberi panduan kepada kita bagaimana menjalin hubungan dengan
manusia lain. Sama ada kita ketua besar atau ketua kecil, amalkan tutup mulat iaiatu jika
perkaram yang tidak perlu dihebohkan, maka jangan dihebohkan. Jangan ambil remeh
perkara-perkara kecil, jikma staff sakit, bila dia hadir semula tanya tentang kesihatannya
dan keadaa\n keluarganya kerana perkara yang kecil ini tentu memberi erti yang
mendalam.
Seorang penyelia yang mencurigai pekerjanya sukar mendapatkan pekerja yang
baik. Kepercayaan dibalas dengan kepercayaan dan begitulah juga dengan kecurigaan.
Seorang pemimpin amat disayangi orang yang dipimpin jika dia mengingati semua
nama orang yang dipimpinnya.
Spesifikasi kerja mesti jelas supaya setiap orang tahu tugas masing-masing.Jika
pekerja melakukan kesalahan, mula-mula carilah sesuatu yang boleh dipuji, orang akan
lebih bersedia menerima kritikan daripada seseorang yang menghargai kebaikan mereka,
jika tidak mereka terus melenting.
Tempoh hidup sangat singkat, mengapa tidak kita jadikan hidup ini suatu suasana
yang indah dengansaling menghormati antara satu sama lain? Pernahkah anda terfikir
apakah untungnya kita hidup dalam suasana tidak tenteram dan dipenuhi dengan
pelbagai masalah dari hari ke hari? Tetapi sifat pilih kasih sangat menyakitkan hati.
Sebenarnta bayanak ilimu pengurusan dan kemanusiaan dan kaunseling dlam buku
ini dan aia amat berguna kepada para guru dan pengurus sekolah.

9. Nilai Pengetahuan/Pengajaran

Buku ini memberi pengetahuan kepada para guru/pentadbir dalam melaksanakan


tugas pentadbiran dan komunikasi dengan pelajar atau rakan sejawat. Buku amat
berguna kerana setiap guru dan perlu berhubung dengan manusia setiaop masa selagi
kita hidup di alam fana ini.
10.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi/P&P
Buku ini memberi kemahiran kepada para guru/pentadbir sekolah menjadi pemimpin
yang berkesan sama ada di dalam kelas atau dalam organisasi.
Judul
Menangani Sifat Marah

3. Bidang: Motivasi
4.
Pengarang
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah Omar
5. Muka Surat:104

6.
Terbitan

Telaga Biru sdn. bhd


7.
Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri. Sifat
marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas
bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya
digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti singa
sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-
kanak pun mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi
tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang terjadi
kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap
singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta menjadi
dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.
Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al Quran dan
al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga.

8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah
yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan, menjadikan diri
dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah
tinggi dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang
sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri bahawa
marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia bertamadun,
memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang yang sedang
marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan
bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”.
(Al Ankabut : 45)

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali
melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru perlulah bijak
mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan bijaksana. Guru
perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan mengakibatkan tindakan yang
kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru merupakan ibu
bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah menjadi
tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah
contoh yang baik kepada mereka.

10

Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai