Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan sedang giat berusaha untuk mencapai taraf

sebuah negara maju. Oleh itu, pendidikan adalah bidang yang sangat penting untuk diperkukuhkan kerana kemajuan sesebuah negara bermula daripada kejayaan sistem pendidikan yang dilaksanakan. Sistem pendidikan yang berkesan berupaya membantu negara menghasilkan rakyat yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang terutamanya Sains dan Teknologi. Hal ini sejajar dengan misi dan visi negara untuk merealisasikan Wawasan 2020. Untuk merealisasikan misi dan visi ini, peranan guru amat penting. Setiap guru haruslah mengetahui peranan dan tugas mereka secara terperinci sekiranya mereka ingin berusaha dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru yang berkesan boleh membangunkan koleksi kaedah yang dapat dimanfaatkan dan memberi kesan yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar. Untuk membangunkan koleksi pelajar, guru-guru digalakkan untuk meneroka kaedah pengajaran yang menggalakkan kerjasama dalam penemuan dan pembinaan konsep. Dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat juga pelbagai peristiwa

bercanggah yang mungkin wujud. Dalam laporan ini saya akan menyiasat dan merancang peristiwa bercanggah yang berlaku. Saya telah memilih untuk pengajaran tahun 1. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, terdapat satu peristiwa bercanggah berlaku. Di mana seorang murid telah bertanya kepada saya tentang peristiwa tersebut. Tidak mustahil ini terjadi kerana kelas yang saya ajar itu kelas yang belakang. Saya telah membantu mereka membetulkan peristiwa bercanggah tersebut. Peristiwa bercanggah yang dikesan ialah semua objek timbul adalah objek yang kecil manakala semua objek tenggelam adalah objek yang besar.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 1

Tema Sains bahan Tajuk Timbul dan tengelam Standard kandungan 11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan tengelam

Standard pembelajaran 11.1.1 Mengenal pasti objek yang timbul dan objek yang tengelam Pengetahuan sedia ada murid Murid telah mempelajari ciri-ciri objek. Pelan mencungkil idea soal jawab berdasarkan objek-objek yang ditunjukkan. Idea atau objektif utama yang mungkin sukar dicapai menentukan objek yang timbul dan tenggelam Peristiwa bercanggah yang mungkin wujud Semua objek yang timbul adalah objek yang kecil manakala objek yang tenggelam adalah objek yang besar. Konsep saintifik yang tepat Objek timbul dan tenggelam adalah disebabkan oleh ketumpatannya lebih atau kurang daripada ketumpatan medium yang di apungi. Jika ketumpatan objek itu

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 2

tinggi, maka ia akan tenggelam berbanding dengan sesuatu objek yang mempunyai ketumpatan yang rendah akan timbul. Objek yang timbul biasanya adalah objek yang ringan manakala objek yang tenggelam biasanya adalah objek yang berat. Hasil pembelajaran
Domain Kognitif

= Menguasai isi kandungan

Mengenal pasti objek yang timbul dan tenggelam


Domain Psikomotor = Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi

berfikir. 1. Membuat inferens objek yang timbul dan tenggelam. 2. Merancang eksperimen bagi menetukan objek yang timbul dan tenggelam.
Domain Afektif = Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen. 2. Bekerjasama dalam menjalankan eksperimen.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAJUK RINGKASAN

Seronok Bermain Dengan Air Di dalam topik ini murid dapat mengenalpasti konsep tenggelam, timbul dan membuat pengelasan mengikut ciri-ciri bahan.

STANDARD KANDUNGAN

SAINS BAHAN 11.1 Mengaplikasikan konsep timbul dan tenggelam.

