Anda di halaman 1dari 4

MAKLUMAT BUKU DAN SINOPSIS (PEMBACAAN BUKU)

Nota: 1 buah buku = 1 Hari Latihan dan 5 Mata Kredit


(perlu masukkan sekurang-kurangnya 4 buah buku dalam SPLKPM)

Tajuk Bukan Senang Nak Tenang

Penulis Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 261

Bidang Motivasi

Sinopsis Buku ini berkisar tentang bagaimana untuk mendapat hati yang tenang dan
mujahadah untuk tenang, Ketenangan hati bermula dengan dengan diri sendiri
yang dapat meningkatkan kualiti jiwa.

Tajuk Guru Berkesan Pemangkin Kecemerlangan

Penulis Dr. Suresh Kumar, Dr. Sivarajan Ponniah

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 253

Bidang Pendidikan

Sinopsis Buku ini menceritakan tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam membina
negara bangsa berlandaskan etika profesion perguruan yang berpayungkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ternyata satu cabaran yang besar tetapi perlu
dipikul oleh golongan ini dengan komitmen dan nilai integriti yang tinggi.. Guru
perlu memaksimumkan pembangunan potensi diri untuk menggilap potensi murid
ke arah kecemerlangan.

Tajuk
KARAKTER GURU Ilmu Diagung Guru Disanjung 
Penulis Mohd Sahandri Gani Hamzah, Ramli Basri, Shaffe Mohd Daud

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 220

Bidang Pendidikan

Sinopsis Buku ini menghuraikan pelbagai tajuk berkaitan nilai peribadi yang perlu dimiliki
oleh para guru dan bakal guru bagi meningkatkan kualiti serta nilai profesion
keguruan. Karakter guru yang dipaparkan meliputi pelbagai aspek umum dan
khusus yang melibatkan ciri-ciri, sikap, tingkah laku dan tindakan yang
sewajarnya diamalkan oleh seseorang guru. Semua aspek, tersebut amat penting
bagi melaksanakan tugas, tanggungjawab, amanah dan integriti sebagai seorang
pendidik yang berwibawa.
Tajuk Pengurusan Strategik Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan

Penulis Edaris Abbu Bakri

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 345

Bidang Pendidikan

Sinopsis Buku ini merupakan cetusan pemikiran kepada arah memperkayakan konsep
keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembangan pembelajaran, strategi
pengajaran dan pendidikan kaunseling. Semua huraian dalam bukuini merang-
kumi konsep, kaedah teori dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk
membentuk daya pemikiran yang kreatif dan sistematik. Buku ini juga
mengandungi saranan, peraturan dan panduan yang perlu diamalkan oleh setiap
pengurus, pentadbir dan perancang atau individu dalam organisasi seperti syarikat
swasta dan jabatan kerajaan.

Tajuk Psikologi dalam Komunikasi

Penulis Abdul Mua’ti, Zamri bin Ahmad

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 236

Bidang Psikologi

Sinopsis Buku ini memuatkan perbincangan mengenai psikologi dalam komunikasi


manusia. Manusia merupakan makhluk Allah SWT yang tidak boleh hidup
sendirian. Sehebat mana pun seorang manusia itu, dia pasti memerlukan manusia
lain atau saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi merungkaikan isu ini
dengan lebih terperinci, penulis telah mengupas dengan jelas tentang proses
psikologi, bagaimana psikologi terbentuk dan berkembang dalam diri manusia dan
bagaimana proses psikologi ini memberi kesan terhadap komunikasi manusia.
Buku ini turut membincangkan tentang peranan dan pengaruh psikologi dalam
media yang diguna pakai untuk menyebarluaskan mesej kepada manusia lain.

Tajuk Guru Sebagai Pakar

Penulis James Ang Jit Eng, Lim Siew Ngen

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 397

Bidang Pendidikan

Sinopsis Buku ini merupakan satu buku panduan pedagogi yang bertujuan untuk
melengkapkan para guru dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran
abad 21. Ini selaras dengan hasrat dan kehendak pendidikan semasa yang
menuntut agar para pelajar dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan
tetapi kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka berfungsi dengan
berkesan di peringkat pengajian yang lebih tinggi dan dia alam pekerjaan.
Tajuk Pendidikan di Sekolah : Isu dan Cabaran

Penulis Wan Zah Wan Ali, Tajularipin Ismail

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 327

Bidang Pendidikan

Sinopsis Buku ini adalah berteraskan kajian ilmiah yang dilaksanakan oleh para akademik
yang berpengalaman dalam pendidikan keguruan. Buku ini meneroka isu
pendidikan masa kini yang kritikal dan perlu diberi perhatian. Kepelbagaian tajuk
dan perspektif perbahasan dalam buku ini akan menambahkayakan pengetahuan
serta mempertajamkan pemikiran tentang isu pendidikan di sekolah-sekolah
Malaysia. Buku ini sesuai dibaca oleh pelajar, guru, pensyarah, ibu bapa dan
sesiapa sahaja yang meminati isu dan perkembangan dalam bidang pendidikan.

Tajuk Hiduplah Untuk Hari Ini

Penulis Muhammad Al-Ghazali

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 449

Bidang Motivasi

Sinopsis Buku ini menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu
kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis. Antaranya termasuklah
memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam
Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia; dan juga cara
menguruskan emosi dengan lebih baik.
Hiduplah Untuk Hari Ini bukan sekadar laungan slogan kehidupan, tetapi suatu
seruan berasas dan praktikal - menjadikan buku ini relevan untuk semua.

Tajuk Motivasi Belajar Berfikir

Penulis Ainon Mohd, Abdullah Hassan

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 301

Bidang Motivasi

Sinopsis Buku ini sangat bermanfaat kepada semua yang berminat untuk memahami jenis-
jenis kesilapan berfikir.
Tajuk Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran: Mengoptimumkan Pembelajaran Pelajar

Penulis Saemah Rahman, Zamri Mahamod

Bahasa Bahasa Melayu

Bilangan m/s 291

Bidang Pendidikan

Sinopsis Buku ini membincangkan teori dan kajian yang mengkaji apa, mengapa dan
bagaimana pelajar belajar. Perbincangan meliputi kaedah yang digunakan oleh
pelajar dalam mempelajari dan menguasai sesuatu tajuk pelajaran dan tujuan
digunakan kaedah pembelajaran tersebut. Setiap kaedah ini dapat membantu dan
meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar.

Anda mungkin juga menyukai