Anda di halaman 1dari 3

Antara punca yang menyebabkan remaja merokok ialah naluri ingin mencuba sesuatu

yang baru tanpa mengira kesannya. Mereka merasakan tak kenal maka tak
cinta. Dengan yang demikian mereka akan mula berjinak-jinak dengan rokok dari
sebatang menjadi dua, tiga dan seterusnya menjadi satu kotak dan akhirnya menjadi
amalan akibat ketagih. Mereka juga melakukan perkara itu untuk kelihatan lebih matang
di mata kumpulan mereka dan teman wanita mereka. Mereka juga berbuat demikian untuk
terus bertahan dalam sesebuah kumpulan dan tidak tersisih daripada rakan sebayanya.

Faktor rakan sebaya juga merupakan faktor murid terlibat dengan vape. Jersild (1978)
yang menyatakan bahawa penerimaan rakan sebaya dalam kumpulan akan menunjukkan
penghargaan ke atas diri pelajar tersebut. Mereka akan sedaya upaya mendapat
perhatian daripada rakan-rakan sebaya mereka atau ahli-ahli dalam kumpulan mereka.
Untuk tetap bertahan, maka mereka terpaksa melakukan sesuatu yang menjadi kelaziman
dalam kumpulan itu. Merokok sebagai satu kelaziman menjadi tabiat bagi mereka setelah
sekian lama melakukannya seperti kata pepatah alah bisa tegal biasa. Dengan berbuat
demikian mereka akan tetap dianggap sebagai ahli kumpulan yang setia. Oleh Itu, jika
individu pelajar bercampur dengan kumpulan pelajar yang merokok di sekolah,
kemungkinan untuk pelajar turut terlibat dengan salah laku tersebut adalah tinggi.
Lazimnya, tabiat vape ini bermula secara suka-suka. Pengaruh rakan sebaya banyak
mempengaruhi seseorang seperti ramai terpengaruh dengan ajakan kawan untuk
mencuba merokok.

Sementara itu faktor keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam gejala ini.
Faktor ini jarang disedari namun ia meresap dalam jiwa remaja secara perlahan yang
mana akhirnya membawa kepada kelaziman. Ramai penjaga atau ibu bapa yang merokok
di khalayak anak-anak mereka, tanpa menyedari bahawa perbuatan mereka itu menjadi
perhatian dan tumpuan anak-anak yang masih remaja. Perbuatan ibu bapa yang menjadi
ketua dan kepala keluarga sering menjadi ikutan dan teladan kerana mereka adalah 'role
model' atau contoh bagi anak-anak. Keadaan ini sesuai digambarkan dengan
peribahasa bapa borek anak rintik. Dengan yang demikian tabiat merokok sudah pasti
lambat laun akan menjadi ikutan mereka.
Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, penggunaan rokok elektronik semakin luas
diguna pakai tanpa mengira umur dan jantina. Situasi ini jelas terbukti apabila pada hari ini
kita dapat menyaksikan pelbagai isu berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik acap kali
terpampang di rubik-rubik akhbar tempatan. Selanjutnya, rokok elektronik dicipta untuk
mengurangkan risiko kesihatan terhadap penggunaan rokok tembakau. Namun demikian,
rokok elektronik juga terdapat kesan keburukan. Hakikatnya, masalah perlu diatasi dengan
segera kerana penggunaan rokok elektronik ini mampu mendatangkan implikasi buruk
kepada masyarakat. Rentetan itu, kita perlu mengenal pasti kesan penggunaan tersebut agar
langkah yang drastik dapat kita lakukan menyelesaikan masalah yang akan datang.
Persoalannya, apakah kesan buruk penggunaan rokok elektronik pada masa kini? Segala
persoalan akan dibincang secara terperinci sehingga akar umbinya kerana “genggam baru
api biarlah sampai jadi arang”.

Salah satu kesan buruk penggunaan rokok elektronik ialah kesihatan akan
menghadapi masalah. Hal ini demikian kerana rokok elektronik terdapat beberapa bahan
kimia seperti tar, karbon monoksida, nikotin dan lain-lain bahan yang berbahaya. Nikotin
berfungsi sebagai agen yang menyebabkan ketagihan. Rokok elektronik menghasilkan asap
atau wap yang banyak dan mungkin mengganggu orang sekitar pengguna. Sebahagian orang
berasa menghisap rokok elektronik boleh membantu dengan keluar ketagihan. Namun, rokok
elektronik mengandungi nikotin dengan kuantiti yang lebih banyak daripada rokok biasa.
Walaupun pengguna memilih cecair vape yang tiada nikotin, tetapi sesetengah syarikat tidak
mengikuti peraturan, syarikat yang tertentu menawarkan cecair vape yang mengandungi
nikotin, menjadi pengguna sukar untuk mengatasi ketagihan kepada nikotin. Selain itu,
pengguna tidak akan tahu berapa banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak
berbahaya. Ini kerana jika kita menghisap rokok sebenar, kita akan berhenti semasa abu
rokok sudah habis, tetapi rokok elektronik tidak akan begitu.

Selain itu, rokok elektronik masih adalah diharamkan di banyak negara yang maju
termasuk negara Malaysia. Ia dilanggarkan peraturan kerajaan mengenai rokok elektronik.
Kita sukar untuk tahu sama ada pendekatan dan kualiti rokok elektronik adalah baik atau tidak.
Hal ini demikian kerana rokok itu masih tidak diluluskan oleh FDA (Pentadbiran makanan dan
perubatan). Hal ini juga kerana tiada tarikh yang tertentu untuk mengenai perubahan.
Walaupun sesetengah negara maju telah memperkenalkan undang-undang yang baru
terhadap penjualan rokok elektronik, tetapi sebahagian peraturan mungkin akan mengubah
pada masa yang akan datang.

Seterusnya, rokok elektronk juga mempunyai kesan sampingan seperti dehidrasi.


Propelin glycol dalam e-cecair boleh menyerap dan menyimpan air, membawa kepada
dehidrasi. Sesetengah pengguna juga mungkin alah kepada glycol propelin. Satu kajian
mendapati bahawa pengguna rokok elektronik menyebabkan kesan akut pulmonari selepas
pengguna selama hanya lima minit, walaupun kajian penulis menegaskan bahawa kesan-
kesan ini mungkin tidak kepentingan klinikal. Hal ini berlaku kerana pengguna purata yang
dijangka asap rokok elektronik yang berkali-kali sehari, hal ini mungkin meningkatkan risiko.
Setakat ini tiada bukti klinikal saintifik yang dapat mengesahkan bahawa rokok elektronik
memudaratkan kesihatan.

Akhir sekali, rokok elektronik berisiko letupan bateri yang tinggi terutamayna rokok
elektronik yang kurang berkualiti. Terdapat beberapa laporan daripada bateri letupan
disebabkan oleh sumber-sumber yand belum disahkan rokok elektronik. Menggunakan mana-
mana bateri termasuk telefon bimbit, bateri kereta atau komputer adalah berisiko tinggi. Bateri
boleh melutup pada bila-bila masa walaupun ketika menggunakan sebuah rokok elektronik.
Pengguna perlu mempertimbangkan kemungkin letupan bateri ketika menilai rokok elektronik
ini kerana tidak akan .

Kesimpulan, terdapat banyak kesan buruk penggunaan rokok elektronik. Apabila


bandingkan kebaikan dan keburukan, keburukan adalah lebih banyak daripada lebih kebaikan
pada penggunaan rokok elektronik. Kerajaan perlu mengehadkan umur minimum pengguna
yang boleh menggunakan rokok elektronik. Pengguna perlu mendapatkan nasihat sebelum
menggunakan rokok elektronik dan mengawal masa untuk menghisap rokok elektronik. Jika
mereka “Genggam bara api, biar sampai jadi arang”, jadi kes-kes buruk bahawa rokok
elektronik dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai