Anda di halaman 1dari 26

FACULTY OF EDUCATION AND SOCIAL SCIENCES

SEMESTER MEI / 2018

HBHE 2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NO. MATRIKS : 870305526046001


NO. KAD PENGNEALAN : 870305526046
NO. TELEFON : 014 6885726
E-MEL : clkp87@hotmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTRE
Bil Perkara Mukasurat
1.0 Pengenalan 1
1.1 Rokok Elektronik/Vape 2
1.2 Kandungan Utama Rokok Vape 2
2.0 1.0 Isu-isu Rokok Elektronik atau Vape 5
3.0 Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Diri, Keluarga dan 7
Masyarakat di Malaysia
3.1 Kesan Terhadap Kesihatan Diri 7
3.2 Kesan Terhadap Keluarga 9
3.3 Kesan Terhadap Masyarakat di Malaysia 10
4.0 Cara-cara Mempromosikan Kempen Kesedaran Keburukan Vape 13
5.0 Sipnosis Situasi Kegagalan Rasa Hormat dalam Keluarga 14
6.0 Perasaan Semasa Konflik 15
7.0 Faktor Berlakunya Konflik Dalam Keluarga 16
8.0 Cara Yang Betul Menangani Situasi 18
9.0 Perubahan Amalan Komunikasi Positif Dan Imej Kendiri Yang 20
Lebih Baik
10 Penutup 23
11 Rujukan 24
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan

Remaja atau kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan trend
semasa. Kecenderungan mereka untuk mengikut apa yang trending adalah sangat tinggi.
Contohnya, gejala Tiktok pada zaman kini adalah sangat membimbangkan kerana
kebanyakan kandungannya adalah tidak bermanfaat. Remaja mahupun kanak-kanak akan
membuat video untuk membuat menyahut challenge yang disebarkan oleh rakan-rakan.
Begitu juga dengan rokok elektronik atau juga dikenali sebagai vape atau vapor yang
semakin popular dalam kalangan muda mudi. Pada era globalisasi ini, pengunaan rokok
elektronik semakin luas diguna pakai tanpa mengira umur dan jantina. Vape telah
menjadi fenomena sejak beberapa tahun yang lalu, kini semakin popular di kalangan
murid sekolah rendah. Aliran semasa penggunaan vape disebarkan secara meluas melalui
media sosial.Penggunaan vape dalam kalangan murid sekolah semakin membimbangkan
apabila penggunaan vape mula meningkat dalam kalangan kanak-kanak. Reka bentuk
seperti USB dan jam tangan membolehkan vape diseludup serta menyukarkan pihak
sekolah untuk mengesannya. Ada juga semakin berani dan tiada lagi segan silu
menghembuskan asap rokok elektronik di khalayak awam atau sejengkal dari pagar
sekolah.

Kajian TECMA 2016 (Tobacco & E-cigarette Survey Among Malaysian


Adolescents survey) menunjukkan 300 ribu pelajar sekolah di Malaysia merupakan
pengguna rokok elektronik dan 50 ribu daripadanya adalah pelajar perempuan. Statistik
ini sangat menakutkan dan negara jiran termasuk Singapura, Brunei dan Thailand telah
mengharamkan penjualan rokok elektronik di Negara mereka. Rokok elektronik atau
Vape bukan sekadar wap air berperisa, ia mengandungi nikotin yang menyebabkan
ketagihan. Pendedahan nikotin kepada otak pelajar menyebabkan gangguan kepada
perkembangan otak. Selain itu, remaja atau kanak-kanak yang telah terjerat dengan
ketagihan nikotin berisiko untuk terjebak dengan ketagihan dadah lain. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun mengeluarkan pekeliling untuk
mengharamkan penggunaan vape di kawasan sekolah dan juga larangan penjualan
kepada kanak-kanak dan pelajar sekolah. Pekeliling tersebut dipanjangkan melalui PPD
ke sekolah dan seterusnya kepada penyelaras Program Pendidikan Pencegahan Dadah
sekolah untuk pelaksanaan seterusnya.

1
1.1 Rokok Elektronik/Vape

Vape terdiri daripada 3 komponen utamanya iaitu bateri, atomiser dan katrij.
Katrij vape terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk
menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya
mengandungi bahan seperti glycerine dan propylene glycol. Selain itu, bahan
pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis
cecair vape. Cecair itu akan dipanaskan menggunakan elemen pemanas dalam
vape, seterusnya menghasilkan wap cecair untuk disedut. Namun, kandungan
cecair dalam vape ini dikhuatiri berpotensi membawa kemudaratan kepada
kesihatan pengguna terutamanya kanak-kanak kerana sedutan wap cecair dengan
isi kandungan dalam cecair vape boleh mengganggu fungsi paru-paru manusia
dalam pertukaran gas. Bagi peranti yang mengandungi nikotin, kesannya sama
dengan rokok termasuk menyebabkan ketagihan. Insiden pengambilan dos nikotin
berlebihan boleh berlaku apabila akibat penggunaan vape kerana cecair nikotin
yang disediakan tidak dipantau selia kepekatan dan kekuatannya.

Komponen utama rokok elektronik atau juga dikenali sebagai Vape

1.2 Kandungan Utama Rokok Elektronik


1.2.1 Nikotin
Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu
sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan
kebergantungan fisiologi certa dorongan yang kuat untuk menggunakan
tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin

2
diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada
nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah
peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan
kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain itu, nikotin boleh
menggalakkan pembekuan darah (Schaller  et al, 2013) dan boleh
menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan
mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz,
2009). Melalui beberapa análisis sampel cecair rökok elektronik secara
rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat
kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga
4mg dalan 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol yang mengandungi 25ml
cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100mg nikotin.
Nikotin serendah 2 mg Sudan boleh menyebabkan gangguan pada perut
dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih
teruk, antaranya sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras
sekurang-kurangnya 40mg boleh menyebabkan kematian.

1.2.2 Propylene Clycol (PG)


PG boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.
Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi
kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wielander et al 2001,
Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan
penyakit asma (Choi et al 2010). Kajan ini menyokong bahawa menyedut
PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG
apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan
formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahanyang boleh
menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan
formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika
mengewap PG (Jensen et al, 2015)

3
1.2.3 Glycerin
Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di
dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut
gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka
panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah
produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Menurut MSDS,
Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika
terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan
berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.

1.2.4 Bahan Perisa


Berjenis-jenis bahan perish digunakan di pasaran. Kebanyakan  pengguna
beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. kajian
in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok
elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan
kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di
kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang
mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti
yang tinggi.

