Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN SEBUAH KEMALANGAN JALAN RAYA:-

Tarikh: 7 Februari 2012 Masa : 1 Tengah Hari Lokasi : Gombak

Hampir setiap hari kita mendengar tentang kemalangan jalan raya. Kemalangan ini mengakibatkan banyak nyawa terkorban.Pada 7 Februari 2012 yang lalu,kira-kira jam 1 tengah hari,satu kemalangan jiwa telah berlaku,kemalangan yang melibatkan sepasang adik beradik mati akibat dirempuh oleh sebuah lori sampah yang dipercayai hilang kawalan akibat kerosakan brek.Kemalangan yang melibatkan Rezzall Nur Shairi Nasaruddin,21,dan adiknya Farouk Nur Shahrin,18,yang dipercayai menunggang motosikal berkonvoi bersama tujuh lagi rakan lain yang dalam perjalanan untuk ke Komplek Renang Sri Siantan,Selayang.Kejadian ini dipercayai berpunca dari lori sampah yang hilang kawalan selepas mengalami masalah brek menyebabkan ia merempuh sebuah sebuah lori `ais satu tan sebelum merempuh motosikal mangsa yang baru keluar dari stesyen minyak berhampiran dan telah meragut nyawa sepasang adik beradik tersebut.Justeru itu,kita dinasihatkan supaya memandu atau menunggang kenderaan dengan lebih berhati- hati serta memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perjalanan agar kejadian-kejadian seperti ini yang melibatkan kemalangan jiwa dan harta benda dapat diatasi.Kita juga dinasihat agar jangan memandu melebihi had umur kerana ia juga merupakan salah satu punca yang boleh mengakibatkan kemalangan.Ini kerana faktor usia ini menyebabkan penglihatan dan pendengaran seseorang kurang awas terhadap sesuatu benda dan amat merbahaya kepada pemandu- pemandu yang lain. Kesimpulannya, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap manusia dan pengguna jalan raya itu sendiri.Oleh itu,kerajaan patut mengetatkan undang-undang jalan raya untuk kepentungan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai