Anda di halaman 1dari 22

HBHE2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SEMESTER JANUARI 2020

TUGASAN 1

NO. MATRIKULASI : 8901035953160001

NO. KAD PENGENALAN : 890103595316

NO. TELEFON : 0146256097

E-MEL : tuulasi6097@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN LEARNING

CENTRE

1
Pengenalan

Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan kuasa elektronik untuk menyalurkan
aerosol atau wap hasil dari pemanasan satu cecair untuk dihisap oleh pengguna.Rokok elektronik
adalahnama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan
memanaskan cecair campuran humectant, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya
berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Alat ini memberikan perokok yang ingin berhenti
merokok masih mendapatkan dos nikotin dan masih lagi dapat menikmati aktiviti merokok
kerana wap yang dikeluarkan adalah kelihatan seumpama asap rokok. Terdapat beberapa nama
panggilan untuk rokok elektronik ini termasuklah e-Rokok, vapor dan e-cig. Namun, oleh kerana
panggilan rokok elektronik masih menggunakan perkataan ‘rokok’, ianya masih lagi
memberikan stigma kepada masyarakat yang tidak arif mengenainya. Panggilan ‘vapor’ yang
bermaksud ‘wap’ adalah lebih ringan diterima masyarakat.

Dasawarsa ini, sejak rokok elektronik, iaitu rokok vape diperkenalkan, ia semakin lama
semakin popular. Pengguna rokok tegar dahulu, kini menukar kepada rokok vape, atas alasan
rokok vape lebih murah dan berbaloi berbanding rokok. Oleh itu, kini, banyak kedai rokok vape
sudah dibina, dan hampir memenuhi setiap negeri di Malaysia. Gejala yang sememangnya tidak
sihat ini memberikan banyak impak negatif kepada negara ini, terutamanya ia melibatkan
pengguna remaja. Hari ini kita boleh lihat, remaja yang menghisap vape dimana-mana, di tepian
jalan, di kedai mana dan di dalam kompleks membeli belah. Ini telah mendatangkan kerisauan
kepada negara, kerana masa depan negara bergantung kepada akhlak remaja pada hari ini. Jika
akhlak mereka cemerlang, maka negara akan membangunlah pada masa akan datang, namun jika
akhlak mereka buruk, maka , masa depan negara akan buruklah juga. Oleh itu, untuk
mengelakkan masa depan negara daripada hancur, wajarlah saya melontar satu persoalan ini,
apakah langkah-langkah untuk membanteras gejala ini daripada terus berleluasa?

Rokok elektronik pertama sekali diperkenalkan oleh Herbert A.Gilbert pada tahun 1963,
namun tidak dikomersilkan dan kemudian senyap pada tahun 1967. Rokok elektronik yang
pertama digunakan pada masa kini berasal daripada ciptaan ahli farmasi dari negara China, Hon
Lik pada tahun 2003, yang mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair humectant. Wap
ini sebagai agen pembawa nikotin yang disedut ke dalam paru-paru dan kemudiannya masuk ke

2
dalam aliran darah.Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok tanpa perlu
menyedut asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya lain. Tujuan e-rokok dicipta
adalah untuk menggantikan rokok setelah bapa Hon Lik meninggal akibat kanser paru-paru
kerana terlalu kuat merokok

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan
penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan
memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui
penyedut.Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya
terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip
elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer.Manakala
model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan
mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak.

2.0 Isu –isu penggunaan rokok elektronik dan vape

Stigma masyarakat dunia pada hari ini menyatakan bahawa rokok elektronik merupakan
satu revolusi daripada penggunaan rokok konvensional dan selamat untuk digunakan malah ada
yang berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik mampu menjadi wahana untuk
seseorang itu berhenti merokok.Hal ini kerana kononnya bahan yang terkandung di dalam rokok
elektronik tidak berbahaya dan hanya mengeluarkan sejenis wap jika dihisap berbeza seperti
rokok. Namun sayang seribu kali sayang, setelah meneliti beberapa kajian yang telah dilakukan
ke atas vape, ternyata masih terdapat kesan negatif kepada pengguna yang menggunakan alat ini
dalam jangka masa panjang bak kata pujangga,air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Jangan sampai ketaksuban melangkaui kewarasan dan memudaratkan kesihatan.Oleh yang
demikian, dalam konteks ini segala keburukan mengenai rokok elektronik akan dikupas satu
persatu demi kebaikan sarwajagat.

3
2.1 Cetus budaya tidak sihat

Menurut Pakar Ketagihan Merokok, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr.
Amer Siddiq Amer Nordin, penggunaan vape yang kini sudah menjadi trend dalam kalangan
masyarakat negara ini, dilihat sebagai bukan kaedah yang terbaik bagi seseorang untuk berhenti
merokok.Bukan sahaja golongan yang berhasrat berhenti merokok bahkan kalangan gadis serta
budak-budak sekolah pun tidak terlepas peluang apa yang dipanggil golongan muda sebagai
trend masa kini.