4
2.0 Isu-isu Rokok Elektronik atau Vape

Kebanyakan alasan yang diberikan semasa kajian dibuat adalah orang ramai menganggap
rokok elektronik ini adalah tidak membahayakan seperti rokok sebenar dan ia boleh
digunakan sebagai pengganti rawatan merokok. Orang ramai terutamanya dewasa
menganggap rokok elektronik ini boleh digunakan untuk membantu mereka
menghilangkan rasa merokok secara beransur-ansur. Namun, mereka tidak mengetahui
bahawa kandungan di dalam rokok elektronik ini juga sangat membahayakan. Ramai
pengguna menganggap vape sesuai untuk digunakan sebagai alternative untuk
mengurangkan ketagihan nikotin. Namun begitu, semua itu cumalah andaian semata-mata
kerana menurut kajian yang dibuat oleh Bullen et al. 2013, Kajian beliau menunjukkan
bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada
kelebihan penggunaan rokok elektronik di dalam kejayaan untuk berhenti merokok,
malah, pengguna juga akan terdedah kepada kesan sampingan. Terdapat banyak kesan
vape kepada kesihatan seseorang. Kesan-kesan tersebut akan dibincangkan oleh saya
dalam isi seterusnya.

Selain itu, rokok elektronik atau vape juga menyebabkan perokok yang pada
awalnya ingin berhenti merokok menjadi Dual User iaitu merokok dan menghisap vape.
Kedua-duanya telah dibuktikan membahayakan kesihatan dan vape ini menjadi sesuatu
mainan baru kepada perokok-perokok tegar yang saling beralih dari rokok sebenar kepada
rokok elektronik. Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik
menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat
kebergantungan kepada nikotin (Al-Delaimy et al. 2015). Oleh itu, rokok elektronik tidak
dapat membantu perokok untuk berhenti daripada merokok kerana unsur nikotin dalam
kedua-dua rokok. Pengguna akan kembali merokok apabila timbul perasaan ketagihan
yang kuat akibat stress atau stimulasi yang lain, atau apabila rokok elektronik tidak boleh
didapati (Pokhrel et al. 2015). Akhirnya, mereka akan menjadi ‘dual user’ iaitu perokok
akan menggunakan kedua-dua rokok dan rokok elektronik (Al-Delaimy et al. 2015)

Seterusnya, yang paling menakutkan adalah golongan remaja dan kanak-kanak


yang sebelum ini bukan perokok menjadi ketagihan dan akhirnya menjadi perokok. Sebab
utama remaja atau kanak-kanak terjebak dengan vaping ini adalah disebabkan pengaruh
rakan sebaya yang semakin tidak terkawal oleh ibubapa. Ada yang tertekan dengan

5
pujukan rakan dan seterusnya menjadi perokok. Kajian telah menunjukkan rokok
elektronik dan vape merupakan satu ‘gateway’ untuk golongan kanak-kanak memulakan
tabiat merokok (Primack et al. 2015, Leventhal et al. 2015). Pada pendapat saya, kanak-
kanak ingin merasai dan rasa bergaya seperti dewasa di mana ia adalah lumrah pada
peringkat umur itu. Kebanyakan remaja yang mencuba-cuba Vape bukanlah perokok
yang ingin merokok, sebaliknya mereka ingin mencuba-cuba sesuatu benda yang baru
yang dianggap seronok (Hughes et al. 2015). Tambahan pula, kajian Bunnel et al. 2015
menunjukkan remaja yang menggunakan rokok elektronik adalah berisiko untuk menukar
kepada tabiat merokok jika dibandingkan dengan remaja yang tidak merokok. Semua ini
mengambarkan risiko rokok elektronik kepada pemuda pemudi yang akan menerajui
kepimpinan Negara pada suatu hari nanti. Dan lebih membimbangkan lagi, kajian
TECMA pada tahun 2015, 50 ribu daripada 300 ribu perokok elektronik adalah daripada
golongan wanita. Kita juga boleh memerhatikan semakin banyak video yang berani di
media sosial di Malaysia yang menunjukkan ramai golongan wanita yang mula mencuba
vaping secara terbuka. Perbuatan mereka ini tidak berasa bersalah ataupun malu
meskipun melakukan aksi merokok seperti lelaki.

Akhir sekali, perokok-perokok ini akan mendapatkan kelainan dalam bahan-bahan


rokok ini untuk mendapatkan keseronokan yang berbeza. Perokok-perokok ini akan cuba
menyalahgunakan peranti Vape ini untuk menghisap dadah terlarang. Sejurus selepas
mereka cuba menghisap dadah terlarang ini, mereka akan ketagih dan mula mencari rakan
lain untuk berkongsi. Baru-baru ini media berita menunjukkan bahawa cecair elektronik
untuk vape yang mengandungi Ganja boleh didapati di pasaran. Ujian makmal telah
mengesahkan bahawa adanya kandungan Cannabidiol dan Cannabinol (Ganja). Vape
sememangnya boleh digunakan untuk mewapkan apa-apa dadah yang boleh dilarutkan di
dalam Propylene Glycol seperti Ecstasy, MDA, MDMA, amphetamines,
methamphetamines, heroin, codeine, Percocet, acid dan sebagainya. Di Amerika Syarikat,
7.6% mereka yang mengambil ganja, menggunakan peranti vape untuk menghisapnya
(Schauer et al. 2015) dan penggunaan ini semakin popular di kalangan remaja dan pelajar
sekolah (Morean et al. 2015). Di Malaysia pula, laporan akhbar KOSMO mendapati
cecair rokok elektronik mengandungi ganja. Kandungan ganja diuji di makmal Institut
Sultan Zainal Abidin, Terengganu pada November 2015. Pada Disember 2015, Pasukan
Khas Taktikal Persisikan Narkotik (STING) telah merampas 214 botol cecair vape
mengandungi ganja.

6
3.0 Kesan Merokok Terhadap Kesihatan Diri, Keluarga dan Masyarakat di Malaysia

Tabiat menghisap vape dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya murid sekolah adalah
gejala yang menggusarkan guru dan ibu bapa. Tambahan pula, cecair vape yang
mengandungi nikotin bukan saja boleh menyebabkan ketagihan, malah boleh
membahayakan kesihatan kanak-kanak apabila dos berlebihan diambil. Oleh itu, saya
ingin mengupas beberapa kesan merokok vape ini kepada kesihatan seseorang, keluarga
dan masyarakat.

3.1 Kesan Terhadap Kesihatan Diri

Rokok elektronik mengandungi beberapa bahan kimia seperti tar, karbon


monoksida, nikotin dan lain-lain bahan yang berbahaya. Nikotin berfungsi sebagai
agen yang menyebabkan ketagihan. Nikotin yang terkandung dalam rokok elektronik
akan menyebabkan tubuh seseorang itu merasakan perasaan sensasi yang amat
menyenangkan dan adakalanya menghairahkan sehingga mereka ingin melakukannya
berulang kali. Jika ditelusuri, para remaja pada masa ini cenderung untuk
menggunakan rokok elektronik kerana salah satunya tujuannya adalah untuk
melepaskan tekanan dan rasa ingin cuba yang tinggi. Perkara yang dibimbangkan
ialah jika para remaja ini tidak dikawal,perkara budaya hedonisme dan liberalisme
mungkin akan menular dalam jiwa mereka. Lebih serius lagi, cecair vape yang
mempunyai paras nikotin yang tinggi boleh menyebabkan kematian. Menurut kajian
yang dilakukan oleh National Academies Press(NAP) pada 2018, nikotin yang
terkandung di dalam cecair isian vape ini boleh melajukan degupan jantung. Selain
itu, pengambilannya juga boleh meningkatkan tekanan darah. Sebahagian orang
berasa menghisap rokok elektronik boleh membantu dengan keluar ketagihan.
Namun, rokok elektronik mengandungi nikotin dengan kuantiti yang lebih banyak
daripada rokok biasa. Walaupun pengguna memilih cecair vape yang tiada nikotin,
tetapi sesetengah syarikat tidak mengikuti peraturan, syarikat yang tertentu
menawarkan cecair vape yang mengandungi nikotin, menjadi pengguna sukar untuk
mengatasi ketagihan kepada nikotin. Selain itu, pengguna tidak akan tahu berapa
banyak wap nikotin mereka telah sedut yang agak berbahaya. Ini kerana jika kita
menghisap rokok sebenar, kita akan berhenti semasa abu rokok sudah habis, tetapi
rokok elektronik tidak akan begitu.

7
Selain itu, rokok elektronik juga mempunyai kesan sampingan seperti dehidrasi.
Propelin glycol dalam e-cecair boleh menyerap dan menyimpan air, menyebabkan
dehidrasi. Tambahan pula dengan tabiat perokok yang tiada kebiasaan minum air.
Lama-kelamaan akan mengakibatkan kerosakan pundi kencing dan ginjal. Tambahan
pula, sesetengah pengguna juga mungkin mempunyai kealahan kepada glycol
propelin. Satu kajian mendapati bahawa pengguna rokok elektronik menyebabkan
kesan akut pulmonari selepas pengguna selama hanya lima minit, walaupun kajian
penulis menegaskan bahawa kesan-kesan ini mungkin tidak kepentingan klinikal. Hal
ini berlaku kerana pengguna secara puratanya dijangka menyedut asap rokok
elektronik yang berkali-kali sehari, hal ini mungkin meningkatkan risiko. Namun
begitu, setakat kini tiada bukti klinikal saintifik yang dapat mengesahkan bahawa
rokok elektronik memudaratkan kesihatan.

Di samping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut mendedahkan bahawa


Vape akan menurunkan sistem imunisasi badan. Cecair vape yang mengandungi
pelbagai perisa menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi dan akan menyebabkan
sistem imunisasi badan menjadi lemah dan terdedah kepada jangkitan kuman atau
virus terutamanya pada waktu berbahaya macam sekarang iaitu virus COVID-19.
Bukan itu sahaja, badan akan diserang penyakit yang susah untuk pulih dan
menyebabkan seseorang itu tidak dapat menjalani kehidupan dengan baik. Terdapat
kajian juga menunjukkan kesan rokok elektronik ini akan menyebabkan masalah
kesihatan yang kronik seperti barah, kanser, ganguan usus dan lain-lain. Oleh itu, kita
tidak boleh memandang rendah dengan bahaya rokok elektronik ini dan haruslah
memantau murid-murid dan anak-anak kita daripada penggunaan vape ini.

Akhir sekali, terdapat banyak kes di mana rokok elektronik ini meletup dan
menyebabkan kecederaan yang serius kepada pengguna. Rokok elektronik ini
membahayakan dan mempunyai risiko letupan bateri yang tinggi terutamanya rokok
elektronik yang kurang berkualiti kerana ia murdah meletup kerana cepat panas.
Begitu juga dengan alat elektronik yang lain seperti telefon bimbit, bateri kereta atau
komputer. Namun, risiko untuk mendapat kecederaan serius lebih tinggi kerana rokok
elektronik akan dihisap di bahagian mulut. Kita tidak tahu bila bateri rokok eletronik
akan meletup dan apabila ia berlaku sudah terlambat. Oleh itu, pengguna perlu
mempertimbangkan kemungkinan letupan bateri ketika membeli rokok elektronik.

8
3.2 Kesan Terhadap Keluarga

Dari aspek keluarga pula, rokok elektronik boleh menyebabkan pembaziran


wang berlaku. Remaja atau kanak-kanak akan menggunakan wang saku ataupun
meminta duit daripada ibubapa untuk membeli pod vape dan juga katrij. Semua rokok
elektronik ini bukan percuma, ada yang mencecah ratusan ringgit dan pengguna
sanggup untuk membelinya kerana pembeliannya hanya sekali sahaja dan jika cecair
nikotin di dalam gadjet tersebut sudah habis maka mereka hanya perlu membeli cecair
tersebut sahaja. Horizon perspektif pengguna rokok elektronik atau vape ini biasanya
akan menganggap rokok biasa lebih mahal harganya kerana pengenaan cukai terhadap
barangan tembakau ini. Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa seseorang yang
berfikiran waras dan jauh tidak akan menggunakan wang ringgit pada jalan yang
membawa kepada pembaziran apatah lagi pembaziran yang secara berkala ini
sebaliknya menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah demi menjamin masa
depan diri dan keluarga. Misalnya, seseorang yang ketagih terhadap rokok elektronik
diramal mampu membelanjakan duit untuk membeli gadjet ini bermula daripada RM
100 ke atas sehinggalah ribuan ringgit. Bagi cecairnya pula, jika jenis tempatan
harganya dalam lingkungan RM 25 hingga RM 30 manakala cecair import pula
harganya antara RM 90 hingga RM 100. Maka anggaran kos paling minimum bagi
seseorang itu membeli gadjet ini lengkap dengan aksesorinya adalah berjumlah RM
200 manakala maksimum boleh mencecah kepada RM 1500 per seorang. Itu baru
seorang, jika puluhan ribu manusia yang menggunakannya,gejala pembaziran akan
terus meningkat. Dalam konteks, adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk
membeli rokok elektronik itu disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang lebih
memerlukan atau boleh dijadikan modal untuk membuka perniagaan bagi menambah
pendapatan bulanan. Pembelian gadjet ini dikatakan suatu pembaziran kerana
kenikmatan yang mereka alami hanyalah sementara sahaja sama seperti merokok. Jika
masyarakat pada hari ini terus melabur wang mereka ke arah pembaziran, hal ini akan
mempengaruhi gaya hidup generasi yang akan datang kerana Imam Al-Ghazali
pernah berkata,bagaimana bentuk pemuda masa ini,itulah bentuk masyarakat akan
datang. Oleh itu, pembelian vape ini sememangnya indah khabar dari rupa kerana
menggalakkan aktiviti pembaziran bukannya agen penyembuhan.

9
Selain itu, sekiranya seseorang itu menghisap vape, tidak semua wap atau
vape yang dihisapkan oleh seseorang itu masuk ke dalam paru-parunya. Nikotin dan
sebahagian besar wap tersebut, serta bahan-bahan kimia di dalamnya akan dihembus
keluar. Oleh yang demikian, orang yang berada di sekeliling boleh turut sama
menghisap bahan kimia yang bada di udara persekitaran. Nikotin tersebut akan
menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung dan mengganggu proses perkembangan
bayi di dalam kandungan (Maritz et al. 2009). Kanak-kanak pula kemungkinan
mengalami kerencatan pertumbuhan otak. Antara komplikasi yang mungkin dihadapi
oleh si ibu adalah kelahiran pramatang, keguguran, gangguan pernafasan, kecacatan
dan mungkin mengakibatkan SIDS iaitu Sudden Infant Death Syndrome. Oleh itu,
sesiapa ahli keluarga yang menghisap vape akan merisikokan semua ahli keluarganya.
Kajian menunjukkan pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya
kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak dan berisiko untuk
mencuba bahan-bahan terlarang yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah (Yuan
et al. 2015).

3.3 Kesan Terhadap Masyarakat

Dalam aspek masyarakat pula, penggunaan rokok elektronik yang tidak


terkawal menimbulkan rasa tidak senang kepada masyarakat sekeliling. Hal ini
demikian kerana sesetengah pengguna vape khususnya golongan remaja berasa
bangga meniup asap palsu tersebut tidak mengira tempat dan waktu kerana tiada
larangan menghisap vape dikuatkuasakan. Perbuatan ini menyebabkan orang di
sekeliling berasa tidak selesa dan ternganggu dengan wap-wap air tersebut.
Hakikatnya, bukan semua manusia menyukai rokok elektrobik atau vape, maka para
pengguna gadjet ini perlu memikirkan perasaan orang yang berada di sekeliling
mereka kerana asap vape yang dilepaskan ke udara akan menganggu ketenteraman
awam lebih lebih lagi di tempat tumpuan orang ramai seperti restoran, pusat beli-
belah, taman rekreasi dan tempat tumpuan pelancong asking. Meskipun ada dalam
kalangan masyarakat yang menyokong aktiviti tersebut dengan alasan kurang
memudaratkan kesihatan berbanding rokok dan sebahagiannya tidak mengandungi
nikotin, namun kita haruslah menghormati orang di sekeliling kita kerana kita hidup
bukan seorang diri sahaja.

10
Selain itu, penggunaan rokok atau rape juga akan memberikan imej yang
negatif kepada Negara. Ia akan menjadi budaya liberal yang tidak sihat dan bukan lagi
menjadi alat untuk menggantikan rokok. Pelancong-pelancong asing yang melawat
Negara kita akan mendapat satu pandangan yang tidak baik terhadap Negara kita
apabila mereka terlihat remaja-remaja mahupun kanak-kanak yang menghisap rokok
elektronik secara terbuka. Malangnya, pada hari ini kita bukan sahaja melihat
golongan lelaki sahaja yang menghisap vape, tetapi golongan wanita yang terasa hebat
mengikuti trend yang tidak boleh ditinggalkan ini. Hal ini memperlihatkan bahawa
kaum wanita pada hari ini semakin luntur nilai kesantunan dan malu mereka. Menurut
pakar motivasi, Datuk Dr. Fadhilah Kamsah berkata bahawa kaum wanita sewajarnya
menyuburkan jiwa mereka dengan sifat malu dan kaum lelaki pula perlu disuburkan
dengan adab. Implikasinya, jika perasaan malu senipis kulit bawang, maka bermacam-
macam keburukan dan kemerosotan nilai adab dan akhlak boleh berlaku seperti kes di
atas. Oleh sebab itu, sememangnya sudah terang lagi bersuluh bahawa penggunaan
vape ini bertentangan dengan norma ketimuran dan kesantunan masyarakat tempatan.
Sebagai seseorang yang beragama dan berpegang kepada prinsip hidup yang murni
hendaklah dinilai dari sudut adab dan budaya.

Selain itu, semasa seseorang pengguna itu menghisap rokok elektronik,


sebahagian besar wap tersebut, serta bahan-bahan kimia di dalamnya akan dihembus
keluar. Orang yang berada di sekeliling boleh turut sama ‘menghisap’ bahan kimia
yang ada di udara persekitaran. Oleh itu prinsip ‘passive smoker’ seperti perokok
biasa juga boleh digunapakai dalam konteks rokok elektronik ini. Menurut Pegawai
Perubatan Pusat Saringan Kanser, Institut Kanser Negara, Dr. Dalillah Kamarudin
menyatakan bahawa proses pengewapan yang dihasilkan cecair nikotin di dalam
rokok elektronik mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Hal ini turut
diperkukuhkan lagi oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Helmi Yahya
yang menyatakan bahawa di dalam rokok elektronik terdapat nikotin dan apabila
dipanaskan melebihi lima volt, bahan tersebut akan bertukar menjadi pengawet.
Bahan pengawet inilah yang meningkatkan risiko atau kemungkinan penyakit kanser
dalam tubuh badan. Memang tidak dinafikan bahawa menghisap rokok elektronik
boleh mengurangkan gejala merokok namun selagi bahan berbahaya nikotin kekal
sabagai teras pembuatannya, nyawa dan kesihatan manusia masih dalam bahaya.

11
Natijahnya, pesakit kanser di seluruh dunia akan bertambah dan sukar untuk
dibendung. Oleh itu, sememangnya rokok elektronik akan menjejaskan keaadan
fisiologi seseorang manusia dari aspek kesihatan amnya.

4.0 Cara-cara Mempromosikan Kempen Kesedaran Keburukan Vape

Sekolah merupakan satu perkara asas bagi remaja dan kanak-kanak ibaratkan
rumah kedua. Di sekolahlah mereka menimba ilmu, dan di sekolah jugalah mereka
mendapat kawan. Selain daripada penyelaras program Pendidikan Pencegahan Dadah dan
juga Guru Penolong Kanan Hem, guru Pendidikan Kesihatan memainkan peranan yang
penting dalam memberi pendidikan yang betul tentang penggunaan vape. Pihak sekolah
perlu mengambil peluang sebagai agen untuk menyebarkan sedikit sebanyak tentang vape.
Pihak sekolah haruslah mengadakan program yang menceritakan kesan buruk menghisap
vape. Begitu juga guru Pendidikan Kesihatan, mereka perlulah mengambil peluang semasa
mengajar di kelas untuk memberi kesedaran dan risiko penggunaan vape secara formal
ataupun tidak formal. Untuk memberikan impak yang lebih mendalam dalam diri remaja,
pihak sekolah boleh menjemput pihak polis atau doktor yang sememangnya mempunyai
ilmu yang mendalam tentang bahayannya vape. Program ini sedikit sebanyak akan
menanam perasaan benci terhadap vape dalam diri remaja. Oleh itu, guru-guru memainkan
peranan yang penting dalam membanteras gejala vape.

Antara cara-cara lain untuk mempromosikan kempen kesedaran vape adalah


melalui Hari Terbuka dengan pameran-pameran anti dadah, rokok dan juga vape. Guru
pendidikan kesihatan atau guru lain haruslah mengambil peluang ini untuk memberi
kesedaran kepada ibubapa kerana ibu bapa sangat berperanan penting dalam membanteras
gejala ini. Hal ini demikian kerana ibu bapalah insan yang paling rapat dengan anak-anak
mereka. Oleh itu, demi membanteras gejala ini, guru-guru hendaklah bekerjasama dengan
ibu bapa untuk berusaha dengan memberikan sepenuh perhatian kepada anak-anak
mereka. Bagi sesetengah anak remaja, kasih sayang ibu bapa itu sangat penting dalam
hidup mereka. Jika mereka tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka, anak-
anak akan menagih perhatian daripada kawan-kawan mereka. Jika dilihatkan, menagih
perhatian kawan-kawan tidak memberi kesan yang sangat besar, namun, bagi anak yang
mempunyai kawan yang bersikat buruk, kemungkinan untuk mereka terjebat dengan
gejala vape sangat tinggi. Mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan-kawan dan ini

12
seterusnya meningkatkan lagi kes gejala vape. Oleh itu, guru-guru haruslah bekerjasama
dengan ibu bapa kerana jika ibu bapa bertanggungjawab memberikan sepenuh perhatian
dan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak mereka, kes gejala vape dapat dikurangkan.

Seterusnya, guru-guru haruslah memberi kesedaran kepada masyarakat


tempatan dengan mengadakan Kempen Anti dadah dan juga rokok dan menjemput
komuniti setempat untuk turut serta bagi memberi kesedaran peranan masyarakat dalam
membasmi gejala vape di kalangan murid. Kepekaan masyarakat merupakan salah satu
kunci untuk membanteras gejala tersebut daripada berleluasa. Hal ini demikian kerana
masyarakat yang peka akan gejala rokok vape ini akan cuba sedaya upaya untuk
menasihati dan menegur remaja yang menghisap vape di sekitar kawasan. Masyarakat
apabila mendapat kesedaran akan berikhtiar untuk bersepakat melakukan kempen atau
ceramah bagi menyebarkan tentang bahaya vape kepada komuniti setempat. Ahli keluarga
pula boleh bertindak sebagai agen untuk menyebarkan maklumat tentang risiko
penggunaan vape. Oleh itu, remaja yang menghisap vape di kawasan kejiranan tersebut
akan membuka mata dan mendapat kesedaran betapa bahayanya vape. Dengan itu, gejala
rokok vape dapat dibanteras.

13
5.0 Sipnosis Situasi Kegagalan Rasa Hormat dalam Keluarga

Dalam keluarga saya, terdapat 7 ahli keluarga termasuk saya. Saya merupakan anak
bongsu dalam keluarga. Kami semua hidup dengan damai dan tiada perbalahan
berlaku walaupun ahli keluarga kami ramai. Cuma kami semua jarang
berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan jurang umur adik beradik. Pada
setiap petang, ayah akan bersenam atau berkebun di halaman dan juga belakang
rumah. Hobi ayah saya adalah berkebun pada masa lapang terutamanya pada waktu
petang atau hujung minggu. Beliau akan mencabut rumput dan memangkas ranting-
ranting yang tidak diperlukan untuk menjaga kekemasan. Kebiasaannya, kami
berdua jarang berkomunikasi di rumah kerana kesibukan kerja ayah dan juga kerja
rumah yang melambak. Saya biasanya memilih untuk menghabiskan kerja rumah
dan mengulangkaji di dalam bilik bacaan untuk memantapkan pengetahuan saya.

Pada suatu petang, ayah sedang berkebun di halaman rumah seperti biasa
dan saya pula mengulangkaji pelajaran di bilik bacaan sebagai persediaan
menghadapi SPM. Semasa saya mengulangkaji pelajaran di dalam bilik bacaan,
saya telah menghidu bau asap yang tidak menyenangkan. Oleh itu, saya pun keluar
dari bilik bacaan ke ruang tamu dan mendapati rumah telah dimasuki kepulan asap
yang tebal, rupa-rupanya ayah saya sedang membakar rumput kering bersama
dengan sampah yang dikumpulnya. Tanpa berfikir panjang, saya telah keluar dari
rumah dan mencari ayah saya. Oleh kerana tidak tahan dengan kepulan asap
tersebut, saya telah menegur ayah saya dan ini telah menimbulkan kemarahan ayah
saya. Maka tercetuslah perbalahan antara saya dengan ayah kerana kami berdua
tidak dapat mengawal emosi ketika itu. Ibu terdengar lalu memisahkan saya
daripada ayah saya untuk meredakan situasi. Begitu bermulanya situasi saling tidak
menghormati dalam keluarga saya. Situasi ini telah menunjukkan akibat daripada
masalah komunikasi yang tidak berkesan dalam hubungan dalam keluarga.

14
6.0 Perasaan Yang Dihadapi Semasa Konflik

Melihat kepada situasi yang dihadapi oleh saya ini, menunjukkan kegagalan unsur
hormat dalam keluarga. Saling menghormati antara satu sama lain adalah asas
kepada institusi keluarga dan konteks hormat ini bukan sahaja ditujukan kepada
anak dengan ibu bapa sahaja tetapi juga mesti ditujukan dalam konteks ibu bapa
dengan anak juga. Maksudnya di sini bukan anak sahaja yang mesti menghormati
ibu bapa seperti yang sepatutnya, tetapi ibu bapa juga mesti menghormati anak
seperti yang sepatutnya. Melihat kepada konteks sebagai seorang remaja, setiap
individu mempunyai perbezaan antara konsep kendiri sebenar dan konsep kendiri
ideal. Perbezaan ini wujud disebabkan konsep kendiri sebenar ada kelemahan, maka
individu berkenaan akan membentuk satu konsep kendiri ideal yang sempurna
untuk dicapai. Dalam konteks remaja, jika kedua-dua konsep kendiri itu mempunyai
kolerasi yang tinggi, remaja berkenaan akan mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi, memandang diri dengan selesa dan menerima dirinnya sendiri. Sebaliknya
jika wujud perbezaan yang nyata dalam kendiri sebenar dan kendiri idealnya akan
timbul masalah kepada remaja berkenaan seperti penolakan kendiri yang
menghasilkan kecewa, sedih, bersalah dan hilang keyakinan diri serta hala tuju
dalam hidupnya. Dalam kes saya ini, tekanan semasa belajar telah bertukar menjadi
satu isu kerana kehendak saya untuk menginginkan suatu tempat belajar yang
kondusif dan setiap orang haruslah memberi laluan kepada saya. Oleh itu, saya telah
menegur ayah saya dengan cara yang tidak sopan menyebabkan kemarahan ayah
saya. Ayah telah meninggikan suara kepada saya apabila saya cuba memberitahu
tentang ketidakselesaan kehadiran asap tersebut dan ayah tidak tidak dengar apa
yang saya cuba sampaikan. Saya berasa sakit dan kecewa kerana saya berasa saya
berpendapat apa yang disampaikan oleh saya adalah betul iaitu pembakaran sampah
adalah tidak betul. Saya berasa terguris hati kerana ayah membalas dengan kasar
menyebabkan rasa sakit hati dan kecewa. Dalam fikiran saya, tindakan ayah adalah
tidak betul tetapi oleh kerana dia adalah ayah saya, saya tidak boleh berbuat apa-
apa. Perasaan tidak puas hati menimbulkan rasa marah dan dendam dengan perbuat
ayah kerana saya berpendapat perbuatan ayah saya tidak adil dan tidak
menghormati saya. Pada masa itu, saya telah hilang rasa hormat kepada ayah saya
kerana dia tidak menghormati saya juga.

15
7.0 Faktor Berlakunya Konflik Dalam Keluarga

Dalam institusi kekeluargaan, hubungan akrab sesama anggota keluarga sangat


penting kerana keluarga merupakan tulang belakang dan pendorong utama
kejayaan. Namun begitu, konflik dalam keluarga merupakan sesuatu yang tidak
dapat dielakkan. Manusia dan konflik saling berkait kerana konflik merupakan
suatu sifat semulajadi yang berkembang secara dinamik seiring dengan
perkembangan manusia. Elsayed-Ekhouly dan Buda (1996) telah memetik
pandangan Rahim yang mengatakan bahawa konflik merupakan proses interaktif
yang bercirikan ketidaksesuaian, ketidaksefahaman atau percanggahan antara
individu mahupun organisasi. Hal ini selari dengan pandangan Deutsch (1990) yang
menyatakan konflik timbul akibat ketidaksetujuan antara kedua-dua belah pihak
atau lebih. Dengan kata lain, konflik berlaku akibat daripada perbezaan matlamat,
nilai dan persepsi sehingga memberikan kesan negatif. Dalam percakapan, konflik
dijangkakan berlaku apabila kanak-kanak, remaja atau orang dewasa bertentang
pendapat antara satu sama lain (Jensen-Campbell, Gleason & Malcolm 2003).

Dalam situasi saya ini, konflik berlaku kerana perbezaan objektif atau
matlamat di mana saya hendakkan satu persekitaran yang sesuai untuk belajar
manakala ayah saya ingin melupuskan sampah yang berlebihan. Ini berpunca
daripada kegagalan komunikasi disebabkan sikap, kedudukan, persepsi dan
kepercayaan yang berbeza. Pentafsiran mesej juga tidak sama. Lazimnya, individu
yang merasakan air mukanya telah terjejas secara tidak langsung akan mengalami
konflik. Itu yang berlaku ke atas ayah saya di mana beliau menjadi marah apabila
saya menegurnya. Air muka merupakan imej kendiri yang ditonjolkan kepada
umum, selain memberikan gambaran imej dalaman tentang diri seseorang, dan
berkait rapat dengan konsep seperti harga diri, status dan maruah. Air muka di sini
bermaksud keperluan untuk lebih dihormati, dihargai dan diterima sebagai anggota
kumpulan dalam masyarakat. Oleh sebab itu, ayah saya melenting apabila saya
menegurnya kerana statusnya sebagai ketua keluarga telah tergugat.

Seterusnya, nada suara yang digunakan oleh kedua-dua pihak adalah tidak
sesuai di mana nada suara yang tinggi dan keras semasa kami saling berinteraksi. Ini
juga menjadi salah satu faktor masalah komunikasi yang kami hadapi. Manakala
saya telah menegur dan menunjukkan rasa tidak puas hati mencetuskan rasa marah

16
ayah dan nilai tidak saling menghormati. Selain itu, expresi wajah juga menjadi
penyebab di mana ekspresi muka yang ditunjukkan oleh saya semasa menegur
adalah sangat tidak baik ketika berinteraksi dengan ayah. Mungkin disebabkan oleh
tekanan belajar saya telah menunjukkan muka yang berkerut dan penuh rasa geram.

Di samping itu, faktor berlakunya konflik juga mungkin disebabkan oleh


sikap penerima. Psikologi penerima seperti sikap prejudis, konflik antara penerima
dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak disampaikan. Mungkin kerana
juga penerima salah erti mesej yang hendak disampaikan oleh penyampai.
Seseorang itu menginterpretasikan sesuatu berbeza-beza. Mungkin kerana hobi ayah
saya adalah berkebun dan dia berpendapat bahawa membakar sampah sekali dengan
rumput adalah tidak salah. Manusia cenderung mendengar dan melihat apa yang
mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Ayah saya pun tidak terkecuali daripada fakta
ini.

Akhir sekali, kegagalan komunikasi di antara kami berdua mungkin


disebabkan oleh tekanan yang dihadapi oleh saya semasa belajar. Tekanan adalah
tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau
tuntutan. Tuntutan di dalam konteks ini adalah saya inginkan sesuatu persekitaran
yang selesa untuk belajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia. Tekanan
keluarga merujuk kepada wujudnya ketidakseimbangan di antara tuntutan dan
kemampuan keluarga itu untuk memenuhi tuntutan tersebut (Greenhaus & Beautell,
1985). Konflik yang wujud adalah hasil daripada tekanan yang dihadapi (Boss,
1980).

17
8.0 Cara Yang Betul Menangani Situasi

Sebagai unit asas dalam masyarakat, hubungan antara anggota dalam keluarga
perlu sentiasa kukuh supaya dapat membawa kepada kestabilan masyarakat. Oleh
itu, apa pun konflik yang berlaku dalam keluarga perlulah ditangani dengan berhati-
hati, teliti, rasional, bijaksana dan berhemah demi menjaga kepentingan semua
pihak. Ibara kata pepatah, “menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus,
tepung jangan berserak”. Ini bermakna kita haruslah berusaha mencari jalan
penyelesaian terbaik sekali gus dapat memberi manfaat kepada semua pihak tanpa
menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Selepas melalui subjek HBHE iaitu dalam topik isu-isu kekeluargaan dalam
konflik peranan dan tanggungjawab, saya telah menyedari bahawa setiap ahli
keluarga dalam keluarga haruslah memahami peranan, tanggungjawab dan
kepentingan ahli keluarga. Sebagai seorang suami/isteri dalam keluarga, komunikasi
positif adalah asas kepada perhubungan yang mesra di kalangan keluarga.
Hubungan yang mesra menjadikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga
menjadi mantap kerana wujudnya persefahaman dan keterbukaan. Setiap konflik
atau isu dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik oleh semua pihak. Saya pula
sebagai anak haruslah memahami konsep wajib menghormati dan mentaati kedua
ibu bapa. Anak yang taat ialah anak yang tidak menderhaka kepada ibu bapa. Saya
haruslah mendengar nasihat dan bersopan santun kerana mereka adalah ibu bapa
kita. Sekiranya, timbul perbezaan idea seperti situasi tersebut, kita haruslah
berkomunikasi secara positif dengan ibu bapa dengan berbual dan berbincang
masalah dengan ibu bapa dan bukannya meninggikan suara.

Selain komunikasi positif, perkara lain yang boleh dilakukan untuk menghadapi
situasi ini dengan berbeza adalah pengurusan tekanan. Dalam topik 7 Tingkah Laku
Sosial, telah didedahkan tentang tingkah laku remaja dan masalah psikologi remaja.
Seseorang itu perlukan sokongan sosial apabila berdepan dengan cabaran. Sokongan
sosial di sini termasuklah dorongan, motivasi, empati, kepercayaan, penerimaan,
penghargaan, kasih sayang dan galakan (Hawkins, Weilsberg & Ray, 1977). Oleh
itu, saya akan mendapatkan sokongan sosial daripada orang yang boleh dipercayai
iaitu ibu saya dalam menghadapi tekanan dan apabila berdepan dengan situasi yang
sama, saya akan menyuarakan fikiran saya kepada ibu untuk berkongsi perasaan.

18
Dengan itu, ibu akan bertindak sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu yang
dihadapi oleh saya tanpa menyinggung perasaan ayah saya.

Seterusnya, aspek lain yang penting yang telah saya pelajari adalah kawalan diri.
Dalam Topik 7 Tingkah Laku Sosial juga menyentuh tentang penghargaan diri dan
konsep kendiri. Dalam konteks keluarga, kawalan diri boleh diaplikasi dengan
didikan yang betul. Ketua keluarga seharusnya menyediakan setiap ahli keluarga
supaya mampu mengawal diri dengan baik dan boleh bersedia menghadapi tekanan
dengan lebih positif. Kawalan diri yang baik membantu individu untuk bersedia
menghadapi tekanan dengan bertindak balas dengan cara yang lebih positif. Selain
daripada itu, kawalan diri yang baik juga membantu meningkatkan harga diri dan
keyakinan diri individu. Hal ini boleh membantu keluarga membina kehidupan yang
lebih sejahtera.

19
9.0 Perubahan Amalan Komunikasi Positif Dan Imej Kendiri Yang Lebih Baik

Komunikasi positif dan imej kendiri yang baik akan membawa banyak kelebihan
kepada seseorang. Antaranya, komunikasi positif dalam keluarga atau dengan orang lain
dapat membantu mencapai kehendak diri. Apabila seseorang individu itu terlibat di
dalam sesebuah proses komunikasi, banyak aspek peribadi seseorang individu itu akan
dapat dipelajari dan dicontohi. Tanggapan atau persepsi kita terhadap individu lain akan
lebih berkembang apabila kita berinteraksi dengan orang lain. Di samping itu, individu
juga berkemungkinan besar akan berucap tentang perkara yang digemarinya atau
sekurang-kurangnya untuk melayani perasaan, pemikiran atau tingkah laku seseorang
individu tersebut. Sebagai contoh, seseorang individu akan memperoleh maklum balas
mengenai perasaan, pemikiran dan juga tingkah laku individu lain. Tambahan pula,
apabila seseorang individu itu diminta untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui
usaha mewujudkan persefahaman antara individu dengan individu lain. Misalnya,
apabila individu tersebut ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keberadaan
sesuatu tempat, individu tersebut pasti akan bertanya tentang arah tempat tersebut
daripada individu lain walaupun hubungan individu tersebut dengan individu lain berlaku
dalam masa yang singkat.

Perhubungan interpersonal yang baik akan dapat menghasilkan kehidupan


yang lebih baik untuk individu. Bagi mengecapi kehidupan yang harmoni dan
mendapatkan perhubungan interpersonal yang baik, asas yang boleh dijadikan sebagai
panduan ialah melayani orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani oleh orang
lain. Selain itu, individu tersebut juga perlu memastikan bahawa dirinya tidak
memberikan layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana dirinya tidak
mahu dilayan sedemikian rupa. Tambahan pula, seseorang individu itu haruslah
memberi layanan kepada orang lain sebagaimana individu tersebut dikehendaki
dirinya dilayan meskipun orang lain tidak melayani sebegitu rupa. Individu juga
ditegah untuk memberi layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana
individu itu tidak mahu dilayan sebegitu walaupun orang lain memberikan layanan
yang tidak wajar kepada dirinya.

