Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN GURU

Yang diraikan Puan Wan Rohana bt Wan Abdul Aziz, Penolong Kanan Kokurikulum, & Puan
Salawati bt Selamat
Yang Dihormati Encik Nordin bin Osman, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati Puan Nur Ermashanis bt Khalid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Cik Kala a/p , Pengerusi BAKES 2021 merangkap Pengurus Majlis Perpisahan
petang ini,
Seterusnya warga pendidikan SERAYA yang dikasihi .

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiyai wal mursalin ( ilalliqaq)
Amma ba’du
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya , pada petang ini melalui
medium Google meet, kita dapat sekali lagi bersama bagi meraikan majlis perpisahan 2 insan
hebat SERAYA .
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.
Apabila mengenang kembali saat-saat manis ketika bersama, pasti akan menjadi detik kenangan
paling manis yang tidak dapat dilupakan. Sesungguhnya, perihnya perpisahan tidaklah seberapa
dibanding dengan bahagianya pertemuan. Apalagi pertemuan baru setelah perpisahan itu.
Perpisahan mengajarkan kita untuk menghargai bahwa setiap detik kebersamaan adalah anugerah
yang tidak boleh disia-siakan."

Hari ini kita semua berasa terharu kerana perlu melalui satu lagi fasa perpisahan dengan 2 orang
ahli keluarga kita iaitu Puan Wan Rohana dan juga Puan Salawati.

Untuk Puan Wan Rohana..


Sekalung tahniah atas pergerakan pertukaran setara dari PK Kokurikulum kepada PK HEM di
SK Sungai Tua Baharu. Tentunya saya merasa bangga atas kenaikan satu lagi tangga dalam
perjawatan sebagai pentadbir dan ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan kepada
Puan Wan . Walau bagaimanapun dalam masa yang sama , sebagai Ketua Jabatan dan sebagai
rakan sepasukan dalam SLT SERAYA, sudah tentunya saya merasa sedih untuk melepaskan
beliau kerana saya bakal kehilangan seorang partner, rakan, SLt yang begitu dedikasi , komitmen
tinggi dalam bidangnya serta banyak memberikan sumbangan dalam mengharumkan nama
sekolah sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai PK KK di SERAYA .
Sepanjang saya bekerja dengan beliau. Beliau adalah seorang yang sentiasa memberi komitmen
yang tinggi dalam kerja yang dilakukan, tidak pernah berkira kerja, masa, wang ringgit ata apa
sahaja. Beliau juga sangat mudah berurusan, ceria, tidak lokek, tidak mudah berkecil hati bila
ditegur dan tak malu mengaku tak tau dan ingin belajar.
Yang terbaru, beliau mewujudkan sistem pengisian dan pengiraan markah kokurikulum
secara elektronik yang lebih pantas dan mudah. Bukan ini saja, tetapi banyak lagi
sumbangan lain yang tidak mampu disenaraikan. Pendek kata, beliau telah banyak
menyumbang kepada pembangunan modal insan pelajar-pelajar -------------------.
Memang benar kata orang, patah tumbuh hilang berganti, tetapi penggantinya tidak
sama seperti beliau. Walaubagaimanapun saya berdoa agar ----- akan meneruskan
usahanya dalam meningkatkan kualiti profesion perguruan di --------------- seperti apa
yang beliau telah lakukan di sekolah ini.
Saya mewakili guru-guru yang lain ingin memohon maaf andai ada salah dan silap
sepanjang bekerjasama di sekolah ini. Diharap, pada masa akan datang ----------------
sudi menjenguk-jenguk kami disini. Ibarat biar jauh di mata tapi dekat di hati
Pendek kata, beliau telah banyak menyumbang kepada pembangunan modal insan murid
SERAYA dalam bidang kokurikulum dan juga ko akademik. Ada banyak perancangan yang
beliau telah susun demi meningkatkan kecemerlangan khususnya di Unit KOKO dan umumnya
unit yang lain. Memang benar kata orang, patah tumbuh hilang berganti, tetapi penggantinya
tidak sama seperti beliau. Walaubagaimanapun saya berdoa agar Puan Wan Rohana akan
meneruskan usahanya dalam meningkatkan kualiti profesion perguruan di sekolah yang baru.
seperti apa yang beliau telah lakukan di sekolah ini.
Buat Puan Salawat bt Selamat
Dalam dunia perguruan, sejak kita mula mengajar , pengakuan dan aku janji kita sanggup dan
rela untuk ditempatkan di mana-mana sekolah untuk kita berkhidmat dan menabur bakti selagi
ada tempoh perkhidmatan kita. Ada kalanya sekolah tempat kita bekhidmat berhampiran dengan
tempat kediaman kita atau tidak. Permohonan pindah keluar itu juga antara rezeki kita.

Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap yang patah
sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita berada atau ditempatkan,
suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang
disenangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah kehidupan. Mahu
atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Ucapan tahniah dari saya dan seluruh warga SERAYA kerana berjaya ditempatkan di sekolah
yang berhampiran dengan rumah. Jimat masa , wang dan tenaga. Semoga perpindahan ini
memberikan lebih semangat , teruskan kecemerlangan
Saya mewakili guru-guru yang lain ingin memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang
bekerjasama di sekolah ini. Diharap, pada masa akan datang sudi menjenguk-jenguk kami disini.
Ibarat biar jauh di mata tapi dekat di hati
Saya akhiri ucapan saya dengan pantun:
Malam hari berlagu unggas
Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat bertugas
Budimu tuan dalam ingatan
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara Nampak
Esok mesti rindu-rinduan

Semoga silaturrahim yang terpateri ini akan terus berkekalan sehingga ke hujung nyawa.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai