Pada pagi yang indah ini, sekali lagi kita berhimpun untuk sama-sama menyambut
pelancaran Hari Kemerdekaan Negara kita yang Ke 60. Tema sambutan perayaan
Kemerdekan negara kita pada tahun ini ialah NEGARAKU.... SEHATI SEJIWA .
Kami selaku pengacara majlis pada pagi ini, , mengalu-alukan seluruh warga Sekolah
wawasan atas kesudiaan untuk sama-sama menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan kepada __________ diatas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga perjalanan majlis kita pada hari ini berjalan lancar serta mendapat Rahmat dan
Keberkatan dariNya.
Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Nyanyian Lagu Negeri
Selangor, lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Diminta supaya para hadirin berdiri
tegak.
Terima kasih diatas nyanyian lagu sebentar tadi. Majlis mempersilakan para
hadirin untuk duduk.
( Jika murid tidak duduk, ulang Majlis mempersilakan para hadirin untuk duduk )
Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan,
Puan Mohana Vahthini, wakil guru dari SJK(T) Tun Sambanthan untuk membacakan teks
Perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sedarlah..
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemala kita terjunjung selaut ikrar,
Melunas sumpah, menunai janji
Ayuhlah,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan,
Lupakan beza lebihkan menerima,
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan seiringan,
Kita melangkah sehaluan,
1 suara, 1 harapan, 1 impian,
1 Malaysia
Acara pertama pada pagi ini adalah Pertandingan Mewarna untuk murid-murid
Pra-Sekolah serta murid-murid tahap satu dan serentak dengan itu akan berlangsung
Pertandingan Melukis bagi murid-murid tahap dua. Dengan ini, majlis mempersilakan,
En Mohd Fauzi Bin Ahamad untuk mengendalikan Pertandingan tersebut. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis diterusnya lagi dengan acara Tanyangan Video Kemerdekaan yang bertajuk
Sarjan Hassan. Rakan-rakan diminta supaya menumpukan perhatian pada tayangan
video ini dan menjawab soalan-soalan pada kertas yang diedarkan.
Penutup :
Alhamdulillah, majlis kita pada hari ini hampir kepada penghujungnya. Selepas
ini kita akan sama-sama menyanyikan lagu tema Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 53
iaitu 1 Malaysia diikuti dengan laugan Kemerdekaan yang diketuai oleh Almarhum
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melalui rakaman audio. Para hadirin diminta berdiri
tegak.