Anda di halaman 1dari 8

Diabetes adalah penyakit dimana organ pankreas yang memproduksi hormon

insulin dalam tubuh manusia kurang efektif untuk menyerap glukosa dari dalam
tubuh menjadi energi. Hal tersebut karena tingginya kadar gula darah dalam
tubuh penderitanya. Penyebabnya bisa karena pola hidup yang tidak sehat, dan
juga bisa karena faktor turunan.

Punca-punca:
1. Berlebihan berat badan - 
Badan akan mengandungi banyak lemak
- Lemak yang berlebihan mengelilingi organ-organ dalam badan.
- Menyebabkan sesetengah organ tidak berfungsi.
- Contohnya pancreas tidak berfungsi dengan baik.
- Lemak juga akan menyempitkan kapilari darah dan memberi tekanan ke atasnya dan meningkatkan
kadar gula dalam kapilari darah .

2. Keturunan - 
Nenek moyang dan ibu bapa yang menghidapi diabetes akan membawa gen yang mengandungi
diabetes kepada anak mereka.
- Mengandungi darah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi kerana ibu yang mengandung
berpenyakit kencing manis.

3. Pemakanan - 
Makanan tidak seimbang menyebabkan diabetes.
- Pengambilan makanan atau minuman yang manis secara berlebihan.
- Contohnya gula-gula,minuman ringan,air sirap dan lain-lain.
- Ibu yang mengandung mengambil makanan yang manis secara berlebihan.
- Menyebabkan kandungan gula dalam darah tinggi.

4. Tidak aktif secara fizikal - 


Mereka yang kurang aktif akan menyebabkan badan tidak berfungsi secara optimum.
- Kekurangan senaman menyebabkan kadar metabolisma badan rendah
- Antibodi akan menurun.
- Badan tidak berupaya mengeluarkan insulin
- Kandungan gula dalam darah tidak dapat dikurangkan akibat kekurangan senaman.

5. umur dan jantina- 


- Setiap sajian terdapat air minuman yang manis yang lauk juga ditambahkan gula.
- Remaja suka minum air sirap. Mereka berfikiran bahawa mereka masih muda,mereka tidak akan
muda menghidapi diabetes.
- Bagi orang yang berumur, daya pertahanan badan semakin berkurangan. Badan mereka akan
menjadi lemah dan pengeluaran hormone insulin berkurang.
- Kaum wanita lebih gemar makan makanan yang manis seperti coklat dan gula-gula.

Kesan
Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal akan mengakibatkan kesan yang serius kepada pesakit. 
1. Peredaran darah ke kaki menjadi lemah. Akibatnya, luka pada kaki lambat sembuh dan semakin
melarat hingga terpaksa dipotong (bagi kes serius).
- Kandungan gula yang tinggi 
- Akan mengurangkan penghasilan platlet dalam darah .
- Menyebabkan luka tidak akan sembuh
- Luka terdedah kepada bakteria,akan menyebabkan luka menjadi serius.

2. Kerosakan retina mata (pesakit ada risiko buta).


- Diabetes juga menjejaskan saraf 
- terutama pada bahagian mata
- Mata pesakit mudah menjadi merah dan kering.
- Penglihatan pesakit akan menjadi semakin kabur.

3. Kerosakan buah pinggang.


- Pesakit diabetes akan makan ubat penghasilan insulin.
- Buah pinggang dirangsang untuk menghasilkan hormon insulin selepas mengambil ubat tersebut.
- Ubat tersebut akan membebankan buah pinggang. 
- Buah pinggang akan rosak 

4. Kerosakan sistem saraf. - Menyerang saraf otak


- Menyebabkan saraf otak rosak.
- Contohnya: tidak merasai kesakitan terpijak objek tajam.
- Dengan ini,penyakit diabetes mudah dicedera.

5. Menghidapi pelbagai penyakit serius disebabkan diabetes


- Masalah mati pucuk.
- Menyebabkan serangan jantung dan juga strok (80 peratus pesakit diabetes mati kerana dua
penyakit ini).

Kesimpulan
Semua pihak harus mengutamakan gaya hidup mereka dalam kehidupan harian agar tidak terlibat
dalam penyakit kencing manis.

1. Menjaga Berat Badan

Obesitas atau kelebihan berat badan juga menjadi faktor penyebab


diabetes. Kegemukan memungkinkan seseorang terkena penyakit
diabetes hingga 40 kali dibandingkan orang yang memiliki berat
badan yang ideal.

2. Lakukan Aktifitas Fisik

Jangan terlalu sering berada di depan komputer atau di belakang


meja kerja. Setidaknya lakukan aktifitas yang lain yang dapat
mengeluarkan keringat supaya lemak di dalam tubuh bisa terbakar
habis. Intinya jangan terlalu sering diam, seperti menonton televisi
dalam waktu yang lama. Ini juga menyebabkan fisik jarang bergerak
dan memungkinkan terjangkit penyakit diabetes.
3. Pola Makan Sehat

Hindari makanan yang banyak mengandung lemak dan berminyak


karena itu juga menjadi faktor penyebab diabetes mellitus.
Perbanyak mengkonsumsi makanan sehat seperti sayuran dan
buah-buahan seperti bayam, acaiberry, brokoli dan yang lainnya.
Jangan terlalu sering membeli makanan junk food atau fast food
karena itu banyak mengandung kimia seperti pengawet, perasa,
pemanis dan yang lainnya.

4. Hindari Minuman Manis

Minuman bersoda atau yang mengandung gula juga dapat


meningkatkan gula darah sehingga memicu penyakit diabetes.
Sebaiknya perbanyak meminum air putih karena di dalam air putih
banyak mengandung mineral yang dapat menyehatkan tubuh.

5. Jalani Hidup Sehat

Menurut Madasilia.com kurang tidur juga dapat menimbulkan


diabetes. Hindari juga minum alkohol dan rokok. Sebaiknya atur
waktu pola hidup Anda sebaik mungkin supaya semua bisa berjalan
dengan lancar dan diabetes tidak berani menyerang tubuh Anda.

6. Tidur Yang Cukup

Tubuh membutuhkan istirahat setiap hari 6 sampai 8 jam. Ini untuk


memulihkan energi dan juga membersihkan toksin dan racun jahat
yang berada di dalam tubuh. Saat waktu tidur tubuh akan bekerja
dengan maksimal mengganti sel yang telah mati dengan
meregenerasi dengan sel yang masih baru dan sehat.

7. Hindari Stres

Agar pikiran tidak terhinggapi stres yang berkepanjangan maka


lakukan yoga, relaksasi, refreshing dan latihan pernafasan secara
rutin. Untuk mengatasi stres maka setidaknya lakukan 1 kali
dalam satu minggu. Ini untuk membuat pikiran kita tetap segar dan
dapat menghadapi masalah tidak diambil pusing. Stres pun tidak
akan mengganggu kita.

Itulah beberapa cara agar tidak terkena penyakit diabetes di usia


muda. Lakukan yang baik dan hindari pola hidup yang tidak baik.
Rajinlah memeriksa kadar gula darah ke dokter spesialis agar Anda
bisa mengetahui penyebab diabetes tersebut. Jika sudah tau
penyebabnya maka diabetes akan mudah ditanggulangi.

Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamalkan kebersihan diri 
dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan makanan dapat mengelak
kan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang hendak dimakan dengan sempurna ba
gi memastikan tiada kuman di dalamnya. Sebagai contoh, buah-buahan dan sayursayuran perlula
h dibasuh sehingga bersih sebelum dimasak atau dimakan. Jelas bahawa dengan mengamalkan ke
bersihan pada setiap masa dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan bak kata pepatah 
“kebersihan asas kesihatan”.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Ib
u bapa perlu mengelakkan mengajak anak-anak mereka makan di kedai ataupun warung yang kot
or di tepi-tepi jalan. Hal ini kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana mung
kin terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terd
edah kepada serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lipas, lalat dan tikus. Untuk itu, ama
lkan budaya makan di rumah bersama-sama keluarga bagi memastikan kebersihan tahap makanan
.

Pengusaha makanan mesti memastikan makanan yang disediakan bebas daripada bakt
eria yang menjadi punca keracunan makanan. Hal ini demikian kerana kebanyakan masyarak
at terpaksa makan di luar rumah akibat kesuntukan masa bekerja. Pengusaha makanan perlu mem
bersihkan makanan sebelum dimasak serta mengelakkan makanan yang dijual sentiasa terdedah. 
Sebagai contoh, peniaga kedai makanan perlu memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat
. Jelas terbukti bahawa peranan pengusaha makanan amat penting bagi mengatasi masalah keracu
nan makanan.

Masyarakat juga perlu memberikan kerjasama dalam usaha mengatasi masalah keracunan 
makanan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. 
Masyarakat harus mengambil berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan. Masyara
kat harus membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan yang segera jika ada ke
dai makanan yang kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut di pejabat kesihatan daerah.

Peranan kerajaan penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Hal ini demikian 
kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan sesebuah kedai. Mereka 
perlu melakukan pemeriksaan mengejut secara kerap di semua kedai makan tanpa perlu menungg
u laporan yang dibuat. Peniaga yang bersalah perlu dkenakan hukuman berat seperti dikenakan d
enda dan digantung lesen perniagaan. Terbukti bahawa peranan kerajaan amat penting bagi meng
atasi masalah keracunan makanan.