20
Kebaikan seterusnya adalah apabila dalam sesuatu proses komunikasi kita
boleh mengenali dunia luar. Selain daripada memahami diri sendiri dan individu lain
ketika proses komunikasi, seseorang individu itu juga berupaya memahami dunia luar
seperti tentang objek, kejadian dan juga individu lain. Lebih banyak maklumat yang
dapat diketahui dan diperoleh daripada hubungan antara individu. Pegangan agama,
nilai moral dan sikap manusia lebih cenderung untuk dipengaruhi oleh hubungan
antara individu berbanding dengan media massa. Misalnya, hubungan peribadi
seseorang individu itu dengan keluarga, ibu bapa dan sanak saudara lebih banyak
mempengaruhi sikap dan tingkah laku individu tersebut dengan orang lain.

Selain daripada itu, tujuan sesuatu proses komunikasi itu berlaku adalah untuk
mewujudkan suatu hubungan yang bermakna. Salah satu keinginan manusia ialah
untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan individu lain. Kita sebenarnya suka
dikasihi dan mahu mengasihi. Antaranya melibatkan hubungan persahabatan, kasih
sayang dan rasa saling mempercayai terhadap pasangan tersebut. Hasilnya, kita akan
mempunyai hubungan yang mesra dengan rakan-rakan dan juga orang di sekeliling
kita. Hubungan yang mesra akan membolehkan kita dihormati oleh rakan di sekeliling
kita. . Tidak dapat dinafikan bahawa perasaan ingin dihormati merupakan salah satu
layanan yang paling diharapkan oleh semua individu. Setiap orang mahukan dirinya
dihormati tanpa perlu melihat taraf dan kedudukan seseorang individu itu. Rasa
hormat yang diminta oleh semua individu adalah rasa hormat sebagai seorang
manusia dan tidak dipersendakan walau apa sekalipun yang dilakukan, yang
dipercayai serta pendirian dan pandangan seseorang individu itu. Apabila hasrat ini
tercapai, maka ia menjadikan hubungan tersebut menjadi sesuatu hubungan yang
lebih bermakna.

Akhir sekali, komunikasi yang positif dapat mengubah sikap dan tingkah laku
seseorang individu tersebut. Manusia kerap mengambil masa yang banyak untuk
mengubah sikap dan tingkah laku orang lain dalam perhubungan antara individu.
Kadangkala, manusia lebih cenderung untuk menggunakan kaedah yang dikenali
sebagai pemujukan. Ibu bapa, guru atau ketua mungkin inginkan anak mereka, pelajar
ataupun pekerja mendengar atau mengubah apa yang dilakukan kerana menganggap

21
anak, pekerja atau pelajar mereka sedang melakukan sesuatu perkara yang tidak
berfaedah atau tidak membawa nilai yang positif.

22
10 Penutup

Komunikasi keluarga adalah penting bagi membentuk psiko-sosial remaja dan


dewasa awal terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Komunikasi terbuka dalam keluarga menyumbang kepada tahap risiko tingkah-
laku remaja yang rendah dan tahap penyesuaian psiko-sosial yang tinggi (Zhiwen
et al. 2011). Psikososial remaja merangkumi daya penyesuaian remaja terhadap
risiko, daya tahan, kepuasan dan pencapaian. Ini bermakna mereka mempunyai
tahap kepuasan kesihatan, estim kendiri, penyelesaian masalah dan prestasi
akademik yang tinggi, berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran keluarga,
keselamatan dan kesihatan, risiko individu,ancaman kepada matlamat, pengaruh
rakan sebaya dan keganasan (Starfield et al. 1993 dalam Zhiwen et al. 2011).

Konflik yang berlaku dalam keluarga mencipta rumah tangga yang tidak
harmoni dan mengakibatkan keluarga menghadapi tekanan yang lebih tinggi dan
mengganggu perkembangan otak kanak-kanak. Apabila dibiarkan tanpa
penyelesaian, sesebuah unit keluarga yang menemui jalan buntu akhirnya
mengambil keputusan untuk mengelak dari menyelesaikan konflik. Hal ini
mendorong kepada ketidaksejahteraan keluarga yang tidak sihat. Situasi ini
merupakan cabaran kepada ibu bapa kerana mereka adalah ketua keluarga. Dan hal
ini mestilah diselesaikan kerana keluarga merupakan institusi yang terpenting
dalam proses pembentukan individu yang sihat dari segi mental dan fizikal.

Kebolehan seseorang itu untuk berkomunikasi secara interpersonal dan


memberikan penyampaian yang baik akan memberikan seseorang individu itu
kelebihan dalam kehidupan profesional individu tersebut. Banyak kajian telah
membuktikan bahawa salah satu faktor kenaikan pangkat seseorang individu itu
ialah kemahiran berkomunikasi sama ada secara interpersonal ataupun secara
intrapersonal. Komunikasi interpersonal membantu individu untuk memahami
perlakuan bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara
yang berbeza untuk membina dan berhubung dalam realiti masyarakat.

23
7.0 Rujukan

Hashim Fauzy Yaacob (2002). Komunikasi Antara Manusia. Universiti Teknologi


Malaysia. Skudai, Johor Darul Takzim.

Maimunah Osman. (2000). Komunikasi Berkesan – Perhubungan Interpersonal. Institut


Tadbiran Awam Malaysia, Jabatan Tadbiran Awam, Kuala Lumpur.

Samsuddin A. Rahim. (2003). Komunikasi Asas. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.

Tay Meng Guat. (2013). Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pendidikan Guru Semasa Praktikum. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, Jilid 11.
Jabatan Pengajian Melayu.

Johari Hassan & Pushavalli Rajoo (2012), Hubungan di antara Konsep Kendiri dan
Kesejahteraan Hidup di Kalangan Remaja Akhir, Journal of Educational
Psychology & Caunseling, Vol 6 June 2012, pages 11-29, ISSN : 2231-735X

Payne, W. A & Hahn, D. B. (1998). Understanding Your Health. (5th ed.) St. Louis: WCB
/ McGraw-Hill.

World Health Organization (WHO). (2003). WHO definition of health. Diakses dari
http://www.who.int/about/definition/en/print.html

24

Anda mungkin juga menyukai