Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH)

FINAL PROJECT OF
PHILOSOPHY AND PRINCIPLES OF TVE (MPK 1063)

Tajuk: Kajian Kes Mengenai Tahap Kesedaran Dalam Kalangan Tenaga Pengajar Mata
Pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian dan Kolej
Vokasioanal

PENSYARAH: DR. ROHANA BINTI HAMZAH


DR. AEDE HATIB MUSTAMAL
DISEDIAKAN OLEH:
AHMAD SAZWANI
NASARDDIN
TAN TAI

MP121254
MP111349(2016-02) 641006-01-5271

ABSTRAK
Kajian kes ini ingin mengenal pasti tahap kesedaran dalam kalangan tenaga pengajar mata
pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di sekolah menengah kebangsaan harian dan Kolej
Vokasioanl. Objektif utama kajian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti tahap kesedaran guru dari
segi penghayatan nilai-nilai murni yang ternaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) bagaimana
diintegrasikan dalam mengimplimentasikan potensi spiritual dan emosi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil kajian tindakan ini diharapkan boleh dijadikan panduan atau yardstick di dalam
pemantauan terhadap pembangunan tenanga pengajar seperti kajian semula terhadap peningkatan
keprofesioanlan perguruan.

BAB 1
PENGENALAN
1.1

Pendahuluan
Kemajuan sains dan teknologi dan impak globalisasi serta orentasi dakam politik dan

ekonomi global telah menggerakkan Transformasi dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) ( UNESCO, 2012). Namun demikian, potensi individu dan nilai akhlak dari segi
ketamadunan tingkah laku manusia (Rohana, 2010) telah mencetus isu nilai dan persoalan unik
tingkah laku manusia. Usaha dalam
keutamaan Kementerian Pelajaran

mensasarkan dan memperkukuh PAV kini menjadi

Malaysia. Perkara ini dijelaskan dalam Laporan Pelan

Pembangunan Pendidkan 2013-2025, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan usaha


pembinaaan PAV dibahagikan kepada tiga tahap melalui Gelombang 1 (2013-2015) ,
Gelombang 2 (2016-2020), dan Gelombang 3 (2021-2025) yang berhasrat untuk meningkatkan
penglibatan pelajar dalam PAV (KPM,2012:182) .
Namun demikian, keutamaan dalam pembangunan jiwa (Rohana, 2010) dalam
pendidikan holistik yang menjadi asas dalam FPN untuk melahirkan ciri-ciri insan yang ideal
perlu dikenal pasti. Dalam melaksanakan tugas sebagai tenaga pengajar, guru PAV yang
mengajar mata Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian,
Ekonomi Rumahtangga, Lukisan Kejuruteraan, Binaan Bangunan dan sebagainya merupakan
pengacara utama yang menguasai segala kemahiran dan pengetahuan yang mengacuankan para
pelajar ke arah tujuan hidup yang diidamkan. Ironinya, menurut laporan Pertubuhan Kerjasama
dan Pembangunan Ekonomi (OECD), didapati kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki
aliran vokasional di peringkat tinggi bagi negara OECD adalah 44%, berbanding hanya 10% di
Malaysia. Pada masa yang sama juga, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia
memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan
hanya memiliki kelayakan SPM yang tidak memiliki sebarang kemahiran dalam bidang teknik
dan vokasioanal.
Usaha dan kesedaran untuk membangunkan secara rintis PAV berkaitan rapat dengan
peranan tenaga pengajar PAV dalam menentukan corak pemikiran pembangunan PTV. Sejauh
manakah tahap kesedaran

tenaga pengajar PAV merupakan persoalan

penting dalam

menentukan kejayaan PTV dalam pelan pembangunan pendidikan dan FPN. Maka kajian
tindakan mengenai tahap kesedaran tenaga pengajar PAV perlu dilakukan untuk melihat
2

bagaimana mereka mengintegrasikan dan memurnikan objektif dan matlamat FPN dalam mata
pelajaran PAV yang merupakan asas PTV di peringkat menengah .
Selaras dengan itu, perlu dibuat kajian tindakan untuk melihat di tahap mana guru PAV
dakam memberi penekanan terhadap kepentingan pendidkan di peringkat tertiari seperti
pengkhususan pendidkan vokasional dan teknikal. Oleh yang demikian, kajian ini akan menjadi
penanda aras dalam mengetahui proses pembinaan manusia yang ideal . Apa yang berlaku
misalnya, di Amerika Syarikat, kesedaran kerjaya dan pendidikan teknikal telah menjadi satu
komponen yang penting dalam sistem pendidikan (John, 2008) dan tenaga pengajar merupakan
pengusaha utama dalam pembentukan PTV.