Kajian Universiti California di point of entry mendapati rokok elektronik atau vape lebih
cenderung “mengumpan” generasi muda yang tidak mungkin menghisap rokok tembakau untuk
memulakan tabiat merokok. Kadar perokok di kalangan belia semakin merosot sepanjang dekad
lalu, tetapi penurunan itu tidak ketara selepas vape diperkenalkan di pasaran AS pada 2007, lapor
penyelidik dalam jurnal Pediatrics.Penyelidik menganalisis maklumat kajian yang dikumpul
daripada lebih 140,000 pelajar sekolah menengah rendah dan tinggi dari 2004 hingga 2014.
Keputusan menunjukkan remaja yang dilaporkan merokok berkurangan daripada 40% kepada
22%, manakala belia yang menjadi perokok turut merosot daripada 16% kepada 6%.
Bagaimanapun, perokok remaja tidak berkurangan secara mendadak selepas vape diperkenalkan
di AS pada 2007 hingga 2009 dan kombinasi penggunaan rokok elektronik dan rokok biasa di
kalangan remaja pada 2014 lebih tinggi daripada keseluruhan rokok yang dihisap pada 2009.

2.2 Hukumnya haram bagi umat Islam.

Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid di dalam jawapan beliau terhadap isu penggunaan
rokok elektronik mengatakan bahawa rokok elektronik hukumnya adalah sama seperti rokok
tradisional iaitu haram. Padanya tidak ada kebaikan bagi mereka-mereka yang ingin cuba
meninggalkan amalan menghisap rokok beralih dari rokok tradisional kepada rokok elektronik
kerana mudaratnya juga sama seperti rokok biasa berdasarkan laporan dari pakar. Sheikh
Uthman al-Khamis juga berpendapat bahawa rokok elektronik adalah haram kerana ianya
memudaratkan. Setiap yang memudharatkan, maka Islam terlebih dahulu akan menolaknya demi
menjaga maslahah sekalian umat.

4
Pada 17 Ogos 2015 bersamaan 2 Zulkaedah 1436H, Majlis Fatwa Kebangsaan telah
mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu diputuskan
dengan mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah difatwakan sebelum ini. Tambah
beliau lagi, apabila telah cukup dapatan iaitu yang pertama membahayakan, kedua ianya
membazir dan ketiga memudaratkan daripada segi kesihatan, maka apabila perakuan-perakuan
ini sama, maka kita mengatakannya haram.

2.3 Membazir

Seterusnya, rokok elektronik juga boleh menyebabkan pembaziran wang berlaku.Hal ini
kerana rokok elektronik bukan datang bergolek secara percuma dan sudah pasti mereka yang
menginginkannya perlu mengeluarkan wang untukmembelinya.Namun jika kita lihat senario
pada hari ini, ada rokok elektronik yang mencecah ratusan ringgit dan pengguna sanggup untuk
membelinya kerana pembeliannya hanya sekali sahaja dan jika cecair nikotin di dalam gadjet
tersebut sudah habis maka mereka hanya perlu membeli cecair tersebut sahaja.

Horizon perspektif pengguna rokok elektronik atau vape ini biasanya akan menganggap
rokok biasa lebih mahal harganya kerana pengenaan cukai terhadap barangan tembakau ini.
Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa seseorang yang berfikiran waras dan jauh tidak akan
menggunakan wang ringgit pada jalan yang membawa kepada pembaziran apatah lagi
pembaziran yang secara berkala ini sebaliknya menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah
demi menjamin masa depan diri dan keluarga. Misalnya, seseorang yang ketagih terhadap rokok
elektronik diramal mampu membelanjakan duit untuk membeli gadjet ini bermula daripada RM
100 ke atas sehinggalah ribuan ringgit.Bagi cecairnya pula, jika jenis tempatan harganya dalam
lingkungan RM 25 hingga RM 30 manakala cecair import pula harganya antara RM 90 hingga
RM 100. Maka anggaran kos paling minimum bagi seseorang itu membeli gadjet ini lengkap
dengan aksesorinya adalah berjumlah RM 200 manakala maksimum boleh mencecah kepada RM
1500 per seorang. Itu baru seorang, jika puluhan ribu manusia yang menggunakannya,gejala
pembaziran akan terus meningkat.

5
Dalam konteks, adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk membeli rokok
elektronik itu disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang lebih memerlukan atau boleh
dijadikan modal untuk membuka perniagaan bagi menambah pendapatan bulanan. Pembelian
gadjet ini dikatakan suatu pembaziran kerana kenikmatan yang mereka alami hanyalah
sementara sahaja sama seperti merokok. Jika masyarakat pada hari ini terus melabur wang
mereka ke arah pembaziran, hal ini akan mempengaruhi gaya hidup generasi yang akan datang
kerana Imam Al-Ghazali pernah berkata,bagaimana bentuk pemuda masa ini,itulah bentuk
masyarakat akan datang. Oleh itu, pembelian vape ini sememangnya indah khabar dari rupa
kerana menggalakkan aktiviti pembaziran bukannya agen penyembuhan.

2.4 Menimbulkan ketegangan dalam msayarakat

Penggunaan rokok elektronik dan vape yang tidak terkawal menimbulkan rasa tidak
senang kepada masyarakat sekeliling. Hal ini disebabkan oleh sesetengah pengguna vape
khususnya golongan remaja berasa bangga meniup asap palsu tersebut tidak mengira tempat dan
waktu. Malah sehingga pada satu tahap nanti,penggunaan vape bukan lagi menjadi alat untuk
menggantikan rokok tetapi akan menjadi budaya liberal yang tidak sihat dan boleh memberikan
imej yang negatif kepada Negara.

Pada hari ini kita lihat pengguna vape tidak hanya didominasi oleh kaum lelaki malah
kaum wanita juga telah berjinak-jinak dengan gadjet ini.Hal ini memperlihatkan bahawa kaum
wanita pada hari ini semakin luntur nilai kesantunan dan malu mereka.Menurut pakar motivasi,
Demi merealisasikan visi dan kudsi wawasan 2020, seluruh strata masyarakat perlu bergerak
seiring dengan menjalankan sinergi bagi mengurangkan penggunaan rokok elektronik agar dapat
mewujudkan suasana kehidupan yang lebih kondusif dan sihat dalam kalangan masyarakat
sarwajagat dalam tempoh jangka masa yang panjang.

3.0 Impak penggunaan rokok elektronik dan vape terhadap kesihatan

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok
elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan
yang membentuk proses pengewapan. Terdapat pelbagai tohmahan dan buruk sangka terhadap
kesan e-rokok kepada kesihatan pengguna dan orang ketiga.Namun, sehingga artikel ini ditulis,

6
masih terlalu awal untuk menghukum e-rokok sebagai berbahaya kepada kesihatan sehinggalah
kajian yang mendalam telah dilakukan.Secara terperincinya,dikatakan bahawa dalam rokok
elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen
glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine

3.1 Menjejaskan kesihatan

Rokok elektronik dan vape boleh menjejaskan kesihatan manusia dalam jangka masa
yang panjang. Hal ini kerana kandungan cecair nikotin yang terdapat di dalam rokok elektronik
boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung, kecacatan bayi, rabun, putus
haid awal dan kesan sampingan lain. Sebagai contoh, pengambilan nikotin yang berlebihan dan
tidak terkawal juga boleh membawa kepada penyakit barah. Menurut Pegawai Perubatan Pusat
Saringan Kanser, Institut Kanser Negara, Dr. Dalillah Kamarudin menyatakan bahawa proses
pengewapan yang dihasilkan cecair nikotin di dalam rokok elektronik mempunyai sifat yang
sama dengan asid nitrik.

Hal ini turut diperkukuhkan lagi oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Helmi
Yahya yang menyatakan bahawa di dalam rokok elektronik terdapat nikotin dan apabila
dipanaskan melebihi lima volt, bahan tersebut akan bertukar menjadi pengawet. Bahan pengawet
inilah yang meningkatkan risiko atau kemungkinan penyakit kanser dalam tubuh badan.Memang
tidak dinafikan bahawa menghisap rokok elektronik boleh mengurangkan gejala merokok namun
selagi bahan berbahaya nikotin kekal sabagai teras pembuatannya, nyawa dan kesihatan manusia
masih dalam bahaya. Natijahnya, pesakit kanser di seluruh dunia akan bertambah dan sukar
untuk dibendung. Oleh itu, sememangnya rokok elektronik akan menjejaskan keaadan fisiologi
seseorang manusia dari aspek kesihatan amnya.

3.2 Menyebabkan ketagihan

Selain itu, impak penggunaan rokok elektronik dan vape terhadap kesihatan selanjutnya
ialah rokok elektronik akan menyebabkan penggunanya mengalami ketagihan akibat daripada
elemen candu yang terkandung dalam gadjet berkenaan. Dalam hal ini, apabila seseorang itu
menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif daripada menggunakan rokok biasa ataupun
rokok tembakau adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar. Hal ini kerana,rokok elektronik

7
mengandungi kandungan nikotin cair yang memiliki unsur candu seperti bahaya narkoba yang
tidak kurang hebatnya dengan tembakau biasa.

Tamsilya,nikotin yang terkandung dalam rokok elektronik akan menyebabkan tubuh


seseorang itu merasakan perasaan sensasi yang amat menyenangkan dan adakalanya
menghairahkan sehingga mereka ingin melakukannya berulang kali.Jika ditelusuri,para remaja
pada masa ini cenderung untuk menggunakan rokok elektronik kerana salah satunya tujuannya
adalah untuk melepaskan tekanan dan rasa ingin cuba yang tinggi. Perkara yang dibimbangkan
ialah jika para remaja ini tidak dikawal,perkara budaya hedonisme dan liberalisme mungkin akan
menular dalam jiwa mereka.

3.3 Berdasarkan Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik,
antaranya :

3.3.1

Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA)
telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking
Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang
boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang
terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nikotin
dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

3.3.2

Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian
yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine.
Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong
dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok

8
3.3.3

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh American Lung Association (ALA), pihak ALA
menyatakan kegusaran mereka terhadap penggunaan rokok elektronik kerana kajian awal telah
mendapati bahawa rokok elektronik bukan sahaja mengandungi nikotin bahkan terdapat juga
bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti carcinogens. Selain itu, kajian juga menunjukkan
bahawa rokok elektronik yang menggunakan voltage yang tinggi mempunyai amaun
formaldehyde yang tinggi. Formaldehyde juga merupakan bahan kimia yang merbahaya kepada
tubuh manusia

3.3.4

Pihak FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat telah menjalankan uji kaji
makmal terhadap kandungan rokok elektronik dan di dalam satu sampel kajian,, mereka telah
mendapati bahan diethylene glycol iaitu bahan yang digunakan di dalam proses anti beku dan
ianya sangat berbahaya kepada tubuh manusia.

3.3.5

Menurut Dr. Daniel Lee, Pakar Perubatan dan Pernafasan di Pusat Perubatan Prince Court,
dakwaan yang mengatakan asap yang terhasil dari rokok elektronik adalah dari cecair biasa dan
bukannya dari nikotin adalah salah sama sekali. Hakikatnya, rokok elektronik mempunyai
nikotin yang mana boleh meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’
serta melembapkan sistem urat saraf. Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang
luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar
dan ulser perut dan usus.

4.0 Cadangan promosi kempen anti rokok elektronik dan vape daripada institusi keluarga
masyarakat dan diri sendiri

Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka yang
merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan
seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut.
Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang

9
risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak
tertentu terpaksa berusaha lebih gigih untuk mengurangkan atau mengelakkan masyarakat
terutama golongan remaja termasuklah pelajar supaya berhenti merokok. Antara langkah-
langkah yang penulis rasakan boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah rokok elektronik dan
vape ini ialah:

4.1 Kempen

Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan
mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok
melalui pelbagai cara seperti iklan-iklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, poster-
poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainya.
Dalam kempen mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya merokok, kesan
merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau berhenti merokok seperti hidup
lebih lama, dapat menghindari racun yang terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri,
keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak,
dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria rasa dan
bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya membazir dengan
menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

4.2 Sertai program sukarela

Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk


melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri
kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang dilakukannya, dia akan lupa untuk
menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung
pula hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang
dikandungnya dan dedahkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya
mahupun kesiahtan dirinya sendiri.

10
4.3 Menguatkuasakan undang-undang

Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu tidak
membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti dalam panggung
wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang tertentu. Denda akan
dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut. Penjual rokok di kedai
juga tidak menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang
didapati berumur di bawah lapan belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihak-pihak
yang berkenaan juga diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini,
dengan tidak menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan
keuntungan saja. Tanpa peraturan, orang yang menggunakan e-rokok kini bebas
menghembuskan asap rokok elektronik mereka di tempat awam dan tempat larangan merokok
hingga mengganggu orang lain.

5.0 Kesimpulan

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong
penghisap rokok agar berhenti daripada merokok. Justeru itu, mereka menggunakan rokok
elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Oleh hal demikian banyak negara
yang mengharamkan rokok elektronik dan vape masih lagi membenarkan penjualan rokok dalam
negara mereka.Terdapat beribu-ribu fakta dan kajian tentang bahaya rokok telah dilakukan oleh
saintis dan banyak negara yang berhabis wang untuk pembiayaan pebubatan bagi penyakit akibat
daripada rokok, namun masih gagal untuk mengharamkan rokok melalui undang-
undang.Keputusan yang tidak lengkap daripada kajian USFDA banyak mempengaruhi dunia
tentang e-rokok.USFDA gagal untuk menyatakan jumlah agen kanser dalam e-rokok yang sangat
jauh lebih sedikit berbanding rokok biasa dalam laporannya mengakibatkan banyak kerajaan
mengambil keputusan itu sebagai dasar mereka untuk menjatuhkan pengharaman terhadap
penjualan e-rokok.Kajian tentang kesan e-rokok terhadap kesihatan manusia masih lagi
diperingkat awal.Kajian lebih mendalam dan lebih lama diperlukan.

11
6.0 Rujukan

1. Anon.(2009).Mengapaberpoligami. Kelab PoligamiIkhwan.


http://poligamiikhwan.org/portal/artikel/mengapa-berpoligami.html [1Jun 2010].
2. Anon. 2009.Aurad Muhammadiahdiamalkanberselindung.Utusan Malaysia, 15 Ogos.
3. Anon. (2010). Hanyalelaki yang berwibawaberhakberpoligami. Utusan Malaysia, 5
Januari.
4. AminuddinMohd. Yusof, Sii Ching @ SiiMee Ching, Ling LahGeng&Kuni A/K Singin.
(2003). Gaya kepimpinansuami dan kebahagiaanrumahtanggadalamProsiding Seminar
KekeluargaanKebangsaan. Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia.
5. Al-Krenawi, A. & Slonim-Nevo, V. (2008). Psychosocial and familial functioning of
children from polygynous and monogamous families. Journal of Social Psychology 148
(6): 745-764. http://www-scopus-com [20 Mei 2009].
6. Ann Wan Seng. (2005). Di SebalikTabir.Kuala Lumpur: PenerbitUniversiti Malaya.

12
HBHE2203

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SEMESTER JANUARI 2020

TUGASAN 2

NO. MATRIKULASI : 8901035953160001

NO. KAD PENGENALAN : 890103595316

NO. TELEFON : 0146256097

E-MEL : tuulasi6097@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN LEARNING

CENTRE

13
PENGENALAN

Keluarga [kĕ-luar-ga] (Tulisan Jawi: ‫كلوارڬ‬, kognat bahasa Jawa: kulawarga) ialah satu kumpulan
manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para
anggotanya tinggal di suatu tempat di bawah suatu atap dalam keadaan saling bergantungan. Ia
merupakan unit terkecil dalam sesebuah masyarakat yang asasnya terdiri daripada orang tua dan
anak; orang tua tersebut ada baik secara berpasangan (sebagai suami isteri) ataupun tunggal -
sama ada kerana kematian pasangan (duda atau janda) mahupun perceraian dengan pasangan
tersebut.

Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu keluarga. Pada sosial saat ini, banyak keluarga mengalami kesulitan menangani
kerana kurangnya pengetahuan, kemampuan, dan fleksibilitas untuk berubah. Keluarga yang
mengalami kesulitan beradaptasi seringkali berkutat pada halangan-halangan yang ada dalam
keluarga , iaitu sikap dan tingkah laku yang manghambat fleksibilitas dan menghalangi
penyesuaian kembali dengan situasi yang baru. Keluarga bermasalah merupakan keluarga yang
mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumah tangga akibat daripada masalah keluarga.
Masalah-masalah yang mengalami dalam sebuah keluarga seperti penceraian ibu bapa,
penjagaan anak-anak, penderaaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, keluarga tunggal, ibu
bapa bekerja sepenuh masa, konflik keluarga dan sebagainya. Krisis-krisis ini kemudiannya telah
mengakibatkan timbul pelbagai keadaaan negatif dalam perhubungan ahli-ahli keluarga tersebut.

Menurut Salvicion dan Celis (1998) di dalam keluarga terdapat dua atau lebih dari dua pribadi
yang tergabung karena hubungan darah, hubungan perkawinan atau pengangkatan, di hidupnya dalam
satu rumah tangga, berinteraksi satu sama lain dan di dalam perannya masing-masing dan menciptakan
serta mempertahankan suatu kebudayaan. Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan
manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak
angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah "darah" perlu difahami secara metaforik kerana
banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan "darah".

Berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk
menambah bilangan anggota masyarakat sama ada dengan cara biologi atau sosial (iaitu
perkahwinan). Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya bagi

14
anak anak, keluarga bersifat orientasi, iaitu keluarga bertanggungjawab untuk meletak mereka
kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya. Manakala bagi ibu bapa, keluarga
bersifat prokreasi yang mana matlamat utama ialah menghasilkan, membudayakan dan
mensosialkan zuriat.Walau bagaimanapun menghasilkan zuriat bukanlah tujuan utama sesebuah
keluarga. Dalam masyarakat yang mempunyai pembahagian dalam pekerjaan, kehendak
berkeluarga, dan hasil hubungan antara suami dan isteri, pembentukan isi rumah yang produktif
dan ekonomi adalah amat penting.

KISAH SAYA

Ramai sangat dah salah faham ingat seorang cikgu yang sedang bekerja tapi sekarang
tengah cuti-cuti.Owh tidak. Aku penganggur .Masih menunggu KPM panggil kerja. Kalau tidak
ada juga sampai bulan 1 nanti aku akan menamatkan zaman menganggur aku . Ramai juga risau
ini aku tidak kerja. Ramai juga yang tanya: " Eh, u ni x bosan ke duduk rumah je goyang-
goyang kaki?" " U xde rasa nak cari keja ke sementara tunggu posting? " " U ni memang stok
pemalas ke?" " U x malu ke makan minum makpak belanja?" Terima kasih lah pada yang
perhatian pada terhadap saya.Sangat menghargai. Mula-mula tu tertekan jugak sebab kalau dah
menganggur tu maknanya tidak ada fulus masuk dalam dompet ke poket apatah lagi dalam akaun
bank yang berlambak-lambak bagi permohonan kerja. Tiap-tiap hari aku usha kerja pada
Mudah.com, Jobstreet, surat khabar, iklan-iklan tepi jalan ok. Itu usaha aku tidak nak jadi
penganggur.Malahal, bukan aku tidak cari kerja. Ada. Siap suruh datang kerja lagi tapi aku tolak
.Kerani gaji RM500 minus minus (sebab tolak EPF/ Socso).itu kerja pertama aku dapat lepas aku
diiktiraf jadi penganggur. Kenapa tolak?Sebab gaji kurang..

(i) perasaan anda tentang situasi yang berlaku ini,


(ii) mengapa perkara ini berlaku,
(iii) bagaimana anda boleh laksanakan situasi ini dengan cara yang berbeza lain dari cara
yang telah anda pelajari,
(iv) fikirkan bagaimanakah situasi yang berbeza ini boleh mengubah amalan anda, dan
(v) apakah akan berlaku apabila anda amalkannya dalam kehidupan anda.

15
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada
ekonomi dan sosial. Kesan ekonomi termasuk mengurangkan keluaran negara, menurunkan taraf
hidup dan sekaligus melambatkan pembangunan negara. Dengan pengangguran yang tinggi juga
boleh meningkatkan kadar kemiskinan dalam sesebuah negara. Selain itu, pengangguran boleh
menyebabkan manusia didalam belenggu kesempitan.Walaupun ada diantara mereka yang
mempunyai kemahiran yang baik tetapi tiada pekerjaan, mereka sukar untuk menjalani hidup
seperti biasa. Ini kerana mereka harus pandai menggunakan wang yang ada untuk perkara
keperluan sahaja. Ini mungkin akan memberi kesan kepada diri mereka yang tidak dapat
memuaskan diri dari segi memiliki sesuatu yang mereka ingini. Tambahan pula, barangan
keperluan semakin hari semakin naik harga.Jumlah orang yang bekerja dalam sesebuah keluarga
yang besar mungkin sedikit.Oleh itu, masalah ekonomi mereka jelas dapat kita lihat.
Seterusnya kesan kepada sosial.Kesan pengangguran terhadap sosial termasuk pengaruh negatif
dalam keluarga dan mewujudkan ketidaktenteraman yang boleh membawa kepada pergaduhan
dan penceraian.Ia juga boleh membawa kepada peningkatan jenayah akibat masalah kewangan
dan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri. Tambahan pula, Peningkatan kejadian anti
sosial dalam masyarakat.Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka
mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk
mendapatkan wang.

Pertama sekali saya akan belajar untuk mencintai diri sendiri. Saya akan memberikan diri
saya masa untuk menikmati perkara-perkara yang memberi saya keseronokan dan mempunyai
pemikiran yang lebih positif mengenai diri saya. Ini adalah yang paling penting! Keluarga
sepatutnya semua tentang cinta tanpa syarat, tetapi kerana anda dilarang, cadangan yang saya
dapat berikan adalah untuk mencari cinta tanpa syarat di satu-satunya tempat yang anda mungkin
dapati: dalam diri anda.

Kedua ialah saya akan melengkapkan diri saya dengan orang yang baik dan orang yang
memberi perhatian terhadap diri saya. Memperibadikan persahabatan dan menjadikannya
bertahan. Sentiasa berhubung dengan orang dan benar-benar berminat dengan cara mereka
bertindak, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Saya juga akan merancang aktiviti rawak
dengan rakan-rakan dan nikmati masa saya di kalangan mereka.

16
Rasa cinta dengan menawarkan cinta kepada mereka yang memerlukan.Sering kali,
apabila kita tidak mendapat cinta, jawapannya adalah untuk menawarkan cinta. Cinta yang sama
yang mengalir masuk dan diterima daripada orang lain boleh dirasakan kerana di dalam diri kita
terdapat banyak potensi untuk ditawarkan. Saya juga akan mendapat Kaunseling daripada Doktor
Pakar Psikatrik untuk menangani rasa kegagalan hormat. Saya akan menceritakan masalah saya
dan cara keluarga saya melayan saya . Saya akan cuba tenangkan fikiran dan mengurangkan rasa
marah mengenai situasi rasa kegagalan hormat yang telah dilalui.

Akhir sekali saya akan menerima hakikat bahawa saya tidak mempunyai keluarga yang
penyayang sebagai satu cabaran untuk menjadi orang yang lebih baik, dan mencintai lebih
banyak orang di sekeliling saya. Ramai orang lebih terpencil dalam kalangan keluarga mereka
sendiri, tinggal dengan apa yang biasa dan gagal keluar di dunia dan membuat sambungan tulen.
Ini adalah peluang untuk saya menjadi lebih terbuka kepada orang lain, dan mencari peluang
untuk bertahan seumur hidup.

Kaunselor sentiasa bersedia bagi memikul pelbagai peranan meliputi kepelbagaian


perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat dan orang awam.Tugas utama seorang kaunselor
adalah mengendalikan sesi individu, kelompok ataupun keluarga berkaitan masalah peribadi,
interpersonal ataupun kerjaya.Tugas-tugas sampingan mereka agak berbeza daripada tugas utama
pula adalah penglibatan mereka dalam program-program pendidikan, membuat penilaian dan
diagnosis serta menangani krisis intervensi.

Bagi memastikan matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah
penting.Keberkesanan perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah penting.Keberkesanan
perkhidmatan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan
serta keterampilan.Usaha-usaha membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna
bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakandengan secara seimbang dalam
semua bidang.

Kaunseling kerjaya merupakan suatu aspek kaunseling yang penting dan dianggap
dinamik.Beberapa teori kaunseling kerjaya telah dikemukakan untuk membantu kaunselor
baharu menjalankan kaunseling kerjaya dengan lebih berkesan lagi. Kaunselor hendaklah

17
menggunakan teori mengikut tujuan-tujuan tertentu.Sebelum itu, kaunselor yang mengendalikan
kaunseling kerjaya harus sedar tentang peranannya. Kaunseling kerjaya sebagai suatu proses
menolong individu memperkembangkan dan menerima suatu gambaran lengkap tentang dirinya.
Kaunselor cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti supaya membawa
kepuasan kepada dirinya serta faedah kepada masyarakat, amnya.

Kaunselor kerjaya berperanan memahami klien secara psikologi sebelum memberikan


perkhidmatan kaunseling. Ada beberapa perkara penting yang harus disedari oleh kaunselor
dalam mengendalikan kaunseling kerjaya. Perhubungan antara kaunselor dengan klien haruslah
mesra. Kaunseling kerjaya bukan hanya proses memberikan ujian dan melaporkan keputusan.
Peranan kaunselor lebih kepada memberikan maklumat dan mendedahkan pelbagaijenis kerjaya
yang boleh dipilih oleh klien. Seseorang kaunselor perlu memiliki kemahiran dari segi aspek
pekerjaan dan kerjaya yang boleh membantu klien menentukan masa depan yang gemilang.
Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam kajian
mereka terhadap bidang kerjaya.

Antara teori tersebut ialah teori kerjaya Islam, teori pemilihan kerjaya yang menggunakan
pendekatan struktur yang memberikan penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan
kerjaya yang mempunyai struktur yang amat jelas seperti teori Tret dan Faktor, teori Holland,
teori Anne Roe dan teori Psikonalitik Bordin (Sidek Mohd Noah, 2002). Manakala teori Super
yang diasaskan oleh Donald E.Super pula lebih dikenali menggunakan pendekatan proses.
Contohnya, Teori kerjaya Islam. Teori Kerjaya Islam ini telah cuba dibangunkan oleh Sidek
Mohd Noah (Sidek Mohd Noah, 2002). Teori ini melihat kerjaya sebagai satu kepentingan
material dalam aktiviti kehidupan manusia di muka bumi. Tanpa asas kerjaya yang mantap dan
kukuh, mungkin keseimbangan antara fitrah semulajadi manusia sama ada dari segi jasmani dan
rohani atau antara mental dan emosi akan terganggu. Allah disamping menyuruh manusia
beribadah kepada-Nya dengan tekun dalam masa yang sama menyeru manusia berusaha mencari
rezeki yang halal. Bekerjaya adalah sunnah para Rasul terdahulu tanpa mengira taraf pekerjaan
tetapi yang penting ianya adalah pekerjaan yang halal.

18
Selain itu, Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada
enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya
masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A),
Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil
daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya,
pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi
antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan
tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat
ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.

Kaunselor juga boleh mengadalan progran pendidikan kerjaya.Program pendidikan


terbahagi kepada tiga, iaitu kesedaran kerjaya, eksplorasi kerjaya, dan persediaan kerjaya.
Mengenai Fasa Kesedaran Kerjaya. Fasa ini adalah penting bagi muridmurid kurang upaya yang
berada di tahap Sekolah Rendah.Program ini memberi penekanan terhadap perkembangan harga
diri, tingkah-laku sosial, kemahiran berkomunikasi, sikap positif terhadap kerja, dan tabiat kerja
yang sesuai.

Mengenai Fasa Eksplorasi Kerjaya. Aktiviti bimbingan kerjaya seperti mengeksplorasi


minat, keperluan, dan keupayaan termasuk dalam fasa ini. Dalam fasa ini, individu diberi
pendedahan kepada aktiviti lain yang produktif dan juga aktiviti masa lapang.
Mengenai Fasa Persediaan Kerjaya. Fasa ini merupakan lanjutan kepada fasa eksplorasi minat, di
mana individu akan terlibat dalam aktiviti penjelasan keupayaan peribadi, sosial, dan pekerjaan.
Di tahap ini juga diperjelaskan lagi tentang minat, keupayaan, dan kemahiran. Seterusnya di fasa
ini, pilihan kerjaya dan gaya hidup menjadi lebih jelas lagi.

