Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

anak-anak calon SPM 2018

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN


BELAKANG PARANG DIASAH LAGIKAN TAJAM
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA
YANG BULAT TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK,
YANG PIPIS TIDAK AKAN DATANG MELAYANG
SETITIS JADIKAN LAUTAN, SEKEPAL JADIKAN DARATAN
BENIH YANG BAIK DICAMPAK KE LAUT MENJADI MUTIARA
DICAMPAK KE LANGIT MENJADI KEJORA
USAHA TANGGA KEJAYAAN
BAHASA JIWA BANGSA

Alhamdulillah, Cikgu mengambil kesempatan ini mendoakan semoga


anak-anak diberikan kesihatan yang baik, ketenangan fikiran dan
ketajaman ingatan sehingga dapat menjawab kesemua soalan dengan baik
seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang. Jagalah kesihatan diri dan
emosi, jangan wujudkan konflik , kerana ia akan mengundang masalah dan
menjejaskan persediaan anak-anak menghadapi peperiksaan. Rakan
adalah aset yang sangat berharga ketika ini kerana daripada mereka anak-
anak boleh mohon pandangan dan bantuan mereka. Jagalah hubungan
anak-anak dengan jiran dan ahli masyarakat sekeliling. Biarkan mereka
memandang anak-anak dengan pandangan kasih dan sayang. Harapkan
juga doa daripada mereka dan sangkaan-sangkaan baik mereka terhadap
anak-anak.
Di samping itu, jagalah hubungan anak-anak dengan insan yang paling
banyak memberi ilmu kepada anak-anak iaitu, guru-guru. Jika masih belum
memohon maaf dan restu daripada guru anak-anak, sila lakukan dengan
segera kepada mereka, mohon ampun dan mohon halalkan segala ilmu
yang dicurahkan. Pandang mereka dengan pandangan hormat dan penuh
taat.

Jagalah hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Dapatkan keredhaan ibu


dan ayah, supaya doa mudah dimakbulkan oleh Tuhan. Mohonlah ampun
maaf daripada mereka dan harapkan doa daripada mereka. Sesungguhnya
doa yang ikhlas itu amat mujarab, dan pastinya doa yang ikhlas itu
datangnya daripada kalbu seorang ibu yang telah melahirkan kita .

Jangan lupa menjaga hubungan kita dengan TUHAN. Berdoalah kepada


Nya kerana doa adalah ‘inti’ atas segala usaha. Berdoalah untuk diri sendiri
dan berdoalah juga untuk rakan-rakan lain. Insya Allah anak-anak akan
dapat balasan berganda. Ingatlah, apa pun yang kita usahakan, yang akan
membuahkan hasilnya hanyalah Allah SWT kerana DIA PEMILIK SEGALA
PERBENDAHARAAN.

Cikgu sentiasa menganggap anak-anak bagaikan anak sendiri dan cikgu


percaya guru-guru lain juga begitu. Dalam proses mendidik sudah tentu
yang salah ditegur, yang tak betul dimarahi. Namun cikgu tidak pernah
melupakan anak-anak semasa bermunajat kepada-NYA kerana kejayaan
anak-anak adalah kejayaan para guru juga.
Harapan cikgu menggunung tinggi terhadap anak-anak sekalian agar dapat
melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini.

Cikgu mendoakan anak-anak akan mencapai kejayaan pada kali ini.


Jadikanlah kejayaan itu nanti, sebagai pencetus kepada kejayaan-kejayaan
yang seterusnya. Semoga Maju Jaya. Akhir kata, yakinlah pada diri dan
mulalah mencipta sejarah hidup yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
IsyaAllah, cikgu yakin anak-anak sekalian akan beroleh kejayaan sesuai
dengan usaha yang dilakukan. Perahu di tangan anak-anak. Pendayung
juga di tangan anak-anak. Mudiklah perahu itu ke muara dengan selamat
agar dapat mencapai matlamat anak-anak.
.
Tips dan pesanan cikgu untuk anak-anak:

 Tidur awal sebelum peperiksaan.


 Ambil sarapan yang berkhasiat.
 Pastikan kelengkapan peperiksaan seperti alat tulis cukup dan dibawa ke
sekolah.
 Datang awal ke sekolah.
 Bagi yang muslim khasnya, mulakanlah menjawab dengan
"Bismillahirrahmanirrahim" dan bukan muslim amnya, berdoalah kepada
Tuhan.

 Jangan lupa solat dan teruslah bertawakkal dan berdoa walaupun


peperiksaan telahpun selesai.

Anda mungkin juga menyukai