1.1 Pernyataan Masalah


Dalam menentukan tahap kesedaran tenaga pengajar PAV berkenaan dengan
penghayatan dan penerapan FPN yang akan mencorakkan pilihan kerjaya pelajar padaa masa
depan, tiga persoalan dalam peranan guru, iaitu, 1. Apa sebenarnya hakikat kehidupan ( What is
real ?), 2. Apa yang betul dalam kehidupan ( What is true ?), 3. Apa yang dianggap baik ( What
is good ?) perlu dikenal pasti agar potensi tenaga pengajar dalam penguasaan pengetahuan yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi kepada ilmu-limu lain dapat digilap ke tahap maksimum.
Berdasarkan latar belakang kajian yang dinyatakan, terdapat keperluan untuk mengetahui tahap
kesedaran guru PAV dalam FPN.
1.2 Objektif Kajian
Kajian tindakan ini akan cuba mengenal pasti tahap kesedaran guru PAV di SMK Taman
Kluang Barat, Kluang, SMK Nusa Jaya, Nusa Jaya, dan Kolej Vokasioanal Ekonomi
Rumahtangga, Johor Bahru. Berikut adalah objektif kajian yang akan dijalankan:
i.
ii.

Mengenal pasti tahap kesedaran guru PAV terhadap FPN


Mengenal pasti tahap kesedaran guru PAV terhadap kepentingan PTV dari segi
konsep falsafah dan perkaiatan dengan kehidupan.

1.3

Kepentingan Kajian
Diharapkan cadangan kajian ini akan membantu pembangunan jiwa manusia selain

daripada penekanan dalam kemahiran dan pengetahuan seperti apa yang digariskan dalam FPN.
Ini akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk yang secara langsung dan tidak
3

langsung untuk menangani isu manusia dalam pembanguan pendidikan yang berkualiti.
i.

Memberi input kepada Kementerian Pelajaran, terutama Sektor Pengurusan Tenaga


Manusia dan Akademik serta Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam
merancang dan merangka kurikulum dan latitan tenaga pengajar yang dapat
mengambil langkah yang lebih sensitif dalam meningkatkan tahap kesedaran guru
menerusi kurikulum dan program yang dirancang.

ii.

Para akademik dan guru, terutamanya guru PAV dan PTV dapat menggunakan hasil
kajian untuk memperbaharui maklumat yang berkaitan dengan tahap kesedaran guru
dalam pengajararan dan pembelajaran. Diharapkan kajian ini dapat menjadi petunjuk
dan penanda aras bagi mengukuhkan dan mengubahsuai rekabentuk latihan
perguruan dan latihan dalam perkhidmatan guru yang benar-benar membantu dalam
pembanguan domain spiritual ( al-insan).

iii.

Para guru, guru besar dan pengetua serta pegawai di peringkat daerah,
negeri/bahagian mahupun kebangsaan dapat memperkukuh kesedaran tujuan hidup
dari segi kebenaran dan kebantinan yang tidak semata-mata mengejar keputusan dan
pencapaian kurikulum mahupun ko-kurikulum. Hal ini akan menjadi penggerak dan
kreativiti serta inovasi idea dan pengembalian ilmu yang seterusnya meningkatkan
kesedaran pendidikan holistic secara keberkesanan bagi membina modal insane
yang bakal dipersiapkan dengan penyepaduan ilmu wahyu untuk menghadapi alam
kerja sebagai alam dunia dan alam jiwa di akhirat. Justeru, diharapkan dapat
meningkatkan mutu proses pengajaran dan pemberajaran yang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

iv.