Kesimpulannya, peranan kaunselor kerjaya adalah luas dan keberkesanannya bergantung


pada pengalaman dan ilmu kerjaya yang dimiliki oleh seseorang kaunselor kerjaya.Kaunselor
kerjaya menjadi rujukan klien dalam menentukan bidang kerjaya untuk mereka.
Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran
terutamanyadi kalangan siswazah.Tabungan Usahawan Siswazah haruslah ditubuhkan untuk
melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk pinjaman bagi membolehkan para

19
siswazah memulakan perniagaan dan mengisi kekosongan mengikut pasaran
pekerjaan.Kesimpulannya bagi mengatasi masalah ini, kita harus mengharunginya dengan
sahsiah yang positif dan berusaha mencari jalan untuk menanganinya.
Usaha berada ditangkuk yang lama dan mengadu akan nasib kita yang malang, tetapi sebaliknya
hadapi rintangan itu dengan berani.Mendapatkan ilmu yang lebih tidak akan membebankan kita,
malah ia boleh memanfaatkan kita, terutama sekali dalam mendapatkan pekerjaan baru kerana
pilihan pekerjaan kita tidak akan terkongkong

Justeru, kita harus berusaha untuk mengatasi masalah.Jikalau kita tidak


menyelenggarakan hidup kita, siapa pula akan melakukannya? Pokoknya, kita harus sentiasa
ingat yang kita sendiri yang boleh mengubah nasib kita kerana kitalah pengelola dan pengendali
hidup kita sendiri. Dalam masa yang sama, janganlah berputus asa. Gagal itu merupakat langkah
kepada kejayaan.Secara amnya, mereka yang menganggur harus mengorak langkah menuju ke
mercu kejayaan dengan mempertingkatkan nilai diri mereka dengan mempraktikkan budaya
pembelajaran seumur hidup, terutama sekali mempelajari kemahiran baru yang boleh menjadi
aset negara.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada


diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera.Objektif kaunseling yang
utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan
mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling
menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat
keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan
oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu
hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses
kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa.

Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik
atau tetap dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Dengan adanya penghargaan kepada bidang kaunseling sebagai satu entiti profesional yang
berasingan, ia menimbulkan isu profesional supaya diberikan dalam cara yang positif.Peranan

20
kaunselor amatlah luas dan memerlukan kemahiran, masa dan dalam banyak keadaan, wang
ringgit. Kaunselor akan dapat menjalankan tugas-tugas dengan berkesan jika diberi peluang
untuk mengemukakan cadangan, peruntukan waktu dan sokongan dari seluruh kakitangan. Jika
mereka diberi beban tugas yang lain, kemungknan besar mereka tidak dapat menjalankan
khidmat bimbingan dan kaunseling sebagaimana sepatutnya.

Kesimpulan

“Keluarga Bahagia Penjana Produktiviti Negara”. Demikianlah sebuah slogan yang


meletakkan keluarga sebagai nukleus untuk membangunkan sesebuah negara. Keluarga
merupakan entiti terkecil dalam masyarakat yang akan bergabung dan berkembang menjadi
sebuah bangsa dan negara. Ibu bapa patut bergigih usaha untuk menyelesaikan segala masalah
yang dihadapi dalam keluarganya dengan mengutamakan pemupukan keluarga bahagia. Dengan
ini, keluargalah yang terlebih dahulu menjadi penjananya. “Utamakan Keluarga: Semakin Hari
Semakin Sayang.”

21
RUJUKAN

1. http://karanganspmska.blogspot.com/2015/01/cara-cara-mempererat-hubungan.html

2. http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2012/08/usaha-merapatkan-hubungan-dalam-
keluarga.html

3. https://missfeeya95.blogspot.com/2012/12/peranan-institusi-keluarga-dalam.html

4. Jamaluddin Md. Jahi. 2011.Formula keluarga bahagia dari Stockholm ke Rio De


Jainero dan seterusnya. Syarahan Perdana Perlantikan Profesor. Bangi. Universiti
Kebangsaan Malaysia

5. Modul kesihatan diri dan keluarga HBHE 220

6. Leha @ Zaleha Muhamat, (2005). “Wanita: Model Ibu Mithali”, Kertas Kerja Seminar
Wanita Era Baru, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 26 Mac 2005.

7. Maslow A., (1968). Towards a Psychology of Being, New Jersey: Princetown.

8. Mohamed Anwar Omar Din, (ed.)(2004). Dinamika Bangsa Melayu, Menongkah Arus
Globalisasi (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

9. Nik Azis Nik Pa, (2002). Keluarga Berdaya Maju, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

22

Anda mungkin juga menyukai