STANDARD PEMBELAJARAN

11.1.1 Mengenalpasti objek yang timbul dan tenggelam melalui penyiasatan. 11.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

TEMPOH MASA

2 waktu

SUMBER

Akuarium kecil Duit syiling Batu Pemadam

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 4

Klip kertas Plastesin Pensel Cawan polisterin Gabus 10. 11. Bola ping pong Botol mineral kosong

AKTIVITI

Set Induksi 1. Guru memasukkan dua objek iaitu sebotol mineral kosong dan sebatang paku ke dalam akuarium yang berisi air. S1 Antara kedua objek yang manakah lebih besar? J1 Botol mineral lebih besar daripada paku. S2 Diantara kedua objek ini yang manakah kamu rasa akan tenggelam? J2 Botol mineral akan tenggelam kerana lebih besar dan berat. S3 Apa yang anda lihat? S2 Di manakah kedudukan dua objek tersebut? 2. Guru menerangkan konsep tenggelam dan timbul. 3. Murid dibahagikan kepada enam orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan bahan dan jadual pengkelasan.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 5

4. Murid meramalkan dan mengelaskan obkjek yang tenggelam dan timbul. 5. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang hendak dijalankan. 6. Murid menjalankan aktiviti dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 7. Murid mengkelaskan bahan tersebut di dalam jadual pengkelasan yang telah dibekalkan. 8. Berdasarkan aktiviti, guru menyoal murid hasil dapatan melalui aktiviti yang dijalankan. 9. Guru membetulkan peristiwa bercanggah murid dengan membandingkan saiz setiap objek yang diberikan. 10. Guru membuat kesimpulan daripada peristiwa bercanggah murid. 9. Guru mengedarkan lembaran kerja bergambar dan murid diminta menggunting dan menampal gambar berdasarkan pengelasan timbul dan tenggelam.

PENILAIAN

Jadual Pengelasan Lembaran kerja 1(Gambar) Lembaran kerja 2 (Latihan)

AKTIVITI PEMULIHAN

Murid mengulang semula aktiviti 6 dan merekodkan hasil dapatan dengan bimbingan guru.

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 6

AKTIVITI PENGAYAAN

Murid diminta menyenaraikan objek lain yang tenggelam dan timbul di dalam buku latihan.

JURNAL REFLEKTIF Rancangan dan kit shoebox ini terdapat kekuatan dan kelemahan pengajaran ini antaranya ialah dapat mempelbagaikan pendekatan pengajaran yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. Guru juga dapat menyampaikan sesuatu konsep dengan lebih jelas. Penyampaian dan penerangan maklumat daripada guru juga dapat dijalankan dengan lebih terperinci. Pengajaran dijalankan memusatkan murid. Aktiviti kumpulan yang dijalankan dapat memberi satu pengalaman baru kepada murid. Ia juga melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan murid dan murid dengan murid. Penggunaan kit shoebox juga memberi kesan yang baik dalam pengajaran. Antaranya ialah dapat menarik minat murid untuk belajar, guru memberi contoh-contoh yang membolehkan pelajar mudah faham. Murid juga mudah mengingat apabila bahan sebenar digunakan berbanding dengan melihat gambar sahaja. Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad dan boleh digunakan oleh semua pelajar. Bahan yang digunakan dapat melahirkan dorongan daya kreativiti baik kepada guru. Namun begitu terdapat juga sedikit kelemahan. Antaranya ialah mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan kos penyediaannya juga agak tinggi. Semasa pengajaran, terdapat juga masalah yang dihadapi ialah terdapat juga bahan-bahan yang sukar diperolehi dan semasa aktiviti pembahagian kumpulan terdapat sedikit kekecohan. Di situ telah mengambil masa yang lama. Untuk mengatasi masalah pertama yang dihadapi, saya boleh menukar bahan yang mudah diperolehi.
Kurikulum Sains Sekolah Rendah Page 7

Bagi masalah kedua, saya boleh mengunakan kaedah pembahagian kumpulan dengan mengikut warna atau nombor pada gula-gula atau bintang.

Manual penggunaan

Kurikulum Sains Sekolah Rendah

Page 8

Anda mungkin juga menyukai