Kepada penjaga dan ibubapa, kajian ini akan menjadi bahan rujukan yang dapat
menolong anak mereka dalam meningkatkan potensi hati (Qalbu) supaya mesej
perjanjian antara manusia dengan Tuhan tidak diabaikan. Dengan ini, mereka akan
menjadi lebih berjiwakan Tuhan dalam meneroka alam kerjaya anak-anak mereka.

BAB 2
4

SOROTAN BACAAN
2.1

Pengenalan
Pembinaan modal insan telah menjadi satu aspek penting dalam menentukan kejayaan

FPN sama ada di sekolah rendah, menengah, institusi kemahiran, politeknik, mahupun pusat
pengajian tinggi awam atau swasta. Corak pembentukan individu sebenarnya adalah bergantung
kepada tenaga pengajar bagaimana memuupuk anak-anak sejak awal lagi agar mereka
mengetahui apa yang benar, apa yang betul dan apa yang baik di dalam kehidupan mereka. Ini
adalah bergantung kepada tahap kesedaran tenanga pengajar bagaimanan menyampaikan mesej
murni kepada pelajar untuk menaruh cinta murni erti kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
2.2

Kajian tahap kesedaran


Seseorang yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi adalah lebih berkemampuan

untuk menikmati pendapatan dan produktiviti yang tinggi. Ini tentu menjadi satu cabaran
kepada sasaran negara yang ingin melahirkan tenaga kerja yang lebih mahir sejajar dengan
usaha memperkasakan industri Negara ke arah mentrasformasikan industri intensif buruh
kepada intensif modal.
Objektif pendidikan adalah untuk memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti,
pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;
atau mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur
pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis dan kemahiran tangan serta proses
pengamalan etika kerja dan penulisan yang sesuai dan betul. Sesetengah individu mempunyai
bakat dan keupayaan untuk memajukan dirinya. Namun, bakat dan keupayaan itu tidak mampu
digerakkan sendirian, melainkan perlu sokongan daripada individu-individu lain. Justeru, guru
PAV menjadi penggreak utama dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil, memupuk,
memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang. Walau
bagaimanapun, terdapat juga individu yang tidak dapat dikembangkan potensi dirinya.
Mengapakah hal ini terjadi? Dalam al-Quran Surah Asy-Syura ayat 30 Allah berfirman
yang bermaksud, Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah
disebabkan apa yang kamu lakukan. Ertinya, bunga kembang tak jadi bukan disebabkan
sistem pendidikan atau guru, melainkan diri individu itu sendiri yang tersalah menjana
pendidikan dirinya.
5

Namun demikian, disebalik menghadapi alam kerjaya dan menikmati kejayaan materialistic, .
persepsi yang positif terhadap tingkahlaku yang lebih mementingkan realistik dan yang meninggalkan
spiritual perlu diterokai. Kesedaran dan keperihatinan tenaga pengajar dalam mengintegrasikan nilainilai sejagat dan akhirat kini menjadi semakin rumit dan kompleks disebabkan perubahan persekitaran
yang tidak menentu dan tidak dijangka akibat globalisasi. Maknanya, tenaga pengajar perlu bersedia dan
mempunyai prihatin dirinya bukan lagi sebagai pengajar kemahiran tangan (hands-on) dan kemahiran
insaniah untuk mendidik pelajar mendapat pekerjaan tetapi mesti mampu menjadi pemandu hidup
supaya mampu memenuhi tuntutan dan cabaran budaya alam pekerjaan yang semakin menjadi sengit dan
bertambah kompleks.

Sungguhpun kesemuan tenaga pengajar mendapat latihan profesiobnal perguruan


meneruskan pelajaran selepas SPM atau seterusnnya, namun sejauh mana tenaga pengajar
bersedia menghadapi cabaran hiup yang sepadan dengan potensi diri manusia perlu dikaji
selidik. Walaupun terdapat pelbagai kursus dan latihan dalam perkhidmatan yang beroperasi di
semua sekolah dan institusi pendidikan, namun pelbagai program itu yang didedahkan kepada
tenaga pengajar masih menampakan kepincangan dan menperlihatkan perlunya suntikan ke atas
kesedaran di kalangan tenaga pengajar dalam transformasi pembinaan potensi manusia untuk
mencapai tahap tertinggi dalam self-actualization seperti yang tertera dalam hiraki Maslow.

2.3

Rasional Kajian
Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap kesedaran tenaga pengajar dari segi corak atau

pola dan persepsi merealisasikan FPN di peringkat PAV. Rasional kajian ini selaras dengan
usaha memcorakkan masa depan para pelajar, sejauh manakah tenaga pengajar PAV mengaruhi
pelajar dalam pembinaan modal insan selain daripada tugas penyampaian pengetahuan dan
kemahiran, konsep nilai diri pelajar yang dapat menghayati tujuan pemdidikan yang tertinggi
juga merupakan faktor penyokong dalam menentukan kejayaan matlamat murni pendidikan.
2.4 Skop kajian
6

Skop kajian ini menghadkan kajian kepada persepsi guru terhadap usaha merealisasikan
unsur JERI FPN dalam mata pelajaran PAV di SMK Taman Kluang Barat, Kluang, SMK Nusa
Jaya, Nusajaya dan Kolej Vokasioanal Ekonomi Rumahtangga, Johor Bahru.
Batasan Kajian
Kajian ini menghadkan terhadap tenaga mengajar PAV dari SMK Taman Kluang Barat,
Kluang , SMK Nusa Jaya, Nusa Jaya dan Kolej Vokasioanal Ekonomi Rumahtangga, Johor
Bahru.

3.1

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan rekabentuk kajian
Reka bentuk kajian ini diharapkan dapat menguntungkan penyelidikan dalam

menghasilkan keputusan berdasarkan objektif (Mohd. Najib, 2003).

Pendekatan yang

digunakan dalam kajian ini adalah secara kualitatif. Semua maklumat yang ingin dikaji dalam
kajian ini akan dapat dikutip melalui temubual dengan responden berdasarkan persepsi,
penghayatan, penguasaan dan penilaian kefahaman FPN dalam bentuk yang dapat
digeneralisasikan. Melalui pendekatan ini, penganalisaan kajian dapat dibuat mengikut respon
temubual yang menerangkan tahap kesedaran tenaga pengajar PAV dalam mengimplimentasikan
nilai miuni FPN. Melalui rumusan temubual semua responden yang dibuat tahap kesedaran
tenaga pengajar PAV akan dapat digunakan.
3.2

Populasi dan sampel kajian


Populasi ialah sekumpulan guru PAV yang mengajar mata pelajaran PAV yang

mempunyai ciri yang sama.


Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah sampel bukan rawak
terpilih berdasarkan populasi dari SMK Taman Kluang Barat, SMK Nusa Jaya dan Kolej
Vokasional Ekonomi Rumahtangga Johor Bahru sebagai responden. Dari semua ahli populasi,
teknik ini digunakan supaya semua individu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih
(Mohd. Najib, 2003). Melalui kaedah ini semua tenaga pengajar PAV akan dipilih sebagai wakil
kepada populasi.
3.3

Instrumen
Instrumen yang digunakan dan penganalisaan ialah soal selidik yang direkabentuk

supaya sesuai dengan tahap guru PAV. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan soal
7

selidik yang terdiri daripada dua bahagian.

Bahagian A merupakan soal selidik untuk

mengetahui latar belakang tenaga pengajar PAV yang telah digubal bagi mendapat maklumat
latarbelakang dan pemilihan pekerjaan guru sebagai profesion perguruan..
Manakala Bahgian B menggunakan soalan temubual yang ingin mengenai tahap
kesedaran guru PAV dalam mengimplimentasikan nilai JERI PPN yang dibangunkan oleh
pengkaji sendiri. Pengumpulan maklumat temubual dilakukan melalui temubual dengan tenaga
pengajar PAV yang terlibat. Pemprosesan dan penganalisaan maklumat dengan menggunakan
analisis dijalankan selepas temubual. Akhir sekali ialah membuat perbincangan dapatan kajian
dan merumuskannya untuk mencapai objektif kajian.
3.4

Keesahan soal selidik


Pengkaji menggunakan maklumat yang dibangunkan melalui temubual , pengkaji boleh

mendapat jawapan tingkah laku responden menerusi jawapan secara bertulis dan temubual.
Teknik temubual ialah teknik yang popular dengan mengadakan soalan yang memudahkan
reponden memberikan jawapan, iaitu responden akan bekerjasama dengan penyelidik (Mohd.
Najib, 2003). Oleh yang demikian, kebolehpercayaan kaedah yang digunakan untuk mendapat
maklumat kajian adalah sesuai dinilai untuk menerangkan dapatan.
3.5 Prosedur Temubual
Kaedah pengumpulan maklumat melalui temubual dengan permohonan untuk mendapat
kebenaran daripada pelbagai pihak yang terlibat dengan kajian ini terlebih dahulu. Kemudian
kaedah pengumpulan maklumat diteruskan dengan temujanji dan pengedaran borang soal
selidik kepada responden. Setelah mengenalpasti guru-guru yang terlibat dalam kajian, maka
pentadbiran kajian akan dilaksanakan. Pentadbiran temubual ini dijalankan sendiri oleh
pengkajidengan tenaga pengajar PAV yang tersebut.
3.6 Analisis Maklumat
Analisis maklumat ialah dengan semua jawapan temubual dikumpul semula setelah
responden menjawabnya. Penerangan akan dilakukan termasuklah penerangan tentang
kefahaman FPN dan menerangkan kecenderungan gaya guru PAV. Hubung kait antara beberapa
pemboleh ubah, seperti kolerasi, boleh dilaksanakan dengan membandingkan skor antara
kumpulan dengan melakukan ujian kolerasi Pearson (parametric) atau Spearman
(nonparametrik) berdasarkan jenis data yang dikutip. Faktor penyebab, seperti sebab dan
8

akibat, boleh dianalisis menggunakan statistik lanjutan dengan ujian t (banding dua kumpulan
berkaitan) dan ANOVA yang digunakan untuk menguji perbezaan antara lebih dari dua
kumpulan menggunakan data pembolehubah bergantung.
Kalender kajian
2013
September

Aktiviti
Membuat sorotan bacaan dan

Nota
Bab 1:- Pengenalan

menentukan cadangan
Menentukan Persampelan dan

Bab 2: -Sorotan Kajian

Oktober

Membian soal selidik temubual


Membuat temubual dan

Bab 3:-Metadologi

Oktober dan
November
November dan

Analisis Dapatan

Disember

Penghantaran Laporan

Bab 4:- Dapatan Kajian


Bab 5:- Perbincangan dan
Cadangan Kajian
Lanjutan

3.7

Prosedur Kajian
Dalam proses mencari kebenaran melalui penyelidikan dipengaruhi oleh penetapan

makna sesuatu oleh manusia itu sendiri (Jarvis, 1992 dalam Mohd. Najib, 2003). Pertamanya
dilakukan sorotan penulisan mesti dilengkapi yang mengambilkira pendapat orang lain sebagai
sokongan. Pendekatan saintifik dengan membuat pemerhatian , berdasarkan teori kesedaran
untuk membuat andaian tentang kejadian yang tersebut, iaitu kesedaran tenaga pengajar PAV.
Proses pertama ini dapat menentukan skop kajian yang meliputi tajuk, masalah dan andaian
yang membabitkan pembolehubah. Dengan adanya pengetahuan asas mengenai pengertian
falsafah dan kesedaran FPN, baharulah proses seterusnya, iaitu strategi dan pelaksanaan kajian
dapat dilakukan. Proses menyediakan cadangan kajian ialah proses yang terpenting dalam
penyedidkan, iaitu menentukan secara deduktif strategi proses pemerhatian.
Sebelum memulakan kajian, menyelidik akan mengemukakan cadangan kajian dan
memohon kebenaran dan kelulusan daripada pihak yang terlibat terlebih dahulu. Selepas itu
kaedah tabiran secara kumpulan oleh pengkaji akan dilakukan (Mohd. Najib, 2003) . Pengkaji
akan sendiri berjumpa dengan responden dan membuat secara individu dan kumpulan dengan
menghubungi pihak sekolah terlebih dahulu. Kaedah ini lebih menjimatkan masakan untuk
mentadbir temubual pada masa yang dipersetujui.
9

Melalui sampel yang dipilih, maka ada kawalan atau had terhadap pemboleh ubah dalam
kajian ini, iaitu tahap kesedaran tenaga pengajar PAV. Penggunaan kaedah kajian secara
kualitatif ini membolehkan penyelidikan dilakukan secara terbuka dimana respon dari
responden boleh dikutip dan dianalisis.
1.6 Skop kajian
Dalam kajian ini, penyelidik hanya ingin melihat tahap kesedaran tenaga pengajar PAV
yang mengajar mata pelajara PAV. Skop kajian ini menghadkan kajian kepada kesedaran tenaga
pengajar PAV terhadap FPN.
Melalui penyelidikan ini, penyelidik dapat melihat tahap kesedaran yang dikuasai oleh
tenaga pengajar PAV terhadap FPN. Tahap kesediaan memilih kerjaya ini boleh
dibahagikan kepada :
i.
Tahap sangat menguasai
ii.
Tahap belum pasti menguasai
iii.
Tahap tidak menguasai
Tahap kesedaran ini dapat diringkaskan kepada tiga tahap utama pada kajian ini iaitu:
Jadual Skor Kesedaran FPN
Aras Setuju
Rendah
Pertengahan
Tinggi
Sumber: Student Self Development Committee UTM (2000), Yusri Kamin

Rujukan
Azmi Zakaria. (2000). Educational Development and Reformation in the Malaysian Education
System:
Challenges in,the New Millennium, Vol. I, No. 1, pp. 113- 133,Journal of Southeast Asian
Education.
Christian Kingombe. (2012). Lessons For Developing Countries From Experience With Technical And
Vocatioanl Education and Training, International Growth Centre, Bank of Sierra Leone.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala
10

Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian


Pelajaran Malaysia 2003.
Gurcharan Singh Sandhu. (2002), Meneraju Diri Ke Arah Kecemerlangan, Perspektif Diri,
Thinkers Library Sdn Bhd, Malaysia.
Johari Hassan & Pusphavalli Rajoo. (2005). Hubungan Di Antara Konsep Kendiri Dan
Kesejahteraan Hidup Di Kalangan Remaja Akhir, Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi
Malaysia.
Micheal Heppell (2008), Brilliant Life: How to live a brilliant, balances Life, Pearson, Great
Britain.
Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003), Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan, Penerbit
UTM, Skudai.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
2013.
Rohana Hamzah (2010), Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti,
Universiti Teknologi Malaysia.
Sahul Hamed Abd. Wahab, al el. (2010). Transformational of Malaysians Polytechnic into University
College in 2015: Issues and Challenges for Malaysian Technical and Vocational Education, Proceedings
of the 1stUPI International Conference on Technical and Vocational Education and Training Bandung,
Indonesia, 10-11 November 2010.
Tahira Basharat, al.el. (2011). The Confucius Philosophy and Islamic Teachings of Lifelong Learning:
Implications for Professional Development of Teachers, Bulletin of Education and Research, June 2011,
Vol. 33, No. 1 pp. 31-46, University of the Punjab, Lahore.

TESDA. (2012), Technical Education & Skills Development Authority of Philippine,


www.tesda.gov.ph.
_

_____________

UNESCO. (2012). Transforming Technical and Vocational Education and Training Building
skills for work and life, MAIN WORKING DOCUMENT, Third International Congress on
Technical and Vocational Education and Training, Shanghai, Peoples Republic of China, 13-16
May 2012.
UNESCO. (2004). Exploring Vocational Education Reforms, International Institute for
Educational Planning ,Vol. XXII, No. 3, July September 2004, Paris.

11

Anda mungkin juga menyukai