Anda di halaman 1dari 9

Pembelajaran Psikomotor Dalam KHSR

Definisi
Psikomotor merupakan kemahiran fizikal seperti

pergerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kelajuan melalui aspek motor halus dan motor kasar. Aktiviti fizikal yang berkaitan:
Kemahiran hidup Pendidikan jasmani

Seni visual
Seni tari

Kepentingan
Membolehkan murid menggunakan pelbagai alatan

dan bahan serta melalui pelbagai teknik. Menghasilkan satu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alatan tangan dan bahan. Bertujuan membentuk masyarakat berorientasikan teknologi.

Manipulasi Alatan Kerja

Domain Psikomotor KHSR


Mematuhi Langkah Keselamatan Dalam PDP

Pelaksanaan Secara Amali

Manipulasi Alatan Kerja


Cara bagaimana menggayakan atau menggunakan

alatan dengan cara betul dan cekap. Kemahiran ini banyak memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakan badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran ini dapat meningkatkan koordinasi mata tangan, kaki, mata dan lain-lain.

Contoh Aktiviti Manipulasi Alatan Kerja

Memaku

Menjahit

Mencangkul

Pelaksanaan Secara Amali


Amali adalah melakukan kerja fizikal di dalam sesuatu

pembelajaran. Amali berlaku apabila pelajar mengaplikasi teori yang dipelajari kepada persekitaran sebenar. Guru berperanan sebagai penunjuk cara kepada pelajar sebelum pelajar cuba aplikasikan sendiri apa yang dipelajari. Guru berperanan memastikan keselamatan pelajar sepanjang aktiviti amali dilaksanakan.

Mematuhi Langkah Keselamatan Dalam PDP


Peraturan keselamatan di dalam bengkel diwujudkan

untuk memastikan suasana bengkel yang kondusif serta selamat tanpa kemalangan. Ianya merangkumi aspek keselamatan umum, keselamatan rakan dan diri serta keselamatan alatan dan bahan. Pelajar atau murid tidak boleh melakukan aktiviti atau kerja tanpa keizinan serta pengawasan guru.

Kesimpulan
Pembelajaran Psikomotor dalam subjek Kemahiran

Hidup yang bercorak praktikal serta amali mendedahkan murid dengan penggunaan alatan tangan untuk membuat perkakasan yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah. Penguasaan kemahiran ini membantu murid atau pelajar mengatasi masalah dalam kehidupan seharian yang banyak bergantung kepada teknologi.

Anda mungkin juga menyukai