Kesimpulannya, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak memainkan peranan 
yang sewajarnya. Semua pihak mesti mengutamakan kebersihan dalam makanan dan minuman. 
Usaha-usaha mengatasi masalah keracunan makanan perlu dilakukan bersungguhsungguh agar m
asalah ini dapat diatasi sepenuhnya

KARANGAN CEMERLANG : PUNCA-PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Dasawarsa ini, jumlah keracunan makanan semakin meningkat secara


drastik. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, keracunan makanan bermaksud
termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau
berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun
atau bahan yg menyebabkan penyakit. Berdasarkan statistik laman sesawang ‘Malaysiakini’,
bilangan kes yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas (purata sekitar
8,000 setahun) mengalami kes keracunan makanan dan hanya segelintir daripadanya, tidak
melaporkan kes yang boleh dikategorikan berbahaya. Berdasarkan laman sesawang
‘kpkesihatan’, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa, berdasarkan
pemantauan yang dilakukan sehingga 16 April 2016, sebanyak 60 episod keracunan
makanan (KRM) dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara yang melibatkan 2,325 kes.
Daripada jumlah ini, sebanyak 47 (78.3%) episod berlaku di sekolah dan institusi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan 1,900 orang warga sekolah;
manakala selebihnya melibatkan sekolah di bawah agensi lain seperti Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Kerajaan Negeri dan sekolah swasta. Hal Ini menunjukkan bahawasanya
keselamatan makanan terutamanya di negara Malaysia dikategorikan berada di paras
berbahaya yang boleh membuatkan individu tidak sihat malahan boleh membawa maut.
Apakah punca masalah makanan menjadi beracun? Adakah masalah ini boleh
diselesaikan?

Keselamatan makanan boleh dikategorikan kepada beberapa keadaan. Keadaan


pertama yang boleh diketengahkan adalah berpunca daripada sumber yang tidak dijamin
keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak bertanggungjawab. Tambahan pula, ramai
orang mengambil jalan pintas untuk mendapat wang atau sumber pendapatan yang tidak
berkat dengan melakukan kerja tidak bertauliah seperti individu tersebut menggunakan
racun serangga berlebihan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran. Hal ini demikian
kerana, mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kesihatan
pelanggan mereka.  Dalam hal ini pengguna yang akan menjadi mangsa keadaan.
Golongan ini lebih mengutamakan “output” sesuatu makanan dan mengabaikan
keselamatan makanan tersebut. Orang-orang tua pernah berkata bahawa disebabkan setitik
nila, rosak susu sebelanga. Oleh itu, jelaslah bahawa keselamatan makanan berkait rapat
dengan sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak disahkan oleh pihak
bertanggungjawab.
Makanan tidak diselenggarakan dengan baik dan sempurna juga merupakan salah satu
faktor keselamatan makanan tidak terjaga. Makanan perlu diselenggara dengan baik dan
bersih terutamanya apabila melibatkan pemindahan makanan dari sebuah kenderaan ke
kenderaan yang lain.  Selagi kita dinamakan manusia, kecuaian acap kali berlaku seperti
makanan terjatuh di permukaan bumi.  Tambahan pula, sikap manusia yang memandang
remeh terhadap makanan yang perlu diasingkan antara bersih dan rosak apabila melakukan
penyenlenggaran makanan tidak diambil tindakan sewajarnya. Malah, makanan tersebut
dibawa kepada pembeli, penjual dan sebagainya.  Perkara ini  akan berterusan sehinga
menyebabkan seseorang individu itu jatuh sakit.  Apabila hal ini berlaku maka wujudlah
kisah si bangau.  Semua pihak saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Pada era modeninasi ini,  antara masalah makanan yang tidak begitu diberikan
perhatian oleh pembeli atau pengguna ialah isu yang berkaitan dengan  tarikh luput.   Hanya
pihak media massa yang agak memberikan tumpuan terhadap isu ini.  Media massa acap
kali memaparkan sebuah kedai tidak menukar ganti makanan yang tarikhnya luput dengan
makanan yang baru. Masalah ini akan berterusan melainkan pihak bertanggungjawab
mengambil tindakan yang lebih tegas dengan memberi amaran dan denda sewajarnya
kepada golongan yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Hal ini juga dapat
dikaitkan dengan makanan yang diimport dari negara jiran menggunakan jalan belakang
telah membuka peluang bagi mereka menjana pendapatan kerana makanan tersebut murah
untuk dibeli oleh orang kita. Makanan yang diimport itu belum tentu dari sumber yang halal
malahan mungkin merisikokan nyawa mangsa yang memakannya.

Selain itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau masih mentah dijual
secara besar-besaran ataupun kecil-kecilan merupakan penyebab seseorang individu jatuh
sakit. Hal ini demikian kerana, terdapat pelbagai bakteria apabila makanan itu tidak dimasak
dengan sempurna ataupun sebaliknya. Kajian di luar negara, mendapati bahawa seseorang
itu akan mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan kuman, masalah percenaan
makanan dan seumpanya sekiranya individu tersebut makan makanan yang tidak dimasak
dengan sempurna atau mentah seperti makanan Jepun (sushi)  Malahan, ia akan
merosakkan sistem dalam badan kita. Badan kita tidak mendapat zat, protein dan nutrien
secukupnya sekiranya pemakanan ini menjadi tabiat seharian kita. Masalah ini akan
berterusan sehingga sampai suatu tahap badan kita merasa lesu dan tidak bermaya untuk
melakukan perkejaan. Maka, doktorlah tempat kita akan merujuk. Ada peribahasa
menyatakan bahawa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kita jangan menjadi orang
yang sedemikian.

Masalah-masalah yang kita bincangkan sebentar tadi, kita dapat selesaikan atau
meneutralkan balik tentang masalah makanan tersebut. Salah satu cara untuk
menyelesaikan masalah tersebut dengan menaik taraf sistem kawalan berkenaan makanan
di negara kita. Tambahan pula, pelaksanaan ini dapat membuka peluang pekerjaan kepada
warganegara Malaysia untuk mencari rezeki. Pengambilan pekerjaan dalam bidang ini juga
perlu diberi perhatian kerana mereka bakal memberi kesan kepada pelanggan sama ada
jatuh sakit atau sihat. Sistem ini amat penting dan merupakan perkara perdana untuk
keselamatan makanan. Salah satu cara untuk menaik taraf sistem kawalan makanan di
negara kita ialah membuat pemeriksaan lebih terperinci terhadap semua kedai runcit, kedai
kecil-kecilan atau restoran tentang makanan sumbernya datang dari mana. Di samping itu,
setiap peniaga perlu mempunyai sijil atau lesen yang sah untuk menjual makanan yang
segar. Orang-orang tua pernah berkata, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada
berguna. Sesungguhnya, menaiktaraf sistem kawalan berkenaan dengan makanan dapat
menyelesaikan masalah makanan.

Konklusinya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya tetapi bergantung kepada


komitmen kita sama ada bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan atau sebaliknya. Bagi
menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan skop yang besar, semua pihat perlu
berganding bahu untuk menyelesaikan perkara tersebut umpama bersatu kita teguh, becerai
kita roboh. Kita perlu mengambil iktibar daripada perkara yang lepas agar masa hadapan
tidak berlaku lagi. Musnahkan benteng yang menahan kita daripada menyelesaikan masalah
makanan dan membuat tindakan yang sewajarnya kepada golongan tersebut.

si-isi.

1.      Punca-punca keracunan makanan.


-          Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti punca.
-          Makanan yang terdedah kepada kekotoran
-          Makanan yang sudah basi dijual semula
-          Makanan yang terdedah kepada serangga pembiak penyakit.

2.      Golongan yang terdedah kepada keracunan makanan ialah pelajar-pelajar sekolah.


-          Pelajar mudah terpedaya dengan harga murah
-          Badan mereka tiada ketahanan yang kukuh.
-          Pengusaha kantin menjual barangan yang sudah habis tempoh.

3.      Jenis-jenis makanan yang mudah tercemar.


-          Makanan-makanan yang berlemak seperti susu, daging dan ikan
-          Makanan dalam tin / makanan yang basah dan berair
-          Makanan yang disembur dengan racun secara sengaja / tidak sengaja.
-          Sayuran-sayuran yang dihasilkan oleh petani yang menggunakan racun yang berlebihan

4.      Kesan-kesan keracunan makan kepada pelajar.


-          Kesan awal – muntah-muntah, pening dan cirit-birit.
-          Kesan kritikal –  demam, tidak bermaya, tidak selesa, kurang air dalam badan dan kelesuan
-          Kesan tanpa disedari – penyakit-penyakit kanser.

5.      Langkah-langkah mengawal berlakunya keracunan di kalangan pelajar


-          Menguatkuasakan peraturan kantin.
-          Kesedaran memilih makanan.
-          Denda kepada mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Makanan 1983.

Penutup
-          Pelajar-pelajar perlu berwaspada
-          Ibu bapa perlu memastikan makanan yang dimakan anak berkeadaan bersih
-          Pengusaha kantin mestilah bertanggungjawab.

APAKAH KESAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN ?

* Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

* Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau
kronik.

* Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit
hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan tekanan
darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.

* Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk
jantung, sawan dan juga koma. Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke
dalam darah dan merebak ke seluruh badan.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KARACUNAN MAKANAN ?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

* Sentiasa menjaga kebersihan.


- Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-
haiwan yang lain.

* Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.


- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak.
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.

* Sentiasa masak dengan sempurna.


- Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.
- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.

* Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.


- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk.

* Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.


- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

* Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. - Hindari dari gerai atau kedai makan
yang kotor.

Anda mungkin juga menyukai