Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN HARI PERPISAHAN

Yang Berusaha
,Yang Dihormati ,Guru Penolong Kanan, ,Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG,guru-guru,para pengawas serta rakanrakan yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera
saya ucapkan.
Terlebih dahulu saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana telah
memberikan saya peluang untuk berucap dalam majlis ini. Alhamdulillah setinggi tinggi
kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Kuasa,Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya serta keizinan-Nya dapat kita bersama sama meraikan majlis perpisahan yang sungguh
bermakna dan penuh erti pada hari ini.
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Setiap perpisahan sudah tentu amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat saat ketika bersama,pasti ia akan menjadi
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana akan
kehilangan guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami,beliau bukan sahaja guru tetapi
ibarat ibu dalam sebuah keluarga besar di sekolah ini.
Lembut,tenang tetapi tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir kata
kata yang dapat digambarkan mengenai beliau.Beliau sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh
tanggungjawab serta bersungguh sungguh dalam berusaha untuk meningkatkan tahap prestasi
akademik para pelajar. Beliau juga telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya buat anak
muridnya. Syabas diucapkan kepada cikgu atas komitmen yang begitu padu demi memastikan
kecemerlangan anak-anak didikmu.
Semoga semangat ini akan berterusan pada masa-masa hadapan. Saya juga berharap agar
hubungan silaturrahim cikgu dengan warga SMK Taman Desa akan terus terjalin erat.
Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai
bila-bila.
Dalam kesempatan ini saya mewakili pelajar pelajar SMK Taman Desa merakamkan
setinggi tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rojmah yang tidak pernah
mengenal jemu mendidik dan mengorbankan masa demi kami,anak muridmu. Kami berdoa,
semoga Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu,dipanjangkan
umur,diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan kebahagiaan.
Sekian . Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai